Sunday 8 December 2013

Terukir Di Bintang





[Terukir Di Bintang] – 03022012-8.02pm
Terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu….

Satu dewan riuh dengan tepukan gemuruh dari penonton. Lutut Izara dah hampir terkeluar dari badan. Ini betul-betul gemuruh! Ramai gila yang datang tengok Malam Sejuta Bintang dekat Laman Perdana uni ni. Huish. Cuak, takut, gementar semua ada. Silap-silap kalau tambah ais dah boleh jadi air batu campur!
            Huh, jangan nak melalut time kalu macam ni Izara! Fokus-fokus. Sekali lagi mulutnya automatic buat mumbling. Macam yang artis selalu buat. Hehe. Bukan dia tahu pun apa fungsi benda tu. Tahu buat je. Bbbruuuuuuuuuurr.
            Heh, slow sikit. Karang sia-sia je tersembur air liur dekat mic baru ni. Huhu.
            “Izara!”
            Mic hampir terlepas dari genggaman. Haish. Main sergah-sergah pulak time kalut macam ni. “Apahal?”
            “Ready belum? Kitaorang tunggu kau je ni,” Ejan, pemain gitar kumpulan. Dari tadi sebenarnya dia perasan Ejan dok pandang dia.
            Izara pandang Aidi yang dah selamat duduk di atas pentas. Drumstick dikeluarkan dari poket seluar. Spontan tangannya memainkan drum. Intro perkenalan. Dia toleh pula pada G-mi yang berdiri di sebelah Ejan. G-mi hanya sengih.
            “Okay, aku ready.” Sungguh ke ni dah ready? Tapi kenapa lutut masih terasa nak tercabut? Logik akal tak kalau dia lari masuk toilet sekarang? Dah rasa perut ni penuh dengan rama-rama. Huuu~
            “Good luck babe! You can do it!” Ejan tepuk lembut bahu dia. Kaki dikuatkan juga ke atas pentas. Dah 2 minit rasanya dia sembunyi di belakang tirai selepas nama kumpulannya dipanggil tadi. Ingat senang ke nak hilangkan rasa nervous?
            “Saya mempersilakan, The Rhythm!!” emcee sekali lagi buat ulangan suara sebaik sahaja dia melihat Izara melangkah ke tengah pentas. Izara mengangguk pada Yuni, emcee tadi. Mic di stand dibetulkan mengikut ketinggiannya.
            “Ehem,” saja test mic. Hehe. Dia toleh ke belakang. G-mi, Ejan dah ready dengan gitar dan bass masing-masing. Aidi pun dah angkat drumstick tanda dah sedia. Pandangan dihala semula ke hadapan. Here we go….

‘Sounds straight from the twilight
Has me up all night I can’t
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it’s you!

Suara sorakan makin gamat. Ada yang bertepuk tangan, ada juga yang menjerit. Habis sahaja rangkap pertama, debaran Izara kian hilang. Hilang…

All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay

Penonton melihat dengan penuh keasyikan. Memang suara Izara sedap. Lain dari vocalist asal Estrella, Liyana tu, tapi still, suaranya unik. Memang sesuai la bawa lagu genre macam ni.

With the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay

Izara senyum sendiri. Music bridge. Semua terpegun dengan cara Ejan memainkan gitar. Semua kagum dengan kecekapan G-mi mengendalikan bass. Semua bersorak mendengar bunyi drum dari Aidi. Izara senyum lagi. Music bridge dah hampir habis. Mic dibetulkan lagi.

Making up a story
It’s the way you’re looking at me
If you think that this is funny
It’s just you
Try and think about it
If your heart is closed don’t lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through…

Inilah hidup mereka. Hidup The Rhythm. Kumpulan yang rasanya tak asing dah dalam uni ni. Hampir semua orang kenal kecualilah budak tahun satu yang baru masuk bulan lepas. Ini kira malam pengenalan la kut.
            Malam ni malam sambutan apa entah. Dia tak pasti. Cumanya, kumpulan mereka dijemput untuk membuat persembahan. Itulah yang selalu terjadi. Memang dah banyak kali mereka dipanggil untuk membuat persembahan. Tapi rasa gementar Izara untuk membuat persembahan tak pernah hilang. Nasib baik la tak pernah spoil waktu dekat atas stage. Kalau tak, sia-sia je mereka di banned. Haha.

All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay
Please stay with me…

Sorakan penonton mengakhiri lagu Stay nyanyian Izara dan The Rhythm. Dia tersenyum puas. Ya dah habis satu persembahan. Next song should be okay.
            And the next song is……


“BETUL KAU TAK nak minum sekali ni?”
            Izara menggelengkan kepala. Betul tak nak. Dia dah penat. Lagipun dah hampir pecah perut dia makan dekat majlis tadi. Kawan-kawan dia ni betul la tak reti penat. Haish. “Aku dah kenyang makan tadi. Kau orang pergi je la. Aku okay.”
            Aidi angkat bahu dan melangkah masuk ke dalam MyVi putih barunya. Enjin dihidupkan.
            “Jom la babe. Kau ni macam tak biasa lepak sekali,” Ejan pula mengajak.
Izara hanya sengih. Memang selalu pun dia lepak dengan  budak-budak The Rhythm sampai pagi. Tapi malam ni tak rasa nak lepak pulak. Rasa nak tidur tu lebih banyak. “Kau orang takkan pengsan pun kalau aku tak ada, kan?” pintu pagar rumah sewanya ditutup. Sempat dia senyum pada Aidi dan G-mi di dalam kereta. Lupa, dekat Hanni sekali, awek G-mi. Dia memang selalu ikut kalau The Rhythm buat performance. Kiranya boleh la kalau nak cakap pengurus tak bertauliah. Haha.
“Enjoy la korang. Aku tidur dulu!” Izara angkat tangan. Ejan mencebik. Dia turut masuk ke dalam kereta. Duduk sebelah Aidi. Aidi angkat tangan tanda goodbye. Izara hanya senyum. Laju dia masuk kedalam rumah bila kereta Aidi dah meluncur ke jalan besar. Gila nak tunggu dekat luar lagi? Dah pukul 12.30 malam ni. Huuu~ seram!
            Perlahan-lahan dia membuka pintu rumah. Tak nak rakan-rakannya terjaga. Memang Fizah dan Irah selalu tidur awal. Kalau jam dah melangkah masuk angka 12, mula lah mata mereka layu. Tak remaja betul tidur awal. Hehehe.
            “Zara, show dekat mana pulak malam ni?”
            Gugusan kunci di tangan hampir terlepas. Nasib baiklah jantung dia elok duduk dalam kurungan tulang rusuk. Kalau tak, mahunya dah tercampak keluar. Muka Fizah yang sudah bertepung gomak itu dipandang. Eh, bukan tepung gomak la. Itu namanya bedak sejuk.     
            “Dekat LP je,” LP, singkatan untuk laman perdana. Memang budak-budak U ni suka eh buat nama singkatan? “Kau tak tidur lagi?” soalan tu dikira soalan bodoh tak? Dah sah-sah la Fizah berdiri depan dia ni, takkan tidur sambil berjalan kut? Tak apa lah. Berbudi bahasa budaya Izara. Heh.
            “Baru nak tidur ni. Nanti Zara solat dulu sebelum tidur, ya?” pesanan rutin Fizah. Itu je lah ayat dia kalau nampak Izara malam-malam macam ni. Macam tau-tau je Izara tak solat lagi.
            Dia hanya mengangguk. Laju kakinya di atur ke bilik. Mengantuk. Penat! Tapi kena mandi dulu ni. Melekit. “Masuk dulu ya Fizah, night!”
Walaupun Fizah sangat lain dari dia punya watak, tapi dia hormat Fizah sebagai kawan dia. Fizah lain. Walaupun Fizah tak suka apa yang dia buat sekarang, tapi Fizah tak ada lah sound terus menerus. Irah pun sama. Irah kira tak campur langsung. Itu yang buat dia suka duduk rumah sewa ni. Best. Nak kira dengan rumah sewa dulu memang sakit jiwa.
            Beg sandang dicampak ke katil. Tuala di penyangkut dicapai. Dah tak sabar nak mandi ni. Melekit! Kaki dibawa ke bilik air.
           
            Titt. Tittt…

Niat untuk ke bilik air terus terbantut. Samsung Galaksi S dikeluarkan dari beg. Ikon mesej yang diterima membuatkan dahinya berkerut. Bukan sebab mesej yang diterima, tapi sebab nombor yang tertera tu. Unknown. Tak tahu siapa.
           
            “Very nice voice you have. Keep on singing!”

Itu aje. Ringkas. Tak ada permulaan. Tak ada pengakhiran. Handphone kembali diletakkan di atas meja study. Malas nak fikir. Yang penting sekarang, mandi!

*****
“Muhammad Najmi,” Lelaki di hadapannya dah tersengih macam kerang kena rebus. Bezanya muka Muhammad Najmi ni lebih kacak kalau nak dibandingkan dengan kerang.
            Izara mengangguk kecil. Dia hanya mengangkat kening. Selamba bomba je Najmi duduk di kerusi bertentangan dengannya. Ejan dah angkat tangan nak pesan makanan. Tak ramai orang dekat Restoran Western Here hari tu. Mungkin ramai ada kelas kut. Kalau nak dikira, sekarang ni pun dia ada kelas. Tapi dah si Ejan ni beria-ia ajak keluar makan, dia on je la. Harap-haraplah Irah tolong sainkan. Macam biasa.
            “Kau nak apa babe?” soal Ejan.
            Sikit sahaja dia nak keluar latah dia tadi. Syok mengelamun, sampai Ejan tanya pun tak sedar. “Apa-apa je. Nasi goreng kampung?”
            “Kau ni sihat tak? Kita dekat kedai western ni. Yang kau pergi order nasi goreng kampung tu kenapa? Hei, kau ada dekat sini tak?” bahu Izara digongcang kuat.
            Izara sengih. “Spaghetti Carbonara.”
            Ejan mula membuat pesanan. Pelayan yang bertag nama Farihani itu cepat menulis pesanan. Seminit kemudian dia berlalu.
            “Mana yang lain?” Izara membetulkan cardigan. Rambut panjangnya diikat satu. Jadi ekor kuda. Yang lain tu merujuk kepada Aidi dengan G-Mi.
            Najmi hanya diam memerhati. Nak menyampuk memang dia tak tahu apa yang patut disampuk. Disampuk? Hehe.
            “On the way la tu kut. Aku dah call diorang tadi,”
            Izara mengangguk lagi. Kehadiran orang asing dalam kumpulan dia cukup buat dia tak ada topik nak cakap.
            “Alamak, perut ni tak reti nak okay dari tadi,” Ejan merungut sendiri. “Aku pergi toilet jap.” Laju je dia bangun mengatur kaki ke pintu yang tertulis ‘Gent’s’.
            Izara menggelengkan kepala. Tak senonoh betul. Pelayan yang datang meletakkan tiga gelas air hanya dipandang dengan senyuman. Tak terasa nak ringankan mulut ucap terima kasih.
            “Terima kasih,”
            Izara angkat kepala. Heh, sopan santun sungguh budak Najmi ni.
            Pelayan tadi mengangguk dan berlalu ke kaunter makanan. Mata Najmi melekat kepadanya. Izara terasa nak sembur mata orang depan dengan ais lemon tea yang elok terhidang di atas meja ni. Mata dia dah macam keluar laser merah dah!
            “You have a beautiful voice,” pandangannya dah bertukar pada jus di tangan.
            Kening Izara automatik terangkat. Beautiful voice? Apasal semua orang baru nak puji dia punya suara ni? Selama ni, mereka semua tak tahu ke yang suara dia memang ada rupa buluh perindu? Eheh, perasaan!
            Dia tak tahu nak balas pujian Najmi macam mana. Thanks? Macam skima sangat bunyinya. Tapi logik la ucap terima kasih, dia dah penat puji, kan? “Thanks.” Itu je la pun. Nak cakap apa lagi?
            Najmi senyum tiga saat. “Nama Izara je?”
            Izara sengih. Ini sesi memperkenalkan diri ke apa ni? Mana la si Ejan culik budak ni. Skima dan sopan santun siap. Kalau dengan budak-budak The Rhythm tak adanya cakap macam ni. Semua main hentam kromo je. “Nama Izara. Je tu tak ada.”
            Najmi ketawa. Sesekali dia menggelengkan kepala. Tak agak kut Izara nak berlawak macam tu. Lawak ke? “Okay, Izara.”
            Izara angkat bahu. Dari pintu masuk restoran, dia nampak Aidi dan G-mi melangkah masuk. Dia menarik nafas lega. Tak adalah dia tak cukup nafas duduk depan mamat Najmi ni. Ejan pun, lama gila dalam toilet tu. Produce batu ke apa? Laju je tangannya di angkat. Aidi sengih dari jauh.
            “Hei Najmi, kau pun ada?” Aidi menegur macam dah lama kenal. G-mi pun. Eh, dia je ke yang tak kenal makhluk nama Najmi ni?
            “Kebetulan aku ada dekat-dekat sini. Itu yang Ejan panggil makan sekali,”
            “Patutlah Ejan beria-ia suruh kitaorang turun sekali tadi. Rupanya kau ada dekat sini.” G-mi duduk di sebelah Izara. Buku menu yang dari tadi tersadai di atas mejanya dicapai.
“Hanni tak ikut?” Izara menyampuk.
“Dia ada kelas.” Tanpa memandang G-mi menjawab. Dah tahu sangat soalan tu untuk dia. Takkan untuk Aidi kut.
            “Mana Ejan?” Aidi pandang Izara yang masih blur.
Memang tak tahu langsung budak The Rhythm ni kenal Najmi. Selama ni tak pernah pun nampak budak tu. “Hah? Er, toilet.”
Aidi mengangguk. G-mi dah angkat tangan untuk ambil order. Izara dah terasa panas punggung di atas kerusi kayu tu. Panas sebab mata Najmi tak putus dari pandang dia. Mentang-mentang lah dia aje bunga di situ. Tapi, kenapa pulak nak segan. Bukan selama ni dia rilek je lepak dengan Ejan, Aidi dan G-mi?
 “Kau orang diam je? Tak nak sembang ke? Tiba-tiba pulak kau jadi perempuan melayu terakhir harini?” Aidi sengih memandang Izara yang masih bisu di kerusi.
Cepat aje menu di tangan G-mi tadi terbang ke kepala Aidi. Izara mencebik. “Aku tak kenal dialah.”
Aidi dengan G-mi ketawa. Najmi senyum sumbing je.
“Muhammad Najmi ni abang kepada Muhammad Nazrizan. Kau kenal Nazrizan, kan?” G-mi masih gelak.
Laa. Abang si Ejan rupanya dia ni. Baru perasan muka mereka ada iras. Huhu. Maaf lah abang si Ejan. “Mana lah aku tahu.” Dia bela diri. Memang tak tahu pun.
“Betulla kan, kau tak pernah lepak rumah Ejan. Haritu ajak jual mahal.”
Bulat mata Izara pandang Aidi. “Apa? Tak ada ajak pun.”
“Tak ajak eh? Lupa pulak.” Aidi ketawa. Sekali lagi buku menu terbang.
“Najmi, kenalkan. Inilah vocalist kami yang comey lote ni. Izara Damia.” Aidi buat gaya emcee majlis memperkenalkan menteri kabinet! Sos tiram betul.
Najmi ketawa je. Tak terlayan dengan perangai budak-budak ni kut. “Aku tahu la.” Sekali lagi dia pandang tepat pada muka Izara. “The only flower..”
“Bunga-bunga jugak. Tapi bunga ni banyak duri. Kami pun dah selalu terkena duri dia. Perit!” Aidi menambah. Izara mencebik. Malas nak melayan. “Weh, sorry babe, aku gurau je la.”
“Hmm,”
“Chill la babe. Kau macam tak biasa,” G-mi pula cuba memujuk. Mungkin diorang pelik bila nampak Izara bisu kelu macam ni. Tapi memang pun dia tiba-tiba terasa tak ada mood nak bercakap harini.
“Aku okay la. Jom makan!” suara cerianya memang nampak sangat palsu. Tapi tak kisahlah. Garfu di atas meja dicapai. Spaghetti Carbonara yang terhidang di atas meja memang boleh buat dietnya kalah.
“Eh, korang dah sampai?” Ejan baru keluar dari toilet. Memang produce batu gamaknya.
“Tak lah. Aku dah nak balik ni,” G-mi dengan Najmi ketawa. Ejan sempat menyiku Aidi yang duduk di sebelah kerusinya. Buat lawak! “Babe, kau kebulur ke apa ni?” Kening Ejan terangkat satu inci melihat Izara khusyuk makan. Walhal meja mereka kecoh dengan gelak tawa.
Kepala Izara terangkat dua saat. “Aku lapar. Makan je lah. Karang sejuk tak best.”
Ejan memandang Izara tak berkedip. Bila pulak si Izara ni bertukar kepada spesis pelahap? Pandangannya di alih pula pada Aidi dan G-mi yang turut memandang Izara, dan mereka semua hanya mampu mengangkat bahu.

*****

‘Don’t stop singing. Otherwise, my soul will be empty.’

Baru aja kepalanya hendak mencecah bantal ketika mesej ringkas itu di baca. Spontan dahinya berkerut. Rasanya nombor telefon yang sama dengan tempoh hari.
Lagi satu mesej macam ni. Yang hairannya, bukan baru dua tiga minggu pun dia mula join band. Dah nak masuk tiga tahun rasanya. Kenapa pula si pengirim SMS ni baru nak puji suara dia bagai.
           
            ‘Siapa ni?’

Dia menaip malas. Jam di dinding dikerling sekilas. Pukul 10 pagi. Mengantuk!
           
            “A follower. Bintang =).”

Bibir Izara spontan mencebik. Bintang mana pulak yang jatuh ke bumi ni? Ah, biarlah. Matanya dipaksa pejam. Mengantuk pasal malam tadi lepas subuh baru lena.
            Ngantuk..
            Bunyi deringan telefon membuatkan mata Izara terbuka luas. Kacau! Handphone yang sedia di genggam itu di letakkan di telinga.
            “Nak apa?” tak tengok pun siapa yang call. Tak tengok pun nama pemanggil.
            “Assalamualaikum, Zara balik tak minggu ni?”
            Laju dia terbangun dari katil. Suara abah! Salam dijawab dalam hati. “Tak balik bah. Orang ada program minggu ni,” Izara menguap kecil. Dia malas nak balik rumah sebenarnya. Bosan. Tak tahu nak buat apa pun dekat rumah tu. Kalau lepak je dekat rumah sewa, at least boleh jugak keluar minum-minum dengan budak-budak The Rhythm.
            “Program apa pulak minggu ni? Tiap-tiap minggu ada program.” Boleh rasa suara abah macam tak puas hati.
Izara ketuk dahi sendiri. Dia sengih bersalah. “Ada program uni abah. Memang tak boleh balik this week. Kenapa abah? Ada apa-apa ke?”
“Tak ada. Tapi Izara dah lama tak balik. Itu yang abah tanya.”
“Next week kalau tak ada apa-apa orang balik, eh?”
“Hmm,”
Dia tahu abah terasa. Tapi entah. Memang tak terasa nak balik minggu ni. “Sorry bah. Take care ya,”
“Baiklah. Belajar baik-baik. Assalamualaikum.” Abah putuskan talian. Izara merenung kosong handphone di tangan. Tak apa ke cakap macam tu dekat abah? Tapi sungguh lah. Malas nak balik this week.

*****

“SIKIT KAU MAKAN babe,” G-mi angkat kening. Pelik melihat muka monyok Aira di sebelahnya.
            “Aku dah kenyang.” Ringkas jawapannya. Bukan tak lapar sebenarnya, selera dah hilang terbang ke Gunung Everest sebab dari tadi terkena tikaman pandangan mata dari orang depan. Nak makan pun tak selesa. Hisy!
            Kenapa asal keluar je kena ada dia ni? Ejan pun, tak boleh ke tinggal abang dia ni dekat rumah ke, dekat rumah baby sitter ke. Asyik nak mengekor je kerja dia.
            “Babe!”
            Terbang semua lamunan Izara. Laju dia berpaling ke arah Aidi yang tersengih. “Apa?”
            “Sampai berkerut dahi kau yang licin tu. Fikir apa?” semua mata seaakan berpakat merenung wajahnya serentak. Menunggu jawapan.
            Nak tak nak, Izara paksa juga bibirnya sengih dua saat. “Banyak kerja lah. Assignment bertimbun.” Kira pilih je la mana-mana alasan standard. Heh.
            “Kau biar betul? Banyak sangat ke? Aku rasa biasa je.” Ejan pandang dia tak berkedip. “Ke aku yang miss apa-apa?”
            Izara hampir tepuk dahi sendiri. Adeh, macam mana lah boleh lupa yang si Ejan ni satu kelas dengan dia. Bibirnya automatik mencipta senyuman. Tak tahu nak jawab apa dah. “Lagu apa yang kita nak nyanyi time majlis tu? Berapa lagu dia orang mintak?”
            Ejan tepuk dahi. Apalah. Lain yang di tanya, lain yang di jawab. Ni tak ada lain, mesti nak tukar topik. “Diaorang kasi kita setengah jam je. So, berapa lagu tak kisah. Nak buat medley pun okay.”
            Izara mengangguk-angguk faham. Dia tak kisah pun berapa lagu sebenarnya. Dia datang perjumpaan ini pun sebab bosan duduk rumah. Kalau jumpa dengan budak-budak The Rhythm, kurang-kurang boleh hilang bosan. Tapi tak jugak.
            “Nanti apa-apa hal pasal latihan untuk malam tu nanti, aku rojer balik.” Aidi menambah.
            Semua mengangguk faham.
            Hampir dua jam bersembang, akhirnya mereka bergerak pulang. Tadi datang dengan satu kereta je. Kereta Najmi. Izara sendiri terperanjat bila Najmi yang datang menjemputnya di rumah tadi.
“Awak tak suka saya eh?”
            Kening Izara terangkat seinci. “Sorry?” Dia pandang kiri kanan. Najmi cakap dengan dia ke?
            “Awak tak suka saya,” dia membuat ulangan suara. Kali ini lebih kepada pernyataan. Bukan pertanyaan seperti yang pertama tadi.
            “Saya ada cakap ke?” soal Izara. Malas nak menjawab sebenarnya. Sebab dah memang betul dia tak suka. Kalau abang si Ejan ni buat muka selamba, buat macam orang normal bila lepak sekali, boleh lah dia terima. Ini tidak. Kalau boleh, pandangan dia tu nak bagi tembus!
            “Muka awak. Boleh tahu,” dia senyum simpul. Matanya pegun  memandang langkah Ejan, Aidi dan G-mi yang baru kembali dari pasaraya stesyen minyak. Ambil duit. Entah apa lah diaorang. Nak ambil duit pun kena pergi ramai-ramai ke? “Kenapa?”
            “No reason.”
            Najmi ketawa kecil. “Sorry.”
            “Hah?”
            “Maaf sebab buat awak tak senang.”
            “Oh,” Izara tak jadi menyambung kata-katanya. Aidi, dan yang lain-lain sudah menapak masuk ke dalam kereta.
            Izara diam sepanjang jalan. Dia sendiri pun tak pasti kenapa rasa pelik setiap kali Najmi memandangnya. Rasa lain. Lain.

“SAYA SUKA SANGAT lagu last tadi.”
             Izara baru sahaja mengambil tempat di meja khas untuk kumpulan mereka. Pinggan makanan diletakkan di hadapan. Ejan dan yang lain masih lagi memilih makanan. Bab pilih makanan bagilah dekat dia orang. Kalau ikutkan jiwa, satu tray tu nak angkut letak atas meja. Spontan dia sengih.
            “Kenapa?” dia menyoal tanpa memandang.
            “Lirik dia,” Najmi senyum seketika. “Touching. Boleh rasa pencipta lirik dia ikhlas.”
            Izara senyum dalam hati. Jiwa halus betul.
            “Awak tak rasa macam tu ke?”
            Izara sengih. Garfu yang berisi mihun Singapore disuapkan ke mulut. Dia mengunyah perlahan. “They don’t call me suara buluh perindu for nothing la Encik Najmi,”
            Najmi menarik bibir. Senyum. Boleh cakap pun.
            “Saya dapat hayati lirik dan musik dia. Sebab tu la spontan keluar suara buluh perindu.” Iya ke macam tu? Heh, belasah je lah. Yang penting suara dia memang best bila nyanyi lagu tadi. Hehe. Masak maggi makan sendiri la Izara oit.
            “Macam tu ke?”
            “Hmm.” Satu lagi suapan di bawa ke mulut. Terukir Di Bintang. Lagu ciptaan Yuna. Memang sekali dengar dia dah jatuh hati dengan lagu tu. Tak tahu pulak abang si Ejan ni pun rasa apa yang dia rasa. “Awak memang suka mengekor Ejan eh?”
            “Kenapa?” Kening Najmi terangkat. “awak tak suka saya ikut?”
            Izara mengangkat bahu. Dia masih lagi gerun untuk memandang Najmi. Mata dia tu kalah sinar X! “Bukan lah tak suka. Tapi awak tak ada kerja lain?”
            “Sekarang memang tak ada kerja. Saya tengah cuti. Lagipun saya suka tengok korang punya performance. Saya suka dengar awak nyanyi.”
            Suapan Izara terhenti. Boleh rasa darah berlari laju ke muka. Suka dipuji? Mesti la. Hehe. Dia mencapai gelas air sirap.
            “Babe, awak tak suka saya?”
            Tersembur air sirap yang baru dihirup. Laju mulutnya ditutup. Najmi cepat-cepat menghulurkan tisu yang sudah tersedia di atas meja. Laju juga Izara menyambar. Boleh rasa pipi dia panas. Apa yang Najmi panggil dia tadi? Babe? Kenapa lain sangat bunyinya ni? Haish.
            “Saya salah cakap ke?”
            Laju Izara menggelengkan kepala. G-mi datang meletakkan pinggan makanannya di atas meja. Hamik, dah rupa gunung dah makanan dalam tu. Segala benda diletakkan ke dalam pinggan selagi muat.
            “Kau makan apa tu babe? Merah muka. Pedas sangat eh?”
            Dia menggelengkan kepala. Suapannya yang terhenti tadi disambung. Ejan, kalau kau nak kurung abang kau dalam bilik pun tak apa. Jangan bagi dia terlepas dan buat lawak macam ni lagi. Haish.
            “Kau buat apa dengan bunga kami ni Najmi? Dah merah padam macam ketam kena salai ni,” G-mi sengih.
            Bulat mata Izara merenung G-mi. Apa punya soalan ni? Tak ada dalam skima jawapan lah.
            “Aku nak proposed dia tadi. Tapi awal-awal kena cut.” Najmi sengih. “Kau la kacau.”
            Sekali lagi Izara tercekik. Air..air!
            G-mi senyum lebar. Pantas tangannya mencapai air dan dihulurkan kepada teman di sebelahnya.
            “Gila kau.” G-mi ketawa kuat. Dalam majlis orang ramai macam ni, sekuat mana pun ketawa G-mi tak akan menarik perhatian sesiapa pun. Semua yang hadir sibuk dengan hal masing-masing. “Salah cara kut.”
            “Aku nak balik.” Izara mengelap sisa minyak di bibir. Baru dia perasan. Jam sudah berlari ke angka 12 tengah malam. Kalau selalu dia boleh buat selamba balik pagi-pagi, tapi sekarang rasa nak lepak lama-lama tu tak ada. Zero.
            “Nak balik?” Aidi dan Ejan menghampiri meja. Masing-masing meletakkan makanan yang diambil dari kaunter makanan tadi. Sama je macam G-mi tadi. Pinggan penuh dengan makanan.
            Izara mengangguk.
            “Kami baru nak makan ni.” Aidi mengambil tempat di sebelah Najmi. Sebiji karipap dihulurkan kepada teman di sebelah. Laju Najmi menggeleng. Akhirnya karipap tadi dibawa ke mulutnya. Matanya masih tak lepas dari memandang Izara. Menanti jawapan.
            “Aku kena temankan Fizah. Irah balik kampung. Kesian dia sorang-sorang kat rumah.” Memang betul pun Fizah keseorangan. Tapi selalunya Fizah tak kisah pun ditinggalkan seorang diri dekat rumah tu.
            “Korang makan lah. Biar aku hantarkan Zara.” Najmi menawarkan diri. G-mi dah senyum sumbing. Cepat kaki Izara menendangnya dari bawah meja. Nak mengejek la tu. Haish.
            “G-mi, kau dah sudah, kan? Hantar la aku kejap.” Sikit pun dia tak endah tawaran Najmi tadi. Yang lain tak cakap banyak. Sibuk mengunyah makanan. Dah macam kebulur sangat dah gayanya.
            “Siapa kata sudah? Aku kena ambil pencuci mulut lagi. Kuih-muih lagi. Rugi weh kalau tak rasa.” Sengih.
            Izara mengeluh. “Aku tak jadi balik la kalau macam tu.” Dia kembali duduk. G-mi masih lagi senyum sumbing. Rasa nak sumbat je pinggan plastik masuk dalam mulut G-mi. Biar lebar terus mulut dia. Nak sengih sangat.
            “Tunggu la kejap babe. Tunggu aku makan kejap. Nanti aku hantarkan.” Aidi menyampuk. Izara senyum meleret. Yeay!!
            “Eh, tak boleh tunggu. Kau kena balik sekarang babe. Kesian dekat Fizah.” G-mi senyum lagi di hujung kata.
            Izara mencebik di tempat duduk. Nak balik ke tak? Kalau balik pun, sama je ada jugak abang si Ejan ni. Kalau duk sini? Haish.
            Nak tunggu Aidi makan, macam lambat jugak. Tengok lah makanan dia. Dua pinggan! Kesian pulak kalau kena makan cepat-cepat sebabkan dia.
            “Jom, saya hantarkan.” Najmi sudahpun berdiri. Melihat Najmi berdiri, Ejan terus menyeluk poket dan menghulurkan kunci kereta kepada abangnya. Izara hanya memandang. Sungguh la dua beradik ni. Sikit pun tak nampak macam adik dengan abang. Beza umur pun dua tahun je.
            “Bye babe.” Aidi angkat muka dari spaghetti. “Good night!”
            Izara mengangguk. Good night? Rasanya kalau tak ada si Najmi ni, barulah malam dia ‘good’.
            Nak taknak Izara terpaksa juga menurut langkah Najmi ke kereta. Harap-harap lah G-mi tak banyak mulut bercerita pasal ‘proposal’ Najmi tadi. Kalau tak, memang boleh buat dia keluar The Rhythm sebab malu.
            “Nak balik ke tak nak balik ni?” Kunci kereta di tekan. Pintu ditempat memandu dibuka.
            Kening Izara terangkat. “Kenapa? Bukan ke awak nak hantar saya balik tadi?” dia turut membuka pintu kereta. Najmi sudahpun menghidupkan enjin.
            “Tadi cakap tak nak. Kalau tak nak, saya bawak awak pusing-pusing dulu. Makan angin.” Najmi sengih.
            Bulat matanya memandang Najmi. Tak percaya. Terasa matanya hampir terkeluar macam spring toing toing. “Awak hilang jam eh? Tak pun jetlag?” Izara memasang tali pinggang keledar. “Awak tahu tak sekarang dah tengah malam. Nak makan angin apa lagi?”
            Izara sengih dalam hati. Elleh, selalu dia tak hairan pun keluar sampai pagi. Ya. Memang tak hairan sebab dia dah kenal sangat dengan budak-budak yang lain. Si Najmi ni lain. Seram pun ada. Dia takkan bertukar jadi vampire, kan?
            “So nak balik la ni?”
            Izara mengangguk. “Hmm.” Dia pandang Najmi dua saat. “Thanks sebab tolong hantarkan. Rasanya awak pun tak makan lagi tadi.”
            “Time korang tengah perform tadi saya dah makan.” Najmi sengih. “Kenapa? Risau?”
            Ceh. Laju Izara mencebik.
            Najmi ketawa. “So, tell me. Kenapa tak suka saya?”
            “Mana ada.” Izara pandang depan. Kereta keluar dari petak parking.
            Najmi sengih lebar. “Bagi tahu je. Saya tak ambil hati.”
            Izara telan air liur. Nak bagitahu ke ni? “Sebab mata awak tak boleh duduk diam?”
            “Hah?” kening Najmi spontan terangkat. Dia menoleh ke sebelah beberapa saat sebelum kembali fokus ke hadapan.
            “Iya la. Tengok orang macam nak makan. Tak selesa tau. Lelaki, semua sama.”
            “Habis, budak-budak tu bukan lelaki ke?” Sengih.
            “Diorang lain. Mana ada dia orang pandang saya macam tu…”
            “Macam mana?” Najmi memandangnya.
            Izara terdiam. Adoi, tiba-tiba terasa badan sejuk. Haish. “Er.. macam.. macam.. pandang macam nak kasi tembus!”
            Najmi ketawa lagi. Izara mengetap bibir. Adeh. Sungguh seram sejuk duduk dalam kereta dengan dia ni.
            “Jadi, agak-agak tembus tak?”
            “Hah?”
            “Tembus sampai ke hati tak?” mata Najmi kini tepat pada anak matanya. Terus bibir dia terkunci. Air liur yang ditelan terasa…manis?
            “Pandang depan lah.” Izara memandang ke luar tingkap. Rasa nak ketuk kepala sendiri laju-laju. Kenapa lah dia pergi setuju nak balik dengan abang si Ejan ni.
            “Babe, answer me. Tembus sampai ke hati tak?” Sekali lagi Najmi memanggilnya dengan nama tu. Boleh jatuh tergolek-golek hatinya ke bawah!
            Air liur ditelan lagi. masih rasa manis. Rasa payau waktu mula-mula melangkah masuk ke dalam kereta tadi hilang.
            “Cakap apa ni..” Izara mengawal suara. Walhal hati dia sendiri dah terasa macam nak terkeluar.
            Kereta sudah berhenti di depan rumah Izara. Lampu ruang tamu masih lagi terbuka.
            Izara menarik nafas lega. Cepat-cepat dia membuka pintu. “Thanks.”
            “Izara,”
            Tangan yang baru sahaja ingin menutup pintu kereta terhenti. Muka Najmi yang masih senyum di tempat pemandu dipandang pelik. Memang pun malam ni Najmi pelik. Mana pernah pun dia bersembang banyak-banyak sebelum ni. “Hmm?”
            “Keep singing. Night!”
            Keep singing? Macam pernah dengar je ayat tu sebelum ni. “Er.. bin..tang?”
            Najmi mengangguk. Dia senyum meleret. “Ya. Bintang. Najmi.”
            “Ouh. Kenapa nak saya teruskan menyanyi?”
            “Sebab saya suka the sound of your voice. Klasik.”
            Izara sengih. “Well, they don’t call me suara buluh perindu for nothing Encik Bintang.”
            “Ya. Noted that.”
            Izara ketawa. “Okay. Night. Thanks again.”
            Najmi mengangguk. Dia mengangkat tangan sebelum memecut laju ke jalan besar. Dan izara masih senyum sendiri.

TERASA BARU SEMALAM dia rasa menyampah bila nampak pandangan mata Najmi merayap pada wajahnya. Terasa baru semalam Ejan mengajak dia lepak makan dengan seorang yang skima, pelik dan menakutkan.
            Dan sekarang betul, hati dia sudah ditembusi. Bukan sakit, tapi bahagia. Siapa tak bahagia kalau diri disayangi. Ada yang ambil perhatian. Ada yang care.
            Uish, ini dah mood terbang melayang. Hehe.
            Ejan dah tahu yang abang dia suka Izara sebenarnya. Waktu pertama kali Najmi melihat persembahan dia orang dulu lagi. Waktu tu, terus hati dia terpaut bila dengar suara Izara menyanyi.
            Selama ni Najmi tengok persembahan dia orang dari jauh je. Tak join lepak sekali selepas habis persembahan. Sebabnya, Najmi ni dah kerja. Mana boleh lepak sampai pagi macam dia orang budak-budak uni ni.
            “Jika engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu..”
            Lamunan Izara terbang melayang-layang. Lupa pulak Najmi ada di sebelah. Spontan dia senyum “Suara sumbang!”
            Najmi mencebik. Dia kembali memetik gitar. “Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu.”
            Senyuman Izara makin lebar. Dia membelek-belek folder yang berisi susunan lagu. Mereka ada latihan sebenarnya waktu tu. Aidi tak boleh datang. Ada hal katanya. Najmi, macam biasa lah. Ejan akan angkut saja abang dia ni tak kira dekat mana dia orang practice. Tahulah tengah cuti-cuti Malaysia.
            “Jika engkau minta, satu dunia akan aku coba. Ku hanya mampu, jadi milikmu pastikan kau bahagia..”
            Izara menepuk tangan kuat. “Woww,, sumbang..sumbang..!”
            Bulat mata Najmi memandangnya. “Tak baik la. Sikit punya ikhlas orang nyanyikan lagu untuk dia tadi.”
            Izara ketawa kuat. “Elleh. Kalau lagu tu, orang boleh nyanyi sendiri lah. Kacang je. Tak payah nak tolong nyanyikan.”
            “Riak!”
            “Well. Suara I memang Buluh Perindu punya type.”
            Najmi mencebik. Sesaat kemudian dia senyum. “Tapi betul la. Lagu tu memang untuk awak. Saya tak ada apa-apa pun nak bagi dekat awak. Cinta saya je yang ada.”
            Izara terdiam. Terus terasa hangat badannya. Aish, bila masuk mood pink ni susah sikit nak kawal muka. Asyik nak senyum meleret je.
            Cair!
            “Thanks.” Tak tahu nak cakap apa. Tapi memang dia terharu. Sangat. “Saya pun tak ada apa-apa nak bagi dekat awak. Macam dalam lagu,

…ku hanya mampu, jadi milikmu pastikan kau bahagia…”

Izara menyanyikan rangkap dari lagu Yuna itu. Kedua-dua nya senyum. Bahagia. Walau pun mereka tak kenal lama, tapi serasi. Itu yang merapatkan. Menyenangkan.
            “Amboi! Aku nampak aura pink la!” G-mi memecah sunyi. Izara dan Najmi yang sama-sama tersenyum tadi terus tersentak. Terkejut. Tak perasan bila G-mi dengan Ejan masuk.
            Ejan ketawa kuat. “Kau kacau la Mi. tapi kan, betul, lah. Aku pun dah rasa bilik ni bertukar warna pink!”
            Botol air kosong laju terbang mengenai perut Ejan. Ejan mengaduh sakit. Izara sengih. Padan muka!
            “Jom la balik.”
            “Nak balik dah?” soal Najmi. G-mi hanya mengangguk. Begnya yang tersadai di lantai dicapai.
            “Kan belum habis practice lagi.” Izara pula menyoal.
            G-mi dan Ejan sengih. “Cukup la tu untuk hari ni. Aku takut nanti kalau kita sambung practice, keluar lagu keroncong ataupun dondang sayang pulak.”
            “G-mi!!”
            Satu studio penuh dengan ketawa.

PUKUL 10.30 PAGI. Izara dah hampir membuka pintu untuk keluar ke kelas. Waktu handphonenya berbunyi nyaring. Nama pemanggil membuatkan dahinya berkerut. Apahal pulak ni? Jarang Kak Ida telefon waktu-waktu macam ni. “Kau nak balik tak?” suara Kak Ida yang serak dari hujung talian membuatkan kening Izara spontan terangkat. Kenapa ni? Kak Ida menangis?
            “Kenapa kak?”
            “Abah…”
            Dadanya berdebar. Kenapa dengan abah? Abah okay, kan?
            “Abah sakit… kau siaplah. Setengah jam lagi aku sampai,” Kak Ida terus mematikan talian. Izara memandang telefon. Teruk sangat ke abah sakit sampaikan Kak Ida menangis bagai. Adui. Mintak lah tak ada apa-apa jadi.
            Seperti yang dijanjikan, Kak Ida datang tepat selepas setengah jam. Melihatkan hidungnya merah, Izara boleh agak yang Kak Ida masih lagi menangis.
            “Flight pukul empat. Abang dah balik tadi dengan kereta.” Kak Ida mula bersuara. “Kak Yan, Kak Ana, Uda pun dah bertolak balik tadi.”
            “Oh..okay.” Matanya memandang jam di dashboard. Pukul 11.30 pagi. Sempat la nak balik rumah Kak Ida, kemas dan bersiap apa yang patut sebelum ke LCCT. Kenapa semua balik ni? Sepupu sepapat dia yang ada di KL semua balik jenguk abah. Teruk sangat ke abah dia sakit? Hati dia dah rasa lain macam. Macam-macam andaian yang keluar. Tapi dia abaikan je andaian tu.
            Balik ke rumah Kak Ida tak lama. Selesai sahaja mengemas, mereka terus ke LCCT. Makan tengah hari  pun dekat situ je. Sepanjang jalan tadi telefon bimbit Kak Ida tak putus berbunyi. Izara makin pelik. Kenapa ni? Kenapa semua saudara duk telefon Kak Ida?
            Sungguh. Kepala dia dah terasa nak pecah dengan soalan. Tapi dia takut nak tanya. Takut nak tanya Kak Ida apa sebenarnya yang dia fikir. Macam mana kalau betul? Tak nak…
            “Zara, tolong..” Kak Ida baring di atas riba. “Picit kepala jap. Sakit.”
            Tangannya laju mendarat ke kepala Kak Ida. Jadual penerbangan di hadapannya di pandang. Lebih kurang lagi sejam sebelum kapal terbang berlepas. “Kenapa ni?” Dia memberanikan diri juga untuk bertanya. Jangan lah jawapan yang dia tak nak dengar. Tolong..
            “Migran,” matanya dipejamkan. Merah di hidungnya sudah hilang. Cuma bengkak matanya masih jelas. Izara menarik nafas. Otak tak boleh lagi nak mencerna apa yang dah jadi.
            Tolonglah beri Izara jawapan.
           

SAMPAI DI LAPANGAN terbang , pakcik dah sedia menunggu. Nampak aje Izara dan Kak Ida, pakcik terus senyum. Sungguh. Senyum pakcik melegakan hati Izara yang dah fikir macam-macam.
            Kak Ida ambil tempat di sebelah pakcik. Izara masih membisu di tempat duduk belakang. Sampai di negeri sendiri, dadanya makin berdebar. Takut. Teruk sangat ke sakit abah?
            “Apa yang jadi sebenarnya pakcik?” soal Kak Ida. Suaranya ditahan semampu yang boleh.
            Pakcik menarik nafas perlahan. Matanya masih tertumpu pada pemanduan. “Semalam abah kamu sesak nafas. Kita orang dah bawak pergi hospital. Balik tu dah okay sikit,”
            Izara memasang telinga. Dia tak tahu apa-apa. Sungguh! Lagipula dia bukannya jenis suka telefon rumah. Selalu mak atau abah yang menelefon.
            “Pukul 10 pagi tadi, waktu minum pagi.” Pakcik menyambung. Kak Ida dah mula menangis. Izara masih kaku. Apa ni??!! “Dia sesak nafas sekejap waktu dia lelapkan mata selepas minum pagi. Dah masa itu lah..”
            Air mata Izara menitik. Tolong lah. Cakap lah benda ni tak betul. Izara salah dengar.
            “Sekarang ada dekat rumah lagi. Kita sampai ni baru bawak pergi tanah perkuburan.”
            Izara tercengang. Betul…betullah apa yang bermain di otaknya dari tadi. Habistu kenapa Kak Ida cakap abah sakit je!
            Kak Ida tipu… setitik lagi air matanya jatuh. Sungguh macam mimpi. Macam ni je? Dia hilang abah macam ni je? Sekelip mata? Tak ada pesanan terakhir. Tiba-tiba. Abah..
            Butir bicara perbualan pakcik dengan Kak Ida sudah tidak melekat di telinganya. Yang penting sekarang dia nak cepat sampai. Nak pastikan yang apa yang pakcik cakap tadi bukan mimpi.
            Kereta pakcik terus ke tanah perkuburan. Mak Long telefon bagitahu yang mayat abah sudah dibawa ke sana. Kesian Abang Long. Tak sempat tengok abah. Mesti waktu ni dia masih dalam perjalanan. Dan dia sendiri tak sempat tengok abah untuk kali terakir.
            Izara menyarungkan jubah yang dihulurkan oleh Kak Ida ke badan. Tutup jeans ketatnya. Tutup tshirt kecilnya. Selendang dililit ke kepala ala kadar. Perlahan dia membuka pintu kereta. Orang ramai sudahpun memenuhi tempat pengkebumian. Terketar-ketar kakinya memijak tanah perkuburan.
            Tolonglah. Tolonglah bukan abah yang mereka usung tadi. Bukan abah yang dikapankan.
            Izara menyeka air matanya. Sedaya upaya dia menahan tangis. Kak Ida yang masih bercermin mata hitam dipandang. Melihat sahaja kumpulan manusia yang berkopiah, Kak Ida kembali teresak-esak.
            Mereka menuruti langkah pakcik hingga ke tempat imam membacakan Surah Yassin. Izara hanya kaku memandang jasad yang diusung. Jasad yang dikebumikan ke liang lahad. Betul ke tu abah?
            Izara tak sempat pun nak jumpa abah. Izara tak sempat nak minta maaf pun. Izara tak pernah bagitahu yang Izara sayang abah. Sangat.
            Betul ke abah dah tinggalkan kami?
            Selamanya?
           

SUDAH SEBULAN IZARA tidak keluar dari rumah sewa. Kalaupun keluar, hanya untuk ke kelas. Selebihnya dia banyak berkurung dalam bilik. Budak-budak The Rhythm juga takut untuk menegur. Mereka memberi ruang untuk Izara bersendiri. Bukan senang nak hadapi ayah sendiri pergi dengan tiba-tiba.
            “Zara,” Pintu bilik dibuka perlahan. Izara berpaling dari buku nota. Fizah. Dia senyum dua saat. Fizah masuk tanpa dipelawa. Terus dia duduk di hujung katil. Membelakangi Izara. “Zara okay?”
            Izara mengangguk. “Hmm.”
            “Fizah rindu la nak tengok Zara macam dulu. Happy. Senyum selalu.”
            Izara berpusing menghadap Fizah. “Zara okay.” Suaranya di tahan. Air matanya menitis juga. Sungguh. Susah nak tahan air mata ni. Kalau depan mak, kakak, abang, okay je. Dia boleh tahan. Sebab tak nak bagi mak lagi sedih. Tapi bila sendiri…
            “Zara,” Fizah merapati teman serumahnya. “Luah je apa yang Zara nak luahkan. Jangan pendam.”
            Bahu Fizah basah juga dengan air mata. Lama. Terasa tenang bila Fizah menggosok belakangnya. Tenang.
            “Zara tak sempat pun jumpa abah. Zara tak sempat pun minta maaf..”
            Fiza menarik nafas. Bibirnya turut bisu. Ya, mungkin dia tak dapat rasa apa yang Izara rasa sekarang. Tapi dia tahu, berat dugaannya.
            “Waktu dalam perjalanan nak balik kampung tu pun Zara tak tahu apa yang jadi. Kak Ida tak bagitahu pun. Sampai sana baru Zara tahu Fizah. Sampai dekat tanah perkuburan, tempat abah disemadikan. Waktu tu baru Zara tahu.” Dia dah mula teresak-esak. Dia sendiri tak faham. Kenapa Kak Ida tak berterus terang waktu menelefon dia pagi tu. Mak pun sama. Semua tak bagitahu dia. Semua tak bagitahu. Dia boleh senyum bergurau lagi dengan Kak Ida waktu di lapangan terbang. Sebab Kak Ida cakap abah sakit. Dia tak tahu.. kalau dia tahu, dia takkan boleh senyum pun!
“Sabar Zara.” Itu sahajalah yang dia mampu. Dia tahu Zara sangat sedih sekarang. “Zara kena redha dengan takdir Allah.”
            “Tapi Zara tak sempat nak minta maaf pun Fizah. Zara banyak salah. Zara sayang abah. Zara tak pernah pun bagitahu abah yang Zara sayangkan dia. Anak apa Zara ni Fizah!”
            Makin kuat esakannya. Fizah mengucap dalam hati. “Istighfar Zara. Jangan macam ni.”
            “Zara tak tahu nak buat apa lagi dah. Zara banyak salah dekat abah. Abah pergi macam tu je Fizah. Kadang-kadang Zara rasa macam mimpi. Mimpi!” Dia menyapu air mata dengan belakang tangan. Lega sikit bila dapat luahkan segala yang terbuku kepada Fizah.
Fizah mencapai tangan kanannya. Wajah Izara yang basah dengan air mata ditatap. Jarang sungguh dia nampak wajah ini muram. “Zara, kalau Zara nak tebus salah Zara pada arwah abah Zara, Zara kena banyakkan doa. Selalu baca Yassin untuk arwah. Doakan ketenangan arwah dekat sana.” Perlahan Fizah memujuk.
Izara mengangkat muka memandang Fizah. Baca Yassin? Doa? Perkara yang dah lama dia tinggal. “Fizah..”
“Hmm?”
“Betul ke dengan doa Zara boleh tebus salah Zara?”
Fizah senyum. “InsyaALLAH. Doa anak soleh dah solehah akan sampai untuk arwah abah Zara. Keampunan ALLAH tu luas Zara.”
Izara terdiam. Solehah kah dia? Perkataan baik itu pun belum tentu padan dengan diri dia. Apatah lagi solehah. “Solehah..”
“Ya, solehah.” Fizah senyum lagi. “Zara tak nak jadi solehah?”
“Mampu ke Zara jadi solehah Fizah. Banyak dosa Zara. Banyak salah Zara.”
“Zara, jangan fikir macam tu. Sebanyak mana pun dosa Zara, pintu keampunan Allah lebih luas. Zara kena percaya.”
Izara diam. Handphonenya tiba-tiba berbunyi nyaring. Dia memandang nama pemanggil sekilas. Najmi. Dibiarkan panggilan itu tak berjawab. Macam selalu. Dia menarik nafas dalam-dalam. Mata sepet Fizah dipandang.
“Fizah..” berat suaranya. Fizah mengangkat kening . bibir Zara terus kelu. Rasa berat sangat untuk meminta. Malu pun ada. Segan pun ada. Tapi..dia kena kuat. Sebab abah. “Fizah ajar Zara baca Yassin?”
Dan Fizah hanya tersenyum lebar.

“BABE, KITA ADA jemputan lagi ni. Kau okay tak?” Suara Aidi menyapa telinga sebaik sahaja butang on ditekan.
            Izara menarik nafas. Hatinya teringin sangat nak menyanyi lagi. Sungguh. Mana boleh hilangkan jiwa sendiri. Itu jiwa dia. Musik. “Bila?”
            “Minggu depan. Tapi kalau kau tak ready lagi, kita orang boleh cancelkan.”
            Izara berbelah bahagi. Sayangnya kalau nak cancel. Dia teringin sangat nak perform lagi. Teringin. “Bila nak discuss?”
            “Kau boleh ke babe? Kalau kau on, malam ni kita orang jemput kau. Kita bincang dekat tempat biasa.”
            “Okay.”
            Talian diputuskan. Izara termenung memandang handphone. Boleh ke? Boleh la kut. Dia just pergi menyanyi. Lepastu balik terus. Tak payah lepak lama-lama macam selalu.
            Laju kakinya di bawa ke bilik air. Jam di dinding sudah menginjak ke angka empat setengah petang. Kejap lagi Fizah nak ajarkan baca yassin selepas solat Asar.
            Selesai mandi dan solat, Fizah masuk ke dalam biliknya. Sepanjang petang Izara belajar mengaji. Memang dia tak fasih. Nak sebut pun terkial-kial. Selama ni solat pun jarang. Nak mengaji apatah lagi. tapi dia cuba juga. Untuk dihadiahkan kepada arwah abah.
            Elok sahaja lepas maghrib, Izara bersiap-siap untuk keluar. Fizah yang kebetulan berada di ruang tamu memandangnya pelik. Rasanya selepas pulang dari kampung haritu, ini lah kali pertama Izara keluar malam.
            Dia ingatkan Izara akan terus tinggal aktiviti malam dia. Rupanya tak…
            “Zara,”
            Tangan Izara yang baru memegang tombol untuk keluar terhenti. Laju dia berpaling kepada Fizah.
            “Nak keluar?”
            “Haah. Dia orang call nak bincang pasal dinner.”
            Fizah mengangguk hampa. Dia menarik nafas berat. “Zara sayang abah Zara kan?”
            Izara memandang wajah Fizah tak lepas. Pelik dengan soalan temannya. Fizah bangun mendekatinya. “Zara, selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, selangkah jua bapanya hampir ke neraka.” Berhati-hati Fizah menuturkan.
            Dia terdiam. “Zara tak boleh nak berubah terus Fizah. Zara just, tak boleh.”
            “Zara boleh.” Fizah senyum. Tangan Izara digenggamnya. Bunyi hon dari luar pagar mengejutkan mereka berdua.
            Zara membuka pintu. Angin malam laju menyapa mereka. Sejuk. “Zara pergi dulu Fizah.” Kasut disarung ala kadar. Kata-kata Fizah masih lagi bermain di telinganya.
            Fizah yang masih bertelekung untuk menunggu waktu Isyak hanya mampu menghantar langkah Izara hingga ke kereta.
            “Ya Allah. Bukakan hatinya untuk hidayahMu.”

“BABE, KAU OKAY?” Ejan menepuk pipi Izara yang dilihatnya seakan berkhayal. Izara tersentak. Matanya memandang wajah Ejan yang penuh tanda tanya.
            “Hmm, entah. Kau orang bincang lah. Aku okay je. Lagu apa pun aku tak kisah.”
            Semua menarik nafas berat. Perbincangan malam ni sangat kaku. Semua terasa kekok bila Izara mendiamkan diri. Bisu.
            “Kita pilih lagu biasa je la. Macam mana? Tak payah nak praktis teruk-teruk.” G-mi bersuara.
            “Nanti aku boleh main gitar solo untuk lagu last. Kau sekali eh?” Ejan menambah. G-mi mengangguk setuju.
            Fikiran Izara masih lagi melayang. Masih teringat kata-kata Fizah tadi.

“Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, selangkah jua bapanya hampir ke neraka.”

Zara tak sayang abah?”

“InsyaALLAH. Doa anak soleh dah solehah akan sampai untuk arwah abah Zara,”

Satu persatu kata-kata Fizah menjengah. Apa yang budak-budak The Rhythm ni bincang sedikit pun tak masuk telinga dia. Fikiran dia hanya pada kata-kata Fizah. Baru semalam dia nak jadi solehah. Kalau dia terus macam ni, boleh ke dia dapat title solehah tu?
            Ya Allah…
            Air matanya menitis.
            Zara sayang abah. Ya Allah. Zara nak jadi solehah…
            “Babe, are you okay?” Aidi panik. Tak pernah dia nampak Izara menangis sebelum ni. Yang-lain-lain juga turut senyap. Perbincangan tadi terhenti terus.
            “Aku nak balik.”
            Aidi terpaksa menurut. Izara mengambil tempat duduk belakang. G-mi dan Ejan masih lagi di kedai makan. Tempat mereka berbincang tadi. Sepanjang perjalanan Izara menangis. Aidi pun automatik takut untuk menegur. Keadaan sunyi sehinggalah kereta berhenti di hadapan rumah Izara.
            “Babe, maaf sebab aku ajak kau keluar malam ni.”
            Izara senyum tawar. “Kau tak salah. Aku yang salah. Aku banyak buat salah.”
            “Kau masuk lah babe. Rehat. Tidur. Sorry ya.”
            Izara mengangguk. Dia terus melangkah ke pintu setelah kereta Aidi memecut membelah malam.
            Matanya masih basah ketika pintu rumah dibuka. Fizah yang sedang menonton televisyen mengangkat kening. Pelik. Selalunya kalau Izara keluar, dia takkan balik selagi jam belum berlari ke angka 11 malam. Itu pun dikira awal.
            “Zara?” Fizah menegur. Wajah keruh Izara ditenung. Izara menangis?
            Izara terus memeluk temannya. Erat. “Fizah, susahnya nak berubah.” Air mata sekali lagi mengalir laju.
            Fizah senyum. Dia tahu Izara tengah mencuba. Walaupun langkah dia lambat. “Zara boleh. Yang penting kuatkan hati.”
            “Macam mana kalau Zara tak boleh? Zara tak layak nak dapat solehah.”
            “Aik, belum cuba lagi dah nak mengalah.” Fizah senyum. Wajah temannya dipandang. “Allah pandang usaha kita, Zara. Doa banyak-banyak. InsyaALLAH. Kalaupun kita tak mampu jadi solehah, kita usaha untuk jadi lebih baik dari apa yang kita buat sekarang.”
            Izara diam. Hatinya masih keliru. Susah. Semalam semangat untuk berubah dia mencapai tahap tertinggi. Tapi, bila Aidi sebut pasal performance, The Rhythm, dia jadi kalah. Itu jiwa dia. Susah nak lupakan.
            Dan dia bukan tak tahu. Suara wanita itu aurat. Apatah lagi sampai menggetarkan hati lelaki asing. Ya Allah. Kalau nak dikira dengan persembahan yang dia dah buat. Lagu yang dia dah nyanyikan. Begitu banyak dosa yang dah dia lakukan. Banyak. Mampu ke nak tebus balik.
            “Zara kena yakin dengan ALLAH. Keampunan Allah luas. Kita hanya perlu bertaubat. Bertaubat dengan apa jua salah yang kita dah buat.”
            “Fizah..” dia menarik Fizah kedalam pelukan. “Doakan Zara kuat. Zara nak berubah.”
            Sakit, itu yang dia rasa. Waktu hati cakap nak berubah, otak turut setuju. Tapi bila dah mula buat perubahan, baru terasa peritnya. Sungguh. Nak berubah kebiasaan kita susah. Dan dia tak selalunya kuat.
            “Perubahan perlukan istkhamah. Perubahan perlukan kesabaran. Perlu tahan kehendak hati.” Fizah tak putus memberi kata nasihat. Izara hanya mengangguk.
            Dia nak berubah…

MEREKA SEMUA MEMBISU. Tak ada seorang pun yang berani buka mulut. Tak ada seorang pun berani kata tak setuju. Semua tahu pilihan Izara tu untuk kebaikan. Tapi dalam masa yang sama, mereka semua sangat perlukan Izara. The Rhythm perlukan dia. Dan Izara nak keluar?
            Izara Damia. Tak nak menyanyi lagi untuk The Rhythm. Juga akan berhenti menyanyi terus.
            Memang lidah semua orang kelu. Dah berbelah bahagi. Kalau Izara keluar, maknanya The Rhythm juga akan terus berkubur?
            “Aku minta maaf. Sungguh. Aku tak ada niat untuk susah kan korang.” Izara yang duduk di hujung meja dipandang sepi. Izara yang lain. Sangat.
            Mana pernah dia orang nampak Izara berselendang. Baju longgar?
            Bukannya mereka tak sokong perubahan Izara. Tapi itulah. Keadaan ni tiba-tiba. Dan boleh dikatakan, mereka semua tak ready untuk hilang Izara, the coolest girl ever!
            “Tak apa babe. Kami faham. Kami akan cuba faham.” Aidi memecah sunyi. Walaupun dia terkejut, tapi dia tetap kena terima. Mereka kena terima. Mana boleh nak halang orang dari berubah.
            “Thanks.” Izara masih menunduk. Ejan dan G-mi masih diam. Hanya Hanni yang setia menggengam tangan Izara. Bagi kekuatan. Dia tahu Izara berat nak buat keputusan tu.
            G-mi menarik nafas dalam-dalam. “Tapi kau masih akan kawan dengan kita orang, kan?”
            Izara senyum mengangguk. “Aku takkan lupakan korang sampai bila-bila.”
            Semua tersenyum lega. Tapi tetap tiada manis. Sayang nak lepaskan Izara. Mereka semua dah lama bersama. Dah kenal jiwa masing-masing dah. Sayang nak lepaskan Izara keluar.
            Tapi semua kena terima. Kalau itulah keputusan Izara, mereka tak boleh nak buat apa. Nampaknya, kena lah cari vocalist baru.
            Tapi, tetap tak akan sama dengan Izara.


“SAYA MINTA MAAF,” sebulan dia hilang dari Najmi. Susah nak tahan hati. Susah nak paksa hati lepaskan insan yang dia sayang. Baru hari ni dia buat keputusan untuk jumpa Najmi. Nak lepaskan segala-galanya. Dan dia harap sangat Najmi faham keputusan dia.
            “Tapi babe. Biarlah saya teman awak hadapi semua ni.”
            Izara menarik nafas. Susah sebenarnya nak putuskan keputusan ni. Tapi dia terpaksa. Antara sayang dan kewajipan. Dia mesti pilih kewajipan! “Biar Allah jaga saya Najmi.”
            Najmi terus terdiam. Dia memandang wajah muram Zara di hadapannya. Wajah Fizah yang menemani Zara dikerling sekilas. Fizah dari tadi tunduk memandang daun kering di tanah. Betul ke ini permintaan Zara? Bila fikir balik, logik la kut, Zara sekarang pun dah bertudung. Bajunya pun dah longgar walaupun bukan baju kurung. Zara sekarang…lain. Bukan Izara, bunga dalam The Rhythm.
            “Saya harap awak faham.” Izara bangun dari kerusi. “Saya balik dulu.” Tangan Fizah ditarik. Najmi masih kaku. Langkah Zara ke kereta Fizah dihantar dengan pandangan mata.
            Macam ini ke kesudahan mereka? Janji-janji Izara untuk selalu ada dengan dia dulu? Dilupakan?
            Izara…

DIA TAK DAPAT menahan dari mengeluarkan air mata. Sedih. Terasa melepaskan sebahagian diri dia sendiri.
            Fizah masih lagi tenang memandu di sebelahnya. Sejak dari taman, kedua-duanya masih diam. Memberi ruang kepada keadaan.
            “Fizah, kenapa Zara yang terasa berat dengan perubahan ni? Kenapa Zara yang terasa berat untuk terus terang pada Najmi?”
            “Zara kena yakin dengan keputusan yang Zara buat. Fikir balik apa tujuan Zara berubah. Jangan bagitahu Fizah yang Zara menyesal.” Tenang kata-kata Fizah. Tangannya masih cekap mengawal stereng kereta.
            Izara terdiam mendengar kata-kata Fizah. Menyesal? Tak. Dia tak menyesal dia pilih untuk berubah kerana Allah. Dia dah banyak buat salah kepada arwah abah, mak. Dia menggelengkan kepala.
            Fizah senyum dua saat. “Zara kena sabar. Kita kena kejar title solehah sama-sama.”
            Izara tersenyum. Air matanya tadi dikesat dengan lengan baju. Ya. Dia nak jadi lebih baik. Lebih baik dari dulu.

“KAU KENAPA?” Ejan melabuhkan punggung di sebelah abangnya. Remote TV dicapai dari atas meja kopi. Laju tangannya menekan nombor didada remote. Pilih rancangan yang berkenan di hati.
            Najmi menarik nafas berat. Tak tahu nak cerita macam mana sebenarnya. “Aku pun tak tahu.”
            Ejan memandang muka kusut abangnya. Najmi lah abang, kawan, musuh, kakak. Semua bagi dekat dia. Memang dia dua beradik je pun. Selama ni semua benda, cerita, minat dia orang kongsi. Tapi ini lah kali pertama dia nampak wajah Najmi keruh macam ni. Macam simpan masalah yang berat sangat.
            “Izara,” itu saja yang terluah. Dan dia tahu, Ejan faham.
            Ejan turut sama mengeluh. Remote kembali diletakkan di atas meja. “Kau kena terima perubahan dia weh.”
            “Terima untuk  putus dengan aku? Tak nak contact aku dah? Tapi aku sayang dia weh.”
            Ejan mengangkat kedua-kedua kakinya dari lantai. Bersila. Dia menarik nafas dalam-dalam. “Kau kena faham sebab dia berubah. Sebagai orang yang sayang dia, kita kena sokong apa yang dia buat. Lagi pun, dia bukan buat salah. Senda baik tu weh. Kau kena sokong. Kita semua kena sokong.”
            Najmi diam. Tak tahu nak cakap apa dah.
            “Aku tahu Izara tu, sekali dia kata sayang dekat kau, memang betul dia sayang. Sepanjang dia duduk lepak dengan budak-budak The Rhythm, mana pernah dia sangkut dengan mana-mana lelaki. Dia sangkut dengan kau. Kau kena tahu tu.” Ejan mencapai kopi suam di atas meja. Rasanya Najmi punya. Fuh, lega sikit tekak, bukan selalu dia berceramah panjang macam ni. Huhu.
            “Macam mana kalau dia betul nak lupakan aku?”
            Ejan mencebik. Parah betul ni. Nampak cinta hati lari je. Tak nampak apa natijah dari apa yang Izara buat tu. Parah-parah. Eh, jap. Natijah? Memang dah rupa penceramah bebas dah. Huhu.
            “Weh! Buka mata!” Ejan menepuk bahu abangnya. Kuat. Nak bagi sedar sikit. “Izara berubah untuk kebaikan, kau pun tahu abah dia baru meninggal, kan? Itu dah bagi dia tamparan hebat. Kau boleh bayang macam mana hilang ayah sekelip mata? Aku yakin dia ada sebab baik punya untuk pilih jalan tu. Dan kau, aku, kita semua. Kena sokong. Kalau pun dia betul nak tinggalkan kau, kau kena pasrah. Kan kau sayang dia.” Ejan menepuk bahu sendiri. Huish, tak sangka dia boleh keluarkan ayat-ayat macam ni. Syabas Ejan!
            Najmi senyum tawar. Memang dia sayang Izara. Tapi sanggup ke dia terima kalau Izara bertemu jodoh dengan orang lain nanti? Cinta tak harus memiliki? Ya ke? “Weh,”
            Ejan mengangkat kening. “Apa?”
            “Betulke perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?” soal Najmi macam budak darjah satu.
            Ejam terdiam. Rasanya betullah. Dah lama pun dia dengar ayat macam ni. Betul. “Rasanya betul.” Dia menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya di tala ke TV yang terpasang dari tadi. “Aku pun rasa kosong sangat bila Izara keluar dari group. Rasa macam lost. Selama ni aku fikir tujuan aku hidup just untuk musik, kelas. Lepas tu kerja, cari duit. Sebab-sebab benda tu lah, banyak yang aku miss.”
            Najmi mengangguk-angguk faham. “Aku pun selalu miss perkara paling penting dalam hidup sebenarnya.” Dia memandang Ejan
            “Kenal Allah.” Serentak mereka bersuara.
            “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jadi, apa kata kita sama-sama cuba jadi baik. Boleh lah kita dapat isteri yang baik!” Ejan dah berdiri. Terasa sesuatu dalam hati dia sebenarnya. “Good luck weh. Aku yakin Zara memang sayangkan kau. Kau dah bersedia nanti, pergi pinang dia terus.” Ejan meninggalkan ruang tamu. Perlahan dia meniti anak tangga ke biliknya.
            Belum terlambat kan dia nak kenal Allah? Belum terlambatkan dia nak jadi baik? Kalau bukan sekarang dia mula, bila lagi? Nak tunggu nyawa di tarik?
            Astaghfirullah…..

“WOI! BANGUN!”
            Ejan terus terduduk di atas katil. Matanya masih berat untuk dibuka. Haish. Boleh buat jantung terlompat keluar ikut tingkap kalau main kejut orang macam ni. “Apahal?” muka seseorang yang tersengih di hadapannya direnung tajam. Kacau! Dia kembali merebahkan badan ke katil. Serius best tidur. Hujan lagi….
            “Baik kau bangun sekarang.”

            “Bangun la ni,” Dia menjawab malas. “Apahal?”
            “Masjid jom!” sengih. “Hari ni jumaat weh. Bangun!”
            Mata Ejan terbuka luas. Dia memandang abangnya. Pelik.
            “Jom la. Aku tak nak jadi baik sorang-sorang. Kita kejar akhirat sama-sama, jom!” Najmi sengih. Dia mencapai tuala di penyidai dan dicampakkan ke muka adiknya. “Mandi cepat. Aku tunggu dekat bawah.”
            Ejan senyum tawar. Kakinya digagahkan ke bilik air. Boleh kira kut berapa kali je dia pergi solat jumaat. Memang boleh kira..
            Ejan bersiap tak lama. Tak sampai pun 10 minit. Dia mengatur langkah ke laman. Najmi sudah siap berbaju melayu di dalam kereta. Dia sengih dua saat. Kereta perlahan-lahan keluar dari parkir. Ejan meletakkan songkok hitam ke kepala.
            “Kau ada alamat Izara?”
            Kening Ejan terangkat seinci. “Ada lagi kut. Kita orang pernah pos kad raya tahun lepas.” Dah lama mereka tak berbual pasal Izara. Entah dah berapa bulan dah. Sejak Izara dah tak lepak sekali. Sejak Izara minta putus dari Najmi. “Kenapa?”
            Najmi senyum. Kereta membelok ke perkarangan masjid. Tak jauh pun masjid dari rumah mereka. “Aku nak cari dia nanti.”
            “Bila? Esok? Lusa?”
            “Kau pun. Sabar lah. Tunggu aku dah betul-betul sedia. Tunggu bila aku dah mampu membimbing anak orang la.”
            Ejan sengih. “Oh…tanya macam nak sekarang.”
            “Aku mintak sekarang la sebelum kau hilangkan alamat dia. Kalau tak jenuh la aku nak cari dia nanti.”
            “Angau!”
            “Angau tak angau. Aku sayang dia weh.”
            “Aku tahu,” Ejan sengih.
            Najmi meletakkan kereta di tempat parking. Dah ramai orang yang berpusu-pusu ke masjid. Dia mematikan enjin kereta. Ejan dah pun keluar.
            Zara, tunggu saya.

DAH HAMPIR SETAHUN Izara meninggalkan zaman uni. Dia dah pun dapat kerja dekat area rumahnya di kampung. Sengaja dia pilih tempat kerja dekat dengan rumah. Boleh jaga mak sekali. Lagipun, sebelum ni mak hanya tinggal dengan adik je. Abang memang dah ada keluarga dan kerja dekat KL. Kak Ida punya permohonan untuk pertukaran pun belum diluluskan.
            Dia tak kisah pun sebenarnya. Dekat kampung lagi tenang. Boleh dia tinggalkan hidup lama dia terus. Memang pun dia dah tinggalkan semua. Kawan-kawan baru. Hidup baru. Suasana baru. Tapi satu je. Satu je yang masih lekat dalam hati. Satu nama.
            Dan nama tu makin menyesakkan hati bila dia terpandang bintang di langit. Bintang. Najmi.
            Dia senyum tawar. Padanlah dia suka sangat lagu Yuna tu. Bintang.
           
Jika engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Kuhanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.

“Zara, makan!” suara mak menyekat lamunannya. Dia sengih sendiri. Angau dah. Haish. Memang susah nak lupa nama yang satu ni. Walaupun segala benda dekat KL tu dia dah tinggalkan. Semua. Kecuali nama dia.

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu.

Pintu bilik diketuk dari luar. “Kak Zara, makan. Orang dah penat tunggu ni!” Izara sengih lagi. Tu suara adik dia. Hasya. Dah lapar sangat la tu. Dia bingkas bangun dari katil.
            Makan Izara, makan. Ntah-ntah orang tu tak ingat pun dekat kau.
            Dia keluar ke meja makan. Betullah kata Hasya, mak dah siap-siap duduk. “Maaf Zara lambat.”
            “Hasya, baca doa.”
            Hasya mengangguk. Terus dia membaca doa makan.
            “Zara,”
            Izara mengangkat muka dari pinggan nasi. Wajah ibunya dipandang. “Hmm?”
            “Ada yang datang tanya Zara lagi tadi.” Mak membuka topik. Izara faham sangat maksud ‘tanya’ tu. Terus hati dia tak tenang.
            “Mak, Zara tak sedia lagi.” itu je la pun yang dia mampu cakap. Takkan dia nak cakap yang dia masih tunggu Najmi. Dah setahun tak contact. Entah Najmi tahu ke tak yang dia dah pindah ke kampung.
            “Budak tu baik Zara. Mak nampak pun sejuk hati. Lagipun mak tak sanggup nak tolak lagi.”
            Hasya hanya diam tidak menyampuk. Izara menarik nafas dalam-dalam. “Tapi mak, Zara…” takat itu aje yang terkeluar. Takkan dia nak cakap dia masih tunggu Najmi. Najmi yang entah apa khabar dia sekarang. Mungkin dah kahwin.
            Selama ini pun dia paksa diri untuk jauh dari Najmi. Bukan sebab benci. Dia nak sangat bagitahu yang dia sayangkan Najmi, tak mahu hilang dia. Tapi tak boleh. Dia tak boleh.
            Dan sekarang satu je dia harap. Harap Najmi tahu yang kata-kata dia dulu benar. Sayang dia pada Najmi dulu masih ada. Tak kira lah dari zaman jeans ketat ke jubah pun. Memang hati dia masih sayangkan Najmi.
            Boleh ke dia terima pinangan orang lain kalau hati dia masih pada pada Najmi?
            “Tak elok kita tolak jodoh yang baik Zara. Lagi pun mak yakin, dia boleh jaga kamu.”
            “Mak..”
            “Mak terima pinangan dia ya?”
            Izara diam. Nasi yang ditelan terasa keras. Pahit. Payau.
            “InsyaALLAH dia boleh pimpin Zara nanti. Sama-sama ke jalan Allah. Percaya cakap mak Zara. Najmi tu baik.”
            Orang tak nak dia mak. Orang nak bintang je. Najmi.
            Er. Mak tak sebut Najmi tadi kan? “Nama apa mak?”
            “Najmi Arif. Budak KL rasanya. Makcik Hanim kamu yang duduk dekat hujung kampung tu. Dia lah yang bawakan keluarga Najmi ni datang siang tadi.”
            Izara kaku. Dia tak salah dengar kan? Betul Najmi kan? Muhammad Najmi Arif. Abang kepada Muhammad Nazrizan Afiz? Kalau betul lah, logik tak kalau dia melompat sekarang?
            Adess. Behave Zara.
            “Mana dia kenal Zara mak?” tak sangka Najmi boleh cari dia sampai ke kampung.
            Mak angkat bahu. “Entah lah. Mungkin dari Makcik Hanim kamu tu kut. Tadi pun nampak Si Hanim tu dah macam rapat sangat dengan keluarga budak tu.”
            Izara senyum nipis. Subhanallah. Hebatnya percaturan Allah.


ALHAMDULILLAH SAYA JUMPA awak.”
            Izara senyum. Waktu itu mereka sama-sama melangkah keluar dari masjid. Tempat akad nikah yang sudah selamat disempurnakan pun.
            “Macam mana boleh jumpa ni?” Izara sendiri masih tak percaya. Semua tiba-tiba. Tak lama pun dia orang bertunang. Seminggu je. Mak cakap buat syarat je. Nikah yang penting.
            Najmi senyum simpul. Ejan dan yang lain-lain dah selamat naik kereta. “Aih, tak nak saya jumpa awak ke?”
            Izara ketawa kecil. “Bukan..saya terharu. Sebab awak cari saya juga.”
            “Dah terukir di bintang, takdir saya dengan awak. Dan Allah sudah suratkan untuk kita bersama. Saya bersyukur sangat.”
            Izara mengangguk. Dia pun sama. “Memang kenal ke dengan Makcik Hanim?” Pandangan mereka sama-sama jatuh pada Makcik Hanim yang masih lagi bersembang dengan mak dan ibubapa Najmi di parkir masjid.
            “Tak. Tak kenal pun. Waktu kami cari alamat rumah awak, kami singgah dekat rumah dia, tanya jalan. Tuptup mama boleh masuk pulak dengan Makcik Hanim. Jadi, mama terus minta Makcik Hanim wakilkan keluarga kami.”
            Izara tersentak. Macam tu sekali Najmi cari dia? Sampai ke kampung?
            “Berani awak datang cari saya dengan family,” Dia senyum dua saat. “Tak takut ke kalau saya dah kahwin waktu tu?”
            “Takut jugak. Tapi entah. Tuhan bagi saya semangat untuk cari awak. Lagipun, dah terukir di bintang cinta awak, remember? Sebab tu saya tak putus asa.” Najmi senyum meleret. Sampingnya dibetulkan.
            “Thanks.”
            “No thanks.” Najmi senyum. Walau apa pun yang dah jadi. Dia dah pun selamat nikah dengan Izara. Terasa apa usaha dia selama ni berbaloi. Berbaloi. Tuhan masih buka hati dia untuk kenal Islam.
            “Weh, tunggu dekat rumah lah kalau nak beramah mesra pun. Kita orang dah lapar nasi minyak ni. Jom la balik!” Aidi. Haish, buat malu orang betul lah.
            Muka Izara dah merah. Hampir semua yang ada beralih pandang pada mereka berdua yang masih berada di pintu masjid.
            “Kau ni kacaulah.” Ejan menyiku temannya.
            “Aku lapar!”
            “Perut tong!”
            “Diamlah!”
            Mereka sama-sama ketawa. Najmi menarik nafas lega. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan rumah tangga mereka nanti.


“Things change. And friends leave. Life doesn't stop for anybody.”
Tamat
21022012 2.17 am 

4 comments:

Kak Sue said...

Banyak pengajaran yg boleh dapat ni...
kalau nak jadi baik jangan seorg2 tapi ajaklah yang lain... macam najmi...bestttt

Illa Shanahila said...

Tq Kak sue

missone hazel said...

Best. Simple n x melalut. congrats

Unknown said...

Good story. Silahkan mampir jika berkenan, aliasastory.blogspot.com