Monday 23 November 2015

Perth Trip Hari Ketiga

Assalamualaikum, hai!

Kali  ni illa nak sambung cerita pasal aktiviti dekat Perth hari ketiga. Oleh sebab hari tu hari Ahad, kami plan terus ke Fremantle untuk satu hari. Katanya Fremantle market ni buka weekend je. Jadi, tak nak terlepas apa yang menarik dekat sana, kitorang terus ambil tren dari Perth Station terus ke Fremantle. 





Harga dia sama untuk zone 2 iaitu AUD4.50 untuk seorang. 

Lebih kurang 20minit dalam tren, kitorang pun sampailah dekat Fremantle. Fokus utama, nak beli cenderahati yang orang kata murah dekat EShed Market dan jugak nak makan Fish n Chips yang femes dekat sini.



Keluar dari stesen tren, kami jalan kaki sikit untuk ke EShed Market yang tak jauh pun dari stesen. Masuk sana, cari kedai Megabes yang popular di kalangan pelancong Malaysia yang dah pergi sana. Bila dah sampai dekat Megabes, pemilik kedai tu punyalah gila-gila dan peramah. Siap nasihat kitorang suh pergi Margaret River lagi.

Pemilik Megabes tu sebenarnya rakyat Singapore yang dah pindah duduk dekat Australia. dan ada sorang student Malaysia yang kerja part time dekat sana. Jadi, memang senanglah nak beli apa apa nak tawar menawar sebab bab bahasa dah lepas.

Tapi.... masa pegi awal tu, kitorang just tengok-tengok dan bezakan harga dulu. sebab baru pukul 10 pagi kot! awal lagi nak shopping. Jadi, bila student yang kerja dekat situ suruh kitorang jalan ke Fremantle Beach dulu, kitorang terus setuju.




Keluar balik ke Fremantle Station, ambil RED CAT dekat stesen bas depan tu.Naik bas tu sampai nampak pantai (sebab lupa stop apa hehe).

Permandangan dekat sini memang MasyaAllah, Lawa gile! Ikutkan hati memang nak lepak lama-lama, tapi perut dah lapar. Ambil gambar sikit, jalan-jalan kejap, kitorang terus naik RED CAT balik untuk ke bandar balik untuk makan Fish n Chips.

Ni antara gambar dekat South Beach Fremantle. Bukan sikit pun ambik. Banyakkkkkkkk. Maklum ler,tak tahu bila lagi boleh sampai sini...









Sampai sana, ada dua kedai yang femes, satu Kailis satu lagi lupa. Kami makan dekai Kailis. Portion dia tersangatah besar, jadi kami ambil set dan kongsi 3 orang. itupun tak habis.

Pesanan, sesiapa yang suka makan dengan sos, boleh bawa sos sendiri sebab dekat situ xde disediakan sos. Ada mayonese je.





Habis makan, kitorang ambil RED CAT balik untuk ke Fremantle Station tempat tren tadi. Dalam keadaan kalut dan plan baru muncul, kitorang terpaksa balik ke Perth City untuk ambil kereta sewa. Ini memang last minute punya plan sebab ingatkan nak sewa sehari dua je, tapi kos untuk sewa sehari dua lagi mahal dari sewa tiga hari. Jadi, alang-alang, kitorang ambil yang tiga hari terus.



Kadar sewa dekat sini bergantung pada lama ke tak korang sewa. Ada pakej yang sewa seminggu boleh dapat AUD25 je untuk sehari. Tapi kena sewa seminggulah. Kalau sewa sehari je, dalam AUD70++ macam tu.

Balik ke Perth City naik tren balik. Dan berkejar naik RED CAT dekat sana, berhenti di stesen Bennet Street kalau tak silap. Lepas turun tu, jalan ke depan sikit, ada lorong. Dekat situ ada Aries Car Rental dan Bayswater. Dedua kalau nak dikira rate paling murah setakat ni.

Kami sewa dekat Aries Car Rental. Kereta baru dan harga dia AUD129 untuk 3 hari. Oleh sebab kami nak hantar dekat airport nanti, kena tambah AUD33 (dorang cakap untuk bayar long term parking dekat sana).

Kira berbaloilah jugak bila kongsi 3 orang.

Ambil kereta je, kitaorang pecut balik ke Fremantle sebab nak beli cenderahati yang tertangguh tadi. Memang kerja gila sungguh. Haha.






Kedai dekat EShed tu tutup pukul 5. Jadi dari Perth City dah hampir pukul 4 masatu, Sampai je dekat Megabes tadi, perncarian cenderahati terus bermula. Memang best shopping dekat sini sebab harga memang berbaloi. 

Yang penting, jangan convert! Hhahaha.

Okay, habis shopping, kitorang balik ke Perth City dan sempat singgah dekat South Perth untuk tengok view Perth city pada waktu malam dekat Mills point. Memang MasyaALLAH, lawa gila!




Makan balance chips yang tak habis tadi, sambil ambil angin malam yang giler sejuk kejap dekat sana. 


Habis hari ketiga. Esok nak pergi jalan jauh. jadi tidur awal. Oke dulu setakat ni. Babai!



Total Loss Hari Ketiga

Tiket tren ke Fremantle = 4.50
Shopping di E-Shed Market =54
Fish n Chips (Family meal & Iced Tea)  33.85/3orang = 11.28
Tiket balik ke Perth City = 4.50
Red Cat ke Aries Car Rental = Free
Sewa kereta (3hari + airport parking (129+33)/3orang) = 54


=AUD 128.28