Bila Saya Pergi Bercuti~ Pulau Tioman



Mungkin dah ramai yang sudah sampai dekat pulau ni, tapi ila, ini baru pertama kali. Teruja dia tak payah nak cakap la, GILER TERUJA!

Cara nak ke Pulau Tioman, ada tiga cara. Satu dengan flight (yang mana dah dihentikan seketika atas sebab-sebab tertentu) kedua, boleh naik feri dari Tanjung Gemok dan ketiga, (yang kitaorang naik) dekat terminal feri Mersing.



Bayaran feri dari Mersing ke Pulau Tioman untuk kitaorang yang berstatus dewasa ni RM 35 je. Kalau kanak-kanak tak silap RM30.



Dekat Tioman ni ada banyak-banyak kampung yang ada tarikannya sendiri. Yang illa duduk ituhari dekat Kg Tekek. Kg Tekek ni kira besar jugak la sebab semua fasiliti ada. Sekolah rendah dan menengah, balai polis, klinik kesihatan semua ada.





Benda yang paling best dekat Tioman ni adalah, air dia yang tersangatlah tenang. Macam kaca pun ada. Sampaikan nak tengok batu karang atau ikan dekat dalam air pun boleh.



Macam biasa, tak sah kalau pergi mana-mana pulau, tak snorkeling. Port snorkeling yang paling best adalah dekat Pulau Rengis. Pulau dia kecikkkk je tapi batu karang dekat sekeliling pulau tu MasyaALLAH, cantik!




Jangan lupa bawa kamera yang boleh masuk air. Senang nak selfie dalam laut. Haha



Satu lagi yang menarik dekat Tioman ni adalah benda ni.

Nenek Semukut (Nampak tak bukit tu macam kepala manusia? Hoho)



Satu dipanggil 'Nenek Semukut' satu lagi dipanggil 'Tanduk Naga'. Dua-dua ni ada mitos sendiri dari penduduk Tioman.

Orang-orang kampung sini cakap, dekat Kg Salang lagi cantik. InsyaALLAH kalau ada rezeki lagi, illa nak serang Kg Salang pulak. Hah, dah ada idea belom nak bercuti ke mana nanti? Jomlah ke Tioman! Hohoho.





Comments

Kak Sue said…
Cantiknyaaa.... tentu seronok kan...