Suamiku Pencuri Kelas Satu [Bab 9&10]

 [Bab 9]
Kompang di palu, pengantin malu. Duduk bersanding tersipu malu.

“ALONG!!”
            Suaranya memecah riuh rendah suasana. Laju mulutnya ditutup. Semua pandang dia. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu sepapat. Haish. Along ni memang la. Orang sumpah jadi tiang lampu baru tahu. Huh.
            Semua kaum kerabat dah memenuhi rumah sebanarnya. Majlis nikah lusa. Mummy sengaja jemput semua datang tidur dekat rumah awal-awal. Baru terasa meriahnya.
            “Apa nama dia?” Ketawa Along dari hujung talian masih tak berhenti.
            “Amar Firzal.”
            “Huish, nama dah lawa. Handsome tak?”
            Aira senyum dalam hati. Memang handsome Long. “Boleh la,” senyumannya ditahan. Mati kalau Along perasan dia senyum.
             “Ooo, selama ni ada boyfriend, simpan sendiri ya. Bukan nak cerita dekat Along.”
            “Mana ada!” Aira mencebik. Along ni. Kalau call handphone kan bagus. Tak payah la dia nak menjerit-jerit dekat ruang tamu yang ramai manusia ni. Tuala di kepala dibetulkan. Kasi tak nampak rambut persis Jaclyn Victor ni. Huhu.
            “Habis tu, tak sampai sebulan suruh kahwin dah ada calon. Jangan cakap Achik kutip je lelaki dari tepi jalan buat suami.”
            “Ada ke! Mana ada Achik kutip tepi jalan.” Along memang buat sakit jiwa la. Haish.
            Sekali lagi tawa Along meletus. “Mana lah tahu. Kalau betul la Achik kutip dia tepi jalan, Along lagi rela Pakcik Husin tepi rumah tu datang pinang Achik tau.”
            Mendidih telinga Aira. Nasib baik Along tak ada depan mata. Kalau tak, memang mulut Along dah kena sumbat dengan sambal belacan yang Mak Yang buat tu.
Elleh, Along. Kalau betullah pakcik Husin, duda anak lima tu pinang dia, nak ke Along terima Pakcik Husin  jadi adik ipar? Hehehe.
            “Ni apa kes gelak sorang-sorang tak cerita.”
            “Suka hati Achik la,” Aira mencebik. “Along betul ke tak boleh balik ni? Kejap je pun tak apa. Takkan tak nak tengok Achik bersanding.” Dia kembali ke topik asal.
            Sebenarnya Along call tadi bagitahu dia tak boleh balik time Aira bersanding. Ada kerja. Memang tak boleh cuti sebab Along yang urus pasal kerja tu. Kalau ikutkan hati, nak je Aira merajuk setahun. Sanggup Along tak nak balik tengok wedding adik sendiri?
            “Along minta maaf. Memang tak boleh Chik. Lain kali Along balik ey.”
            “Along ingat kahwin boleh lain kali eh? Nak Achik kahwin banyak kali ke?”
            Along ketawa lepas. “Sorry. Sorry.”
            “Malas lah cakap dengan Along. Kecewa tahu tak. Semua ada. Angah yang tak semengah tu pun balik tau.” Dia memperlahankan suara. Sempat dia menjeling Angah yang sibuk bersembang dengan Kak Wahida. Sepupu mereka. Angah tu sepanjang masa sibuk. Macam dia aje dalam dunia ni yang buat masters.
            “Hisy, kutuk kakak sendiri!”
            Aira ketawa. Memang kalau nak diikutkan dia lebih rapat dengan Along berbanding Angah. Angah lebih manjakan Dik Qi.
          “Okaylah Chik. Along nak letak dah. Kirim salam dekat semua dengan lafaz assalamualaikum.”
            “Okay.”
            “Chik!”
            “Apa?” Apa lagi la Along ni. 
          Along menarik nafas. dia sengih dua saat. sengih yang Aira tak nampak. “Along tak kisah Achik nak kutip dia tepi jalan pun. Tapi jangan kutip dekat petaling street.”
            “Alonggggg!!!”
            Along ketawa kuat “Assalamualaikum Achik sayang.” Talian diputuskan.
            Aira memandang gagang telefon geram. Kalau lah Along yang menjelma jadi gagang ni, mahunya dia gigit lumat-lumat.

****

[Bab 10]
“A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other...Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever” 


FIRZAL MEMBUKA PINTU bilik. Matanya menangkap kelibat Aira yang sedang melipat baju. Spontan dahinya berkerut. Pendeknya! Dah gaya macam bini-biniku gangster dah. Dia mencipta sengih dalam hati.
            Pagi tadi, selamatlah mereka menjadi suami isteri. Semuanya berjalan dengan sempurna. Jidin tak payah cakaplah. Memang terkejut gila dia waktu Firzal bagitahu dia nak nikah. Nasib baik tak pengsan je. Tapi sempat juga dia call Shima bercerita. Siap kutuk  kaw-kaw lagi sebab tak bagitahu awal-awal. Hampeh betul.
            Dia melabuhkan punggung di atas katil. Aira masih lagi leka melipat baju di atas lantai membelakanginya. Heh, budak ni. Tak terasa nak tegur suami sendiri ke?
            “Bila potong rambut?” Firzal mengetap bibir. Memang buat orang sakit jiwa lah budak ni. Bukannya nak tegur bila nampak dia masuk. Bukan kalau dalam drama tv, isteri akan layan suami kaw-kaw ke? Tapi sekarang, dia pulak yang kena jadi pemecah sunyi sepi.
            Aira memandangnya sekilas. Tak lama. Dua saat je. Lepas tu, boleh Aira selamba-bomba sambung lipat baju dia balik. “Lepas awak bawa tudung hari tu.”
            Firzal senyum. Sejuk hati dia sebenarnya pagi tadi. Itulah pertama kali dia melihat Aisya Humaira dengan tudung di kepala. Waktu nikah di masjid. Baru lah padan dengan nama dia, kan?
            “Kenapa potong?”
            “Rasa macam tak sesuai rambut karat dengan tudung.”  Tenang Aira menjawab “Tak sesuai dengan solat segala.”
            Firzal ketawa kecil. Aira bangun membawa kain yang dilipat ke almari. Satu persatu disusun ke dalam alamari.
            “Tak menyesal?”
            Aira geleng. “Boleh tumbuh balik. Tak kisah lah.”
            “Tapi pendek sangat ni. Tak baik menyerupai lelaki, tahu?” uji Firzal. Dia menyimpan senyum.
            “Saya tahu. Tapi itu aje cara nak hilangkan semua karat yang ada. Nanti tumbuh la balik,” Aira sengih. “Lagipun, tak ada orang lain nampak. Awak je.” Dia menutup pintu almari.
            Senyuman Firzal makin lebar mendengar ayat terakhir dari mulut Aira. Logik tak kalau dia melompat tinggi-tinggi sekarang. Huu.
            “Thanks.”
            “Untuk apa?” kening Firzal terangkat seinci.
            “Sebab fikirkan plan ni. Thaqif pun dah tak sakit-sakit lagi.” Aira senyum.
            “Thanks to you too.” Firzal senyum. Iyalah. Disebabkan Aira, telinga dia tak ada dah dengar suara-suara yang suruh dia cepat kahwin. Ingat seronok ke dengar ayat tu?
            “Saya dah ngantuk ni. Awak banyak kerja lagi ke?”
            Aira yang baru mengeluarkan iron dari laci meja dipandang. Takkan malam-malam buta ni nak gosok baju?
            “Awak tidur dulu lah. Saya nak tengok Thaqif dengan mummy.” Aira kembali menyimpan iron. Rasa nak ketuk diri sendiri pun ada. Buat apa dengan iron? Tapi sungguh la dia kekok duduk berdua dengan Firzal. Bersungguh-sungguh dia buat biasa. Nampak sangat tak dia kekok?
            Firzal sengih dua saat. Dia dah baring di atas katil. Memang penat, ingat majlis kahwin senang ke. “Okay, saya tidur dulu.”
            Langkah Aira keluar dari bilik dihantar dengan senyuman.

AIRA MEMBUKA PINTU biliknya dengan berhati-hati.  Dia menarik nafas lega bila melihat Firzal yang tidur pulas di atas katil. Hampir sejam dia bertapa di dalam bilik bacaan. Thaqif dah pun selamat tidur dengan mummy tadi. Mummy awal-awal lagi suruh dia masuk bilik. Tapi dia aja yang tak nak. Laju aje kaki ni melencong ke bilik bacaan daddy. Bukannya ada majalah Cleo pun untuk dibaca. Buku ekonomi daddy banyak lah.
            Tapi sungguh. Dia terasa berat hendak melangkah masuk ke dalam bilik.
            Jarum jam dah bergerak ke angka 2 pagi. Pintu bilik ditutup dengan cermat. Janganlah Firzal terjaga. Dia menarik nafas dalam-dalam. Ruang sebelah kiri katil dah siap tersimpan untuknya. Tak apa ke dia tidur satu katil?
            Hish, dah halal lah Aira oit.
            Tapi tak boleh. Macam-macam rasa ada.
            Dia memberanikan diri untuk melangkah ke arah katil. Perlahan dia melabuhkan punggung. Terasa berat nak membaringkan diri walaupun mata dia memang dah mengantuk gila.
            Tidur ajelah Aira. Pejam mata, esok dah pagi.
            Okay, tidur aje.
            Dipaksa juga badannya baring di sebelah Firzal. Nasib baik ada bantal peluk dekat tengah-tengah. Okay Aira, pejam mata je. Lepas tu tidur.
            Lima minit.
            Sepuluh minit.
            Matanya terbuka luas. Laju dia memandang Firzal yang sudah berdengkur di sebelah. Hish, tak boleh. Laju dia bangun. Kakinya di bawa ke meja belajar. Adui. Tak boleh jadi ni.
            Dia duduk pula di atas kerusi. Novel yang bersusun di atas meja dicapai secara rambang. Mata ni pun dah mengantuk sangat.
            Tak apa ke kalau Aira tidur aja dekat meja studi?
            Nanti apa pulak Firzal cakap. Kalau mummy tahu macam mana.
            Tapi Aira tak boleh.
            Dan akhirnya dia terlelap sendiri.

MATA MENGANTUKNYA DIPAKSA buka. Dikerdipkan beberapa kali untuk memastikan pandangannya tak salah. Melihatkan ruang sebelahnya kosong, spontan dahinya mengukir kerutan. Mana pulak Aira pergi?
            Dadanya berdebar-debar. Aira dah bangun ke? Gila awal. Matanya spontan dilarikan ke jam dinding. Pukul 5.30 pagi. Serius ke Aira dah bangun?
            Ataupun Aira tidur dengan  mummy dia malam tadi?
Biar benar? Takkan lah.
            Firzal bangun sambil menggosok mata. Kakinya dibawa ke bilik air. Mata mengantuknya terus hilang melihat Aira tiada di sisi.
            Eh?
            Matanya menangkap susuk tubuh yang lena tidur berbantalkan lengan di sudut bilik. Kakinya membawa langkah ke meja belajar, tempat Aira tidur. Kesian dia. Mahunya bangun pagi ni dapat sengal sendi plus sakit leher. Huhu.
            Boleh kau gelak pulak Firzal oit.
            Tak sengaja. Eheh.
            “Aira,” bahu isterinya di sentuh. Huh, pertama kali ni. Dah halal, boleh lah nak sentuh pun.
            Aira tidak memberikan respon. Nyenyak betul dia tidur.
            “Aira, dah nak masuk waktu subuh ni.”
            Perlahan-lahan Aira membuka mata. Spontan dia menggeliat. “Hmmm?” mengantuk!
            “Dah nak subuh ni. Bangunlah.” Firzal buat ulangan suara. “Kalau nak sambung tidur kejap pun, pergi la baring atas katil sana.” Firzal mencapai tuala dari penyangkut. Tuala yang sudah disediakan oleh Aira malam tadi. “Bangunlah.” Kakinya dibawa ke bilik air.
            Aira memandang dinding biliknya yang bercat merah jambu. Kosong. Tak dapat nak fikir apa-apa. Dia bangun menuju ke katil. Rasa mengantuk masih menebal. Matanya kembali tertutup apabila kepala mencecah bantal yang empuk.
            Bestnya tidur!
           

DIA DAH RASA macam nak lempar je pinggan mi goreng yang berada di atas meja ke muka orang depan. Dari tadi sengih keji tak hilang-hilang. Agak-agak bila dah kena curah dengan air kopi panas ni, dia boleh sengih lagi tak?
            Mak Yang keluar dari dapur dengan menatang tupperware yang berisi keropok ikan. Asli dari Terengganu ni. Angah yang bawa balik tiga hari lepas. Sedap dimakan bersama mi goreng. Huhu.
            “Terima kasih Mak Yang,” suara orang depan. Mak Yang senyum aje. Dia kembali ke dapur meninggalkan Aira dan Firzal sendirian.
            Sengihan Firzal terukir lagi. Sesekali dia menggelengkan kepala. Aira makin sakit jiwa. Nak mengata la tu.
            “Apa?” Soal Firzal. Tahu-tahu aja Aira pandang dia macam nak makan. Serius macam budak tadika bila Aira mengigau pagi tadi. Dah la boleh lupa dia dah kahwin. Boleh selamba bomba Aira tanya kenapa dia ada dekat bilik yang bercat pink pagi tadi. Nasib baik Aira tak ada ilmu karate je. Kalau ada, memang betul dia tersangkut dekat kipas subuh tadi.
            Huhu.
            “Jangan senyumlah.”
            “Senyum pun tak boleh?” Firzal ketawa kecil. Serius kelakar! Mujur Aira tak menjerit je pagi tadi. Kalau betul Aira menjerit, naya je.
              Aira mencebik mendengar jawapan Firzal. Senyum konon. Kalau senyum sopan tu, sejuk la hati sikit. Ini dah macam sengihan kejian.
            “Cuba lah senyum sikit pagi-pagi ni.”
            Sekali lagi Aira mencebik. Tak ada kerja nak senyum-senyum simpul macam dia pagi-pagi. Baik layan mi goreng Mak Yang lagi best.
            “Aira,”
            “Apa?”
            “Smile..” Firzal senyum.
            “Tak ada kerja.” Satu sudu mi disuapkan ke dalam mulut. Pergh, Mak Yang memang sentiasa terbaik.
            “Baik senyum sekarang.” Pandangan Firzal dah melepasi kepalanya. Bibirnya masih lagi tidak mati dengan senyuman.
Kening Aira terangkat. Tak betul apa laki dia ni? Dah la  main paksa-paksa suruh senyum. “Tak betul eh. Sengih macam kerang kena rebus pagi-pagi?”
“Achik… siapa yang tak betul?”
Mi goreng yang dikunyah hampir termasuk ke dalam asofagus. Air-air! Seaakan memahami, Firzal pantas menghulurkan air masak yang sedia terisi di dalam gelas. Huh. Lega.
Mata Aira sempat lagi menjeling Firzal yang menahan sengihan. Dia ni pun, bukan nak cakap mummy ada dekat belakang.
“Cuba lah makan elok-elok. Thaqif pun makan tak gelojoh, kan sayang?” Mummy menarik kerusi di sebelah Aira. Thaqif diletakkan ke atas kerusi bayi.
Firzal menahan ketawa. Bukan setakat makan mummy, bab tidur pun, boleh kalah Thaqif!
Bubbly-Colbie Caillat

I've been awake for a while now
You've got me feelin' like a child now
'Cause every time I see your bubbly face
I get the tinglees in a silly place

It starts in my toes
And I crinkle my nose
Wherever it goes I always know
That you make me smile
Please stay for a while now
Just take your time
Wherever you go..

***Bersambung***

4 comments:

ala cumelnye dorg, malu3 pula

Syarp said...

Suke style awk tulis.sempoi tp terasa suasana tu real

isma irah said...

comel giler...huhu

jue bard said...

like it

Like Illa Shanahila
×
+Get this at Blooggers