Showing posts with label Expo Doraemon. Show all posts
Showing posts with label Expo Doraemon. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

Singgah Ke Dunia Doraemon!

Assalamualaikum!

Siapa dekat sini tak kenal Doraemon? Siapa? Siapa? Hah sapa yang tak kenal tu boleh tutup laptop, jangan baca. Kahkahkah.

Okay. Ceritanya, dekat Viva Home Shopping Mall sekarang diorang tengah buah pameran Doraemon sempena gadget Doraemon yang ke seratus ataupun 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO (Pergh, sampai seratus benda-benda dari masa depan yang Doraemon bawak kasi dekat Nobita!)

Semua peminat Doraemon memang serbu habis expo ni. Nak masuk pun berpatutan. Ni hah tiketnya.


Nak keluar balik untuk makan, minom ataupun kencing sekalipun, korang boleh masuk balik. Jangan risau. Jadi kalau tak sempat nak bergambo dengan seratus pesen Doraemon dalam tu, memang korang boleh balik tidur, lepas tu datang balik, masuk. Heh heh heh. Tapi valid untuk hari yang sama ajelah pasal dia letak cop dekat tangan. Tanda korang dah masuk.

Illa masuk dengan dua orang anak buah yang memang dari semalam eksaited nak pergi Expo ni. Jadi memang diorang yang terlebih-lebih teruja. Syok!



Tengok tu.. Lebih seratus Doraemon yang ada, maunya tak eksaited budak dua orang tu. Kehkehkeh.



Dalam terowong masa @_@


Sebenarnya kan, Doraemon ni asalnya warna kuning, tau. Ada sejarahnya kenapa dia jadi kaler biru gelap macam tu. Heh heh heh. Kalau nak tahu, boleh la datang sini. Memang puas kot!


Cikgu: Kamu ni asyik lambat jeh! Kalau lambat lagi, cikgu akan denda kamu.
Saya: Maaf cikgu maaf!

Pakcik: Woi budak! Korang jaga, kang aku kasi pelempang!
Budak-budak: Wekk! Kami tak takut pun dekat pelempang pakcik! Heh heh heh.

Saya: Kau biar betul Shizuka oi! Takkan kau nak kahwin jugak dengan Nobita tu?
Shizuka: Betulla ni aku cakap. Aku memang dah lama suka dia.

Muahahaha!

Kakak: Betol ke tak ni jalan balik dik oi?
Adik: Hentam ajelah kak.


Hohoho. Best weh dekat sini. Kitaorang keluar lepas tu masuk balik sebab nak ambik gambar dekat tempat yang tertinggal. Kehkehkeh. Gigih kemahen.



Ada satu ruang tu dia buat macam komik hitam putih. Jadi apa lagi, posing ajela. Kehkehkeh.




Dah nak balik tu sempat jugak rembat barang seketul dua cenderamata untuk yang tersayang. Muahaha. Tak ada benda pun, tapi memang banyak barang jenama Doraemon dekat expo ni. 

Itu aje, Okebai =)