Showing posts with label Sayang awak.Janji!. Show all posts
Showing posts with label Sayang awak.Janji!. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

Sayang Awak, Janji! [8]





[8]

PINTU SEDERHANA BESAR aku tutup perlahan. Tak nak kacau Murni yang mungkin dah tidur. Jam yang tergantung pada dinding bercat biru muda itu aku pandang sesaat. Betul. Pukul 11.00 malam. Sama dengan waktu yang ditunjukkan pada jam tangan aku.
            Hampir setengah jam Abang Aliy bawa aku pusing sekitar bandar KL sebelum hantar aku balik rumah. Nak tunjuk lampu malam katanya. Konon nak pujuk la tu.
            Tapi salah dia tak besar mana pun. dia tertengking aku je. Bukannya pukul, kan?
            Apa boleh buat, aku ni memang jenis senang sangat nak menangis bila kena tengking.
            Sungguh. Macam tadi.
            “Diyan?”
            Langkah aku ke bilik tidur terhenti kaku. Nasib baik aku tak keluar latah cun aku. Murni pun…
            …nak tegur aku malam-malam macam ni tak pakai bedak sejuk tak boleh ke? Haih.
            “Baru balik?” dia mengerling ke arah jam sekilas dengan mata yang dipaksa buka sebelum memandang ke arah aku. tangan kanannya menggosok anak mata yang mungkin terasa perit diterangi cahaya lampu ruang tamu.
            Awal sungguh budak ni tidur.
            Aku hanya senyum mengangguk, menjawab soalan dia. “Nak mandi…” tombol pintu bilik aku pulas perlahan.
            “Keluar beli cincin?”
            Dengar aje soalan Murni kepala aku terus berpusing ke arahnya. “Er…tak.” Sekali lagi aku senyum.
            Aku nampak kening Murni terangkat seinci. Pelik. Memang aku boleh agak dia akan rasa pelik. Mana pernah aku keluar sampai malam macam ni. Kalau keluar pun, sama ada dengan dia, ataupun mama (ataupun Fadzril).
“Dah tu?”
            Aku sengih bersalah. Bukan bersalah dekat Murni, tapi Fadzril. Punyalah lama Fadzril ajak keluar beli cincin, aku tolak. Ini Abang Aliy ajak keluar, senang pulak aku terima. (Tapi, Abang Aliy bukan ajak beli cincin pun).
            “Aku mandi dulu Uni…” kening aku angkat seinci kepadanya. “Nanti aku cerita.” Terus aku tutup pintu bilik sendiri.
            “Diyan!”
            Aku tergelak kecil dari dalam bilik. Itu dia. suara halilintar Murni dah keluar.
            “Baik kau cerita. Kau keluar pergi mana? Dengan siapa!?” pintu bilik aku diketuk bertalu-talu.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sambil menyembunyikan senyuman. Payah betul satu rumah dengan wartawan tak pass interview ni. haih. “Apa…?” aku buka juga pintu bilik sebelum menjamah wajah Murni yang dah berkerut. Habis jatuh debu-debu putih bedak sejuk yang dia pakai tu.
            “Cerita kat aku. Now!” dia dah pun melangkah masuk ke dalam bilik aku sebelum melabuhkan punggung di atas katil bujang yang disediakan oleh tuan rumah. “Kau jangan nak mengada berahsia dengan aku.”
            Aku senyum lagi. Tak padan dengan baru keluar hospital. Ganasnya aduhai… “Kau ingat tak lelaki yang aku jumpa dekat hospital haritu?”
            “Abang yang bayarkan kau teksi tu?”
            Aku mengangguk perlahan. Tak perlu pelik bila Murni tahu pasal tu. Aku tahu Payed akan cerita.
            “Bukan bayarkan, bagi pinjam.” Aku mencebik, membetulkan fakta. “Aku keluar dengan dia tadi…”
            Dan tepat seperti yang aku jangkakan, terus mata Murni bulat memandang aku. terkejut.
            “Mak dia ajak makan ajelah…” sambung aku lagi.
            Kali ni mata dia pula yang hampir terkeluar. “Kau keluar dengan abang tu? Dengan mak dia skali?”
            Aku mengangguk lambat-lambat tanpa memandang wajah Murni dihadapan.
            “Diyan!!!?” sekali lagi dia menjerit. “Baik kau cerita.”
            “Aku nak mandi laa…”
            “No, now!”
            Laju aku menggeleng. Budak ni la. Sungguh tak menyabo! Lambat-lambat aku melangkah juga mendekati Murni yang masih memandang aku, tak lepas. “Macam ni…”
            Aku mula membuka mulut, bercerita dari awal cerita sehinggalah kejadian tadi. Aku nampak Murni mengangguk dan menggeleng beberapa kali. Khusyuk sungguh dia mendengar cerita aku.
            Kalau aku goreng dia pun sedap ni. heh.
            “Habistu Fadz tahu tak pasal Abang Aliy ni?” soal Murni sebaik sahaja aku menghabiskan ayat terakhir.
            Perlahan aku menggeleng. Memang pun Fadzril tak tahu. bukan hanya Fadzril, mana pun tak tahu. hatta Murni pun dia baru buka cerita malam ni.
            Iyalah, kenapa nak bagitahu pasal Abang Aliy tu pulak? Tak penting pun, kan?
            “Gila kau. Buatnya Fadz thu kau keluar dengan lelaki lain, maunya dia mengamuk.”
            “Ish, takkan nak mengamuk pulak. Aku dengan Abang Aliy tu bukan buat apa-apa pun. aku teman mak dia makan ajepun.” Gila ke nak mengamuk sebab tu je? Besar sangat ke salah aku?
            “Tapi still, kau keluar dengan lelaki lain.” Murni menggeleng laju. “Kau kena bagitahu Fadz tu, aku tak nak nanti hubungan korang terjejas sebab abang baru kau tu.”
            Spontan kening aku terangkat tinggi. Kenapa nak terjejas pulak? “Malaslah bagitahu. Nanti banyak pulak soal dia. lagipun dia bukannya laki aku pun.”
            “Diyan?!”
            Aku ketawa lepas sebaik sahaja mendengar Murni menjerit kuat. Pantang sungguh dia bila aku cakap macam tu. dia dengan mama sama aje. Pro Fadzril.
            Heh.
            “Iya…iya. Sorry. Tapi aku tak nak bagitahu la. Aku pun bukannya ada apa-apa dengn Abang Aliy tu. Itu kali terakhir kut keluar dengan dia.”
            Aku nampak Murni mencebik lebar. Tak puas hati. “Kau jangan main-main. Sekarang ni ramai yang suka tipu orang. Nak-nak kau tak kenal pun abang tu. ntah-ntah dia ada motif apa-apa ke. Nak culik kau ke…”
            “Motif dia nak culik aku? kau ingat aku anak perempuan tunggal orang besar-besar ke?”
            Murni ni la…
            Tak masuk akal sungguh.
            “Mana tahu…orang handsome ni bukannya boleh di buat main. Ada je udang disebalik mee. Mana ada orang handsome tak ada isteri sekarang ni? Paling kurang pun teman wanita. Heh.”
            Laju aku menggeleng. Tak berasas sungguh pemerhatian kau wahai Uni. “Kau ni…tak baiklah. Abang Aliy tu baik la.”
            Baik.
            Ya, dia baik sebab dia tolong bayarkan aku tambang teksi.
            Baik sebab dia tak cerita pun dekat mak Inah apa yang aku buat sebelum ni.
            “Baik eh? Jadi Abang Aliy kau tu mesti tak hansdome mana.” Murni ketawa kuat.
            Cait. Kurang asam gelugur sungguh. “Abang Aliy okey apa… taklah teruk sangat pun…” wajah Abang Aliy yang sentiasa tenang itu kembali ke layar kepala. Rambut yang hampir botak membuatkan gayanya menakutkan. Nasib baik gaya dia ada iras pelakon Prison Break tu.
            Siapa cakap orang botak tak kacak?
            Heh.
            “Sudahlah Diyan. Patutnya kau fikir pasal Fadzril tu,” Murni bingkas bangun sebelum mencapai novel I’ve Got Your Number dari atas katil. “Lagipun bukan ke dia dah nak pinang kau. Kan?”
Aku mengeluh tanpa sedar. Ya, aku tahu aku tak sepatutnya mengeluh. Aku tahu. “Haah. Weekend ni kami cari cincin tunang.” Aku menjawab perlahan. entah apa perasaan yang datang kali ni.
Pelik.
“Ha.. that’s your future. Esok-esok kalau jumpa Abang Aliy kau tu, bolehlah kau say goodbye, kan?” Murni mengenyitkan mata sebelum melangkah keluar dan hilang disebalik pintu.
Aku masih terpaku di atas katil dengan perasaan berbaur.
Say goodbye, huh?


WEEKEND. MACAM BIASA, hujung minggu bulan pertama aku akan balik rumah mama. Bukannya ada apa-apa pun, tapi entah. Dah jadi rutin.
            Lagipun, rumah mama dengan rumah aku bukannya jauh mana. Saja je teringin nak rasa hidup dekat rumah sewa, rasa hidup sendiri. Berdikari.
            Konon.
            Padahal hampir tiap minggu aku melencong ke sini semata-mata nak makan masakan mama. Heh.
            Aku bangun pada pagi hujung minggu dengan perasaan berbaur. Bau sambal ikan bilis masakan mama menerjah masuk ke dalam bilik aku tanpa dipaksa. Wangi.
Tapi bila aku buka aje mata, kepala terus teringatkan janji pada Fadzril.
            Beli cincin.
            Spontan aku mengeluh. Aku ni dah bersedia ke nak berumah tangga?
             “Yana! Bila nak bangun ni! matahari dah terpacak tu ha!”
            Itu dia. mama.
            Dah memang rutin dia untuk mengeluarkan suara soprano bila aku balik bermalam dekat rumah. nak buat macam mana, katil dekat rumah sendiri punyalah empuk gila.
            Sampaikan nak bangun pun terasa sayang…
            “Yana!! Tolong mama buat breakfast ni!”
            Haih. Niat dihati nak tarik selimut terbantut terus. Jam kecil di atas meja aku pandang sesaat sebelum membawa kali ke bilik air. Nak gosok gigi.
            Mama pun…baru pukul tujuh setengah.
            Mentang-mentanglah bilik aku dengan dapur tu hanya sekangkang kera, syok aje mama kejut aku pakai suara soprano.
            Heh.
            “Yanaaaa!”
            Hampir terlepas berus gigi ditangan. Laju aku menggeleng. Mama…mama. “Orang dah bangun!” aku menjerit, melawan bunyi sambal tumis mama.
            “Cepat sikit! dah nak kahwin pun bangun lambat lagi!”
            Aku tersengih dengan berus gigi yang masih di dalam mulut. Kalau dah macam tu gayanya, berani ke aku nak ingkar arahan mama yang satu tu?
            Berani ke aku nak tolak pinangan Fadzril?
            Air paip aku buka perlahan sebelum sisa ubat gigi aku bersihkan. Waktu-waktu macam ni memang aku dah tak boleh nak memilih. Lagipula, bukannya ada yang beratur nak pinang aku pun.
            Fadzril seorang je.
            Jadi Diyan, jangan nak memilih. Mana tahu Fadzril lepas kahwin akan menepati citarasa kau?
            Heh. Harapnyalah.
“Masak apa ma?” aku terus menegur mama sebaik sahaja kaki menjejak dapur. Rambut yang hanya paras bahu aku tocang satu. Bukan tak tahu mama masak apa. bau sambal tumis itu pun dah register dalam kepala.
“Nasi lemak. Pergi basuh telur, lepas tu rebus.” Terus mama mengarah tanpa memandang. Tangannya masih lagi mengacau sambal yang dah pun naik minyak. Heh. Betul kan naik minyak? Pemarah betul sambal tu. Hah ha.
Aku membuka peti ais satu pintu sebelum mengeluarkan empat biji telur. Cukup la kut untuk abah, mama, Dani dengan  Dania. “Tak payah basuhlah ma. Nak rebus dalam air jugak, kan?”
“Hish.” Mama menoleh ke belakang. “Kamu tahu tak telur tu datang dari mana? Kilang proses telur tu bukannya cuci betul pun.”
Bibir terus mencipta senyum senget bila mendengar mama membebel. bukannya dia tak tahu, dekat telur tu kadang-kadang masih ada terlekat benda yang tak sepatutnya.
Jadi, memang kena basuh dulu.
“Fadzril datang makan sini kan?”
Tangan yang menyiram telur dengan paip sinki terhenti kaku. Hah?
“Mama lupa nak suruh dia ajak mak dia sekali tadi.”
Fadzril makan dekat sini? “Untuk breakfast?” soal aku.
Mama hanya mengangguk tanpa berpaling. Laju aku mengetuk kepala sendiri. Ini la yang dia tak suka. Mama dengan Fadzril suka buat kerja belakang tabir. Kerja yang dia tak tahu menahu.
Haih.
“Pukul berapa dia cakap nak datang ma?” aku meneruskan basuhan tadi sebelum mencapai periuk kaca dari penyejat.
“La, tanya mama pulak. Dia tak call kamu ke?”
Aku angkat bahu. “Tak ada pun.” periuk tadi diletakkan di atas dapur gas sebelah kuali sambal tumis mama.
“Kejap lagi sampailah tu.” mama bersuara tanpa nada. “Ni tak nak mandi ke?”
Aku mengela nafas berat. Malas nak bersiap sebenarnya. Kalau makan dengan ahli keluarga aje kan best. Tak payah nak buat gaya makan dekat luar, kena bersiap pakai tudung bagai. “Mana orang tahu dia nak datang…”
“Bukan hari ni nak beli cincin ke?”
Aku mengangguk perlahan. Ya. Nak beli cincin.
Tapi bukan pagi-pagi alam macam ni. Jadinya Fadzril akan duduk sini sampailah kami keluar tengah hari nanti?
Mama ni la…
“Pergi mandi sana. Kejap lagi dia sampai tak ada siapa nak layan.”
“Mama la yang layan dia. mama yang jemput.” Laju aku membalas.
Dan laju aje bahu aku diketam mama. Adui. perit!
“Jangan nak mengada. Pergi siap sana.”
            Aku mencebik lebar tanpa mama perasan. Kaki dikuatkan juga kembali ke bilik untuk mandi. baru aje nak bersenang lenang dekat rumah sikit.
            Nak lepak-lepak atas katil…
            Bangun lambat…
            Tak mandi sampai tengah hari…
            Baru aje tuala dicapai dari penyangkut kayu, telefon berbunyi menandakan mesej baru masuk. Aku berpatah balik ke katil sebelum mencapai telefon.
            Fadzril la kut. takkan dah sampai? Baru pukul lapan kot? Mana ada orang datang rumah orang awal pagi macam ni?


‘Adik manis, awk tertinggal power bank dalam kereta abg.’

Spontan aku senyum. Abang Aliy.

‘Patutlah cari tak jumpa.’

Send.
            Aku kembali baring di atas katil, menunggu jawapan.

‘Ada ni ha. Abg pun tak perasan. Nak basuh kereta tadi baru nampak. Nak abg hantarkan ke?’

            Patutlah. Dah dua hari aku dari. Sikitpun tak teringat aku ada keluarkan waktu Abang Aliy hantarkan dulu. ingat nak charge handphone, tapi sekali powerbank pun tak ada bateri.
            Sia-sia je bawak berat-berat.

‘Boleh jugak. Tapi saya ada dekat rumah mama ni…’

            Send.
            30 saat kemudian.

            ‘Patutlah ketuk tak ada org buka pintu.’

            Huh? Aku terbangun dari katil. Ketuk? Ketuk apa?

            ‘Abg pergi rumah sewa sy ke?’

            Biar betul dia ni? Takkan pagi-pagi dia dah terpacak depan rumah sewa aku?Main ketuk-ketuk pintu pulak. hish! menakutkan kut! 
         Alamak, betul ke hipotesis yang Uni bagi itu hari? Ada udang disebalik mee?

‘Haah. ada depan rumah awk ni. silap abg jugak tak bagitahu. Mak pun ada. Kami lalu dekat kwsn rumah awk, jadi singgah terus.’

Oooo. Patutlah. Buat terkejut je. Heh. Tangan mula laju menaip, membalas.

‘Kalau macam tu datang rumah mama sy la. Tak jauh mana pun.’

Send, aku memandang kembali jawapan yang aku taip. Aku ajak dia datang rumah mama? Biar betul kau ni Diyan? Bukan ke kejap lagu Fadzril pun nak datang?

‘Tak apalah, segan. Nanti-nantilah sy pulangkan. Awk nak guna ke?’

Fuhh. Nasib baik dia tolak. Nasib baik…
Tangan mula menyusun kata untuk membalas. Belum sempat jari menekan butang hantar, satu lagi mesej baru masuk.

‘Lambat sikit abg hntr. Bagi awk rindu”

Mata terus bulat saat membaca perkataan terakhir itu. err…
Dan satu lagi mesej baru masuk. Terketar-ketar tangan menekan ‘buka’.

‘Dekat power bank tu… =)

Ceh! Buat kalut je dia ni…
            Dengan senyuman yang masih berbaki aku kembali menyusun ayat.

“Yana! Fadzril dah sampai!”
            Jari jemari terus kaku mendengar laungan mama.
Dah sampai? Seriously?

Oh no, aku belum mandi!

Friday, 29 November 2013

Sayang Awak, Janji! [7]



[7]

YA, AKU YAKIN di depan aku sekarang ni Abang Aliy. Tambah-tambah pulak bila dia senyum macam tu. Sah, dia Abang Aliy. Tapi tadi…
            “Bukan ke tadi nak balik?” hampir sepuluh saat berlalu, barulah aku ada kekuatan untuk bersuara. Terkejut tadi masih terasa. “Buat apa dekat sini?”
            Aku nampak Abang Aliy menggeleng laju dengan senyuman yang masih segar. “Kan dah cakap tadi, mak ajak makan malam.”
            “Mak Inah?”
            “Itu ajelah mak abang dekat dalam dunia ni.” senyum lagi.
            Terkena sumpahan senyum sampai mati ke apa Abang Aliy ni? “Kenapa saya pulak?” bibir bawah aku gigit perlahan, menahan getar yang tiba-tiba datang tak dijemput. Iyalah. Kenapa pulak Mak Inah nak ajak aku makan?
            Aku ni…bukan ke orang asing je? Bukan kawan Abang Aliy pun.
            “Mak dah berkenan la kut.”
            Hah? Dia cakap apa?
            “Nak ikut tak? Bas pun dah tinggal tu.” sambung dia lagi.
            Dia cakap apa? apa? Mak dah berkenan? Berkenan apa? berkenan untuk? Berkenan dengan?
            Haih, Abang Aliy. Janganlah buat jantung aku main drum petang-petang macam ni.
            “Adik manis…?”
            “Hah? Er.. ya?” adik manis…adik manis… dah macam orang nak jual karpet dah.
            “Awak nak ikut tak?” dia mula melipat tangan, dan memandang tepat ke arah anak mata aku. menanti jawapan.
            Sekali lagi aku menggigit bibir sendiri. Abang Aliy yang berdiri tegak dihadapan aku pandang dari atas ke bawah. Harini dia santai dengan tshirt dan jeans gelap. Simple.
Tapi…biar betul Abang Aliy ni. Tak logiklah kalau mak dia nak ajak aku makan.
            Jumpa baru sekali.
            Itupun tak sampai lima minit.
            ..dan…dan…aku tak kenal dia pun…
            “Awak tak percaya, ya?”
            Alamak! Terus mulut aku ternganga luas. Dia ada kuasa psikik ke?
            “Lepas makan nanti abang hantarlah awak balik. Abang kalau janji, memang abang buat. Bukan macam orang lain…” dia senyum dihujung kata.
            Nak mengata aku la tu.
            “Kejap…kejap. Betul ni Mak Inah yang ajak?” aku menelan air liur yang terasa payau tiba-tiba. Apa yang aku minum tadi? Mana pulak datang rasa payau kemain ni?
“MasyaALLAH budak ni…”
Eheh. Aku salah cakap ke?
“Mak abang ada tu ha dalam kereta. Dia nampak awak tunggu bas tadi, dia suruh berhenti, ajak makan sekali. Sekarang ni, awak nak ikut ke tidak?”
Itu dia. senyuman dia tadi terus hilang (yang membuktikan dia bukan terkena sumpahan). Satu persatu ayat dia masuk ke dalam telinga. Kepala mula menghadam apa yang jadi.
Oookeyy… jadi…
Automatik kepala aku berpusing ke arah kereta Gen 2 Abang Aliy yang diparkir tidak jauh dari bus stop. Mata yang masih sihat tanpa rabun aku picingkan ke arah tempat duduk hadapan.
Ya.
Mak Inah ada dekat situ.
Senyum memandang aku.
Aduhai…
“Tadi Mak Inah tak ada pun?” aku mencipta senyum segaris kepada Mak Inah sebelum kembali memandang wajah berkumis Abang Aliy di hadapan. Betullah, masa depan ofis aku tadi, Mak Inah tak ada pun dalam kereta.
“Nantilah waktu makan cerita. Dah penat abang berdiri ni. Nak ikut tak?”
Bibir yang tersenyum tadi terus ditarik. Nak ajak orang tu, tunjuklah keikhlasan sikit. ini main arah-arah je. Ingat aku ni adik dia ke apa? haih. “Okay.”
“Okay?”
“Okay, saya ikut.”
Bibir dia mula mengukir senyum nipis. “Jom.”
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memandang ke arah Mak Inah yang masih tersenyum manis di dalam kereta. Kaki yang kaku tadi aku atur mengikut langkah Abang Aliy.
Okay, Diyan…
Apa kau buat ni…?


MAKAN MALAM DENGAN Mak Inah dan anak dia? Segalanya berlaku dengan normal. Makan, berbual itu ini dan kebanyakan pasal topik semasa. Kadang-kadang masuk juga topik cuaca, dan ketawa.
Sikit pun aku tak terasa asing bila berada di antara dua beranak ni. Tiba-tiba terasa makan dengan keluarga sendiri. Pelik…
“Mak tunggu kejap. Abang nak pergi toilet.” Abang Aliy tiba-tiba bangun dari kerusi sewaktu pelayan menghantar buah-buahan untuk pencuci mulut. Aku hanya mengangkat muka sesaat sebelum kembali menghadap baki tomyam di dalam mangkuk kecil. pandai sungguh Mak Inah cari tempat makan. Sedap gila!
“Hmm.”
“Adik manis, jaga mak kejap.”
Suapan aku terhenti. Dia cakap dengan aku ke? “Hah? Er.. okay.”
“Hish, mak tak apa-apalah. Abang pergi je…” Mak Inah menepuk bahu anaknya perlahan sebelum memandang ke arah aku.
“Jaga mak.” Abang Aliy mengangkat kening sesaat sebelum hilang ke bilik air. Spontan aku menggeleng. Nak berak batu ke apa sampai kena pesan macam-macam. Haih…
“Maaf ya Diana, abang memang macam tu,”
“Eh, tak apa…” aku memaniskan senyuman. Tak nak kasi Mak Inah segan. “Abang Aliy tu baik sangat dengan Mak Inah. Diyan pun jarang keluar dengan mama.”
Sungguh. Kalau nak dikira, bila tengok Abang Aliy layan Mak Inah rasa macam nak ketuk diri sendiri aje. Aku yang anak perempuan ni pun tak layan mama macam tu. Tiba-tiba rindu mama.
“Anak lelaki sorang…” Mak Inah memulakan cerita, “Anak sulung pulak tu. Abang tak pernah berjauhan dengan keluarga. Dari kecil memang dia tak nak sekolah asrama. Nak duduk rumah, jaga mak dia…”
Aku senyum mendengar cerita Mak Inah. Matanya bercahaya, bangga. “Anak Mak Inah yang lain?”
“Diorang semua dah kahwin. Abang ada dua orang je adik. Aliya baru tahun lepas kahwin. Duduk dengan laki dia dekat Sabah…”
Aku mengangguk tanpa jemu. Tomyam masih lagi aku hirup perlahan.
“…Aliza pulak mengajar dekat Kelantan. Dah kahwin lama, tapi tak ada rezeki lagi nak dapat anak.”
Ooo…
“Ayah abang dah lama tak ada. Itu yang abang terus ambil alih tugas ayah dia…” Mak Inah masih lagi khusyuk bercerita.
“Untung Mak Inah ada abang, kan.”
Aku nampak Mak Inah tersenyum tawar sebelum mencapai air suam dari atas meja. “Kadang-kadang sunyi jugak Yana. Bila abang kerja, Mak Inah sendirian, anak-anak yang lain jauh…” Aku terdiam, menunggu ayat yang seterusnya. Mata Mak Inah mula berkaca. “Nak bercerita pun, Mak Inah bercerita dengan pokok depan rumah tu. Tak pun Mak Inah sibukkan kan diri dengan menjahit.”
Aku menghela nafas perlahan. dada tiba-tiba terasa sebak sendiri.
“Nak bercerita dengan abang, dia pun ada masalah dia sendiri. Mak Inah untung ada abang yang sanggup jaga Mak Inah sampai sekarang. Sampaikan dia pun tak nak kahwin. Tunggu Mak Inah sihat.”
Aku diam lagi. mendengar.
“Nasib baik ada Yana, boleh Mak Inah buat teman bersembang.” Tangan kanan aku yang berada di atas meja Mak Inah capai sebelum mengusapnya perlahan. aku hanya mampu tersenyum. Terharu, sedih semua bercampur.
Agaknya apa nasib aku bila tua nanti? Keseorangan jugak ke?
“Boleh…tak ada masalah Mak Inah. Nanti kalau free Diyan kenalkan Mak Inah dengan mama Diyan.”
Aku menepuk tangan tua Mak Inah perlahan. Nak tanya apa sakit dia, macam tak sesuai pulak. “Jangan sedih-sedih, kalau Mak Inah nak teman bersembang, telefon je Diyan. Kalau tak kerja, boleh Diyan jenguk Mak Inah.”
Air mata Mak Inah mula mengalir perlahan. Belum sempat aku membuka mulut, suara Abang Aliy tiba-tiba muncul dari belakang.
“Abang suruh jaga mak, kan?” dia memandang aku tajam. “Awak buat mak menangis kenapa?”
Mulut aku terus ternganga. Terkejut.
“Abang…” Mak Inah menarik tangan Abang Aliy untuk duduk disebelahnya, tempat yang dia duduk tadi. “Yana tak buat apa-apa pun. Abang nak marah kenapa?”
“Tu, dia buat mak menangis?” dia mengerling aku sesaat. “Awak pun menangis kenapa?” kali ni nada suara dia berubah. Pelik agaknya tengok air mata aku bergenang.
Aduhai Diyan. Kena marah sikit je takkan nak menangis kut?
 “Diyanah?” Abang Aliy memandang tepat ke arah anak mata aku. sikitpun aku tak berani untuk mengangkat muka.
Aku diam sambil menggeleng beberapa kali. Gelas teh o ais aku capai dari atas meja sebelum aku hirup perlahan.
“Diyan…?”
“Sudahlah tu. Cepat makan.” Mak Inah mula menyampuk. “Abang, lepas ni hantar Yana balik.”
“Hmm.”
...dan aku masih lagi menghirup teh o ais sewaktu telinga menangkap jawapan daripada mulut Abang Aliy tadi. Sikitpun tak terasa nak angkat muka, membantah. Aduhai Diyan… kenapalah kau buat perangai menangis depan orang.
Haih.


“SORRY,”
            Aku masih diam di tempat duduk belakang. Tak terasa nak beralih tempat pun waktu Mak Inah turun tadi. Biar dia rasa jadi driver sikit. Padan muka. Heh.
            “Diyanah, I’m sorry.”
            “Iya. Nak mintak maaf kenapa. Saya tak ada apa-apa pun…” tipu…aku tipu… padahal mata terus bergenang bila dia tiba-tiba tengking aku tadi.
            Aku ni bukannya jenis tahan marah…
            “Minta maaf sebab marah awak tadi.” sekali lagi dia mengulang maksud yang sama dalam ayat yang berbeza. “Abang takut jadi apa-apa dekat mak. Sorry.”
            “Jangan risaulah. Saya takkan nak bunuh atau lukakan hati siapa-siapa pun. apatah lagi Mak Inah.” Aku mendengar suara sendiri meninggi.
            Abang Aliy yang masih tenang memandu tiba-tiba ketawa perlahan. “Ya, abang minta maaf. Terkejut tengok awak menangis tadi.”
            “Padan muka. siapa suruh marah orang tak tentu pasal.”
            Aku nampak dia tersenyum dari cermin pandang belakang. Apa? Kelakar ke kalau aku menangis kalau kena marah? Kelakar ke?
            “Lain kali jangan menangis lagi. Dah malam macam ni abang tak tahu mana nak cari aiskrim nak pujuk.”
            “7e berlambak.” spontan aku menjawab. Saja nak menyakat sebenarnya. Ingat apa? aku budak empat tahun nak pujuk pakai aiskrim?
            Heh.
            “Hah! Itu dia!”
            Kereta tiba-tiba membelok ke kanan dan terus berhenti di hadapan…er..SevenEleven?
            “Tunggu sini, abang cari aiskrim. Kunci pintu.” dia terus keluar dari kereta dan menyusup masuk ke dalam kedai 24jam itu. Aku menggosok mata beberapa kali, tak percaya. Biar betul dia ni?
            Tak sampai lima minit, Abang Aliy sudahpun keluar dari kedai serbaneka itu sambil membimbit beg plastik kecil. sungguh ke dia beli aiskrim? For real?
            “Nah,” beg plastik tadi terus dihulurkan kepada aku setelah dia membuka pintu belakang. “Abang tak tahu awak suka aiskrim apa. Abang beli aiskrim yang abang suka. Now, I’m sorry, okay?”
            Er…aku tak bermimpi, kan? Aku tak berhalusinasi, kan?
            Perlu tak aku cubit pipi sendiri?
            “Diyanah…?”
            Aku terus menyambut plastik tadi daripadanya. Abang Aliy senyum segaris sebelum menutup pintu bahagian belakang dan terus ke tempat pemandu. Anak mata aku masih lagi memaku pandang ke arahnya.
            Aliy Naim. Sekejap boleh jadi sombong tak ingat. Sekejap boleh jadi garang macam bapak singa. Sekejap boleh jadi penyanyang pada mak dan sekarang ni dia jadi…abang yang caring?
            Macam mana semua tu ada dalam seorang manusia?
            “Jangan menangis lagi, ya?
            “Hmm…”
            “I’m sorry…”
            “Ya... tak ada apa-apa lah.”
            Dia senyum lagi. “Diyanah…”
            Hish, dia ni…apa lagi. dah mintak maaf beribu kali. Tahu Bila diucap beribu kali, perkataan maaf tu boleh jadi murah?
            “Apa lagi?”
            “Er…rumah awak dekat mana?”

            Aku tepuk dahi sendiri. Hadui. Patutlah dari tadi aku tak pernah nampak pun jalan yang dia lalu ni. Itulah, sibuk dengan merajuk sangat. Haih.


***

Wednesday, 27 November 2013

Sayang Awak, Janji! [6]



[6]


AKU BANGUN KEESOKAN pagi dengan rasa lenguh satu badan. Malam tadi, lepas bawa Murni balik, Payed terus ke rumah kawan dia, dekat bangi (takkan dia nak tinggal dekat rumah kitaorang pulak, kan?). Murni pun dan okay…
            Aku je…
            Tiba-tiba ‘terikat’ dengan ‘abang’ Aliy Naim tu.
            Hari ni aku bersiap ala kadar macam biasa. Sampai aje dekat cubicle sendiri, aku keluarkan cebisan kertas dari beg tangan sebelum merenungnya lama. Nombor telefon dia.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka komputer dan berada dalam keadaan ‘Online’. Bila-bila masa aje panggilan daripada pelanggan akan masuk.
            “Morning Diyan…” Hada menegur dari belakang. Aku hanya mengangguk dengan senyuman.
            ‘Titt’
            Itu dia. bunyi tu bunyi yang dah berjuta kali aku dengar. Bunyi panggilan masuk.
            “Khidmat pelanggan Centra, bagaimana boleh saya membantu?”
            Kerja Diyan…kerja. Petang nanti kau bayarla hutang tu. Tak pun esok. Tak pun bila-bila free.
            Sebelum makan tengah hari, aku pandang lagi. Kali ni aku dah alihkan cebisan kertas tadi pada softboard.
            Waktu nak balik kerja, sekali lagi aku pandang. Kali ni nafas dihela tanpa sedar. Perlahan-lahan aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan yang aku letakkan di bawah meja. Aku kena simpan nombor ni sebelum hilang.
            Sebelum aku lupa.
            Sebelum sekali lagi ‘abang’ tu sembur aku sebab lupa janji.
            “You…”
            Aku mengangkat kepala dengan jari masih membuka menekan skrin telefon…
            “Hari ni free, kan?”
            …dan automatik mulut aku ternganga. Fadzril dah tercegat di sebelah aku. macam biasa, smart dengan kemeja biru muda dan lengan tangan yang dilipat sehingga siku. Dah rimas agaknya bila dah petang-petang macam ni.
            Okay, aku lupa. Lupa tentang hal dengan Fadzril semalam.
            “Dah habis kerja, kan? Jom.” Fadzril mencipta senyuman lebar sebelum menarik kerusi dari cubicle sebelah. Kerusi Syiha. Dah balik kut budak Syiha tu. awal betul hilang. “Kita pergi makan sekali. I lapar…” dia menyambung lagi.
            “Awal pulak you habis?” aku pandang jam di tangan. baru pukul 4.40 petang. Aku iyalah, shift dah habis. Dia tu kerja bukannya shift.
            “I tak lunch tadi. Itu yang keluar awal ni.”
            Aku mengangguk faham. Biasanya siapa yang tak ambil lunch, boleh simpan waktu lunch tu, sampai balik. (Untuk  orang-orang yang berjawatan macam dia ajelah).
            Nombor dah selamat disimpan. Meja dah dikemas. Komputer pun dan ditutup. Aku dah tak ada alasan lain dah nak bagi dekat Fadzril. Tak ada…
            “Encik Fadz, Mr Ooi panggil dekat atas.” Jayden yang entah dari mana datang tiba-tiba mencelah. Dua pasang mata terus memaku pandang ke arahnya.
            “Kenapa pulak?” Aku nampak kening Fadz berkerut lebat mendengar pernyataan Jayden tadi. Iyalah. Dah tahu orang nak balik, nak panggil kenapa lagi? dah tu, tahu pulak Mr Ooi yang Fadzril ada dekat sini.
            Jayden angkat bahu sesaat. “Pasal regulation baru kot. System yang HQ minta kita ubah.” Dia menjawab senafas. “I tak involved, jadi I tak tahu.”
            Aku tak dapat menahan diri dari tersenyum lebar. Lega sebenarnya.
            “Nampaknya tak jadi lagi beli harini…” Fadzril berpusing, memandang aku. senyuman lebar tadi terus aku tarik. Takkan nak tunjuk yang aku gembira kut. Hee. “Weekend ni kita beli, ya?”
            Perlahan-lahan aku mengangguk sambil memandang Fadzril yang bangun dari kerusi. “Weekend ni I balik rumah mama.”
            “Elokla tu. Ajak mama you sekali pun tak apa.” aku nampak dia senyum lebar menampakkan gigi putih yang tersusun rapi. Sukalah tu kalau mama ikut. Dia tahu yang mama akan sokong apa je yang dia buat.
            “Nak pilih cincin I, kan? Kenapa nak mama ikut pulak?” aku dengar suara sendiri membantah, tak puas hati.
            Fadzril tergelak kecil sebelum menggeleng beberapa kali. Dia faham sangat dah dengan perangai aku. “Okay, love. Sabtu I jemput dekat rumah mama you. I naik atas dulu. Balik nanti hati-hati.”
            Nak tak nak, kembang jugak hidung aku barang semangkuk dua. Jayden di hadapan hanya senyum mendengar perkataan ‘love’ yang tekeluar dari mulut Fadzril. Nina di hadapan mengangkat muka dari skrin komputer. Juga senyum.
            Satu pejabat tahu, aku dengan Fadzril ibarat Rabne Bana Di Jodi…
            “Okay.” Aku menjawab perlahan sebelum melihat kelibat Fadzril dan Jayden hilang di sebalik pintu kaca. Nafas dihela tanpa paksaan. Nampaknya, inilah kut cerita aku. dengan Fadzril.
Diyan.
Sedar sikit. Kau tu dah dekat 26 tahun. Sampai bila nak memilih?


AKU MASIH TERPAKU di meja sendiri walaupun Fadzril dah hampir sepuluh minit menghilangkan diri ke tingkat atas. Kertas yang hampir renyuk tadi aku tarik dari softboard. Nak tak nak, berdebar jugak hati aku bila pandang nombor Abang Aliy Naim ni.
            Aku kena ajak dia keluar lah, ya?
            Ataupun aku jumpa, bagi balik RM20 ringgit, lepastu blah.
            Boleh je, kan?
            Tanpa menunggu lama, jari mula menekan nombor telefon yang tertera. Tak lama pun menunggu talian terus bersambung…
            “Assalamualaikum, siapa?”
            …dan aku terkedu. Mak ai! Macho gila suara dia dalam telefon. Kenapa aku tak perasan waktu mak dia pengsan dulu?
            “Diyan…saya Diyan…” aku menjawab salam dalam hati. Adui. tergagap pulak suara ni. Tapi sungguh…
            “Tak kenal.”
            …macho gila!
            Jap, dia cakap apa tadi? Tak kenal?
            “Saya Diyanah yang pinjam duit abang haritu. Nak bayar balik ni. karang orang ingat saya mungkir janji pulak…” laju aku membalas. Tak kenal? Ada amnesia ke apa dia ni?
            Lepas aje habis ayat aku, ketawa terus pecah dari belah dia. Lama…
            “Sorry adik manis,” dia bersuara juga akhirnya dengan ketawa yang masih bersisa. “Tak tahu pulak nama Diyan. Malam tadi cakap Diyanah.”
            Spontan aku mencebik sendiri walaupun aku tahu dia takkan nampak. Belum sempat aku membuka mulut membalas, dia terus menyambung, “Diyan…nama glamour la ni eh?”
            Haih! Menyesal pulak aku telefon!
            “Saya nak bayar duit ni…bila free?” malas melayan, aku terus pada topik utama. Lama-lama boleh bengkak hati aku. karang tak pasal-pasal ada orang kena sumpah jadi peti aiskrim. Heh.
            “Duit?” aku mendengar dia menyoal dari corong telefon. Takkan dah lupa kut. betullah dia ni ada amnesia.
            “Dua puluh ringgit. Duit teksi malam tadi. saya nak bayar balik. Abang free bila?” sepatah-sepatah aku mengulang. Ayat lain, makna sama. Kalau dia tak paham atau tak ingat lagi, aku letak ajelah telefon. Kira halal. Boleh?
            “Dah nak bayar eh? Kenapa cepat sangat? Ingat kena tunggu sampai minggu depan…”
            Walaupun aku tak berada di hadapan dia sekarang tapi aku tahu…dia tengah senyum kan, sekarang? Senyum sinis kalau nak dijelaskan lagi. Sabut kelapa betul.
            “Ya, nak bayar dah. Takkan membiak jadi RM200 pun kalau saya biarkan dalam purse ni.” apa? Ingat aku tak boleh guna ayat perisa perli  jugak?
            …dan dia ketawa lagi. Entah apa kena dengan Abang Aliy harini. Murah dengan ketawa betul. Ke dia baru lepas menang loteri? Eh, bukan benda tu haram ke?         
            “Okay kalau macam tu gayanya, abang jumpa awak dekat bawak ofis ajelah. Ke dah balik?”
            Aku pandang jam tangan. Tak pelik pun kalau dia ingat aku dah balik. Jam pun dah menginjak ke angka 5. Memang waktu orang balik kerja pun. “Belum…”
            “Kenapa tak balik lagi?”
            Eh eh dia ni… aku tak balik lagi pun jadi dia punya masalah jugak?
            “Tunggu nak bayar hutang eh…?”
            Sekali lagi aku mencebik. Malas melayan.
            “Knock, knock… tak ada orang ke?”
            Haih dia ni… “Abang kat mana ni? Saya nak bayar.” Payah sangat nak cakap dia kat mana. Ingat aku tak mampu nak pergi dekat dia ke kalaupun dia cakap dekat negeri lain?
            “Melaka…”
            Huh? Er…kalau dekat Melaka…
            “Fikiran dekat mana adik manis, kan dah cakap tadi tunggu dekat bawah ofis…” sekali lagi dia ketawa perlahan.
            Ceh. Buat gelabah orang je…
            “Sepuluh minit…”
            Automatik kening aku terangkat seinci. “Hah?” apa yang sepuluh minit?
            “Tunggu dekat bawah, lagi sepuluh minit abang sampai.”
            Ikut suka dia je… Heh.


TEPAT SEPULUH MINIT seperti yang dikatakan, sebuah kereta Gen 2 biru muda berhenti tepat di hadapan pintu bangunan. Aku yang baru sahaja menunggu selama dua minit terus bingkas dari kerusi plastik yang disediakan untuk pakcik guard disitu (Pakcik tu yang bagi aku duduk, ingat aku nak tunggu lama kot).
            Cermin kereta di bahagian pemandu diturunkan dan aku terus menangkap kelibat Abang Aliy yang ringkas berbaju tee hitam tanpa kolar. Perlahan-lahan aku membawa kaki menuruni empat anak tangga sebelum mendekati Gen 2 biru  itu. “Sharp…” aku berkata sepatah.
            Dia hanya senyum nipis sebelum membuka pintu untuk keluar. “Itu namanya ‘janji’.”
            Sikit lagi aku nak tepuk kepala. Tegur lagi, kan dah kena hidung sendiri?
            Tanpa banyak soal, aku terus membuka purse sebelum mengeluarkan RM20 ringgit dan terus dihulurkan kepada dia yang bersandar pada kereta.
            Selalu dalam cerita orang halalkan aje dua puluh ringgit tu…
            “Orait..” Abang Aliy terus menyambut dengan senyuman. Dua puluh ringgit tadi terus dimasukkan ke dalam poket seluar.
            …dia ambik? Dia ambik?
            So, what do you expect Diyan? Dia pun akan halalkan dan jemput kau keluar makan? Lepas tu dia belanja makan, dan…dan…hantar kau balik?
            Wake up la Diyan, ni bukan drama la.
            “So, nak balik ke ni?”
            Aku menelan air liur sambil berdehem beberapa kali, membetulkan suara. “Haah. Nak balik dah.”
            “Okay. Then.”
            Aku tak dapat menahan dari ternganga. Hah? Tu je? Betul ni tak ada offer nak hantar aku balik?
            “Bye.”
            …dan aku masih ternganga. Seriously?
            “Oh, by the way, sama-sama.” dia tersenyum nipis sebelum masuk ke dalam kereta.
            Perkataan sama-sama dari dia terus menyedarkan aku. ya, aku sekarang dalam dunia realiti. REALITI. Berterima kasih dekat orang tu pun tidak, sibuk nak harapkan orang hantar balik plus dengan pakej belanja makan. Heh.
Thanks. Thanks sebab selamatkan saya malam tadi. Bye.”
Abang ALiy mengangguk perlahan sebelum menghidupkan kereta dan terus membelah jalan besar. Aku termangu sendiri. Sungguh aku tak percaya. Sesekali aku tergelak sendiri, kelakar. Apa yang buat aku fikir dia nak pelawa aku itu ini? Jumpa pun baru beberapa kali.
            Dan, macam yang dia cakap. Aku bukan kawan dia.
            Ya, memang kami bukan kawan.
            Haih Diyan. Berangan lebih kau ni. ingat para lelaki sekarang tak ada kerja sangat ke nak hantar setiap wanita yang dia jumpa? Wanita yang tak kenal pulak tu.
            Heh.
            Tanpa menunggu lama, aku terus berjalan ke bus stop. Pakcik pengawal dah jeling-jeling sotong melihat aku tersengih sendiri. Silap hari bulan dia cop aku tak siuman, sia-sia je.
            Nasib aku sangat baik lepas ditinggalkan Abang Aliy tadi. Bas U82 yang aku tunggu tak sampai pun lima minit datang menyerah diri di bus stop. Dalam hidup ni jangan nak harapkan orang aje Diyan. Bawak-bawaklah berdikari. Bayang-bayang kau sendiri pun akan tinggalkan kau saat kau dalam kegelapan.
            Ingat tu...
            “Diyan!”
            Kaki yang baru aje ingin melangkah masuk ke dalam perut bas terkaku dua saat. Aku terus mengangkat kepala, memandang ke kiri dan kanan. suara tu macam suara…
            “Diyanah! Tunggu kejap.”
            Abang Aliy?
            “Jangan balik dulu.”
            Err…
            Aku terus berundur ke belakang, memberi laluan kepada beberapa manusia lain yang berebut-rebut untuk menaiki bas yang sama. Dah kenapa pulak dia tiba-tiba boleh terpacak dekat sini?
Bus stop dah pun kosong. Pemandu bas menjeling sesaat dengan jelingan ‘Kau nak naik ke tidak, budak?’
            Perlahan-lahan aku menggeleng tanda tak jadi.
            “Jom, ikut abang.” dia tersenyum nipis melihat muka aku yang blurr. Ya, memang aku tengah blur. Otak tak sempat nak cerna apa yang jadi. Nak ikut dia kemana pulak?
Dia berjalan merapati aku yang masih tegak di bus stop. Dan aku masih kaku…
“Jom. Mak ajak makan malam.”

            Haaaa?


***