Showing posts with label Taiwan. Show all posts
Showing posts with label Taiwan. Show all posts

Thursday, 13 August 2015

Warnakan Selendang Sendiri di Zhuo Ye Cottage, Taiwan

Assalamualaikum dan hai!

Korang pernah reka corak dan warnakan selendang atau baju sendiri tak? Nak lejen lagi, guna pewarna semulajadi dari daun-daun dan bahan dari pokok? 

Tak pernah?

Rugi! 

Sebab apa, pengalaman corakkan baju atau selendang sendiri ni memang best!

Pintu masuk Zhuo Ye Cottage
Di Zhuo Ye Cottage,Taiwan, selain sediakan penginapan yang bertemakan alam semulajadi, disini diorang sediakan jugak restoran halal dan pelbagai aktiviti untuk pengunjung termasuklah DIY indigo dyeing. Dikatakan, pemilik Zhuo Ye Cottage ni memang dah jadi master bab-bab ye ni. Hebat betul.

Zhuo Ye Cottage juga termasuk dalam Taiwan Muslim- Friendly Leisure Farms yang dah berkali-kali illa cerita dekat post lepas-lepas. 

Tak tahu apa tu Muslim-Friendly Leisure Farm? Meh nak terangkan balik. Leisure farm ini dapat sijil dari The Chinese Muslim Associasion dalam menyediakan makanan halal untuk pelancong muslim. Jadi, untuk pelancong yang beragama islan, InsyaALLAH tak susah pun cari kedai makanan halal.





Antara makanan di restoran yang illa sempat cuba


Salah satu bilik air di dalam bilik



Lepas makan di restoran, kami sempat cuba aktiviti celup mencelup ni. Sebelum mula, salah seorang staf akan ajarkan macam mana nak buat corak dekat kain tu. Memang kreatif sungguh!




Selepas diberi kain untuk dicelupkan warna, kami pun mulalah  perah otak ingat balik apa yang diajar tadi demi menjadikan corak selendang kami itu terbaik dari ladang dan yang paling penting, ada satu je corang macam tu dekat dunia!

Menarik, kan?

Ini antara step untuk mewarnakan selendang:-

1. Kain, kayu dan getah  2. Ikat kayu ikut corak yang disukai 3.Basuh kain bagi basah 4.Celup dalam pewarna 5. Bilas 6. Celup lagi 7. Bilas lagi (Proses celup dan bilas berulang kali hingga warna kekal sepenuhnya) 8. Tara! dah siap.

Pelbagai bahan untuk warna berlaianan.

Proses dyeing ni sebenarnya perlukan kesabaran yang tinggi sebab nak pastikan warna itu kekal, korang kena celup basuh beberapa kali. Tapi, macam biasalah, susah-susah dahulu, boleh pakai kemudian, kan?

Lagi satu, apa yang illa suka sangat dengan tempat ni adalah, seluruh kawasan cottage ni dipenuhi dengan tumbuhan semulajadi yang menyejukkan mata memandang. Kalau jejak aje kaki masuk sini, terus hati rasa sejukkk je. 







Kalau ke Taiwan, jangan lupa cari tempat ni ya =)

Thank you

Zues daripada Apple Muslim Holiday
+60123041020
(Tour Leader yang tersangat terbaik setakat ini)
www.appleholiday.com

Leo & Shinny
Taiwan Muslim Leisure Farms Development Association
+886-3-9381269
www.taiwanfarm.org.tw

Zhuo Ye Cottage Farm

No. 1-5, Bengshanxia, 13th Neighbourhood,
Shuangtian Village, Sanyi Township, Miaoli County
www.joye.com.tw
+886-3-7879198

Long Yun Leisure Farm, Taiwan

Assalamualaikum dan hai!

Nak tahu tak gambar yang dalam cerpen Yang Pernah Kita Miliki tu illa ambik dekat mana? Tak nak tahu pun, daku nak bagitahu jugak.

Gambar tu sebenarnya dekat hutan Alishan Mountain, Taiwan!

Cantik kan kan kan?

Waktu pergi Taiwan dulu, ada jugak perasaan dalam hati yang membisik-bisik apalah yang aku nak makan dekat sana nanti. Susah tak nak jumpa makanan halal nanti.

Tapi...

Bila sampai sana, rupanya bersepah makanan halal malah, dekat tempat penginapan pun boleh dapat! macam mana boleh dapat? Rupanya dekat Taiwan ni mereka dah lama amalkan konsep Muslim Friendly di mana Chinese Muslim Association akan datang untuk semak ke'halal'an kedai makan dan hotel berkenaan.

Tujuannya satu, untuk selesakan kesemua pelancong muslim yang datang. Bagus, kan?

Salah satu tempat yang illa sempat bermalam waktu dekat sana adalah di Long Yun Leisure Farm. Bagi yang sukakan keindahan semuladi dan ada jiwa-jiwa penyanyang kat alam sekitar, illa boleh kerat jari yakin yang korang akan suka bila dekat sini!




Memang sangat cantik! Nak-nak pulak, Long Yun Leisure Farm ni terletak lebih kurang 2000 meter atas paras laut. Sejuk!


Waktu illa sampai sana, ngam-ngam dengan waktu matahari terbenam dan dari bilik pun boleh nampak sunset nih! MasyaAllah, lawa!





Kiblat dan masa solat diletakkan di dalam setiap bilik

Jalan untuk naik ke bangunan bilik

Long Yun Leisure Farm berada di Chiayi County dan terletak di kawasan Alishan National Scenic Area. Disebabkan kawasan ni sejuk tenang dan aman, Alishan Mountain ni jugak sangat sesuai untuk penanaman teh, herba dan jugak pelbagai jenis bunga.





Yang paling penting dan semestinya paling best, menjadi salah satu penginapan yang diiktiraf sebagai Taiwan Muslim Friendly Leisure Farm, pengusaha leisure farm ini mengasingkan dapur halal dan tempat makan untuk muslim khas untuk pelancong yang beragama Islam.


Dapur di farm stay yang mengasingkan tempat memasak dan peralatan.

Antara makanan yang disediakan. Siap ada kari yuuu!




Keesokan harinya, kitorang semua gigih bangun pukul lima pagi, dan siap-siap untuk morning walk. Mana tak nya, sampai semalam dah gelap, tak sempat nak terjah kawasan ni. Jadi, seawal enam pagi, lagi kitorang dibawa melalui Cloud Trail di dalam hutan yang kebanyakan terdiri dari pokok cedar lama, pokok pine dan juga buluh oleh pemilik farm stay ini sendiri.

Terasa diriku amat berharga!

Suasana pagi di sini begitu segar dan mendamaikan dengan bunyi nyanyian unggas (nampak tak ayat novelis. kehkeh) yang bersahutan.




Laluan sepanjang 670 meter ini diberi nama Cloud Trail sebab kebanyakan masanya, terdapat kabus yang memenuhi hutan ini menjadikan suasana dramatik bila cahaya matahari bersinar melalui kabus yang menyelubungi pokok-pokok dekat sini. Tapi sayang waktu illa datang sini, tak ada pulak kabusnya.


Dari media Malaysia

Tenang dan mendamaikan. Itulah yang boleh illa gambarkan tentang destinasi Long Yun Leisure Farm ini. Bagi yang nak pergi honeymoon ke, yang dah bosan berpanas dekat laut ke, nak buat backpacking dengan bff sehidup semati ke, korang boleh try datang sini. Nak senang, ambik je pakej dari Apple Muslim Holiday ni. Berbaloi-baloi!


Kat tengah-tengah tu pemilik farm stay ni. Memang tersangatlah peramah dan baik.
Nak tahu apa lagi yang menarik dekat situ, korang boleh terjah atau tanya sendiri diorang melalui contact di bawah ;)

Long Yun Leisure Farm

No.1 ShiJhuao, Jhunghe Village
Jhuchi Township, Chiayi County
 00604, Taiwan
www.long-yun.com.tw
+886-5-2562216


Thank you

Zues daripada Apple Muslim Holiday
+60123041020
(Tour Leader yang tersangat terbaik setakat ini)
www.appleholiday.com


Leo & Shinny
Taiwan Muslim Leisure Farms Development Association
www.taiwanfarm.org.tw

Long Yun Leisure Farm

Kerja-kerja jugak, cuti jangan lupa!

Tuesday, 12 May 2015

Satu Hari Satu Malam di Taipei

Assalamualaikum!

Di Taiwan itu hari, illa hanya sempat duduk di Taipei satu hari dan satu malam je. Jadi dengan tergopoh gapahnya kami buat semua benda. Nasib baiklah ada Zues, our tour leader yang sangat sporting dan best bawak kami pusing satu Taipei




Hari pertama di Taipei, dah petang. Jadi Zues bawak kitaorang pergi Wu Fen Pu Shopping District. Tempat yang korang tak boleh terlepas kalau nak shopping dekat Taipei. Kebanyakan baju perempuan dekat sini hanyalah 100 dolar Taiwan je (lebih kurang 10 ringgit lebih) dan bukannya calan-calang tdhirt koyak gabak, tapi semua Made In Korea!

Kalau baju lelaki tu, mahal sikit. kena pandai pilih.

Wu Fen Pu adalah market terbesar di Taipei yang menjadi tumpuan para pembeli kalau nak shopping baju dengan harga yang tersangatlah murah.




Agak-agak dah malam sikit, kami gerak pulak ke Shilin Market. Kalau nak beli cenderamata macam fridge magnet, tshit I Love Taiwan ataupun keychain, dekat sinilah tempat dia. Tapi bagi illa harga dia mahal sikit. Nak-nak bila duit RM tengah jatuh ni harga mahal dia memang terasa.



Kalau nak datang sini, kena bersedialah untuk bersesak-sesak dengan ribuan pengunjung yang lain. Memanglah tersangat sesak! Kami naik teksi je dari Wu Fen Pu market tadi. Harga teksi dalam 300 dolar. jarak dia pun memang jauh sikit.




Habis shopping, jamu mata dan beli cenderamata, kami sempat jalan-jalan sikit sekitar hotel. Esok pagi dah kena check out dan Zues buat planning gila nak buat emergency shopping dekat Wu Fen Pu lagi sekali!



Esoknya, pukul 9 pagi lagi kami dah terpacak depan market yang sama dengan semalam. Tapi apa boleh buat, semua kedai tutup! Rupanya market ni hanya dibuka tengah hari sehingga lewat malam. Jadi kita orang terus buat pusingan ke Taipei 101.




Taipei 101 ni pernah jadi bangunan tertinggi di dunia sebelum dikalahkan oleh bangunan dekat Dubai. Illa perasan yang dekat Taipei ni tak banyak bangunan tinggi dan bangunan kedua tertinggi selepas Taipei 101 pun jauhhhhh sangat beza dia.



Sebabnya, dekat Taiwan memang selalu ada gegaran dan kebanyakannya tak nak bina bangunan tinggi sebab takut impak selepas gegaran. Lain pula dengan Taipei 101, bangunan ini direka dan dibina penuh dengan ciri-ciri tahan gegaran. Sebab itulah Taipei 101 tetap gagah berdiri.

Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh explore dekat Taipei Belum lagi pergi taman bunga dia. Belum lagi sampai themepark dia, bandar kampung dan macam macam lagi. Oleh sebab sehari semalam aje yang sempat illa terjah, inipun dikira bolehlah dari tak jelajah langsung. 

Jadi kalau berminat nak explore Taiwan dengan cara Muslim Holiday, jom contact Zues. Tour Leader yang sangat best. 


Monday, 11 May 2015

Toucheng Leisure Farm, Taiwan

Assalamualaikum!

Bagi yang rasa percutian ke Taiwan susah nak cari makanan halal, ada salah. Sebenarnya di Taiwan lebih 60k penduduk adalah beragama Islam. Dekat bandar Taipei sendiri dah banyak restoran muslim yang korang boleh pegi. 

Jadi, kalau nak kata dekat Taiwan susah nak cari makanan halal, jawapannya tak susah pun.

Untuk percutian kali ini, kami dibawa menjelajah sisi lain percutian yang sesuai unti keluarga dan mereka yang mencari ketenangan dari hiruk pikuk (nampak tak ayat novelis. kehkeh ) kota.



Taiwan memperkenalkan percutian Muslim Friendly di Taiwan Leisure dimana ada tujuh farm yang mengamalkan sistem muslim friendly bagi memudahkan pelancong yang beragama Islam bercuti di sini. Tambah pula, kesemua restoran, dewan makan dan dapur di setiap leisure farm yang mengamalkan konsep muslim friendly ini telah diluluskan oleh The Chinese Muslim Association. 

Salah satunya adalah, di Toucheng Leisure Farm. 



Toucheng Leisure farm ni terletak dekat Yilan County. Kalau dengan kereta ambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Airport Taoyuan, Taiwan.



Berlainan dengan percutian yang hanya fokus pada bangunan bersejarah ataupun bandar di negara tersebut, leisure farm lebih fokuskan aktiviti bersama keluarga ataupun kawan-kawan dengan cara semulajadi.

Apa yang lebih penting, di setiap bilik terdapat penanda arah kiblat dan waktu solat untuk pelancong muslim. 





Toucheng Leisure Farm mengamalkan tema kehidupan seharian di kawasan pedalaman yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk pelancong temasuklah farm tour di ladang edible landscape (hampir semua yang korang tengok, boleh makan!).


Jom tengok hijaunya edible landscape ni. Kalau boleh teka apa nama tumbuhan di bawah, terer =)






Morning walk yang sangat nyaman. 


Satu apa pun tak faham


Rama-rama yang baru keluar dari kepompong. Baru nak tengok dunia.


Ada juga aktiviti DIY painting tshirt atau green bag, DIY sky lantern, night walk dan banyakkkk lagi.


Antara DIY yang ada. Conteng-conteng. Boleh jugak petik berry dari tepi jalan je. 


Gigih DIY sky lantern di malam hari.

Teruja tengok yang sendiri buat terbang O_O

Lain-lain leisure farm di Taiwan akan dicerita dalam post seterusnya. 



Thank you

Zues daripada Apple Muslim Holiday
+60123041020
(Tour Leader yang tersangat terbaik setakat ini)
www.appleholiday.com
(Untuk muslim tour ke Taiwan, jom contact Zues =)


Leo & Shinny
Taiwan Muslim Leisure Farms Development Association
www.taiwanfarm.org.tw


Toucheng Leisure Farm
No 125 Gengxin Rd., Toucheng Tounship, Yilan County
+886-3-9772222