Suamiku Pencuri Kelas Satu [Bab 14]



Jangan buat rumah di tepi pantai kalau tak ada bot. Jangan berani mencintai kalau takut tidak di sambut.

“NAK NAIK MACAM  mana ni?” Kening Aira terangkat. Dia memandang motosikal yang sudah dihidupkan enjin itu dengan rasa was-was. Tak jatuh ke ni?
“Takkan tak biasa naik kut?” Dahi Firzal berkerut. Dah lima minit rasanya tunggu budak Aira ni naik. Tapi dari tadi dia tercegat di tepi tu.
            “Mana pernah naik motosikal. Kenapa awak tak bawa kereta je?”
            Kereta elok je tersadai di bawah pokok rambutan. Nak juga si Firzal ni bawa motor atuk. Nak ambil angin petang katanya. Adui, kalau jatuh karang,  tak bermakna dah angin petang tu.
            “Betul ni tak nak naik? Tak nak naik saya pergi sorang je la. Esok dah tak sempat nak beli apa-apa.” Firzal sengih. Memang dia sengaja paksa Aira belajar naik motor.
            Aira mencebik. Kalau bukan sebab nak beli koropok untuk mummy, kain batik untuk Lia, kawan dia tu, tak ada nya dia nak terima pelawaan Firzal ni. Takkan lah nak pergi bandar naik motosikal. Haduiiiii.
            Dia cuba juga untuk duduk di belakang Firzal. Nasib baik pakai seluar. Kalau pakai kain dah terselak habis dah.
            Firzal senyum simpul. “Pergi dulu nek! Kalau Thaqif meragam, telefon je Zal.” Firzal memandu laju kedepan. Aira terpaksa memegang pinggang suaminya agar tak terjatuh.
             Aira mencebik di belakang Firzal. Dia ni pun, bawa motor macam nak pergi merempit.  Dah la kena peluk dia kasi tak jatuh. Haish.
            Nenek yang dari tadi lagi memerhati di tepi tingkap senyum. Selepas makan tadi, Thaqif terus tidur, sebab itulah Firzal buat keputusan untuk naik motor je. Senang. Tak payah nak susah-susah menempuh jammed. Apa? Ingat Bandar Kuala Terengganu tak jammed ke? Huhu.
            Tak jauh pun rumah nenek dengan bandar sebenarnya. Tak sampai lima belas minit, Firzal memberhentikan motosikal di parkir motor Pasar Payang. Tak ramai sangat orang waktu tu. Mungkin sebab bukan waktu cuti sekolah. Kira senang la nak membeli belah. Tak ada lah sesak sangat.
            “Keropok belah mana?” soal Aira. Dia memanjangkan leher mencari koropok losong dan keropok keping yang memang menjadi favourite mummy.
            “Kita beli baju-baju dan cenderamata lain dulu. Lepas ni baru kita cari keropok.”
            Aira mengangguk. Dia ikut aje. Mana lah dia tahu jalan-jalan dekat sini. Banyak juga baju-baju T yang boleh dijadikan cenderamata. Tangannya mencapai satu persatu baju yang dirasakan cantik. Firzal hanya mengikut langkah Aira dari sebuah kedai ke kedai yang lain.
            Handphone Firzal tiba-tiba berbunyi kuat. Iphone dikeluarkan dari saku seluar. Nama yang tertera di skrin membuatkan bibirnya spontan mencipta senyum. “Assalamualaikum,”
            “Waalaikumussalam. Best ye kau ber’honeymoon’?” Suara Jidin dari hujung talian membingitkan telinga.
            Firzal ketawa kuat. “Kau nak apa ni? Kacau aku je lah.”
            “Office sunyi weh bila kau tak ada.”
            Firzal mencebik. Tak ada maknanya office tu nak sunyi. Mana hilang suara Kak Muna yang selalu riuh kalahkan Riuh Pagi Era tu? “Kenapa? Kak Muna pun cuti ke?” dia ketawa lagi.
            Aira tidak mengendahkan Firzal. Tangannya masih lagi mencari beberapa helai Tshirt untuk di bawa pulang. Boleh bagi dekat Dik Qi, Angah, tak pun bagi dekat Along bila dia balik nanti.
            “Kau ingat dia kahwin lagi sekali je nak ambil cuti panjang macam kau.” Jidin ketawa lepas. Firzal gigit bibir. Kawan dia yang satu ni la. “Aku ada cerita.” Jidin menyambung.
            Kening Firzal terangkat. “Apa dia?”
            Talian sunyi beberapa saat. Boleh agak Jidin senyum dari sana. “Cik Hanisa cari kau.”
            Kelu terus lidah Firzal. Biar betul? “Kau jangan buat lawak weh.”
            “Betul la. Dia tanya aku kau balik dari cuti bila. Dah rindu sangat la tu.” Jidin sengih lagi.
            “Hanisa rindu aku?” Firzal senyum lebar. “Kau ni boleh percaya ke?”
            Tangan Aira yang asyik memilih baju terhenti saat mendengar nama yang baru disebut oleh suaminya. Terasa tangannya menggigil, tapi sedaya upaya dia membuat muka selamba.
            “Tak ada untung nya aku tipu kau.” Jidin ketawa lagi.
Dia sengih dua saat. Hatinya kembang tiba-tiba. “Kalau betul Hanisa rindukan aku, aku lah yang paling bertuah dekat ofis tu.”
“Amboi, dah kahwin baru saham kau naik kan, aku pun kena kahwin cepat-cepat ni.”
            Firzal senyum. “Mengarut lah kau. Ada apa-apa lagi tak? Aku tengah beli barang ni. Kau nak kirim apa-apa?”
            Aira masih mengawal riak muka. Sedikit pun dia tidak memandang Firzal yang baru memutuskan talian. Terasa ringan je bibir dia nak tanya siapa Hanisa. Tapi lidah dia kelu.
            “Jumpa tak yang berkenan?” Firzal menegur dari belakang. Aira mengurut dada. Terkejut.
            Dia menggeleng perlahan.
            “Kita cari depan sana pulak.”
            Firzal sudahpun mendahuluinya ke bahagian tengah Pasar Payang. Aira mengekori langkah Firzal dengan perasaan berkecamuk. Siapa Hanisa?


BARANG-BARANG SUDAH pun selesai diangkut ke dalam kereta. Aira yang mendukung Thaqif masih lagi dipeluk nenek. Nenek berat hati nak biarkan Aira balik KL sebenarnya. Tak sempat nak sembang lama-lama nenek cakap.
            Selepas bersalaman dengan atuk dan nenek, Firzal membawa kereta keluar ke jalan besar. Aira yang membisu sejak semalam dipandang sekilas. Thaqif pun baik je dalam pelukan makcik dia. Tak pulak dia meronta-ronta nak main.
            “Awak nak berhenti beli  jajan tak?” Soal Firzal. Rasanya lagi beberapa kilometer di hadapan ada Petronas. Boleh lah dia orang beli makanan apa yang patut. Tak bagi mengantuk ataupun bosan.
            Aira menggeleng. Matanya masih pegun memandang jalan raya di hadapan. Tiba-tiba terasa rindu dekat nenek. Walhal belum lagi keluar dari negeri ni.
            “Aira, awak okay tak ni?”
            Aira diam. Ringan je mulutnya ingin bertanya tetapi tetap dia tahan. Dia takkan tanya selagi Firzal sendiri yang bagitahu. Selama ni dia tak pernah terfikir pun kalau-kalau Firzal dah ada teman wanita ke. Firzal ada suka sesiapa ke. Dia tak pernah fikir.
            “Humaira,”
            “Saya nak tidur.” Matanya dipejam rapat. Seaakan memahami kekacauan di dalam hati makciknya, Thaqif turut bersandar di atas badan Aira. Cuba untuk tidur agaknya.
            Jawapan Aira sudah jelas menyatakan yang dia tidak mahu persoalan tadi disambung. Firzal menarik nafas berat. Sungguh dia tak tahu apa yang Aira fikir. Datang bulan agaknya. Matanya kembali fokus pada jalan di hadapan. Masih jauh lagi perjalanan mereka.
***Bersambung***
(Entry pendek sebab pencerita ada Test =)

4 comments:

ala pendeknye, ape ni firzal, x peka lngsung dgn perasaan istri dier... kan dah mrajuk

nurul najwa said...

ksian dkt aira.. mst aira terasa bila suami dia dok sebut nma perempuan lain.. firzal ni x reti lngsung jga hati isteri.. apa2 pon.. good job kak.. cite ni best sgt.. mmg favourite la.. hehe... next n3 please.. ;)

sncm said...

gud luck pencerita!

cpat2 habes test nti buleh smbung bercerita balik! wee...~

jue bard said...

alamak..aira dh pandai jeles..

Like Illa Shanahila
×
+Get this at Blooggers