Memang rindu pun waktu-waktu buat cerpen ni. Hehe. Cerpen ni dah lama. Tiga tahun lepas rasanya. Waktu puasa hanya 29 hari. Jadi.. Jom!! <3
***
“BismillahirRahmanNirrahim...Assalamualaikum
warahmatuallahi wabarakatuh..
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong. Setelah diperkenankan oleh Duli Yang Malah Mulia Raja..
Maka adalah dengan ini saya mengishtiharkan.. bahawa tarikh bagi mulanya Puasa
bagi negeri seluruh Malaysia adalah ditetapkan.. pada hari Isnin....” Suara penyimpan mohor besar itu memenuhi ruang tamu.
Nisrina mengucap syukur di dalam hati. Alhamdulillah.
Ramadhan datang lagi. Remote TV dicapai. Volume yang dinaikkan tadi, kembali
diturunkan. Lagu-lagu nasyid mula berkumandang. Dia pantas bangun menuju ke
dapur. Senyuman masih di bibir.
“Umi....esok puasa!” kakinya diatur ke dapur. Uminya
dipeluk dari belakang. Puan Auni yang khusuk membasuh pinggan tersentak. Sesaat
kemudian dia turut mencipta senyum.
“Amboi anak dara. Suara tu tak boleh kuat lagi?” Perli
umi. Nisrina mengaduh kesakitan apabila tangan umi mencubit lengannya. “Alhamdulillah,”
Umi mencapai kain sapu tangan. “Malam ni, lepas terawih tolong umi belikan
santan ya.”
Nisrina sengih. “Okey Maam!” tangannya diangkat ke dahi.
Membuat tabik hormat. Puan Auni hanya mengeleng. Mereka sama-sama ketawa.
********
RAMAI ORANG yang
berpusu-pusu keluar dari masjid. Alhamdulillah.
Dah selesai pun terawih pertama. Dia masih duduk berteleku di ruang
tengah masjid. Ramai juga yang datang berterawih malam ni. Penuh semua saf di
bahagian lelaki. Dan rasanya di bahagian perempuan tak kurang juga ramainya.
Alhamdulillah.
Harap-harap lah jumlah ni kekal sampai terawih terakhir.
Ramai yang sudah meninggalkan masjid setelah habis doa tadi. Masing-masing ada
urusan sendiri agaknya.
Mungkin ada kerja, hal yang tak dapat nak elak. Beli
makanan untuk sahur. Masak untuk sahur. Eh, masak? Alamak. Mama kirim santan
tadi! Fahim sengih sendiri. Memang dia lupa. Dia bingkas bangun menuju ke pintu
keluar masjid. Fuh, nasib baik selipar masih di tempat sama. Selalu jugak time
sembahyang jumaat ada yang mengadu kasut mereka hilang. Aku pakai selipar jepun
je pun. Mestila tak ada yang nak ambil. Huhu.
“Assalamualaikum Im!”
Fahim berpaling ke arah suara yang memanggil. Syahiran.
Ran, kawan satu taman. Tinggal tak jauh dari rumah dia juga. Ran duduk elok
bersandar di dalam kedai makan sebelah masjid. “Wa’alaikumussalam.” Senyum.
“Kau pergi terawih?” Ran senyum sumbing. Rokok ditangan
disedut. Dihembus asap keluar. Fahim mengangguk. Dia sengih sesaat. Keretanya
yang terletak di sebelah kedai makan itu dipandang. “Elok la tu. Jangan
mula-mula ni pulun, lama-lama dah berat kaki nak datang.”
“Kau?”
Fahim kembali bertanya. Dipandangnya Ran yang hanya bertshirt dan jean lusuh. Rambutnya
yang panjang paras bahu dibiarkan tidak berikat. Dah macam perempuan dah. Harap
badan je sasa.
“Tak,
aku bagi ruang pada orang-orang yang kononnya nak buat amal awal-awal ni.
Lama-lama kosong masjid tu, aku masuk la.” Ran ketawa. Fahim mengucap dalam
hati. Namun bibirnya mengukir senyum juga.
“Aku
balik dulu Ran. Ada hal ni.” Fahim terus membuka pintu kereta. Makin dilayan,
makin panas hati dengan si Ran ni. Ran mengangkat tangan menandakan OK.
FAHIM MEMBERHENTIKAN keretanya tepat di hadapan
kedai runcit Haji Mail. Ramai! Rata-rata sibuk memilih barang-barang runcit.
Fahim sengih lagi. Harap-harap santan ada lagi. Karang bising pulak mak.
Dia menjenguk kiri dan kanan. Ada
yang datang dengan suami. Ada yang datang sorang-sorang. Ada jugak budak
–budak.
“Bang
Amat, santan ada lagi? Saya nak sekilo,” Fahim menegur anak sulung tuan punya
kedai runcit tu. Kalau nak kira, kedai runcit ni lah paling famous dekat area
taman ni. Sebab paling besar, dan semua benda ada.
Bang
Amat yang sedang mengira di mejanya mengangkat kepala. Dia senyum selapis.
“Baru je habis Im. Tu hah, akak tu yang last beli. Kau lambat seminit” Bang
Amat memuncungkan mulutnya ke arah seorang gadis yang lengkap bertelekung dan
memakai niqab. Mungkin baru balik dari terawih. Macam dia jugak. Adui. Memang
lambat seminit. “Kelapa pun semua habis. Esok baru sampai stok baru.”
Fahim
menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Aiseh. Mak nak masak untuk sahur
karang bang. Kalau esok sampai, tak sempatlah.” Sengih.
Bang
Amat ketawa. “Cuba lah mintak dengan akak tu. Kot-kot la dia baik hati, kasi
kat kau,”
“Haha.
Tak nak lah bang. Silap-silap saya kena karate sebab kacau anak dara orang.”
Mereka berdua ketawa. “Kalau tak ada, saya balik dulu lah bang.
Assalamualaikum.” Fahim melangkah keluar. Nampaknya kena keluar pergi bandar
depan sana lah. Adui..
*********
NISRINA BERSANDAR malas di kerusi. Penat!
Rasanya perut ni manja sangat. Baru hari pertama puasa, dah terasa kosong
sangat. Padahal sahur tadi dah makan banyak. Masak lemak ikan patin punya
pasal. Meleleh air liur bila tengok juadah sahur pagi tadi. Umi pun pandai je teka selera dia
dengan Abi. Habis licin satu pinggan.
Jam
di atas meja sudah menunjukkan jam 5.15 petang. Kertas-kertas kerja di atas
mejanya sudah disusun rapi. Komputer sudah selamat dimatikan. Balik time!!!!
oh, bukan, jenguk-jenguk bazaar time! Huu~
“Kok
ya pun lapar, tak payah lah asyik gosok je perut tu,”
Nisrina
tersentak. Dia mengukir senyum sesaat. “Efi...” Efi yang baru masuk ke dalam
biliknya sengih. Fail yang berisi nama-nama pelanggan untuk hari ini diletakkan
di atas meja Nisrina. “ Perut aku ni hah. Manja.”
“Tuan
dia yang lapar, jangan nak salahkan perut pulak.” Efi mencebik. Nisrina ketawa
kecil. Dia bingkas bangun sambil mencapai tas tangan.
“Jom
pergi bazar. Aku nak cari kuih sikit. Hari ni kena balik awal, tolong umi
masak.”
“Nak
masak apa hari ni?”
“Entah.
Belum fikir lagi. Tapi rasanya umi nak buat ayam percik.” Nisrina sengih.
Uminya memang suka memasak.
Mereka
berdua melangkah keluar dari bilik Nisrina dan
menuju ke arah lif. “Bestnya! Air liur aku dah meleleh ni.”
“Hish!
Cover sikit.”
Giliran
Efi pula ketawa. Dan lif pun terbuka. Tapi tak lama. Sesaat kemudian, lif
kembali tertutup. Efi dan Nisrina sama-sama mengangkat kening. Cepatnya!
“Eh,
kejap!!” Efi terjerit. Tangannya dihulurkan ke tengah-tengah pintu lif.
Menghalang lif dari tertutup. Nisrina
tidak sempat berbuat apa-apa.
Dan
lif kembali terbuka. Efi melangkah masuk. Nisrina mengikut dari belakang.
“Maaf.
Tingkat berapa?”
“Ground
floor.” Efi menjawab perlahan. Lelaki yang berada di sudut hadapan lif itu
dipandang. Patutlah cepat sangat lif tertutup. Ada yang menekan butang Close!
Ingat dia aje yang nak guna lif?
Tiba
di tingkat satu, lelaki itu terkocoh-kocoh keluar. Dua pasang mata di
belakangnya hanya memandang.
“Kok
ya pun lapar, takkan pandang lelaki tu macam nak makan.” Nisrina senyum. Efi
menjuih bibir. Pintu lif terbuka lagi. Mereka melangkah keluar.
“Memang
aku rasa nak ngap je dia. Macam dia seorang nak guna lif. Suka-suka je nak
tutup lif.” Efi membebel. Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta Nisrina yang
diparkir tidak jauh dari pintu besar Wisma Pesona itu.
Nisrina sengih. Enjin dihidupkan.
Tali pinggang dipasang. “Cuba lah banyak-banyak bersabar Cik Efi sayang. Baru
hari pertama puasa. Kawal sikit perasaan tu. Kot-kot la tadi dia ada emergency
ke. Apa ke.”
“Iya lah.” Efi mencebik. Nisrina
ketawa kecil.
“Fi, kau ada tiga ratus?” cekap dia
memandu keluar dari petak parkir.
“Kau nak buat apa? Sekarang tak ada
la.”
“Kalau tak ada, pakai tali pinggang
tu.” Nisrina sengih di hujung kata.
“Nis!”
Mereka sama-sama ketawa.
KHUSUK
punya pasal tak perasan jam dah menginjak ke pukul 5.30. Asar belum lagi. Haih.
Nasib baik bos dia menegur. Kalau tak, rasanya memang terlajak sampai pukul 6
petang!
Tengah leka menaip laporan untuk
bulan lepas, bos tiba-tiba menjeguk.
“Dah
solat?”
“Belum.” Rasanya tadi baru pukul 4. Dah asar ke? Fahim
mengerutkan dahi.
“Kerja apa yang penting sangat dari solat tu? Kalau iya
pun, berhenti lah sekejap.” Dan bos terus berlalu dari situ.
Jam tangan dikerling. Pukul 5.15! Astaghfirullah..
“Celakalah orang2 yang sembahyang yakni orang2 yang meringan2kan
sembahyangnya” surah Al-Ma’un .
Laju
dia melangkah ke tingkat satu yang menempatkan surau. Hampir-hampir dia membuat
seorang wanita tersepit di tingkat 6 tadi. Tak nampak sebenarnya. Dan dia boleh
rasakan pendangan tajam dari dua orang wanita di belakannya tadi. Kedua-duanya
bertudung. Bezanya salah seorang daripada mereka memakai niqab.
Selesai solat, dia kembali ke pejabat.
Rata-rata semua meja sudah kosong. Ramai yang balik awal harini. Fahim berkemas
ala kadar. Kunci kereta dan briefcase dicapai. Pantas dia melangkah keluar dari
pejabat di tingkat 8 itu.
“Im!”
Langkah Fahim terhenti. Dia
berpaling ke arah suara yang memanggil. Nizam! “Tak balik lagi Jeck?” Nizam
dipanggil Jeck. Dia pun tak faham mana datangnya Jeck dalam nama Nizam. Semua
panggil macam tu, dia ikut saja. Huu~
“Baru siap kerja. Lambat kau balik?”
“Aku siapkan report tadi.” Pintu lif
terbuka. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam perut lif. “Singgah bazar?”
Jeck mengangguk. Kedua-duanya
membisu sehinggalah lif membawa mereka ke ground floor.
Dan setelah pamit, mereka berpecah.
Fahim terus ke parkir kereta. Kalau lambat penuh pulak manusia. Huuu~
Bazar terletak tidak jauh dari Wisma
Pesona. Memang saban tahun itulah tempat pekerja-pekerja di Wisma Pesona
membeli juadah berbuka. Nasib baiklah mama memang rajin masak. Kalau dia
singgah pun, untuk beli kuih. Kalau tak, memang dia malas nak singgah.
“ASTAGHFIRULLAH......” handbag yang disandangnya
tiba-tiba diragut dari belakang. Dia terdorong ke hadapan. Sikit lagi nak
tercium meja yang meletakkan susunan kuih-kuih pelbagai warna. Nasib baik dia
sempat berpaut pada tiang khemah.
“Peragut!” hampir semua mata
memandang kekecohan itu. Nisrina perlahan-lahan kembali berdiri. “Tolong!
Peragut!” Efi menjerit lagi.
Mudah sahaja peragut itu menghilangkan
diri. Orang sekeliling pun tak sempat nak buat apa-apa. Laju dia menyelinap. Nisrina
mengangkat muka. Memandang kelibat peragut tadi yang laju melarikan diri. Ada
la dua-tiga orang mengejar di belakang. Tapi tak dapat jugak. Laju sahaja
peragut itu menghidupkan motosikalnya dan memecut pergi. Handbag aku.....
Nisrina masih kaku. Terkejut. Efi
sudah menangis. Tak pernah kejadian ragut macam ni berlaku di depan mata!
“Er, awak berdua okay?”
Kedua-duanya tersentak. Nisrina
mengurut dada. Efi berhenti menangis. Pemuda yang menegur mereka itu dipandang.
Kenapa tak kejar peragut tadi!?
“Okay tak ni?” sekali lagi suara itu
menyoal. Nisrina hanya mengangguk. Rata-rata manusia yang melihat kejadian tadi
sudah kembali pada aktiviti masing-masing. Membeli juadah berbuka! Haih. Bukan
nak tolong kejar peragut tadi. Purse aku, handphone, kunci kereta......
“Nak buat report tak?” Fahim masih
lagi mencuba. Nampak sangat kedua-dua mereka masih terkejut. Pucat! Walaupun
disebalik niqab, air mata yang keruh itu jelas dilihat.
Nisrina mengeleng. Rasanya kalau
buat report pun, belum tentu barang-barangnya akan dapat balik. Terasa
lengannya dicubit.
“Jom la Nis. Takkan nak biar je?”
“Betul cakap kawan awak tu,” Fahim
mencelah. Perempuan yang berniqab itu masih dipandang. Menunggu jawapan.
“Tak mengapa. Terima kasih encik.”
Tangan Efi ditarik. “Jom balik.”
“Macam mana nak balik. Kunci kereta
kau dah kena ragut tadi.”
Aduh, macam mana boleh lupa? “Kita
naik teksi je lah. Pinjam duit kau.”
“Err..” Fahim mencelah. Kedua-dua
mereka berpaling. “Saya hantarkan?”
REZEKI
REZEKI! Dia tersenyum. Lama. Motor sudah ditongkat. Pintu rumah batu sederhana
besar itu ditolak menggunakan badan. Tak berkunci. Tangannya membelek-belek tas
tangan yang diragut tadi.
“Bodoh! Dah terpampang kejadian
ragut pun masih suka-suka je nak tayang handbag.” Sengih. “Nasib kau lah.” Dia
ketawa kuat. Punggungnya dihenyak ke sofa lusuh. Rumah masih sunyi. Macam
biasa. Mak dekat kedai runcit lagi rasanya. Adik? Entah? Ada aku nak kisah dia pergi
mana?
Getah sayur dicapai dari atas almari
kecil. Terus rambut paras bahunya diikat satu.
Tas tangan sederhana besar tu
diterbalikkan. Habis terkeluar segala isi di dalamnya. Iphone, mp3, purse,
kunci kereta dan...errr. Buku apa ni? Matanya terlekat pada senaskah buku
sederhana besar yang turut terjatuh dari perut beg perempuan berniqab tadi.
Isi dalam purse dikeluarkan. Seratus
lebih je? Iphone dimasukkan ke dalam saku. Begitu juga Mp3. Terus dia mencapai
buku sebesar kamus itu. Tajuk yang ditulis dengan tulisan berwarna emas itu
ditilik. ‘Tafsir Al-Quran’. Dia terdiam. Lama. Tangannya terketar-ketar. Tafsir
Al-Quran?
*********
DIA MEMANDANG kosong ke luar tingkap. Waktu
sudah menginjak ke subuh. Subhanallah. Cantik! Sunrise orang putih cakap. Heee~
spontan dia tersenyum. Sahur yang kedua. Alhamdulillah. Rezeki yang Allah bagi
masih cukup untuk mereka sekeluarga. Lepas sahur tadi, umi kembali ke biliknya.
Tak sampai sepuluh minit, kedengaran umi
mengaji. Abi pun sama. Uzair, anak Kak Farah yang berumur 6 tahun itupun turut
umi kejut bersahur. Nak ajar dia berpuasa. Karang dah besar, tak adalah nak
liat sangat.
Kak
Farah dengan suaminya, Abang Majie tiada di Malaysia. Sambung belajar di
Jordan. Umi yang minta mereka tinggalkan Uzair. Walaupun Kak Farah berat hati,
dia ikut juga kata umi. Nasib baik Abang Majie okay je.
Dia
melangkah ke almari. Sehelai baju kurung dicapai dan dibawa ke papan iron. Dia
menarik nafas kuat. Hari pertama Ramadhan, dia diragut.
Semalam,
selepas pemuda bernama Fahim itu menghantarnya, Abi terus membawanya kembali ke
bazar dengan kunci pendua. Nasib baiklah ada kunci pendua. Kalau tak, memang
akan tersadai dekat situ je lah Viva hadiah Kak Farah tu. Ya Allah. Kau
permudahkanlah hari-hari aku yang seterusnya. Amin.
“Mak
su!” Hampir sahaja iron terlepas dari genggaman. Dia baru sahaja menjatuhkan
badan seterika itu ke atas tudung yang berona lembut itu.
“Salam
mana Uzair?”
“Ops.
Assalamualaikum Mak su!” Uzair sengih di sebalik pintu. Terserlah lesung pipit
di pipi. Comel! Cubit dua kali pun best ni.
“Ada
apa pagi-pagi ni? Tak siap lagi nak ke sekolah?” dia menutup seterika. Tudung
yang telah siap digosok disarungkan melepasi kepala. Rambut panjang yang
disanggul itu terus terlindung dari pandangan.
Uzair
masih sengih. “Opah cakap. Ada orang yang nak hantar Mak Su harini.”
Tangan
yang sedang membetulkan niqab terhenti. Orang? “Siapa? Atok?” Dia sengih.
Uzair..Uzair.
Uzair
menepuk dahi. “Atok belum balik dari surau la Mak Su. Macam tak biasa.”
Nisrina
ketawa kecil. Petah pulak budak ni bercakap. Cubit betul karang. “Habis tu,
orang mana?”
“Yang
hantar Maksu semalam. Abang Fahim!”
Bulat
matanya memandang Uzair. Biar benar? Kenapa kena hantar bagai. Kereta aku kan
ada? “Jom turun.” Pantas tangan Uzair ditarik. Mana umi. Biar benar umi?
“Assalamualaikum
umi,” tangan dan pipi umi dicium.
“Dah
siap? Elok lah tu. Fahim pun dah lama tunggu.”
Umi
yang sedang membaca buku ‘Wanita Yang Dirindui Syurga’ dipandang tidak percaya.
“Dia buat apa dekat sini umi?” Keningnya terangkat. “Kenapa nak kena hantar?
Kereta Nis kan ada.”
“Dia
minta kebenaran Abi semalam. Umi pun risau kalau Nis sorang-sorang. Biarlah dia
hantar dua-tiga hari ni ya?” Umi memujuk. Memang dia tahu. Faham. Umi
tentu-tentunya risau. Ragut ada di mana-mana. musibah pun ada di mana-mana.
“Nis
tak selesa lah umi. Nak kena berdua dengan dia satu kereta.” Fitnah juga ada di
mana-mana....
“Uzair
kan ada. Dia akan hantar Uzair sekali.” Umi masih memujuk. “InsyaALLAH tak ada
apa-apa. Umi tahu Fahim ikhlas. Umi pun senang kalau dia yang hantar.”
Mereka
beriringan keluar ke pintu pagar besar. Kia Forte merah menyala sudah tersadai
di luar. Cermin kereta diturunkan. Fahim melempar senyum pada umi. Uzair
sudahpun berlari-lari dan membuka pintu kereta. Dah macam ayah dia punya je.
Dan..
apa lagi yang nak dikata?
*********
Malam. Sunyi. Efi ni betulla. Boleh pulak dia
tinggalkan aku last-last minit macam ni. Cakap nak balik cepat. Haih. Seram!
Dan nasib baiklah dia ‘bercuti’. Kalau tak memang dia miss terawih dah.
“Efi,
kat mana? Cepatlah sikit.”
“Kau
turun sekarang. Aku dah nak sampai.” Suara dari hujung talian kedengaran
putus-putus. Dia mematikan talian. Beg dicapai. Terus langkahnya menuju ke lif.
Tingkat G ditekan.
Pukul
9 malam. Tadi Efi ada setuju nak hantarkan dia ke rumah. Tak sanggup nak
menumpang Fahim lagi. Bukan ragu-ragu dengan keikhlasan dia. Tapi takut. takut
fitnah yang sentiasa mencari mangsa.
Kebetulan
pula Efi terpaksa menemani kakaknya ke hospital. Dan baru sekarang dia boleh
keluar dari wad. Tunggu suami kakaknya datang.
Ground floor!
Dia
melangkah keluar dari lif. Pakcik guard yang menjaga dibawah senyum ke arahnya.
Nisrina mengangguk. Matanya berlari-lari ke jalan raya. Mana Efi ni?
“Hey,
hey. Orang arab mana sesat tengah-tengah KL ni?”
Dia
tersentak. Pasangan lelaki perempuan itu di pandang. Erk, melayu ke? Jalan
huyung hayang malam-malam puasa ni. Mabuk?
“Arab
celup la darling.” Gadis yang
berskirt pendek itu ketawa mengekek.
“Kalau
dah bertutup macam ni, confirm muka
hodoh gila. Berparut sana-sini. Kan, sayang?” ketawa pecah. “Sebab tu dia tutup
muka!”
“You
tahu tak apa. Ran, kalau cantik, mesti dia dah tunjuk semua. Macam I ni.
Tengok. Ciptaan tuhan yang paling seksi!” gadis itu pula menambah.
Nisrina
mengucap dalam hati.
Si
lelaki merenung wajah bertutup Nisrina. Sepasang anak mata yang dikenali. “Hey, wait-wait. Aku kenal perempuan arab
ni. Beg kau kena ragut kan dua hari lepas?” ketawa. Perempuan tadi masih lagi
memegang erat pasangannya itu. Teruk sangat terhuyung-hayang. Kalau tak pegang
dah boleh menyembah bumi.
Nisrina
tersentak. Mana dia tahu aku kena ragut? Eh, rambut serabut tu. Aku kenal!
“Mana
you tahu Ran?” si gadis bertanya.
“Nur
Suhana Nisrina Abdul Hafidz, kan?” lelaki itu meyebut satu persatu baris nama
yang tertulis pada IC perempuan yang diragut tempoh hari.
Nisrina
tersentak. Ya Allah! Dia ke yang meragut aku hari tu?
“Hey,
kau bisu eh?” Lelaki itu ketawa. “Kesian. Dah muka kena tutup sebab hodoh. Bisu
pulak. Kesian.” Ketawa kedua-duanya bergabung.
“Kesian
kan Ran?”
“Kesian..”
ketawa lagi. Mereka melangkah meninggalkan Nisrina yang masih berdiri tegak di
bahu jalan. Nafasnya turun naik. Nisrina masih memandang pasangan itu sehingga
ke kereta.
‘Wahai
Efi, cepatlah sampai.’
Dan
sebuah kereta Myvi jingga berhenti tepat di hadapannya. Efi....
KEPALANYA berat. Perlahan-lahan matanya dibuka.
Cahaya tengah hari menikam anak mata. Pedih! Dah tinggi rupanya matahari.
Sebelah tangan menggosok mata. Dia diam tak berkutik. Mencerna kembali apa yang
berlaku malam tadi.
Aku
mabuk?
Kepalanya
yang terasa berat di pegang. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke bilik air.
Pili air dibuka. Habis lencun baju yang dipakai semalam. Fuh, segar! Mindanya
masih mencerna apa yang berlaku. Dari mula dia berjumpa Nonies. Pergi kelab
malam murah. Minum. Dan balik rumah. Er, rasanya dia ada terjumpa seseorang.
Perempuan
tu? Otaknya tiba-tiba teringatkan Tafsir Al-Quran yang masih tetap berada di
atas almari tak bersentuh. Perempuan yang tak nampak apa....
Pintu
bilik diketuk kuat. Dia tersentak. “Ran! Mak dah nak ke kedai ni!” mak.
Syahiran membiarkan ketukan pintu biliknya tidak berbalas. Air pili masih lagi
mencurah turun. Kalau mak ke kedai, tak ada lah makanan. Mak puasa. Dia? Solat
pun tak, kenapa nak puasa? Ran sengih tawar.
“Ran!”
hish, mak ada lagi ke?
“Kenapa!?”
dia melangkah keluar dari bilik air. Tuala yang tersangkut dicapai.
“Adik
kamu tu. Tengok-tengokkan sikit. Mak balik lambat”
Adik.
Syahmi. Umur dah 15 tahun. Rasanya baru semalam adik kena gantung sekolah. Hal
biasa. Bertumbuk. Heh, ada aku nak kisah?
“Ran!”
sekali lagi mak melaung. Ran mengerutkan dahi. Mak ni pun..
“Ya.
Orang tahu lah.”
Ketukan
di pintu terhenti. Selepas menukar pakaian yang basah, dia melemparkan diri ke
atas katil. Malas nak buat apa-apa. Tapi. Lapar! Jam di atas meja dipandang sesaat.
Jam 4.30 petang! Lagi sejam dah boleh serang bazar. Huhu. Dia sengih sendiri.
Matanya kembali tertutup. Tidur lagi baik.
********
“TERIMA KASIH sebab tolong kakak jual semua ni
Nis.” Kak Rumaisha menyusun kotak-kotak kurma di atas meja. Nisrina membantunya.
Kurma yang belum ditimbang diletakkan di bahagian paling depan. Ada lima jenis
semuanya.
“Sama-sama
kak. Nis bukannya bekerja pun harini.” Dia senyum. Memang saban tahun dia
menolong Kak Rumaisha, salah seorang AJK masjid di tamannya untuk menjual kurma
dan kismis. Kalau ada masa-masa terluang macam ni lah.
Kak
Rumaisha senyum. Gadis yang berniqab itu dipandang. Walaupun mukanya tertutup,
mata gadis itu memang memukau. Bundar! “Akak dengar Nis kena ragut dekat sini
hari tu kan? Nis tak apa-apa?”
Nisrina
mengeleng. “Alhamdulillah kak. Tak ada apa-apa.” Senyum. Terus mindanya
menjengah lelaki mabuk malam tadi. Betul ke dia yang meragut aku tempoh hari?
“Woi!”
“Hoi,
jangan lari!”
“Bedebah!”
“Tangkap
dia!”
“Jangan
lari!”
Kedua-dua mereka tersentak. Spontan mata mereka
berlari ke arah kekecohan itu. Memang kecoh! Ada pencuri gamaknya. Semua
berkejar-kejar. Kejar...erk, lelaki rambut serabut tu?
Hampir
sahaja pencuri itu melanggar gerai kurma mereka. Dua tiga pemuda sudahpun
mencekak kolar baju pencuri itu. Nisrina dan Kak Rumaisha tergamam. Terkejut!
Dan
mulalah kejadian tumbuk menumbuk. Teruk pencuri itu dikerjakan.
“Saudara!
Tolong berhenti!”
“Awak
duduk diam-diam dik. Dia ni pencuri. Bulan-bulan puasa pun nak mencuri. Biar
dia rasakan balasannya.” Seorang lelaki yang berdiri di sebelah gerainya
menyampuk. Nisrina diam.
“Saya
bayarkan untuk dia. Apa yang dia curi? Berapa harga?” Perlahan dia menyampuk.
Kak
Rumaisha mengangkat kening. Terus dia berpaling kepada Nisrina. Tak percaya. “Nis?”
“Saudara,
apa yang dia curi? Boleh saya tolong bayarkan?” Perlahan. Nisrina masih lagi
mencuba untuk menghalang pencuri itu dari ditumbuk bertalu-talu. Dah lembik
pun.
Serta
merta lelaki yang menendang pencuri itu berhenti. “Dia curi dua ketul ayam
percik saya! RM 10!”
Nisrina
membuka dompet. Sehelai not merah dihulurkan kepada lelaki tersebut.
“Kau,
nasib baik perempuan ni tolong. Kalau tak dah mati aku kerjakan.” Jari
telunjukknya tepat ke muka si pencuri. “Terima kasih dik. Awak jangan nak beri
muka sangat dekat pencuri macam ni. Naik lemak nanti” lelaki itu dan
rakan-rakannya beransur pulang ke kedai masing-masing.
Pencuri
itu masih lagi terduduk mengerang kesakitan. Ayam percik yang dicurinya sudah
bergelimpangan di atas tanah yang bertar itu. Nisrina keluar dari gerai.
Sekotak kurma dihulurkan.
“Kenapa
kau tolong aku hah?”
Kotak
kurma masih lagi tidak bersambut.
“Aku
bukan pengemis!”
“Sekurang-kurangnya,
lebih baik dari mencuri. Ambillah. Untuk berbuka nanti.” Nisrina meletakkan
kotak kurma itu di hadapan si pencuri. Pencuri itu kaku. Er, dia boleh
bersuara? Tak bisu? Suaranya..er..
SYAHIRAN berjalan tanpa arah. Kurma yang
diberikan oleh perempuan tadi kemas di genggaman. Rambutnya yang kusut
dilurutkan dengan tangan. Kenapa dia tolong aku? Aku dah ragut beg dia. Aku dah
hina dia.
Dahinya
berkerut kerut menahan sakit di muka. Luka dah dibersihkan tadi. Tapi masih
sakit.
Jam
di tangan dikerling sekilas. 7.20!
Dia
masih berjalan. Sayup sayup suara kedengaran menarik perhatian. Orang mengaji.
Sekejap lagi mesti azan.
“....wa i laihiturjaunnn..”
Rasanya tu surah Yassin. Sekolah dulu selalu
jugak baca. Sekolah asrama. Setiap malam jumaat memang wajib baca Yassin.
Sekarang?
“Ran!”
Dia
tersentak. Kepalanya dipusing laju. Eh, Fahim?
“Kau
nak pergi mana tu? Jom, berbuka sekali?” Fahim yang kemas berbaju melayu itu
senyum. “Eh, kau bertumbuk dengan siapa ni?”
Ran
memandang sekeliling. Dia di hadapan masjid rupanya. Patutlah surah Yassin tadi
jelas je dengar. Ran senyum tawar. Serentak dia mengeleng.
“Jom
la berbuka sekali kat sini.”
Ran
memandng jean lusuhnya. Kontra habis dengan Fahim yang berbaju melayu. Dia?
Dengan bengkak di muka. Tshirt kotor. Jeans kotor.
“Aku
kena balik lah Im. Baju aku kotor.”
“Baju
aku ada dalam kereta. Lepas berbuka nanti kau boleh mandi sekejap. Dah. Jom!”
Fahim menepuk bahu Ran. Ran hanya mengikut. Rasanya dah lama dia tak ke masjid.
Lama. Solat Jumaat? Tak pernah rasanya sejak keluar dari sekolah.
Selesai
berbuka, Ran terus ke tempat mandi. Terus segar. Nasib baik ada Fahim. Bukannya
dia tak boleh balik rumah, tapi dia segan dengan Fahim. Kalau dia balik,
tentu-tentunya dia takkan datang balik. Kenapa dia segan dengan Fahim? Entah...
Tadi
berbuka dengan kuih je. Rasanya lepas terawih baru diorang semua hidang nasi.
Dia ada nampak periuk belanga di belakang masjid tadi. Rajin betul mereka
memasak untuk ahli masjid.
Imam
sudah mengangkat takbir. Ran memandang Fahim yang sudah berdiri. Ran turut sama
berdiri. Kena solat ke ni? Macam mana nak solat? Semua bacaan dah lupa. Ya
Allah~
Ran
hampir menangis. Terasa sangat kerdil. Dia hanya mengikut gerak geri iman. Satu
bacaan pun dia tak ingat. Sungguh! Budak umur 7 tahun di sebelahnya lagi petah
membaca Al-Fatihah rasanya. Allah~
Selesai solat, Ran bingkas bangun. Fahim hanya
memandang langkah Ran keluar dari masjid.
Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Ran masih mahu
menjejakkan kaki ke masjid.
“KENAPA kau kat sini? Kenapa tak join Terawih tadi?”
Fahim menepuk belakang Ran yang asyik termenung. dia melabuhkan punggung di
atas kerusi batu itu. Baru sahaja selesai terawih 20 rakaat.
“Aku tak nak tipu diri sendiri Im” perlahan. Dia
tidak berani memandang Fahim. Malu! “Im,”
Fahim memandang tepat muka temannya. “Apa?”
“Ajar aku solat. Ajarkan aku mengaji. Kau tolong
ajarkan aku Islam!”
NISRINA KAGET. Rasanya
dia tak silap pandang tadi. Betullah lelaki rambut kusut tu. Walaupun rambutnya
terikat kemas tadi, lebam ditumbuk masih jelas. Dia..er.. datang ke masjid?
Berkali-kali dia mengucap syukur dalam hati.
Hampir terlepas senduk nasi di tangannya tadi. Nasib
baik Kak Rumaisha sempat menegur. Ada orang mintak nasi tambah. Orang. Fahim!
“Er, Assalamualaikum Nisrina.
Nasi tambah satu.”
Matanya masih pegun pada lelaki
yang berdiri di belakang Fahim.
“Kak Maisha?” Fahim bertanya
pada Kak Maisha pula.
“Nis! Orang mintak nasi tambah
tu.” Kak Maisha mencuit. Serta merta dia tersedar. Astaghfirullah... nasi
tambah?
Laju tangannya menceduk nasi ke
dalam pinggan bersih yang sedia tersusun di sebelahnya. Cukup. Pantas
dihulurkan kepasa Fahim yang menunggu.
“Terima kasih!” senyum. Nisrina
mengangguk. “Ran. Jom!” dan mereka pun pergi ke meja makan yang sedia tersusun.
Ran?
Harap-haraplah lelaki itu ikhlas. Amin
********
"Ya Rabbul
'Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha
Ku bimbangkan seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Kuragui seandainya tiada sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela cuma"
“Ran,
kau tak nak balik rumah?” Fahim menegur. Ran yang termenung di tepi tingkap
tersentak.
“Aku
malu nak jumpa mak aku. Aku malu dengan diri aku yang dulu.” Perlahan.
Alhamdulillah. Hari ini hari ke 10 puasa. Dan merupakan hari ke 5 dia berpuasa.
Solat setiap waktu.
Fahim
senyum. Dia mengucap syukur dalam hati. Rasanya susah nak ubah Syahiran yang
dia kenal. Dan dia sendiri tak tahu apa yang mengubah temannya itu. Paling dia
ingat petang dia bertemu dengan Ran di hadapan masjid. Kusut. Macam orang lost
pun ada.
“Kau
tak suka aku kat sini? Maaf kan aku sebab dah susahkan kau dengan keluarga
kau.”
“Aku
okay je. Abah lagi suka kau nak duduk sini. Belajar agama dengan dia. Dah aku
pun ada teman nak belajar” Fahim sengih. Abah. Iman dekat masjid di taman
mereka. Abah bukan tak kenal Ran. Berkali-kali dia memeluk Ran masa Fahim bawa
Ran balik malam lepas terawih tu. “Tapi aku rasa kau kena balik rumah jugak
Ran. Kesian mak kau.”
Ran
mengangguk. “Nantilah aku balik.”
“Okay.”
Fahim sengih. “Kau teman aku pergi bazar nanti. Beli kuih untuk orang masjid”
Ran
mengangguk.
“ALHAMDULILLAH KAK, nampaknya kurma ni banyak
sambutan.”
“Rezeki
masjid Nis,” Kak Rumaisha senyum. Nisrina menangangguk kecil betul. Rezeki
tabung masjid.
“Assalamualaikum.”
Pantas
mereka berpaling pada suara yang memberi salam. Fahim! Dan. Er, lelaki
serabut...tak. Kemas! Rambutnya yang panjang sudah dipotong kemas. Dan baju
melayu biru itu nampak elok sahaja tersarung di badan. Senyum.
“Wa’alaikumussalam.
Nak kurma ke Im?” Kak Rumaisha menegur. Fahim mengeleng.
“Tak
lah kak. Nak cari kuih sikit untuk malam ni.” Matanya memandang ke arah Nisrina
yang masih diam. “Ini kawan saya. Syahiran”
Ran
senyum sambil mengangguk. Begitu juga Kak Rumaisha. Nisrina turut sama
mengangguk. Syahiran.. Ran.
“Kami
pergi dulu la kak. Nis. Assalamulaikum!” sekali lagi salam dijawab. Sekejap
sahaja kelibat mereka hilang di sebalik orang ramai. Bahu Nisrina dicuit.
“Nis,
akak rasa macam pernah nampak je kawan si Fahim tu. Tapi akak lupa kat mana.”
Kak Rumaisha mengerutkan dahi. Berfikir agaknya. Spontan bibir Nisrina yang
terlidung itu mencipta senyum.
Dia
kembali duduk di atas kerusi di sebelah Kak Rumaisha. “Kawan Fahim la kak. Dua
tiga hari ni dia ada ke masjid.” Sengaja tidak diceritakan tentang pencuri
tempoh hari. Kak Rumaisha senyum.
“Oh...”
Senyuman
Nisrina masih tak padam. Alhamdulillah Ya Allah.
RAMAI BETUL MANUSIA. Rasanya belum pun pukul 5.
Fahim Dan Fahim masih lagi mencari-cari kuih yang sesuai.
“Eh,
Ran kan?” gadis yang hanya berbaju T tanpa lengan itu menegur.
Fahim
mengerutkan dahi. Datang bazar ramadhan tak boleh nak pakai elok sikit ke?
“Nonies,”
perlahan. Fahim hanya memerhati.
“You
pakai apa ni?” jari telunjuknya tepat pada baju melayu biru yang dipakai Ran.
“Dah jadi ustaz? Rasanya baru seminggu tak jumpa you,” Gadis yang dipanggil
Nonies itu ketawa kecil. Lelaki di sebelahnya juga melirik senyum.
“Jom
Im,” Ran malas nak bertekak. Biarlah.
“Hey,
dah jadi ustaz ya? Asal bulan puasa je nak berubah. Tak best la you ni. Tunggu
tua la kalau nak insaf pun!” herdik Nonies. Dia masih tersenyum sumbing.
“Kita
tak tahu bila kita mati Nonies,” perlahan. Fahim dibelakangnya hanya sengih.
“Dah
tua nanti, mati la!” tempelak Nonies. Dia mencebik. Lengan lelaki disebelahnya
ditarik. Jom Viz. Malas nak layan ustaz ni.” Perkataan ustaz ditekan. Terus
mereka berlalu ke tempat parkir. Mereka berdua hilang di dalam perut kereta
vios putih.
Dah
siap membeli rupanya. Ran mengeleng. Begitu juga dengan Fahim. Sayang. Melayu.
Tapi belum tentu Islam.
“Jom
lah Im. Karang habis pulak kuih.”
Fahim
mengangguk. Langkah Ran dihadapannya diikut.
Dummmm!
Baru
tiga langkah, telinga menangkap bunyi yang kuat. Mercun ke?
Bukan.
Accident.
Kereta
dengan lori. Kereta Vios.
Dah
jantung Ran hampir terhenti.
********
“Er, Nisrina kan?”
Perempuan
itu mengangguk. Sebiji lagi pinggan di dalam besen dicapainya dan dibawa ke
pili air. Ran turu sama tunduk. Pinggan kotor dimasukkan ke dalam besen.
“Saya
nak minta maaf.”
“Saya
maafkan.” Perlahan. Tangannya masih lagi cekap mencuci pinggan kotor. Ramai
yang beransur pulang setelah menjamah makanan. Hanya tinggal beberapa orang ajk
sahaja.
Ran
kelu. Nak cakap apa lagi ni? “Er, nanti saya pulangkan balik purse awak.”
Angguk.
“Dan
er.. terima kasih.”
Basuhannya
terhenti. Terima kasih? “Kenapa?”
Ran
hanya senyum. Wajah yang tertutup itu dipandang. “Terima kasih!” ulangnya
sekali lagi. Dan dia terus berlalu.
DIA MASIH
termenung di atas sofa. Penat memang penat. Ramai juga yang ke masjid
tadi. Dia menarik nafas berat. Keliru. Dia dah berubah? Pencuri? Peragut? Dah
jadi ahli masjid?
“Umi...”
umi yang sedang asyik membaca buku ‘Jangan Bersedih’ Tulisan Dr. ‘Aidh bin
‘Abdullah Al-Qarni dipandang. Umi. Memang suka membaca.
“Hmm?”
“Macam mana kita nak
percaya yang seseorang itu betul-betul berubah kerana Allah?”
Kening umi terangkat.
“Kenapa tanya soalan macam tu? Siapa yang berubah?”
“Er, kenalan”
“Hanya Allah yang boleh
ukur ikhlas seseorang. Kita kena percayakan dia.” Umi menarik nafas. “Kita
doakan yang dia betul-betul telah bertaubat.”
Nisrina senyum.
“Kalau bukan teman-teman
rapat yang menyokong dia berubah, siapa lagi.” Umi menyambung. Er, teman rapat?
Mana ada rapat pun umi. Dia tu hanyalah seorang..er.. peragut?
*******
“MAAFKAN SAYA sekali
lagi,” Ran menghulurkan paper bag sedeharana besar itu kepada gadis di
hadapannya. Nisrina hanya mengangguk. Dia menyambut huluran itu. Fahim yang
berada di belakang Ran hanya memandang. Tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. “Tafsir
Al-Quran tu saya pinjam,” sambungnya.
Nisrina yang baru sahaja
ingin melangkah terhenti. Sekali lagi dia mengangguk.
“Nisrina..”
Dia mengangkat wajah.
Memanang tepat ke muka Ran.
“Boleh kah aku
menjadikan kau halal untuk aku?”
Nafas Nisrina seakan
terhenti. Begitu juga Fahim. Mereka sama-sama terkejut. Wajah ikhlas Syahiran
dipandang tidak percaya.
“Assalamualaikum,”
Nisrina meminta diri. Meninggalkan Ran tanpa jawapan. Fahim disebelahnya masih lagi kaku. Ran. Cintakan Nisrina? “Ran?”
Ran menarik nafas berat.
Langkah Nisrina dipandang dengan ekor mata. “Aku cintakan dia Im!”
Fahim terdiam.
Sesungguhnya dia juga kelu. Tak sangka.
Ya Allah. Seandainya telah Engkau takdirkan, dia bukan milikku, bawalah
dia jauh dari pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku. Bersihkanlah namanya
dari relung hatiku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan dan tanamkanlah rasa
ikhlas di hatiku, gantikanlah yg terbaik menurut Engkau ya Allah.
..dan Fahim redha..
ALHAMDULILLAH. Cukup 29
hari ummat islam berpuasa. Ran senyum sendiri. Besar sungguh erti pertolongan
Fahim sekeluarga. Dia dah pun khatam Al-Quran.
Tafsir Al-Quran yang
diambil dari rumah mak dicapai dari atas meja. Mak menangis masa dia balik
rumah tempoh hari. Terkejut mungkin. Terharu. Dan pastinya mak gembira dengan
perubahan ni.
Nisrina.
Wajahnya yang bersih.
Ran senyum tawar. Dia menyesal kutuk Nisrina tempoh hari, kononnya wajah hodoh.
Berparut. Balik rumah, sekali lagi IC perempuan itu direnung. Cantik!
..dan Nisrina hanya
sabar apabila dikutuk dan dihina. Ya Allah. Sesungguhnya aku salah.
Pintu bilik diketuk
perlahan. Terjegul muka Fahim di muka pintu. Senyum. “Buat apa?”
“Baru nak lelap
mata.”
Fahim mengangguk.
“Im, terima kasih.”
Sungguh. Fahim banyak tolong dia. Banyak tunjuk dia jalan untuk kenal Allah.
Rasa-rasanya Ramadhan kali ini sangat lebih bermakna dari tahun-tahun lepas.
Fahim mengangguk.
“Tanggungjawab aku Ran. Kau tak payah nak emo malam-malam ni. Jom tido. Karang
tak bangun raya esok.”
Ran sengih.
***************
Waktu lewat malam. Banyak
juga umi masak untuk tetamu esok. Rendang daging. Lontong. Nasi himpit. Dah
macam kenduri dah. Flight Kak Farah dan Abang Majie tengah hari esok. Uzairlah
yang paling gembira.
“Umi... macam mana nak
tahu yang lelaki tu jodoh kita?” dia bertanya. Pinggan kotor ditangan dibawa ke
singki. Umi senyum selapis. Nisrina. Selaunya anak gadisnya itu jarang bertanya
pasal lelaki. Bukan jarang. Tak pernah.
Abi sudah ke bilik tidur.
Mengantuk katanya. Uzair pun sama.
“Minta petunjuk Allah
sayang. Istikharah.” Umi menepuk lembut belakangnya. Nisrina senyum.
Syahiran. Pertama kali
dia diragut, dia sendiri pelik. Perasaan itu lain. Bukan seperti diragut. Kali
kedua, ketika lelaki itu mabuk. Dan paling dia tak lupakan sewaktu dia bertemu
dengan lelaki itu di surau. Nisrina senyum sendiri.
Ya Allah. Permudahkanlah
segala urusanku.
Wahai Adam.
Andai sejuta alasan tak cukup,
untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku, Maka biar kupinta satu alasan untuk
menjaga cinta ini....Aku ingin kau cintai aku kerana Allah..
Kerana Dia selalu ada untuk menjaga, Maka cintaku
kan tetap utuh dan setia, Hingga kelak, aku tak mampu lagi mencintaimu, Kerana
cintaku berpulang pada-Nya.
PAGI RAYA. Jubah
yang umi beli di Nilai3 disarung ke badan. Cantik. Telekung disarungkan ke
kepala. Umi dan Abi masih lagi bersiap agaknya. Tak sabar nak solat sunat hari
Raya. Uzair yang sudah kemas berbaju melayu hijau muda sudah berlari-lari di
laman rumah. Dia paling gembira. Puasanya penuh. Ibu dan ayahnya akan pulang
tengah hari nanti.
Dia senyum lagi. Agak-agak dia ke
masjid yang sama ke?
Telefon di atas meja bulat tiba-tiba
berbunyi nyaring. Nisrina terus mengangkat gagang.
“Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.” Suara itu berhenti. Nafas
ditarik dalam-dalam. “Ran. Dia.. dah tiada.”
Gagang telefon hampir terlepas dari pegangan.
Ya Allah. Tenangkanlah hatiku.
Panggilan dari Fahim. Dia tahu Fahim tak menipu.
Setitis air matanya jatuh juga. Di pagi 1
syawal. Saat umat Islam bergembira. Ran...
“Awak banyakkan bersabar.”
Dia
masih lagi kelu. “Bila..?”
“Subuh tadi. Kami kejut dia tak
sedar. Dia meninggal dengan tenang Nis.” Perlahan. Tentunya Fahim merasai
kehilangan.
Nisrina terdiam. Rasanya baru
semalam Ran meluahkan cinta. Dan baru selamam dia membaca surat yang diselitkan
di dalam purse yang diragut Ran tempoh hari. Ran. Innalillah...
Ayat-ayat didalam surat Ran
seakan-akan timbul di udara. Dia memejamkan mata.
“Aku mencintaimu kerana Allah, aku merindukanmu
kerana Allah, aku menunggumu kerana Allah, aku berkata seperti ini kerana aku
tau diriku terlalu banyak kekurangan, kerananya aku perlukan seseorang yang
lebih halus, untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA. Ya Rabbi,
Redamkanlah rinduku dijalan yang terbaik menurut Engkau untuk dunia dan
akhiratku, Aamin ya Rabbal'alamin.”
Di saat umat islam
menunaikan solat sunat hari raya, di masjid tamannya pula lain ceritanya. Solat
jenazah seorang lelaki yang baru dikenalinya. Bertemu kerana kesempatan. Dan
mencintai kerana pilihan. 29 hari. Hanya 29 hari tempoh perkenalan. Ran.
Syahiran. Tenanglah kamu di sana. Amin~