Sunday 19 January 2014

Sesi Panjat Memanjat - Bukit Broga

Assalamualaikum!

Illa kenal Bukit Broga ni masa waktu belajar dulu. Sebabnya ramai gila yang duk post gambar dekat Facebook pasal bukit yang ada dekat Semenyih ni. Jadi dengan rasa teringin gila, kitaorang satu course (enam orang aje pun) buat plan kalut ribut untuk panjat  Bukit Broga ni.

Tengah hari plan, pukul 4 pagi semua dah ready dekat tepi jalan. Berkumpul. Sejuk tak payah nak cakaplah. Angin awal pagi lain macam sungguh sejuk dia. Huu~

Pukul tiga setengah pun semangat nak posing lagi. Heh.

Dah cukup semua korum, kami terus bergerak,  takut lambat sebab nak kejar matahari terbit punya pasal. Perjalanan memang sangat jauh dan semua orang tak tahu jalan. Ikut PapaGo aje. Itupun sesat jugak tiga empat kali pasal orang yang tukang baca PapaGo tu buta GPS. hah ha.
Orang suruh belok 500 meter dekat depan sana, dia suruh driver belok tang tu jugak. Haih.

Apa-apa pun, sepuluh minit nak masuk waktu subuh, kami sampai jugak dekat kaki Bukit Broga. Dah sampai tu memang orang dah ramai. Parking dekat kawasan ladang kepala sawit tu pun dah agak penuh sebab semua orang nak kejar sunrise. Lagipun, kami naik tu hari sabtu, memang orang ramai gila la.

Kami patah balik turun untuk ke masjid. Kalo budak laki senang je, solat dekat kaki bukit tu pun tak de hal. kami budak perempuan ni dengan nak ambik wudhuknya, nak pakai telekung nya. Masjid pun memang tak jauh dari kaki bukit. tak sampai 2 kilometer pun rasanya.

Okay solat dah. Ready pun dah. Jadi dengan rasa teruja gila, kami terus ikut orang ramai naik dekat atas sana. Memang syok weh!


Kalau risau terlupa bawak lampu suluh ke, minuman ke, jangan risau pasal dekat bawah ni memang ada orang jual segala jenis lampu dan juga minuman. 

Awal-awal tu mulut mengomel tak berhenti pasal penat gila tambah pulak dengan sesak manusia yang sama-sama naik pagi tu. Tak berhenti duk ulang ...

'Apala yang aku buat dekat sini, baiklah aku tidur aje dekat katil kat rumah tu!'

'Tak ada kerja nak cari kerja...'

Ada la dalam empat puluh empat kali sampaikan kawan yang naik dengan aku pun dah fed up. Hah ha.
Tapi...tapi...bila dah sampai atas sana, bila dah rasa angin sepoi-sepoi bahasa awal pagi tu I was like,

'Wow!'

Subhanallah, cantik sungguh!

Bukit Broga ada lebih kurang 3 puncak kot. Dan kami berhenti rehat dekat setiap puncak. Ambik angin. Rugilah kalau naik tinggi-tinggi tapi tak feeling-feeling sendiri dekat atas tu. Heh.




Nampak tak yang jauh tempat ramai orang berkumpul tu puncak pertama. Dan yang tempat illa duduk sekarang ni puncak kedua. Puncak ketiga paling payah nak panjat. Curam gila!



Dari sini nampak puncak pertama dengan puncak kedua. =)

Itu kali pertama. memang tak lama pun kitaorang dekat atas sana. Pukul sepuluh setengah lebih kurang kitaorang dah turun pasal perut dah menjerit lapo. Hah ha. Masa turun tu rilaks sikit sebab orang pun dah tak ramai mana, jadi boleh turun dengan lenggang kangkung aje.

Kali kedua illa pegi, dah rasa macam makan kacang tanah dah. Macam, eh? dah sampai atas? Hah ha. Memang tak bosan panjat Bukit Broga ni. Empat lima kali naik pun tak akan bosan. Cantik kut. Ini dia gambo waktu kali kedua illa naik. Dengan pengantin baru. Hah ha. Jadi orang ketiga pulak. Heh.






Kalau nak dikira Bukit Broga ni lebih selemat kot daripada bukit yang lain pasal jalan nak naik tak adalah payah mana. Cuma kalau hujan tu, memang confirm licinlah pasal jalan tanah liat merah macam tu. Masa illa naik tu pun ada nampak budak umur empat lima tahun yang naik sekali. InsyaALLAH selamat.




Rasa nak pergi dekat adik-adik tu dan tepuk bahu dia ucap tahniah pasal dah selamat naik dengan jayanya. Hah ha. Next time nak aim Gunung Kinabalu pulak. Tak tahulah kalau tulang belulang ni dah manja pasal dah lama tak buat aktiviti lasak cenggini. Heh.

Okebai.










5 comments:

Teena Tna said...

Aritu kitorang baru cadang nak g broga ni. Tapi lepastu cancel. Frust giler!

Nurina Izzati said...

saya selalu teringin nak pergi bukit broga ni tapi masih tak kesampaian

Illa Shanahila said...

kepada

teena tna&Nurina Izzati - nanti kalau ada rzeki lain boleh pegi. best! <3

Waisya Carissa said...

Yg bukit yg Dollah ngn senah panjat 5u yg ni eh?

Illa Shanahila said...

wc- bukan. yang diorang panjat Bukit Tabur =)