Skip to main content

Astaka Morocco, Putrajaya - Permandangan Seakan Berada Di Luar Negara!

Assalamualaikum dan hai!

Minggu lepas aku ada kerja sikit dekat Putrajaya. Masa scroll FB waktu dalam ERL, ternampak pulak post pasal Astaka Morocco ni. Jadi, apa lagi, sepantas kilat aku google pasal Astaka Morocco dan wow!!!

Cantik weh!

Ini gambar aku. Bukan gambar yang aku google =)




Jadi, lepas saja selesai kerja di salah satu pejabat kerajaan di Putrajaya, aku terus gerak ke Astaka Morocco dengan bantuan Grab Car.. Hohoho. Mudah betul perjalanan aku sekarang ni bila ada Grab Car. Terima kasih untuk semua pemandu Grab Car di luar sana sebab permudahkan perjalanan kami.

Oke, habis pasal Grab Car. Berbalik pada Astaka Morocco ni, masa OTW ke sana, abang Grab Car tu ada tanya aku, apa yang ada dekat Astaka Morocco ni? Kenapa nak pergi sana?

Aku pon jawablah dengan jujur. Aku pun tak tahu ada apa. Baru nak terjah je ni. So, bila sampai je dekat pintu masuk, mula-mula aku kena tahan dengan makcik guard depan. 

Dia tanya nak masuk buat apa. Aku cakap je la nak jalan-jalan. Tengok dalam.
Pastu dia tanya lagi, ada nak buat photoshoot ke apa ke? Aku jawab lagi, tak. Nak ambil gambar pakai handphone Pakar Selfie Anda ni je. 

Barulah aku tahu yang kalau nak masuk sini untuk photoshoot apa-apa atau untuk iklan apa-apa, kena bayar. Berapa bayaran tu, tak pulak aku survey sebab lepas je makcik guard tu bagi masuk, aku terus masuk ke dalam.

Dan ya, view dekat dalam Astaka Morocco tu memang cantik wei!! Aku pergi sana hari Jumaat lepas orang solat Jumaat. Masa tu tak ada orang pun. Seronok lah aku snap gambar sana sini pakai OPPO. Memang tak bawa camera besar pun.





































Haaa... cantik, kan? 

Kalau cakap betul-betul ada dekat Morocco pun orang boleh percaya. 

Bila dah rasa lama sangat aku dalam tu, aku mula nak gerak balik. Tengok je dekat luar, dah ramai orang yang berpusu-pusu masuk sini. Kebanyakannya untuk photoshoot gambar pre-convo dan wedding. Memang apa-apa photoshoot dekat sini pun sesuai sebab lawaaaaa.























Habis lah sudah kes terjah aku. Memang tak puas sebab kawasan dia tak adalah besar mana. Tapi setiap ceruk dan sudut bangunan dekat sini memang memukau. 







Sebelum aku lupa, tiket nak masuk dalam ni RM3 seorang. Untuk masuk dalam ni je. Kalau nak jalan dekat luar memang tak payah kena bayar. Tapi, masuk ajelahhh. Tak rugi pun. Betul. Nak-nak pulak bila nampak setiap ukiran ayat-ayat Al-Quran memenuhi dinding Astaka Morocco ni. Overal, puas hatilah. 4/5 bintang sebab tak puas pusing. Hohoho


Dekat mana Astaka Morocco ni?
Dalam Taman Botani je. Kalau guna Google Map pun boleh sampai =)




Comments

Anonymous said…
thank you for your information
Wak Lat said…
naiss cik illa.., kreatif morocco punye seni khat dia., ;p

Popular posts from this blog

Bila Saya Pergi Bercuti~Pulau Boracay, Filipina

Assalamualaikum! Tahu tak yang sekarang ni Air Asia ada buka route baru ke Kalibo untuk sesiapa yang nak ke Boracay? Tahu tak ni? Hohoho.  Boracay ni sebenarnya salah satu pulau yang gileeee cantik dan alternatif untuk korang yang tak nak ke Krabi ataupun Bali ataupun Phuket. Boleh naik flight AirAsia terus ke Kalibo (Perjalanan 3 jam 45 minit lebih kurang) dan sampai Kalibo, akan ada perkhidmatan Van untuk ke jeti. Dah sampai dekat Airport Kalibo, jangan risau sebab memang dekat luar airport, kaunter-kaunter untuk sewa Van sekali dengan bot ke pulau memang dah tersedia terbuka tiap-tiap hari. Perjalanan dalam van untuk ke jeti lebih kurang 2 jam dan bot untuk ke Boracay hanya 10-15 minit sahaja. Dalam van tu, kalau penat bolehlah sambung tidur! huhuhu. Ini dekat jeti yang nak ke Boracay. Dekat Boracay, inilah bilik kitaorang. Illa duduk dekat Henann Garden Resort. Best gila sebab kalau nak ke kedai-kedai tepi pantai tu, boleh lalu belakan

Kerana Dia Sangat Kacak!

2/4/2012 2.24 am NAMA AKU NUR AIN. Rasanya dalam Malaysia ni banyak nama yang sama dengan aku. Nama biasa. Typical melayu punya nama orang putih cakap. Lagi satu, mungkin sebab nama macam aku ni, popular. Tambah-tambah bila maksud nama aku ni menarik. Nur Ain. Cahaya mata. Menarik bukan?             Okay. Habis cerita pasal nama.             Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal nama aku? Sebabnya, ada seorang yang entah jatuh dari mana, tiba-tiba mempertikaikan nama aku yang cun ini.             Dalam banyak-banyak hal yang berlaku depan  mata dia. Dalam banyak-banyak nama yang berada dalam senarai nama di tangannya, kenapa nama aku juga yang dia persoalkan? Nama aku tak pelik, kan? Biasa. Sangat biasa.             “Ain?”             Aku memandang wajahnya yang berkerut seribu. Ya, namaku Ain. Tapi apa pula masalahnya. Dahi dia dah macam tak iron setahun! Berkedut seribu! “Yes.” Aku paksa juga memaniskan mulut. Tak boleh nak tunjuk garang sangat. Inikan interview

Order Online Dibuka!

Assalamualaikum! Bagi sesiapa yang belum dapatkan DHAD dan juga novel-novel lain Penulisan2u dan Karyaseni keluaran Disember, korang boleh order online sekarang. **** MENARIK DISEMBER : 4 Novel terbaru, 2 dari karyaseni dan 2 dari Penulisan2u kini boleh di langgan secara online. KARYASENI :   CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA - Ania Malna PABILA ROMEO vs JULIET - E-man Sufi untuk order online layari di  www.karyaseni.my ----------------- PENULISAN2U: DALAM HATI ADA DIA - Illa Shanahila HATI PEREMPUAN - Nur Ain al-Abbas untuk order online layari di  www.p2u.my Selamat membeli belah!