Monday 30 June 2014

29 Hari Itu...Aku Rindu

Memang rindu pun waktu-waktu buat cerpen ni. Hehe. Cerpen ni dah lama. Tiga tahun lepas rasanya. Waktu puasa hanya 29 hari. Jadi.. Jom!! <3


***



“BismillahirRahmanNirrahim...Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh..

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Setelah diperkenankan oleh Duli Yang Malah Mulia Raja.. Maka adalah dengan ini saya mengishtiharkan.. bahawa tarikh bagi mulanya Puasa bagi negeri seluruh Malaysia adalah ditetapkan.. pada hari Isnin....” Suara penyimpan mohor besar itu memenuhi ruang tamu.
            Nisrina mengucap syukur di dalam hati. Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi. Remote TV dicapai. Volume yang dinaikkan tadi, kembali diturunkan. Lagu-lagu nasyid mula berkumandang. Dia pantas bangun menuju ke dapur. Senyuman masih di bibir.
            “Umi....esok puasa!” kakinya diatur ke dapur. Uminya dipeluk dari belakang. Puan Auni yang khusuk membasuh pinggan tersentak. Sesaat kemudian dia turut mencipta senyum.
            “Amboi anak dara. Suara tu tak boleh kuat lagi?” Perli umi. Nisrina mengaduh kesakitan apabila tangan umi mencubit lengannya. “Alhamdulillah,” Umi mencapai kain sapu tangan. “Malam ni, lepas terawih tolong umi belikan santan ya.”
            Nisrina sengih. “Okey Maam!” tangannya diangkat ke dahi. Membuat tabik hormat. Puan Auni hanya mengeleng. Mereka sama-sama ketawa.

********

RAMAI ORANG yang berpusu-pusu keluar dari masjid. Alhamdulillah.  Dah selesai pun terawih pertama. Dia masih duduk berteleku di ruang tengah masjid. Ramai juga yang datang berterawih malam ni. Penuh semua saf di bahagian lelaki. Dan rasanya di bahagian perempuan tak kurang juga ramainya. Alhamdulillah.
            Harap-harap lah jumlah ni kekal sampai terawih terakhir. Ramai yang sudah meninggalkan masjid setelah habis doa tadi. Masing-masing ada urusan sendiri agaknya.
            Mungkin ada kerja, hal yang tak dapat nak elak. Beli makanan untuk sahur. Masak untuk sahur. Eh, masak? Alamak. Mama kirim santan tadi! Fahim sengih sendiri. Memang dia lupa. Dia bingkas bangun menuju ke pintu keluar masjid. Fuh, nasib baik selipar masih di tempat sama. Selalu jugak time sembahyang jumaat ada yang mengadu kasut mereka hilang. Aku pakai selipar jepun je pun. Mestila tak ada yang nak ambil. Huhu.
            “Assalamualaikum Im!”
            Fahim berpaling ke arah suara yang memanggil. Syahiran. Ran, kawan satu taman. Tinggal tak jauh dari rumah dia juga. Ran duduk elok bersandar di dalam kedai makan sebelah masjid. “Wa’alaikumussalam.” Senyum.
            “Kau pergi terawih?” Ran senyum sumbing. Rokok ditangan disedut. Dihembus asap keluar. Fahim mengangguk. Dia sengih sesaat. Keretanya yang terletak di sebelah kedai makan itu dipandang. “Elok la tu. Jangan mula-mula ni pulun, lama-lama dah berat kaki nak datang.”
            “Kau?” Fahim kembali bertanya. Dipandangnya Ran yang hanya bertshirt dan jean lusuh. Rambutnya yang panjang paras bahu dibiarkan tidak berikat. Dah macam perempuan dah. Harap badan je sasa.
            “Tak, aku bagi ruang pada orang-orang yang kononnya nak buat amal awal-awal ni. Lama-lama kosong masjid tu, aku masuk la.” Ran ketawa. Fahim mengucap dalam hati. Namun bibirnya mengukir senyum juga.
            “Aku balik dulu Ran. Ada hal ni.” Fahim terus membuka pintu kereta. Makin dilayan, makin panas hati dengan si Ran ni. Ran mengangkat tangan menandakan OK.


FAHIM MEMBERHENTIKAN keretanya tepat di hadapan kedai runcit Haji Mail. Ramai! Rata-rata sibuk memilih barang-barang runcit. Fahim sengih lagi. Harap-harap santan ada lagi. Karang bising pulak mak.
            Dia menjenguk kiri dan kanan. Ada yang datang dengan suami. Ada yang datang sorang-sorang. Ada jugak budak –budak.
            “Bang Amat, santan ada lagi? Saya nak sekilo,” Fahim menegur anak sulung tuan punya kedai runcit tu. Kalau nak kira, kedai runcit ni lah paling famous dekat area taman ni. Sebab paling besar, dan semua benda ada.
            Bang Amat yang sedang mengira di mejanya mengangkat kepala. Dia senyum selapis. “Baru je habis Im. Tu hah, akak tu yang last beli. Kau lambat seminit” Bang Amat memuncungkan mulutnya ke arah seorang gadis yang lengkap bertelekung dan memakai niqab. Mungkin baru balik dari terawih. Macam dia jugak. Adui. Memang lambat seminit. “Kelapa pun semua habis. Esok baru sampai stok baru.”
            Fahim menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Aiseh. Mak nak masak untuk sahur karang bang. Kalau esok sampai, tak sempatlah.” Sengih.
            Bang Amat ketawa. “Cuba lah mintak dengan akak tu. Kot-kot la dia baik hati, kasi kat kau,”
            “Haha. Tak nak lah bang. Silap-silap saya kena karate sebab kacau anak dara orang.” Mereka berdua ketawa. “Kalau tak ada, saya balik dulu lah bang. Assalamualaikum.” Fahim melangkah keluar. Nampaknya kena keluar pergi bandar depan sana lah. Adui..


*********
NISRINA BERSANDAR malas di kerusi. Penat! Rasanya perut ni manja sangat. Baru hari pertama puasa, dah terasa kosong sangat. Padahal sahur tadi dah makan banyak. Masak lemak ikan patin punya pasal. Meleleh air liur bila tengok juadah sahur  pagi tadi. Umi pun pandai je teka selera dia dengan Abi. Habis licin satu pinggan.
            Jam di atas meja sudah menunjukkan jam 5.15 petang. Kertas-kertas kerja di atas mejanya sudah disusun rapi. Komputer sudah selamat dimatikan. Balik time!!!! oh, bukan, jenguk-jenguk bazaar time! Huu~
            “Kok ya pun lapar, tak payah lah asyik gosok je perut tu,”
            Nisrina tersentak. Dia mengukir senyum sesaat. “Efi...” Efi yang baru masuk ke dalam biliknya sengih. Fail yang berisi nama-nama pelanggan untuk hari ini diletakkan di atas meja Nisrina. “ Perut aku ni hah. Manja.”
            “Tuan dia yang lapar, jangan nak salahkan perut pulak.” Efi mencebik. Nisrina ketawa kecil. Dia bingkas bangun sambil mencapai tas tangan.
            “Jom pergi bazar. Aku nak cari kuih sikit. Hari ni kena balik awal, tolong umi masak.”
            “Nak masak apa hari ni?”
            “Entah. Belum fikir lagi. Tapi rasanya umi nak buat ayam percik.” Nisrina sengih. Uminya memang suka memasak.
            Mereka berdua melangkah keluar dari bilik Nisrina dan  menuju ke arah lif. “Bestnya! Air liur aku dah meleleh ni.”
            “Hish! Cover sikit.”
            Giliran Efi pula ketawa. Dan lif pun terbuka. Tapi tak lama. Sesaat kemudian, lif kembali tertutup. Efi dan Nisrina sama-sama mengangkat kening. Cepatnya!
            “Eh, kejap!!” Efi terjerit. Tangannya dihulurkan ke tengah-tengah pintu lif. Menghalang lif dari tertutup.  Nisrina tidak sempat berbuat apa-apa.
            Dan lif kembali terbuka. Efi melangkah masuk. Nisrina mengikut dari belakang.
            “Maaf. Tingkat berapa?”
            “Ground floor.” Efi menjawab perlahan. Lelaki yang berada di sudut hadapan lif itu dipandang. Patutlah cepat sangat lif tertutup. Ada yang menekan butang Close! Ingat dia aje yang nak guna lif?
            Tiba di tingkat satu, lelaki itu terkocoh-kocoh keluar. Dua pasang mata di belakangnya hanya memandang.
            “Kok ya pun lapar, takkan pandang lelaki tu macam nak makan.” Nisrina senyum. Efi menjuih bibir. Pintu lif terbuka lagi. Mereka melangkah keluar.
            “Memang aku rasa nak ngap je dia. Macam dia seorang nak guna lif. Suka-suka je nak tutup lif.” Efi membebel. Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta Nisrina yang diparkir tidak jauh dari pintu besar Wisma Pesona itu.
            Nisrina sengih. Enjin dihidupkan. Tali pinggang dipasang. “Cuba lah banyak-banyak bersabar Cik Efi sayang. Baru hari pertama puasa. Kawal sikit perasaan tu. Kot-kot la tadi dia ada emergency ke. Apa ke.”
            “Iya lah.” Efi mencebik. Nisrina ketawa kecil.
            “Fi, kau ada tiga ratus?” cekap dia memandu keluar dari petak parkir.
            “Kau nak buat apa? Sekarang tak ada la.”
            “Kalau tak ada, pakai tali pinggang tu.” Nisrina sengih di hujung kata.
            “Nis!”
            Mereka sama-sama ketawa.


KHUSUK punya pasal tak perasan jam dah menginjak ke pukul 5.30. Asar belum lagi. Haih. Nasib baik bos dia menegur. Kalau tak, rasanya memang terlajak sampai pukul 6 petang!
            Tengah leka menaip laporan untuk bulan lepas, bos tiba-tiba menjeguk.
           
            “Dah solat?”
            “Belum.” Rasanya tadi baru pukul 4. Dah asar ke? Fahim mengerutkan dahi.
            “Kerja apa yang penting sangat dari solat tu? Kalau iya pun, berhenti lah sekejap.” Dan bos terus berlalu dari situ.
            Jam tangan dikerling. Pukul 5.15! Astaghfirullah..

“Celakalah orang2 yang sembahyang yakni orang2 yang meringan2kan sembahyangnya” surah Al-Ma’un .

Laju dia melangkah ke tingkat satu yang menempatkan surau. Hampir-hampir dia membuat seorang wanita tersepit di tingkat 6 tadi. Tak nampak sebenarnya. Dan dia boleh rasakan pendangan tajam dari dua orang wanita di belakannya tadi. Kedua-duanya bertudung. Bezanya salah seorang daripada mereka memakai niqab.
            Selesai solat, dia kembali ke pejabat. Rata-rata semua meja sudah kosong. Ramai yang balik awal harini. Fahim berkemas ala kadar. Kunci kereta dan briefcase dicapai. Pantas dia melangkah keluar dari pejabat di tingkat 8 itu.
            “Im!”
            Langkah Fahim terhenti. Dia berpaling ke arah suara yang memanggil. Nizam! “Tak balik lagi Jeck?” Nizam dipanggil Jeck. Dia pun tak faham mana datangnya Jeck dalam nama Nizam. Semua panggil macam tu, dia ikut saja. Huu~
            “Baru siap kerja. Lambat kau balik?”
            “Aku siapkan report tadi.” Pintu lif terbuka. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam perut lif. “Singgah bazar?”
            Jeck mengangguk. Kedua-duanya membisu sehinggalah lif membawa mereka ke ground floor.
            Dan setelah pamit, mereka berpecah. Fahim terus ke parkir kereta. Kalau lambat penuh pulak manusia. Huuu~
            Bazar terletak tidak jauh dari Wisma Pesona. Memang saban tahun itulah tempat pekerja-pekerja di Wisma Pesona membeli juadah berbuka. Nasib baiklah mama memang rajin masak. Kalau dia singgah pun, untuk beli kuih. Kalau tak, memang dia malas nak singgah.


 “ASTAGHFIRULLAH......” handbag yang disandangnya tiba-tiba diragut dari belakang. Dia terdorong ke hadapan. Sikit lagi nak tercium meja yang meletakkan susunan kuih-kuih pelbagai warna. Nasib baik dia sempat berpaut pada tiang khemah.
            “Peragut!” hampir semua mata memandang kekecohan itu. Nisrina perlahan-lahan kembali berdiri. “Tolong! Peragut!” Efi menjerit lagi.
            Mudah sahaja peragut itu menghilangkan diri. Orang sekeliling pun tak sempat nak buat apa-apa. Laju dia menyelinap. Nisrina mengangkat muka. Memandang kelibat peragut tadi yang laju melarikan diri. Ada la dua-tiga orang mengejar di belakang. Tapi tak dapat jugak. Laju sahaja peragut itu menghidupkan motosikalnya dan memecut pergi. Handbag aku.....
            Nisrina masih kaku. Terkejut. Efi sudah menangis. Tak pernah kejadian ragut macam ni berlaku di depan mata!
            “Er, awak berdua okay?”
            Kedua-duanya tersentak. Nisrina mengurut dada. Efi berhenti menangis. Pemuda yang menegur mereka itu dipandang. Kenapa tak kejar peragut tadi!?
            “Okay tak ni?” sekali lagi suara itu menyoal. Nisrina hanya mengangguk. Rata-rata manusia yang melihat kejadian tadi sudah kembali pada aktiviti masing-masing. Membeli juadah berbuka! Haih. Bukan nak tolong kejar peragut tadi. Purse aku, handphone, kunci kereta......
            “Nak buat report tak?” Fahim masih lagi mencuba. Nampak sangat kedua-dua mereka masih terkejut. Pucat! Walaupun disebalik niqab, air mata yang keruh itu jelas dilihat.
            Nisrina mengeleng. Rasanya kalau buat report pun, belum tentu barang-barangnya akan dapat balik. Terasa lengannya dicubit.
            “Jom la Nis. Takkan nak biar je?”
            “Betul cakap kawan awak tu,” Fahim mencelah. Perempuan yang berniqab itu masih dipandang. Menunggu jawapan.
            “Tak mengapa. Terima kasih encik.” Tangan Efi ditarik. “Jom balik.”
            “Macam mana nak balik. Kunci kereta kau dah kena ragut tadi.”
            Aduh, macam mana boleh lupa? “Kita naik teksi je lah. Pinjam duit kau.”
            “Err..” Fahim mencelah. Kedua-dua mereka berpaling. “Saya hantarkan?”



REZEKI REZEKI! Dia tersenyum. Lama. Motor sudah ditongkat. Pintu rumah batu sederhana besar itu ditolak menggunakan badan. Tak berkunci. Tangannya membelek-belek tas tangan yang diragut tadi.
            “Bodoh! Dah terpampang kejadian ragut pun masih suka-suka je nak tayang handbag.” Sengih. “Nasib kau lah.” Dia ketawa kuat. Punggungnya dihenyak ke sofa lusuh. Rumah masih sunyi. Macam biasa. Mak dekat kedai runcit lagi rasanya. Adik? Entah? Ada aku nak kisah dia pergi mana?
            Getah sayur dicapai dari atas almari kecil. Terus rambut paras bahunya diikat satu.
            Tas tangan sederhana besar tu diterbalikkan. Habis terkeluar segala isi di dalamnya. Iphone, mp3, purse, kunci kereta dan...errr. Buku apa ni? Matanya terlekat pada senaskah buku sederhana besar yang turut terjatuh dari perut beg perempuan berniqab tadi.
            Isi dalam purse dikeluarkan. Seratus lebih je? Iphone dimasukkan ke dalam saku. Begitu juga Mp3. Terus dia mencapai buku sebesar kamus itu. Tajuk yang ditulis dengan tulisan berwarna emas itu ditilik. ‘Tafsir Al-Quran’. Dia terdiam. Lama. Tangannya terketar-ketar. Tafsir Al-Quran?

*********
DIA MEMANDANG kosong ke luar tingkap. Waktu sudah menginjak ke subuh. Subhanallah. Cantik! Sunrise orang putih cakap. Heee~ spontan dia tersenyum. Sahur yang kedua. Alhamdulillah. Rezeki yang Allah bagi masih cukup untuk mereka sekeluarga. Lepas sahur tadi, umi kembali ke biliknya. Tak sampai sepuluh  minit, kedengaran umi mengaji. Abi pun sama. Uzair, anak Kak Farah yang berumur 6 tahun itupun turut umi kejut bersahur. Nak ajar dia berpuasa. Karang dah besar, tak adalah nak liat sangat.
            Kak Farah dengan suaminya, Abang Majie tiada di Malaysia. Sambung belajar di Jordan. Umi yang minta mereka tinggalkan Uzair. Walaupun Kak Farah berat hati, dia ikut juga kata umi. Nasib baik Abang Majie okay je.
            Dia melangkah ke almari. Sehelai baju kurung dicapai dan dibawa ke papan iron. Dia menarik nafas kuat. Hari pertama Ramadhan, dia diragut.
            Semalam, selepas pemuda bernama Fahim itu menghantarnya, Abi terus membawanya kembali ke bazar dengan kunci pendua. Nasib baiklah ada kunci pendua. Kalau tak, memang akan tersadai dekat situ je lah Viva hadiah Kak Farah tu. Ya Allah. Kau permudahkanlah hari-hari aku yang seterusnya. Amin.

            “Mak su!” Hampir sahaja iron terlepas dari genggaman. Dia baru sahaja menjatuhkan badan seterika itu ke atas tudung yang berona lembut itu.
            “Salam mana Uzair?”
            “Ops. Assalamualaikum Mak su!” Uzair sengih di sebalik pintu. Terserlah lesung pipit di pipi. Comel! Cubit dua kali pun best ni.
            “Ada apa pagi-pagi ni? Tak siap lagi nak ke sekolah?” dia menutup seterika. Tudung yang telah siap digosok disarungkan melepasi kepala. Rambut panjang yang disanggul itu terus terlindung dari pandangan.
            Uzair masih sengih. “Opah cakap. Ada orang yang nak hantar Mak Su harini.”
            Tangan yang sedang membetulkan niqab terhenti. Orang? “Siapa? Atok?” Dia sengih. Uzair..Uzair.
            Uzair menepuk dahi. “Atok belum balik dari surau la Mak Su. Macam tak biasa.”
            Nisrina ketawa kecil. Petah pulak budak ni bercakap. Cubit betul karang. “Habis tu, orang mana?”
            “Yang hantar Maksu semalam. Abang Fahim!”
            Bulat matanya memandang Uzair. Biar benar? Kenapa kena hantar bagai. Kereta aku kan ada? “Jom turun.” Pantas tangan Uzair ditarik. Mana umi. Biar benar umi?
            “Assalamualaikum umi,” tangan dan pipi umi dicium.
            “Dah siap? Elok lah tu. Fahim pun dah lama tunggu.”
            Umi yang sedang membaca buku ‘Wanita Yang Dirindui Syurga’ dipandang tidak percaya. “Dia buat apa dekat sini umi?” Keningnya terangkat. “Kenapa nak kena hantar? Kereta Nis kan ada.”
            “Dia minta kebenaran Abi semalam. Umi pun risau kalau Nis sorang-sorang. Biarlah dia hantar dua-tiga hari ni ya?” Umi memujuk. Memang dia tahu. Faham. Umi tentu-tentunya risau. Ragut ada di mana-mana. musibah pun ada di mana-mana.
            “Nis tak selesa lah umi. Nak kena berdua dengan dia satu kereta.” Fitnah juga ada di mana-mana....
            “Uzair kan ada. Dia akan hantar Uzair sekali.” Umi masih memujuk. “InsyaALLAH tak ada apa-apa. Umi tahu Fahim ikhlas. Umi pun senang kalau dia yang hantar.”
            Mereka beriringan keluar ke pintu pagar besar. Kia Forte merah menyala sudah tersadai di luar. Cermin kereta diturunkan. Fahim melempar senyum pada umi. Uzair sudahpun berlari-lari dan membuka pintu kereta. Dah macam ayah dia punya je.
            Dan.. apa lagi yang nak dikata?

*********

Malam. Sunyi. Efi ni betulla. Boleh pulak dia tinggalkan aku last-last minit macam ni. Cakap nak balik cepat. Haih. Seram! Dan nasib baiklah dia ‘bercuti’. Kalau tak memang dia miss terawih dah.
            “Efi, kat mana? Cepatlah sikit.”
            “Kau turun sekarang. Aku dah nak sampai.” Suara dari hujung talian kedengaran putus-putus. Dia mematikan talian. Beg dicapai. Terus langkahnya menuju ke lif. Tingkat G ditekan.
            Pukul 9 malam. Tadi Efi ada setuju nak hantarkan dia ke rumah. Tak sanggup nak menumpang Fahim lagi. Bukan ragu-ragu dengan keikhlasan dia. Tapi takut. takut fitnah yang sentiasa mencari mangsa.
            Kebetulan pula Efi terpaksa menemani kakaknya ke hospital. Dan baru sekarang dia boleh keluar dari wad. Tunggu suami kakaknya datang.
            Ground floor!
            Dia melangkah keluar dari lif. Pakcik guard yang menjaga dibawah senyum ke arahnya. Nisrina mengangguk. Matanya berlari-lari ke jalan raya. Mana Efi ni?

            “Hey, hey. Orang arab mana sesat tengah-tengah KL ni?”
            Dia tersentak. Pasangan lelaki perempuan itu di pandang. Erk, melayu ke? Jalan huyung hayang malam-malam puasa ni. Mabuk?
            “Arab celup la darling.” Gadis yang berskirt pendek itu ketawa mengekek.
            “Kalau dah bertutup macam ni, confirm muka hodoh gila. Berparut sana-sini. Kan, sayang?” ketawa pecah. “Sebab tu dia tutup muka!”
            “You tahu tak apa. Ran, kalau cantik, mesti dia dah tunjuk semua. Macam I ni. Tengok. Ciptaan tuhan yang paling seksi!” gadis itu pula menambah.
            Nisrina mengucap dalam hati.
            Si lelaki merenung wajah bertutup Nisrina. Sepasang anak mata yang dikenali. “Hey, wait-wait. Aku kenal perempuan arab ni. Beg kau kena ragut kan dua hari lepas?” ketawa. Perempuan tadi masih lagi memegang erat pasangannya itu. Teruk sangat terhuyung-hayang. Kalau tak pegang dah boleh menyembah bumi.
            Nisrina tersentak. Mana dia tahu aku kena ragut? Eh, rambut serabut tu. Aku kenal!
            “Mana you tahu Ran?” si gadis bertanya.
            “Nur Suhana Nisrina Abdul Hafidz, kan?” lelaki itu meyebut satu persatu baris nama yang tertulis pada IC perempuan yang diragut tempoh hari.
            Nisrina tersentak. Ya Allah! Dia ke yang meragut aku hari tu?
            “Hey, kau bisu eh?” Lelaki itu ketawa. “Kesian. Dah muka kena tutup sebab hodoh. Bisu pulak. Kesian.” Ketawa kedua-duanya bergabung.
            “Kesian kan Ran?”
            “Kesian..” ketawa lagi. Mereka melangkah meninggalkan Nisrina yang masih berdiri tegak di bahu jalan. Nafasnya turun naik. Nisrina masih memandang pasangan itu sehingga ke kereta.
            ‘Wahai Efi, cepatlah sampai.’
            Dan sebuah kereta Myvi jingga berhenti tepat di hadapannya. Efi....


KEPALANYA berat. Perlahan-lahan matanya dibuka. Cahaya tengah hari menikam anak mata. Pedih! Dah tinggi rupanya matahari. Sebelah tangan menggosok mata. Dia diam tak berkutik. Mencerna kembali apa yang berlaku malam tadi.
            Aku mabuk?
            Kepalanya yang terasa berat di pegang. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke bilik air. Pili air dibuka. Habis lencun baju yang dipakai semalam. Fuh, segar! Mindanya masih mencerna apa yang berlaku. Dari mula dia berjumpa Nonies. Pergi kelab malam murah. Minum. Dan balik rumah. Er, rasanya dia ada terjumpa seseorang.
            Perempuan tu? Otaknya tiba-tiba teringatkan Tafsir Al-Quran yang masih tetap berada di atas almari tak bersentuh. Perempuan yang tak nampak apa....
            Pintu bilik diketuk kuat. Dia tersentak. “Ran! Mak dah nak ke kedai ni!” mak. Syahiran membiarkan ketukan pintu biliknya tidak berbalas. Air pili masih lagi mencurah turun. Kalau mak ke kedai, tak ada lah makanan. Mak puasa. Dia? Solat pun tak, kenapa nak puasa? Ran sengih tawar.
            “Ran!” hish, mak ada lagi ke?
            “Kenapa!?” dia melangkah keluar dari bilik air. Tuala yang tersangkut dicapai.
            “Adik kamu tu. Tengok-tengokkan sikit. Mak balik lambat”
            Adik. Syahmi. Umur dah 15 tahun. Rasanya baru semalam adik kena gantung sekolah. Hal biasa. Bertumbuk. Heh, ada aku nak kisah?
            “Ran!” sekali lagi mak melaung. Ran mengerutkan dahi. Mak ni pun..
            “Ya. Orang tahu lah.”
            Ketukan di pintu terhenti. Selepas menukar pakaian yang basah, dia melemparkan diri ke atas katil. Malas nak buat apa-apa. Tapi. Lapar! Jam di atas meja dipandang sesaat. Jam 4.30 petang! Lagi sejam dah boleh serang bazar. Huhu. Dia sengih sendiri. Matanya kembali tertutup. Tidur lagi baik.

********

“TERIMA KASIH sebab tolong kakak jual semua ni Nis.” Kak Rumaisha menyusun kotak-kotak kurma di atas meja. Nisrina membantunya. Kurma yang belum ditimbang diletakkan di bahagian paling depan. Ada lima jenis semuanya.
            “Sama-sama kak. Nis bukannya bekerja pun harini.” Dia senyum. Memang saban tahun dia menolong Kak Rumaisha, salah seorang AJK masjid di tamannya untuk menjual kurma dan kismis. Kalau ada masa-masa terluang macam ni lah.
            Kak Rumaisha senyum. Gadis yang berniqab itu dipandang. Walaupun mukanya tertutup, mata gadis itu memang memukau. Bundar! “Akak dengar Nis kena ragut dekat sini hari tu kan? Nis tak apa-apa?”
            Nisrina mengeleng. “Alhamdulillah kak. Tak ada apa-apa.” Senyum. Terus mindanya menjengah lelaki mabuk malam tadi. Betul ke dia yang meragut aku tempoh hari?

            “Woi!”
            “Hoi, jangan lari!”
            “Bedebah!”
            “Tangkap dia!”
            “Jangan lari!”

Kedua-dua mereka tersentak. Spontan mata mereka berlari ke arah kekecohan itu. Memang kecoh! Ada pencuri gamaknya. Semua berkejar-kejar. Kejar...erk, lelaki rambut serabut tu?
            Hampir sahaja pencuri itu melanggar gerai kurma mereka. Dua tiga pemuda sudahpun mencekak kolar baju pencuri itu. Nisrina dan Kak Rumaisha tergamam. Terkejut!
            Dan mulalah kejadian tumbuk menumbuk. Teruk pencuri itu dikerjakan.
            “Saudara! Tolong berhenti!”
            “Awak duduk diam-diam dik. Dia ni pencuri. Bulan-bulan puasa pun nak mencuri. Biar dia rasakan balasannya.” Seorang lelaki yang berdiri di sebelah gerainya menyampuk. Nisrina diam.
            “Saya bayarkan untuk dia. Apa yang dia curi? Berapa harga?” Perlahan dia menyampuk.
            Kak Rumaisha mengangkat kening. Terus dia berpaling kepada Nisrina. Tak percaya. “Nis?”
            “Saudara, apa yang dia curi? Boleh saya tolong bayarkan?” Perlahan. Nisrina masih lagi mencuba untuk menghalang pencuri itu dari ditumbuk bertalu-talu. Dah lembik pun.
            Serta merta lelaki yang menendang pencuri itu berhenti. “Dia curi dua ketul ayam percik saya! RM 10!”
            Nisrina membuka dompet. Sehelai not merah dihulurkan kepada lelaki tersebut.
            “Kau, nasib baik perempuan ni tolong. Kalau tak dah mati aku kerjakan.” Jari telunjukknya tepat ke muka si pencuri. “Terima kasih dik. Awak jangan nak beri muka sangat dekat pencuri macam ni. Naik lemak nanti” lelaki itu dan rakan-rakannya beransur pulang ke kedai masing-masing.
            Pencuri itu masih lagi terduduk mengerang kesakitan. Ayam percik yang dicurinya sudah bergelimpangan di atas tanah yang bertar itu. Nisrina keluar dari gerai. Sekotak kurma dihulurkan.
            “Kenapa kau tolong aku hah?”
            Kotak kurma masih lagi tidak bersambut.
            “Aku bukan pengemis!”
            “Sekurang-kurangnya, lebih baik dari mencuri. Ambillah. Untuk berbuka nanti.” Nisrina meletakkan kotak kurma itu di hadapan si pencuri. Pencuri itu kaku. Er, dia boleh bersuara? Tak bisu? Suaranya..er..

SYAHIRAN berjalan tanpa arah. Kurma yang diberikan oleh perempuan tadi kemas di genggaman. Rambutnya yang kusut dilurutkan dengan tangan. Kenapa dia tolong aku? Aku dah ragut beg dia. Aku dah hina dia.
            Dahinya berkerut kerut menahan sakit di muka. Luka dah dibersihkan tadi. Tapi masih sakit.
            Jam di tangan dikerling sekilas. 7.20!
            Dia masih berjalan. Sayup sayup suara kedengaran menarik perhatian. Orang mengaji. Sekejap lagi mesti azan.

            “....wa i laihiturjaunnn..”

Rasanya tu surah Yassin. Sekolah dulu selalu jugak baca. Sekolah asrama. Setiap malam jumaat memang wajib baca Yassin. Sekarang?
            “Ran!”
            Dia tersentak. Kepalanya dipusing laju. Eh, Fahim?
            “Kau nak pergi mana tu? Jom, berbuka sekali?” Fahim yang kemas berbaju melayu itu senyum. “Eh, kau bertumbuk dengan siapa ni?”
            Ran memandang sekeliling. Dia di hadapan masjid rupanya. Patutlah surah Yassin tadi jelas je dengar. Ran senyum tawar. Serentak dia mengeleng.
            “Jom la berbuka sekali kat sini.”
            Ran memandng jean lusuhnya. Kontra habis dengan Fahim yang berbaju melayu. Dia? Dengan bengkak di muka. Tshirt kotor. Jeans kotor.
            “Aku kena balik lah Im. Baju aku kotor.”
            “Baju aku ada dalam kereta. Lepas berbuka nanti kau boleh mandi sekejap. Dah. Jom!” Fahim menepuk bahu Ran. Ran hanya mengikut. Rasanya dah lama dia tak ke masjid. Lama. Solat Jumaat? Tak pernah rasanya sejak keluar dari sekolah.

            Selesai berbuka, Ran terus ke tempat mandi. Terus segar. Nasib baik ada Fahim. Bukannya dia tak boleh balik rumah, tapi dia segan dengan Fahim. Kalau dia balik, tentu-tentunya dia takkan datang balik. Kenapa dia segan dengan Fahim? Entah...
            Tadi berbuka dengan kuih je. Rasanya lepas terawih baru diorang semua hidang nasi. Dia ada nampak periuk belanga di belakang masjid tadi. Rajin betul mereka memasak untuk ahli masjid.
            Imam sudah mengangkat takbir. Ran memandang Fahim yang sudah berdiri. Ran turut sama berdiri. Kena solat ke ni? Macam mana nak solat? Semua bacaan dah lupa. Ya Allah~
            Ran hampir menangis. Terasa sangat kerdil. Dia hanya mengikut gerak geri iman. Satu bacaan pun dia tak ingat. Sungguh! Budak umur 7 tahun di sebelahnya lagi petah membaca Al-Fatihah rasanya. Allah~
                 Selesai solat, Ran bingkas bangun. Fahim hanya memandang langkah Ran keluar dari masjid.
                 Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Ran masih mahu menjejakkan kaki ke masjid.

                “KENAPA kau kat sini? Kenapa tak join Terawih tadi?” Fahim menepuk belakang Ran yang asyik termenung. dia melabuhkan punggung di atas kerusi batu itu. Baru sahaja selesai terawih 20 rakaat.
                “Aku tak nak tipu diri sendiri Im” perlahan. Dia tidak berani memandang Fahim. Malu! “Im,”
                Fahim memandang tepat muka temannya. “Apa?”
                “Ajar aku solat. Ajarkan aku mengaji. Kau tolong ajarkan aku Islam!”


NISRINA KAGET. Rasanya dia tak silap pandang tadi. Betullah lelaki rambut kusut tu. Walaupun rambutnya terikat kemas tadi, lebam ditumbuk masih jelas. Dia..er.. datang ke masjid? Berkali-kali dia mengucap syukur dalam hati.
                Hampir terlepas senduk nasi di tangannya tadi. Nasib baik Kak Rumaisha sempat menegur. Ada orang mintak nasi tambah. Orang. Fahim!

                “Er, Assalamualaikum Nisrina. Nasi tambah satu.”
                Matanya masih pegun pada lelaki yang berdiri di belakang Fahim.
                “Kak Maisha?” Fahim bertanya pada Kak Maisha pula.
                “Nis! Orang mintak nasi tambah tu.” Kak Maisha mencuit. Serta merta dia tersedar. Astaghfirullah... nasi tambah?
                Laju tangannya menceduk nasi ke dalam pinggan bersih yang sedia tersusun di sebelahnya. Cukup. Pantas dihulurkan kepasa Fahim yang menunggu.
                “Terima kasih!” senyum. Nisrina mengangguk. “Ran. Jom!” dan mereka pun pergi ke meja makan yang sedia tersusun. Ran?

                Harap-haraplah lelaki itu ikhlas. Amin


********
"Ya Rabbul 'Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha

Ku bimbangkan seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Kuragui seandainya tiada sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela cuma"


            “Ran, kau tak nak balik rumah?” Fahim menegur. Ran yang termenung di tepi tingkap tersentak.
            “Aku malu nak jumpa mak aku. Aku malu dengan diri aku yang dulu.” Perlahan. Alhamdulillah. Hari ini hari ke 10 puasa. Dan merupakan hari ke 5 dia berpuasa. Solat setiap waktu.
            Fahim senyum. Dia mengucap syukur dalam hati. Rasanya susah nak ubah Syahiran yang dia kenal. Dan dia sendiri tak tahu apa yang mengubah temannya itu. Paling dia ingat petang dia bertemu dengan Ran di hadapan masjid. Kusut. Macam orang lost pun ada.
            “Kau tak suka aku kat sini? Maaf kan aku sebab dah susahkan kau dengan keluarga kau.”
            “Aku okay je. Abah lagi suka kau nak duduk sini. Belajar agama dengan dia. Dah aku pun ada teman nak belajar” Fahim sengih. Abah. Iman dekat masjid di taman mereka. Abah bukan tak kenal Ran. Berkali-kali dia memeluk Ran masa Fahim bawa Ran balik malam lepas terawih tu. “Tapi aku rasa kau kena balik rumah jugak Ran. Kesian mak kau.”
            Ran mengangguk. “Nantilah aku balik.”
            “Okay.” Fahim sengih. “Kau teman aku pergi bazar nanti. Beli kuih untuk orang masjid”
            Ran mengangguk.


“ALHAMDULILLAH KAK, nampaknya kurma ni banyak sambutan.”
            “Rezeki masjid Nis,” Kak Rumaisha senyum. Nisrina menangangguk kecil betul. Rezeki tabung masjid.
            “Assalamualaikum.”
            Pantas mereka berpaling pada suara yang memberi salam. Fahim! Dan. Er, lelaki serabut...tak. Kemas! Rambutnya yang panjang sudah dipotong kemas. Dan baju melayu biru itu nampak elok sahaja tersarung di badan. Senyum.
            “Wa’alaikumussalam. Nak kurma ke Im?” Kak Rumaisha menegur. Fahim mengeleng.
            “Tak lah kak. Nak cari kuih sikit untuk malam ni.” Matanya memandang ke arah Nisrina yang masih diam. “Ini kawan saya. Syahiran”
            Ran senyum sambil mengangguk. Begitu juga Kak Rumaisha. Nisrina turut sama mengangguk. Syahiran.. Ran.
            “Kami pergi dulu la kak. Nis. Assalamulaikum!” sekali lagi salam dijawab. Sekejap sahaja kelibat mereka hilang di sebalik orang ramai. Bahu Nisrina dicuit.
            “Nis, akak rasa macam pernah nampak je kawan si Fahim tu. Tapi akak lupa kat mana.” Kak Rumaisha mengerutkan dahi. Berfikir agaknya. Spontan bibir Nisrina yang terlidung itu mencipta senyum.
            Dia kembali duduk di atas kerusi di sebelah Kak Rumaisha. “Kawan Fahim la kak. Dua tiga hari ni dia ada ke masjid.” Sengaja tidak diceritakan tentang pencuri tempoh hari. Kak Rumaisha senyum.
            “Oh...”
            Senyuman Nisrina masih tak padam. Alhamdulillah Ya Allah.


RAMAI BETUL MANUSIA. Rasanya belum pun pukul 5. Fahim Dan Fahim masih lagi mencari-cari kuih yang sesuai.
            “Eh, Ran kan?” gadis yang hanya berbaju T tanpa lengan itu menegur.
            Fahim mengerutkan dahi. Datang bazar ramadhan tak boleh nak pakai elok sikit ke?
            “Nonies,” perlahan. Fahim hanya memerhati.
            “You pakai apa ni?” jari telunjuknya tepat pada baju melayu biru yang dipakai Ran. “Dah jadi ustaz? Rasanya baru seminggu tak jumpa you,” Gadis yang dipanggil Nonies itu ketawa kecil. Lelaki di sebelahnya juga melirik senyum.
            “Jom Im,” Ran malas nak bertekak. Biarlah.
            “Hey, dah jadi ustaz ya? Asal bulan puasa je nak berubah. Tak best la you ni. Tunggu tua la kalau nak insaf pun!” herdik Nonies. Dia masih tersenyum sumbing.
            “Kita tak tahu bila kita mati Nonies,” perlahan. Fahim dibelakangnya hanya sengih.    
            “Dah tua nanti, mati la!” tempelak Nonies. Dia mencebik. Lengan lelaki disebelahnya ditarik. Jom Viz. Malas nak layan ustaz ni.” Perkataan ustaz ditekan. Terus mereka berlalu ke tempat parkir. Mereka berdua hilang di dalam perut kereta vios putih.
            Dah siap membeli rupanya. Ran mengeleng. Begitu juga dengan Fahim. Sayang. Melayu. Tapi belum tentu Islam.
            “Jom lah Im. Karang habis pulak kuih.”
            Fahim mengangguk. Langkah Ran dihadapannya diikut.
            Dummmm!
            Baru tiga langkah, telinga menangkap bunyi yang kuat. Mercun ke?
            Bukan. Accident.
            Kereta dengan lori. Kereta Vios.
            Dah jantung Ran hampir terhenti.


********
“Er, Nisrina kan?”
            Perempuan itu mengangguk. Sebiji lagi pinggan di dalam besen dicapainya dan dibawa ke pili air. Ran turu sama tunduk. Pinggan kotor dimasukkan ke dalam besen.
            “Saya nak minta maaf.”
            “Saya maafkan.” Perlahan. Tangannya masih lagi cekap mencuci pinggan kotor. Ramai yang beransur pulang setelah menjamah makanan. Hanya tinggal beberapa orang ajk sahaja.
            Ran kelu. Nak cakap apa lagi ni? “Er, nanti saya pulangkan balik purse awak.”
            Angguk.
            “Dan er.. terima kasih.”
            Basuhannya terhenti. Terima kasih? “Kenapa?”
            Ran hanya senyum. Wajah yang tertutup itu dipandang. “Terima kasih!” ulangnya sekali lagi. Dan dia terus berlalu.

DIA MASIH  termenung di atas sofa. Penat memang penat. Ramai juga yang ke masjid tadi. Dia menarik nafas berat. Keliru. Dia dah berubah? Pencuri? Peragut? Dah jadi ahli masjid?
            “Umi...” umi yang sedang asyik membaca buku ‘Jangan Bersedih’ Tulisan Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni dipandang. Umi. Memang suka membaca.
            “Hmm?”
“Macam mana kita nak percaya yang seseorang itu betul-betul berubah kerana Allah?”
Kening umi terangkat. “Kenapa tanya soalan macam tu? Siapa yang berubah?”
“Er, kenalan”
“Hanya Allah yang boleh ukur ikhlas seseorang. Kita kena percayakan dia.” Umi menarik nafas. “Kita doakan yang dia betul-betul telah bertaubat.”
Nisrina senyum.
“Kalau bukan teman-teman rapat yang menyokong dia berubah, siapa lagi.” Umi menyambung. Er, teman rapat? Mana ada rapat pun umi. Dia tu hanyalah seorang..er.. peragut?

*******

“MAAFKAN SAYA sekali lagi,” Ran menghulurkan paper bag sedeharana besar itu kepada gadis di hadapannya. Nisrina hanya mengangguk. Dia menyambut huluran itu. Fahim yang berada di belakang Ran hanya memandang. Tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. “Tafsir Al-Quran tu saya pinjam,” sambungnya.
Nisrina yang baru sahaja ingin melangkah terhenti. Sekali lagi dia mengangguk.
“Nisrina..”
Dia mengangkat wajah. Memanang tepat ke muka Ran.
“Boleh kah aku menjadikan kau halal untuk aku?”
Nafas Nisrina seakan terhenti. Begitu juga Fahim. Mereka sama-sama terkejut. Wajah ikhlas Syahiran dipandang tidak percaya.
“Assalamualaikum,” Nisrina meminta diri. Meninggalkan Ran tanpa jawapan.   Fahim disebelahnya masih lagi kaku. Ran. Cintakan Nisrina? “Ran?”
Ran menarik nafas berat. Langkah Nisrina dipandang dengan ekor mata. “Aku cintakan dia Im!”
Fahim terdiam. Sesungguhnya dia juga kelu. Tak sangka.
Ya Allah. Seandainya telah Engkau takdirkan, dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku. Bersihkanlah namanya dari relung hatiku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan dan tanamkanlah rasa ikhlas di hatiku, gantikanlah yg terbaik menurut Engkau ya Allah.
..dan Fahim redha..


ALHAMDULILLAH. Cukup 29 hari ummat islam berpuasa. Ran senyum sendiri. Besar sungguh erti pertolongan Fahim sekeluarga. Dia dah pun khatam Al-Quran.
Tafsir Al-Quran yang diambil dari rumah mak dicapai dari atas meja. Mak menangis masa dia balik rumah tempoh hari. Terkejut mungkin. Terharu. Dan pastinya mak gembira dengan perubahan ni.
Nisrina.
Wajahnya yang bersih. Ran senyum tawar. Dia menyesal kutuk Nisrina tempoh hari, kononnya wajah hodoh. Berparut. Balik rumah, sekali lagi IC perempuan itu direnung. Cantik!
..dan Nisrina hanya sabar apabila dikutuk dan dihina. Ya Allah. Sesungguhnya aku salah.
Pintu bilik diketuk perlahan. Terjegul muka Fahim di muka pintu. Senyum. “Buat apa?”
“Baru nak lelap mata.”
Fahim mengangguk.
“Im, terima kasih.” Sungguh. Fahim banyak tolong dia. Banyak tunjuk dia jalan untuk kenal Allah. Rasa-rasanya Ramadhan kali ini sangat lebih bermakna dari tahun-tahun lepas.
Fahim mengangguk. “Tanggungjawab aku Ran. Kau tak payah nak emo malam-malam ni. Jom tido. Karang tak bangun raya esok.”
Ran sengih.

***************

Waktu lewat malam. Banyak juga umi masak untuk tetamu esok. Rendang daging. Lontong. Nasi himpit. Dah macam kenduri dah. Flight Kak Farah dan Abang Majie tengah hari esok. Uzairlah yang paling gembira.
“Umi... macam mana nak tahu yang lelaki tu jodoh kita?” dia bertanya. Pinggan kotor ditangan dibawa ke singki. Umi senyum selapis. Nisrina. Selaunya anak gadisnya itu jarang bertanya pasal lelaki. Bukan jarang. Tak pernah.
Abi sudah ke bilik tidur. Mengantuk katanya. Uzair pun sama.
“Minta petunjuk Allah sayang. Istikharah.” Umi menepuk lembut belakangnya. Nisrina senyum.
Syahiran. Pertama kali dia diragut, dia sendiri pelik. Perasaan itu lain. Bukan seperti diragut. Kali kedua, ketika lelaki itu mabuk. Dan paling dia tak lupakan sewaktu dia bertemu dengan lelaki itu di surau. Nisrina senyum sendiri.
Ya Allah. Permudahkanlah segala urusanku.

Wahai Adam.
Andai sejuta alasan tak cukup, untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku, Maka biar kupinta satu alasan untuk menjaga cinta ini....Aku ingin kau cintai aku kerana Allah..

Kerana Dia selalu ada untuk menjaga, Maka cintaku kan tetap utuh dan setia, Hingga kelak, aku tak mampu lagi mencintaimu, Kerana cintaku berpulang pada-Nya.



PAGI RAYA. Jubah yang umi beli di Nilai3 disarung ke badan. Cantik. Telekung disarungkan ke kepala. Umi dan Abi masih lagi bersiap agaknya. Tak sabar nak solat sunat hari Raya. Uzair yang sudah kemas berbaju melayu hijau muda sudah berlari-lari di laman rumah. Dia paling gembira. Puasanya penuh. Ibu dan ayahnya akan pulang tengah hari nanti.
            Dia senyum lagi. Agak-agak dia ke masjid yang sama ke?
            Telefon di atas meja bulat tiba-tiba berbunyi nyaring. Nisrina terus mengangkat gagang.
            “Assalamualaikum.”
            “Wa’alaikumussalam.” Suara itu berhenti. Nafas ditarik dalam-dalam. “Ran. Dia.. dah tiada.”
            Gagang telefon hampir terlepas dari pegangan. Ya Allah. Tenangkanlah hatiku.
            Panggilan dari Fahim. Dia tahu Fahim tak menipu. Setitis air matanya jatuh juga.  Di pagi 1 syawal. Saat umat Islam bergembira. Ran...
            “Awak banyakkan bersabar.”
            Dia masih lagi kelu. “Bila..?”
            “Subuh tadi. Kami kejut dia tak sedar. Dia meninggal dengan tenang Nis.” Perlahan. Tentunya Fahim merasai kehilangan.
            Nisrina terdiam. Rasanya baru semalam Ran meluahkan cinta. Dan baru selamam dia membaca surat yang diselitkan di dalam purse yang diragut Ran tempoh hari. Ran. Innalillah...
            Ayat-ayat didalam surat Ran seakan-akan timbul di udara. Dia memejamkan mata.
“Aku mencintaimu kerana Allah, aku merindukanmu kerana Allah, aku menunggumu kerana Allah, aku berkata seperti ini kerana aku tau diriku terlalu banyak kekurangan, kerananya aku perlukan seseorang yang lebih halus, untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA. Ya Rabbi, Redamkanlah rinduku dijalan yang terbaik menurut Engkau untuk dunia dan akhiratku, Aamin ya Rabbal'alamin.”


Di saat umat islam menunaikan solat sunat hari raya, di masjid tamannya pula lain ceritanya. Solat jenazah seorang lelaki yang baru dikenalinya. Bertemu kerana kesempatan. Dan mencintai kerana pilihan. 29 hari. Hanya 29 hari tempoh perkenalan. Ran. Syahiran. Tenanglah kamu di sana. Amin~

5 comments:

Anonymous said...

Not bad...

missone hazel said...

Tabahlah wahai nis.

Anonymous said...

ran smpt brubh sblm ajal dia...cite ni pnuh ngan pngajrn

Anonymous said...

aku mencintaimu kerana Allah... ada lagi kah lelaki melakukan kerana Allah


yana

Yamad said...

Terbaik. Cerpen terbaikanda di atara cerpen cerpen anda yg telah saya baca. Keep on writing. You may guide others to be good by your own way.