Kerana Dia Sangat Kacak!



2/4/2012
2.24 am

NAMA AKU NUR AIN. Rasanya dalam Malaysia ni banyak nama yang sama dengan aku. Nama biasa. Typical melayu punya nama orang putih cakap. Lagi satu, mungkin sebab nama macam aku ni, popular. Tambah-tambah bila maksud nama aku ni menarik. Nur Ain. Cahaya mata. Menarik bukan?
            Okay. Habis cerita pasal nama.
            Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal nama aku? Sebabnya, ada seorang yang entah jatuh dari mana, tiba-tiba mempertikaikan nama aku yang cun ini.
            Dalam banyak-banyak hal yang berlaku depan  mata dia. Dalam banyak-banyak nama yang berada dalam senarai nama di tangannya, kenapa nama aku juga yang dia persoalkan? Nama aku tak pelik, kan? Biasa. Sangat biasa.
            “Ain?”
            Aku memandang wajahnya yang berkerut seribu. Ya, namaku Ain. Tapi apa pula masalahnya. Dahi dia dah macam tak iron setahun! Berkedut seribu! “Yes.” Aku paksa juga memaniskan mulut. Tak boleh nak tunjuk garang sangat. Inikan interview. Kalau tunjuk muka garang, mahunya dia kena campak keluar.
            “Nur Ain.” Ulangnya lagi.
            Sungguh aku tak faham. Encik ada masalah ke dengan nama saya? Nak je aku tanya. Tapi rasanya otak aku masih berfungsi dengan baik. Kurang adap kut kalau aku tanya dia macam tu. “Nur Ain Binti Hasim.” Sekali lagi aku memperkenalkan diri. Boleh nampak kerutan di dahinya semakin kurang. Dah boleh terima hakikat agaknya.
            “Perempuan?”
            Aku hampir tepuk dahi sendiri mendengar soalan daripada encik yang menjadi interviewer aku ni. Haih, dah nama pun Nur Ain, apa lagi yang dia nak expect?
            Aku tarik bibir selebar-lebarnya. Senyum sambil mengangguk. Senyum. Nak kerja kan. Jangan tumbuh tanduk Ain. Laju aja hati aku memujuk.
            “Kenapa pakai macam ni?”
            Kemeja hitam dan slack hitam kupandang dengan dahi berkerut. Sungguh, rasanya sekarang ni, dahi aku yang kena iron. Apa pulak masalah dengan baju aku? “Kenapa? Kerja data entry tak boleh pakai macam ni ke?”
            Sungguh aku tak tahu. Kenapa pakaian aku pula dipersoalkan. Takkan dia nak suruh aku pakai pakaian seperti typical secretary yang berlambak dalam drama tv tu. Kerja data entry je pun.
            Encik tadi senyum segaris. “Ain,” nama aku disebut sekali lagi. Aku menadah telinga. Menanti apa lagi yang bakal terkeluar dari bibirnya. “Mula kerja hari ni, boleh?”
            Hampir terjatuh rahang aku ke lantai. Betul ke ni? Biar benar encik ni. Tanya pasal education pun tidak. Main rembat je ambil aku masuk kerja.
            Eh, tapi bukan ke aku yang nak kerja sangat-sangat. “Hari ni?”
            Dia mengangguk. “Hari ni. Ada masalah ke?”
            Aku pantas menggelengkan kepala. Tak ada. Memang tak ada masalah pun kalau dia nak minta aku kerja harini. Tak payah lah aku menghabiskan minyak motosikal kehulu kehilir untuk mencari kerja.
            “Okay. kalau macam tu, tunggu sekejap. Saya cari orang untuk tunjukkan kerja awak.” Usai sahaja memberi arahan, dia terus bangun keluar dari bilik.
            Aku dah dapat kerja? Bibir aku tak dapat tahan dari senyum. Senang gila! Kaki dah terasa macam nak melompat tinggi-tinggi buat gaya atlet akrobatik. Sungguh la. Kalau encik tu minta aku belanja makan tengah hari ni pun aku sanggup. Mama! Ain dah dapat kerja!!
            “Ain,” muka encik tadi terjengul dari muka pintu.
            Eh, bila masa encik ni masuk? “Er, ya?”
            “Ikut saya. Saya tunjukkan kerja awak.”
            Aku mengangguk. Tadi bukan ke dia nak cari orang untuk ajar aku. Tapi apahal dia pula yang kena ajar. Heh, tak kisahlah. Asalkan aku dah dapat kerja. Tak adalah menjadi penganggur kehormat lagi. Yahooo!


*****
“KENAPA AIN KERJA dekat situ?”
            “Ain suka.” Aku tak tahu nak bagi alasan apa sebenarnya.
            “Tak berbaloi tahu tak?” mata mama dah mencerlung memandang anak mata aku. Rasanya, kalau aku ni spesis kura-kura, kepala aku dah menyusup masuk dalam cengkerang. Siapa boleh lawan suara power mama aku ni. “Belajar benda lain. Kerja benda lain. Apa nak jadi dengan kamu ni?”
            Aku pekakkan telinga sambil melihat kaca TV. Tengok Spongebob yang dari tadi cuba untuk menangkap obor-obor. Bukan nak biadap dengan mama, tapi serius, takut nak pandang muka mama waktu ni.
            “Nur Ain!” keras suara mama. Aku buat-buat berani pandang mata mama. Kalau tak menyahut nanti, silap-silap boleh di cop anak derhaka!
            “Ya ma,”
            “Kenapa kerja dekat situ?” soalan tadi mama ulang. Mungkin tak puas hati dengan jawapan yang aku bagi tadi.
            “Ain nak cuba-cuba rasa alam pekerjaan dulu ma. Nanti Ain cari lah kerja lain.”
            “Kamu ingat senang ke nak tukar-tukar kerja? Senang nak berhenti, nak kerja tempat lain pulak?”
            Aku mendiamkan diri. Bila fikir balik, betul pun kata mama. Zaman sekarang ni, memang susah nak cari kerja. Tapi, kira okay la. Aku tak memilih apa. Kerja je apa pun. Asalkan kerja. Tapi, masuk ke kerja Data Entry dengan degree yang aku ada ni? Heh, tak kisahlah.
            “Ain dah diterima pun ma. Nanti la bila-bila Ain berhenti. Ain cuba dulu ya, ma. Please?” aku mula membuat muka comel+manja persis Puss In Boots dalam cerita Shrek tu. Harap-harap lah muka comel aku ni boleh buat mama cair.
            Aku lihat mana menarik nafas. “Baiklah. Nanti cari kerja lain. Apa mama nak jawab pada kawan-kawan mama nanti. Ain belajar engineering. Tiba-tiba kerja data entry.”
            Nah, itu rupanya yang mama risaukan. Mama..mama. Biarlah apa pun orang nak kata. Yang penting Ain gembira kerja dekat situ. Tak apa lah tak padan dengan degree aku pun. Kan?
            “Mama jangan risau. Ain tahu apa yang Ain buat. Thanks ma!” aku merangkul mama erat. Sungguh aku sayang dekat mama aku yang seorang ni. Betullah. Mana ada mama lain dah.
            “Kerja pukul berapa esok?” mama melepaskan rangkulan.
            “Lapan setengah.”
            “Yakin ke boleh bangun awal?” aku nampak mama sengih. Heh, mama jangan perkecilkan anak mama yang satu ini. Apa pulak tak boleh bangun pagi.
            Benda kecil je.
           
****
“AINNNNNNN!!”
            Telinga terasa perit. Mata pula pedih. Haish, bala apakah ini?
            “Nur Ain!”
Itu suara mama, kan? Mataku terbuka luas. Kenapa. Mama. Menjerit. Pagi. Pagi? Mata yang layu hampir kututup kembali.
“Kata kerja pukul lapan setengah. Pukul lapan pun belum bangkit. Kamu ni nak kerja ke tidak?!”
Kerja?
Alamak!
Hari ni aku kena kerja!
Aku terus terduduk di atas katil. Soalan mama tadi membuatkan otakku terus kembali ke mode asal. Mode sedar. “Pukul berapa sekarang ma?” mata yang masih ada sisa-sisa pedih aku tenyeh dengan jari.
“Pukul lapan! Cepat siap. Baru hari kedua dah buat masalah disiplin. Kalau mama, dah lama mama pecat kamu tahu?” mama membebel lagi.
“Masuk kerja lapan setengah ma. Sempat lagi ni.” Aku menjawab. Tuala di hujung katil aku capai dengan tangan kanan. Laju aja aku bawa kaki masuk ke dalam toilet. “Mama masak apa pagi ni?!” aku menjerit dari bilik air.
“Bersiap dulu! Sibuk pasal makan. Kalau dah lambat, mama sanggup tak bagi kamu makan. Disiplin lebih penting!” mama turut menjerit dari luar. Melawan bunyi air dari paip hujan. Aku sengih dua saat. Tak lama kemudian, pintu bilik aku ditutup. Mungkin mama dah keluar dari bilik. Mama. Bekas guru besar sekolah. Sebab itulah dia tegas sikit kalau bab masuk disiplin.
Tak lama pun aku mandi. Rasanya tak sampai tujuh minit pun. Gosok gigi, sabun, cuci muka, syampu sikit. Apa yang nak lama?
Usai menyarung kemeja dan slack coklat aku turun meniti anak tangga. Rambut yang tak mencecah bahu itu sudahpun aku sikat ala kadar setelah disapukan minyak.
Mama mengangkat kening melihat aku turun dengan senyuman yang berbekas di bibir.
“Mandi tak ni?” mama kerling jam di dinding. Pukul lapan suku. Aku senyum simpul sambil menarik kerusi di meja makan. Sebiji karipap kusua ke dalam mulut. Sedap! “Pakai macam ni nak pergi kerja?”
Kunyahan aku terhenti. Ada masalah ke dengan baju? Koyak eh? “Kenapa ma?”
“Kenapa tak pakai baju elok sikit. Baju kurung ke. Bos kamu tak marah ke pakai macam ni?”
Satu lagi karipap aku bawa ke mulut. Mendengarkan soalan mama, aku teringat soalan yang sama ditanyakan oleh encik yang entah nama apa semalam. Tak boleh ke pakai macam ni? Bukannya dia orang letakkan pemakaian data entry begini dan begitu. Tak ada, kan?
“Okay la ni ma. Dia orang okay je.”
Mama mengeluh. “Kalau orang tak tahu, dia orang akan cakap anak sulung mama ni lelaki, bukan perempuan.”
“Dia orang tu yang rabun.” Aku menjawab. Bulat mata mama mendengarnya. Aku sengih aja. Dah bosan dengar kata-kata daripada orang sekeliling sebenarnya. Aku pakai macam ni tak ada kacau duit dia orang satu sen pun. Aku guna duit sendiri, duit yang papa kasi tiap-tiap bulan. Tapi dia orang pula yang macam cacing kepanasan mengata. “Ain pergi dulu ma. Assalamualaikum.”
Pipi mama aku cium kejap sambil memandang jam di dinding. Lagi sepuluh minit! Sempat ke?
Halmet aku capai dari atas meja kecil sebelah pintu besar. Rasanya kalau naik motosikal, lagi cepat sampai. Boleh la aku sampai sebelum jam punch card tu berbunyi. Huhu.

“AIN?”
Waktu itu, aku baru sahaja selesai mengunci tayar motosikal. Haish encik ni. Nak menegur, bukannya nak bagi salam dulu. “Ye bos?” pandai-pandai je aku panggil bos. Entah apa jawatan dia dalam syarikat kecil ni. Tapi betullah, rasanya encik ni bos kepada aku. Siapa bos kepada bos, aku pun tak tahu.
            “Lewat sampai?” soalnya.
            Aku sengih sumbing. Kata orang lewat. Dia pun dua kali lima masih terpacak di tempat parking walaupun jam sudah menginjak 8.28 pagi!
            Eh, dia tu bos Ain. Suka hati dialah.
            “Overslept bos.” Sengih. Aku kasi alasan zaman university. Kira itu jawapan standard la kalau masuk kelas lambat.
            Dia senyum segaris. Akhirnya kami sama-sama hilang dalam perut lif. Harap-haraplah jam punch card masih belum berbunyi. Kalau tak, sia-sia je hari kedua dah bertanda merah kad kecil berwarna kuning aku tu.
            Sampai sahaja di tingkat empat, aku terus menonong keluar dari lif. tinggalkan encik tadi di belakang. Rasanya dia tak perlu fikir pun pasal punch card. Aku ni yang kena fikir. Tapi nasib baiklah jam di punch card lewat lima minit dari jam biasa. Apa lagi, senyum panjang lah aku. Kad kecil berwarna kuning itu aku masukkan ke dalam mesin dengan senyuman yang masih berbaki. Yeay! Tak merah!
            “Ain, awak ikut saya.”
            Encik tadi! Bila masa pula dia ada di belakang aku? “Baik bos.” Aku melemparkan senyuman kepadanya.
            “Hari ni awak tak perlu buat call. Saya akan bagi kerja lain untuk awak.” Dia menyambung. Aku hanya mengangguk. Suka hati lah bos. Saya ikut sahaja. Aku sengih dalam hati sambil mengekori langkah encik tadi masuk ke dalam biliknya.
            Dia terus ke mejanya sambil menekan butang on pada laptop. Matanya terus fokus pada skrin laptop dengan kerutan penuh di dahi. Aku agak umur encik ni belum pun mencecah 30 tahun. Nampak muda lagi. entah apa rahsia dia. Umur macam ni dah boleh jadi bos dekat syarikat sendiri.
            “Kenapa tak duduk?” dia memandang aku yang masih berdiri menilik wajahnya yang berkerut seribu tadi. Nak tak nak, aku terpaksa sengih, kantoi tilik anak teruna orang.
            “Boleh duduk ke?” aku tanya soalan yang agak tidak cerdik. Tapi betullah. Dia tak offer pun suruh duduk. Karang kena marah pula. Kan?
            “La, apa fungsi dua biji kerusi depan tu kalau bukan untuk duduk.” Dia ketawa kecil.
            Aku sengih sambil menarik kerusi untuk duduk. Iyalah. Banyak dah cerita melayu yang aku tengok pekerja dia akan kena marah bila duduk tanpa disuruh. Tapi betullah apa yang encik ni buat. Takkan masuk, duduk, bangun, ketawa, semua kena suruh. Ingat robot ke?
            Matanya pegun pada skrin Lenovo dengan dahi berkerut. Aku menahan senyum. Muda-muda lagi dah berkedut kulit muka. Susah juga jadi bos rupanya.
            “Tunggu sekejap ya, Ain.”
            Aku mengangguk. Buat lah kerja tu bos. Nak biarkan saya duduk sini sampai lunch pun sangup. Tak payah buat kerja! Huhu.
            Janet tiba-tiba masuk selepas mengetuk pintu dua kali. Aku melemparkan senyuman manis kepadanya. Janet ni sebenarnya akauntan dalam syarikat ni. Selalu juga aku nampak Janet keluar masuk dari bilik bos. Otak jahat aku dah buat andaian macam macam. Apa taknya, Janet ni punyalah cun. Campuran cina dan orang putih lagi. Kalau bukan pakwe makwe, skandal diorang ni. Huhu.
            Aku masih lagi diam di atas kerusi. Perbualan Janet dengan bos sikitpun tidak dapat dihadam oleh otak. Bos aku boleh cakap cina? Biar benar. Sama fasih dengan Janet pula tu!
            “Tunggu sekejap ya, Ain.” Tiba-tiba mata dia menangkap anak mata aku. Spontan aku mengangguk. Walalupun ‘sekejap’ yang dia cakap tu sudah hampir setengah jam!
            Tak lama kemudian, Janet keluar dari bilik. Sekali lagi aku senyum pada Janet bila dia memandang ke arah aku. Janet membalas senyum sebelum menutup pintu bilik.
‘Kerja’ aku melangut di hadapan bos berterusan sehinggalah waktu lunch. Naik kebas punggung aku bila terpaksa duduk je diam-diam atas kerusi. Bos pun tak keluar ke mana-mana. Sepanjang masa mata dia melekat pada skrin laptop. Bos aku tu lupa agaknya yang aku sudah separuh hari melihat dia buat kerja.
             “Awak makan dulu. Lepas lunch nanti saya bagi kerja.”
Kening aku terangkat setinggi-tingginya bila mendengar arahan dia. Jadi, kerja aku harini, pandang muka dia jelah? Haish bos. Nasib baik bos ni bos. Tapi kira okay apa. Separuh hari tak buat kerja. Ini baru betul namanya goyang kaki!
“Edward, makan!”
Muka Kak Ina dan Kak Ayu terjengul di muka pintu. Aku baru kenal mereka semalam. Nasib baiklah diaorang okay je. Tak seperti senior-senior yang lain. Senior yang tahu eksyen bila dapat pekerja baru.
Kepala bos terangkat dari laptop. “Tak apa. You orang pergi dulu. Ajak Ain sekali.”
Aku memandang wajahnya dalam-dalam. Edward? Serius ke? Nama bos aku Edward?
“Apa lagi yang tak siap?” Soal Kak Ayu.
Aku hanya diam mendengar. Nak menyampuk pun tak tahu nak menyampuk dekat mana.
“List nama yang register product kita ni. Berterabur. I kena verify sekali lagi sebelum bagi dekat you orang susun.”
Aku ketawa dalam hati. You orang? Apalah bos aku ni. Memanglah kami ni orang.
Kak Ayu melemparkan pandangan ke dada skrin. Sesekali dia mengangguk. “Kalau macam tu I keluar dulu lah. Jom Ain!” Kak Ayu menarik tangan aku. Aku hanya menurut.
“Kak, nama bos Edward?” aku bertanya sebaik sahaja kami masuk ke dalam perut lif. Kak Ina ketawa sakan mendengar soalan aku. Apa yang peliknya?
“Ada ke panggil bos.” Ketawa Kak Ina masih bersisa. Aku sengih je.
“Edward Lee.” Kak Ayu menjawab soalan aku tadi. “Kenapa?”
“Saya tak tahu pun nama dia Edward.”
“Bos kita tu cina dik. Walaupun kulit dia tak ada rupa cina.”Kak Ina menambah.
Patutlah. Rupa cina tak ada. Cakap melayu pun tak ada pelat langsung. Macam manalah aku nak perasan yang dia tu sebenarnya berbangsa cina?!
Balik dari makan tengah hari, Edward sudah menyediakan kerja untuk aku. Ambik. Sekali dia kasi, beratus-ratus senarai nama yang terpaksa aku periksa. Tapi tak apalah. Asalkan ada kerja. Kalau pergi kerja tanpa buat kerja bosan jugak.


“HARI NI KAMU OT eh?”
            Aku mengangkat muka dari senarai nama yang dia beri semalam. Kak Ina disebelah mencebik. Begitu juga dengan Maya. Semua tak nak OT.
            “Wajib ke?” tanya Kak Ina.
            “Kita kena siapkan semua ni by this week. Kalau you orang tak OT, tak sempat rasanya. sampai pukul 9 saja. Boleh eh?” dia berterus terusan memujuk.
            Aku menyembunyikan senyum. Keluar lagi dia punya ‘you orang’.
            “Awak datang kerja dengan apa Ain?” Mata Edward tepat pada anak mata aku.
            “Motosikal.”
            “Kalau macam tu,awak tak payah OT lah. Ina, Maya, kamu OT ya?”
            “Kenapa pula Ain tak payah OT?” kening Kak Ina terangkat tinggi. Aku pun turut sama pelik. Tapi bila difikirkan balik, mungkin sebab aku pekerja baru, sebab tu dia tak perlukan aku pun untuk kerja lebih masa.
            Edward senyum sesaat. “Dia naik motosikal la. Kalau kena balik pukul 9 nanti bahaya la.”
            Highlighter yang aku pegang hampir terlucut dari jari. Itu rupanya yang dia fikir. Heh bos, bukan setakat pukul 9 malam. Pukul 12 tengah malam pun aku selalu je bawa motosikal keluar dari rumah.
            “Saya okay je kalau kena OT.” Aku membuat keputusan. Kesian pula dekat Kak Ina dengan Maya. Yang lain-lain sudah berumah tangga. Tentulah mereka ada tanggungjawab masing-masing. Jadi, kepada yang bujang trang tang tang macam kami ni jelah Edward boleh minta tolong.
            “Awak tak takut balik malam-malam?” tanya Edward tak percaya.
            Aku menggeleng. “Saya dah biasa.”
            Edward terdiam mendengar jawapan aku. “Baiklah kalau macam tu.” Dia keluar dari bilik pemprosesan maklumat.
            Kak Ina sengih. Senang dengan jawapan aku barangkali. “Caring sungguh bos kau tu dik.”
            “Caring silap tempat.” Aku menjawab soalan Kak Ina.
            Maya yang dari tadi mendiamkan diri sengih. “Apa pulak silap tempat. Dia ambil berat pasal kau lah tu.”
            Spontan aku menjelirkan lidah. Ada ke? Silap ayat lah Maya. Tak ada maknanya Edward nak ambil berat pasal aku. Kalau ada pun, dia risau kalau aku mengadu pada orang atasan sebab dapat kerja bertimbun!
            “Aku rasalah dik, Edward tu syok dekat kau.” Kak Ina sengih dihujung kata.
            Apalah Kak Ina ni. Kalau nak guna ayat tu untuk buat skrip drama melayu bolehlah. Kalau nak cakap dalam situasi sekarang memang tak kena langsung!
            “Kau dengar tak aku cakap ni?”
            Kak Ina tak puas hati bila aku tidak mengendahkan kata-katanya tadi. Aku angkat kepala memandangnya. “Dengar kak. Tapi ayat akak tadi tak masuk langsung dengan keadaan sekarang. Gila apa Edward nak suka saya. Dah la kenal baru tiga hari. Lagipun, takkan dia suka saya? Saya? Nur Ain?” aku meletakkan tangan di dada.
            Maya ketawa kuat mendengar jawapan aku. “Aku pun pelik. Kenapa dia macam suka kau. Kalau suka aku, lainlah cerita.”
            “Ceh!” Kak Ina membaling fail kosong ke meja Maya yang masih ketawa. Aku sengih je. Memang pelik pun. Kalau iyapun Edward suka perempuan melayu, takkan dia nak pilih aku kut. Baik dia pilih Maya tu. Memang ada pun ciri-ciri wanita Melayu terakhir. Tak pun, Kak Ina tu hah. Ini aku? Nak nampak ura-ura perempuan pun sipi-sipi, inikan pula perempuan melayu.
            “Senyum-senyum.”
            Aku kembali ke dunia reality. Di dalam pejabat yang penuh dengan senarai nama pelanggan syarikat. Senyum yang tidak sengaja aku cipta tadi, terus mati. “Buat kerja lah kakak-kakak ku oit.”
            “Suka lah tu.” Giat Kak Ina lagi.
            “Saya lagi suka kalau kerja ni cepat siap kak.”
            “Edward tu kacak Ain, tak nak ke?”
            Dahi aku automatik berkerut mendengar komen Kak Ina. Haish, tak habis lagi Kak Ina ni. “Saya tak suka la kak.” Jujur aku jawab. Malas nak berdalih lagi.
            “Hah kau tak suka dia?” Maya nampak terkejut dengan jawapan aku tadi. Spontan aku tarik bibir. Senyum.
            “Ya, tak suka.”
            “Kenapa?” Mata Kak Ina dan Maya tepat pada anak mata aku.
            Highlighter berwarna kuning yang aku letakkan di atas meja tadi aku capai kembali. Penutupnya dibuka. “Sebab dia sangat kacak!”
            “Hah?!!”


****
TEPAT JAM 9.30 malam semua kerja akhirnya selesai. Esok tinggal hantar pada HQ je. Aku tarik nafas panjang. Esok Edward cakap boleh datang lambat. Itu yang aku suka. Huhu. Beg galas aku capai dari atas meja. Kak Ina dan Maya turut sama mengemas. Masing-masing datang dengan kereta sendiri.
            Edward tiba-tiba terjengul di muka pintu bilik kami yang memuatkan lima meja itu. Meja aku, Kak Ina, Maya, Kak Ayu dan Mel. “Dah nak balik?” soalnya entah kepada siapa.
            “Eh, taklah. Kami memang siap-siap nak tidur dalam ofis pun ni.” Kak Ina menjawab. Sarkastik. Aku senyum aja. Malas nak  menyampuk.
            “Boleh juga Ina. Boleh you tolong jaga ofis ni.” Edward sengih. Melayan usikan Kak Ina tadi. “You balik dengan apa Ain?”
            Mendengarkan soalan Edward, dahi aku automatik berkerut seribu. Haih, bukan ke tadi aku dah cakap yang aku datang ofis naik moto? Takkanlah aku balik ni naik kapal terbang? “Balik naik moto bos.” Jawab kena berhemah. Kalau aku buat gaya sebenar,mahunya kena buang terus dari ofis ni.
            “I hantarlah.”
            Eh? Aku tidak berkedip memandangnya. Bukan aku je, Kak Ina dan Maya pun sama. Tak percaya. “Saya naik moto bos. Bukan naik teksi. Bos tak payah hantar pun tak apa.” Aku susun ayat baik-baik untuk menolak pelawaannya yang bagi aku, tak logik langsung. Nak hantar aku, habistu, motosikal aku tu nak tinggal dekat sini?
            “Dah malam ni. I hantar you balik. Esok I ambil. Tak pun, Ina ambil you. I bayarkan minyak dia nanti.”
            Kening Kak Ina terangkat dua inci. Tak ada angina, ribut, namanya termasuk sekali dalam plan ribut ni. Haish bos.
            “Boleh, kan? Jom balik semua. I nak kunci ofis.” Dia kemudiannya keluar dari bilik. Kami bertiga masih lagi terlopong mendengar plan ribut yang dibuatnya tadi.
            “Tak syak lagi dik.” Kak Ina membuka pintu bilik. Sebelah kakinya sudahpun melangkah ke luar. “Edward memang suka kau!”
            Maya mengangguk laju. “Betul tu kak. Saya tak pernah tengok dia macam tadi tu. Bertuah kau Ain. Satu dalam seratus! Janet yang dah lama usha dia pun, tak dapat.” Maya menepuk belakang aku berkali-kali. Apa yang dia expect? Nak bagi aku bangga sebab Edward suka aku?
            Heh, rasa sempit nafas adalah. Entah betul ke tidak. Kesimpulan awal je semua tu. Lagipun, ada ke diorang nak aku couple dengan orang cina? Heh, kalau ya pun, takkan lah Edward sanggup nak convert sebab aku? Itu sangat tak logik.
            “Saya tak suka dia la.” Aku mengulangi jawapan yang aku beri tadi. Kak Ina dan Maya memandang muka aku tak berkedip. Mungkin dia orang tak percaya yang aku menolak lelaki kacak mentah mentah. Apa? Ingat suka tu boleh diukur dengan kekacakan ke?
            “Kau tolak dia Ain? Kau dah ada boyfriend ke?”
            “Mana ada kak.”
            “Dah tu? Kenapa kau tak suka dia? Dia baik la. Tak pernah pula aku tengok dia buat kes ulat bulu naik daun. Muka kacak, baik. Satu dalam sejuta tu Ain.” Maya pula menambah.
            “Sebab tu lah saya tak nak.”
            “Sebab dia kacak?!”
            Aku menjawab soalan Maya dengan anggukan. Ya. Memang aku tak suka dia kerana dia kacak. Pelik? Tak rasanya.

****

“ESOK I DATANG ambil you pukul lapan.”
            Aku menarik nafas. Dada tiba-tiba terasa sesak. Elok-elok tak payah menyusahkan orang, sekarang kena pergi dihantar, balik dijemput pula. “Tak apa bos. Abang saya hantar esok.” Entah betul ke tidak Abang Amar nak hantar aku. Ah, tak kisahlah. Janji Edward tak payah nak mencemar duli datang ambil aku pagi-pagi.
            “I yang suruh you tinggalkan motosikal, jadi I lah yang kena bawa you pergi kerja.”
            “I said it’s okay. Saya boleh pergi sendiri. Balik la bos. Dah lewat ni.” Aku terus keluar dari kereta. Sengaja aku cakap bahasa inggeris. In case la bos aku yang berbangsa cina ni tak faham ayat aku yang bermaksud ‘taknak’ tu.
            Pintu di sebelah penumpang aku tutup dengan cermat. Suka tak suka, takkan lah aku nak hempas pintu kereta Forte merah ni. Kalau rosak mana-mana, tak ada duit aku nak bayar. “Thanks bos. Night!” aku angkat tangan kepadanya. Edward mengangguk sebelum memecut keluar ke jalan besar. Aku menarik nafas lega.
            Fuh.
            Akhirnya. Dada aku dah tak sempit lagi!
            Susah betul duduk dengan orang kacak!

****
           
“KAK AYU! ADA CALL!!”
            Dah hampir sebulan aku dekat sini. Rasa dah rapat dengan semua orang. Boleh bergurau pun. Dekat sini ada empat orang aje pekerja lelaki. Yang lain-lain semuanya perempuan dan rata-ratanya sudah kahwin. Rupanya syarikal kecil ini kepunyaan Edward dan abang dia. Kiranya rakan kongsi la. Tapi abang dia jarang ada dekat ofis. Memanjang ada kerja luar. Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan ofis, semua Edward yang handle.
            Semua.
            Sampaikan kalau CPU tak jalan pun, Edward yang tolong tengokkan. Yang aku paling terkejut, Edward betulkan tombol pintu! Haish memang seribu in one betul bos aku ni.
            Kak Ayu terkocoh-kocoh mendapatkan telefon di tangan aku. Entah apa yang dia bualkan di bilik sebelah. Bos besar tak ada, kamilah bos! Haha.
            “Thanks dear!” Kak Ayu menyambut gagang telefon dari tangan aku. “Eh, kau nampak cantik dengan rambut macam ni.”
            Aku mengangkat kening. Sempat lagi Kak Ayu ni. Customer dah tunggu di talian tu. Huhu. Memang dah lama aku tak potong rambut. Bukan sebab apa. Sebab sibuk dan terus lupa. Balik kerja selalunya aku akan tidur sampai pagi. Pagi-pagi keluar ke ofis. Mana sempat nak potong rambut?
            Cantik ke? Eheh.
            “Ain, nanti kalau ada call untuk I, you hold ataupun ambil pesanan.”
            “Okay,” aku mengangguk kecil. “Bos nak pergi mana?” ringan aje mulut aku bertanya. Jam menunjukkan jam 3.45 petang. Takkan bos baru nak lunch?
            “I nak ke surau sekejap. Tak solat lagi ni. You dah solat?”
            Aku terngaga mendengar jawapan daripadanya. Solat?
            “Okay, I pergi dulu. You duduk je dalam bilik I. tunggu call.”
            Aku mengangguk. Dia terus melangkah keluar ke pintu besar ofis dan aku masih lagi ternganga. Bos? Solat? Edward Islam?
            “Woi!”
            Bahuku ditepuk dari belakang. “Hah?” aku berpusing ke belakang. Maya!
            “Ternganga apahal? Tak ada kerja?”
            Aku masih lagi kaku. Tak percaya sebenarnya. Betulke Edward Islam? “Maya…”
            “Heh, kau dah kenapa? Seram aku tengok.”
            “Edward tu..solat?”
            “Orang Islam Ain. Solatlah. Kira sangat bagus tu. Cina convert Islam. Tapi solat tak tinggal. Solat orang Islam pulak lebih-lebih tunggang langgang.” Omel Maya. Telinga aku terasa panas. Terasa pada batang hidung sendiri sebenarnya.
            “Dia Islam?” sungguh otak aku tak boleh nak cerna apa yang berlaku. Selama ni, aku tak tahu langsung yang bos Edward tu sebenarnya Islam. Haish.
            “Iya lah.” Maya mengangkat kening. “Kau tak tahu ke?”
            “Tak,” jujur aku jawab. Memang pun aku tak tahu. Aku tak tahu Edward Islam! Rasa macam kena tembak pun ada tadi bila Edward tanya dah solat ke belum. Tak tahu nak jawab apa. Sebab rasanya, sepanjang dia kerja dekat sini, sekali dua je dia solat. Ikut rajin. Boleh ke macam tu?
            Edward, bangsa cina yang baru memeluk Islam lagi menjaga solat daripada aku yang dah tentu-tentu seorang Islam sejak dilahirkan. Macam mana tu?

****

“I pening lah Ina. I ada buat salah ke? Atau muka I ni membencikan?”
            Tangan aku tak jadi untuk mengetuk pintu bilik Edward. Aku mula pasang telinga untuk mendengar ayat-ayat lain yang akan terkeluar dari mulutnya. Dia tengah cakap pasal siapa?
            “You ada salah cakap apa-apa kut.”
            Suara Kak Ina. Entah apa topik yang mereka bincangkan tapi sungguh menarik perhatian aku. Hajat di hati tadi nak sampaikan pesan Jason, abang Edward tu. Tapi takut pula nak masuk waktu Edward tengah serius berbincang dengan Kak Ina ni.
            “Mana ada la. Rassanya I tak ada salah cakap. Kenapa dia macam tak suka I?” aku mendengar Edward mengeluh di sebalik pintu.
            “I rasa tak ada apa-apa pun yang perlu you risau. Ain tak ada merungut apa pun pasal you.”   
            Ain? Betul dia orang sebut Ain, kan? Dia orang cerita pasal aku?
            “You suka Ain eh?” Kak Ina membuat serkap jarang. Jantung aku terus berdegup kencang. Sesak nafas menunggu jawapan dari Edward. Telinga aku semakin dirapatkan pada pintu.
            “Kalau muka dah merah, betullah tu kan?” suara Kak Ina lagi. entah apa yang berlaku dekat dalam bilik tu. Aku tak puas hati. Nak tahu juga apa jawapan Edward. Betul ke dia suka aku seperti yang Kak Ina dan Maya selalu usik tu.
            “Dia lain la Ina. You pun tahu kan?”
            Aku mencebik di sebalik pintu. Apa punya jawapan lah. Dia tak cakap pun dia suka aku kan? Ke aku yang kurang dengar ni? Adeh.
            “Ya, I tahu.”
            Hish, Kak Ina pun. Apa yang dia tahu ni?
            “Ain lain. I rasa lain bila cakap dengan dia. I rasa lain bila duduk dengan dia. Tak macam perempuan lain. You faham, kan?” panjang lebar penerangan Edward. Tapi satu pun aku tak faham. Apa yang lain?
            Suara ketawa Kak Ina kedengaran di sebalik pintu. “I pun termasuk dalam perempuan-perempuan lain tu lah ya?”
            “You kan kawan I Ina. Apa lah.” Balas Edward. “Lagipun, you dah ada Kamil. Apa mahu fikir pasal I lagi.”
            “I gurau saja la. Memang Ain lain. Dia tak panddang you sikit pun walaupun you ni sangatlah handsome, baik, kaya.”
            “Tahu pun.” Edward menambah. “Dengan dia, I rasa I seorang yang normal.”
            “Habistu, you tak normal ke sebelum ni?”
            “Ina!”
            Kak Ina ketawa lagi. aku masih lagi membatu di luar. Harap-haraplah tak ada yang nampak aku mencuri dengar perbualan mereka ni.
            “Entah-entah, Ain tak suka lelaki kut.”
            Ayat Edward membuatkan dahi aku berkerut sejuta! Heh, apa? Dia ingat aku lesbian ke apa? Mentang-mentanglah aku ni tak se’ayu’ mana. Mana boleh nak cakap macam tu!
            Pintu bilik yang sudah sekian lama aku pegang, aku kuak sebesar-besarnya tanpa mengetuk terlebih dahulu. Sedaya upaya aku menahan riak muka.
            “Bos, Jason call tadi. Pesanan dia saya dah tulis dalam ni.” Sekeping kertas putih aku hulurkan kepadanya. Laju je dia menyambut. Kak Ina masih lagi tercengang melihat aku yang tiba-tiba muncul.
            “Thanks.” Edward senyum.
            Aku hanya mengangguk. Tanpa menunggu dengan lebih lama, aku keluar dari bilik Edward tanpa menutup pintu dengan harapan Kak Ina akan turut sama keluar. Maka tamatlah perbicaraan tentang diri aku tadi.
            Dia cakap aku tak suka lelaki? Memang. Aku tak suka lelaki yang sangat kacak!

***
HARI INI SATU ofis kecoh. Aku buat muka tak bersalah je. Dari tempat parking kereta lagi ada suara-suara sumbang yang menegur. Masih juga aku buat muka innocent. Malas nak melayan sebenarnya. Nanti lagi kecoh!
            “Kau mimpi ape ni dik?”
            Aku buat tak dengar. Beg galas aku campak ke atas meja dan butang on di CPU aku tekan.
            “Cantik, manis, anggun…”
            “Cukup la kak. Dah cair tahi telinga saya ni.” Aku memotong kata-kata Kak Ina. Tak boleh layan sangat Kak Ina ni. Sampai habis office hour pun takkan habis pujian dia tu.
            Kak Ina ketawa mendengar omelan aku. “Betul dik. Barulah akak faham kenapa orang tu terpikat. Rupanya dia dah lama nampak inner beauty kau ni.”
            “Banyaklah akak punya inner beauty.”
            “Edward dah nampak kau ke belum ni?”
            Aku mengangkat bahu. Entah. Rasanya sejak aku sampai tadi, taka da pun terserempak dengan dia. Dan tak pelik pun. Edward memang selalu datang lambat.
            Aku memandang wajah aku yang terbias di cermin kecil di atas meja. Cantik ke macam ni? Blouse pink panjang dengan slack hitam. Selendang hitam bunga pink. Mama yang pilih pagi tadi. Cantik ke?
            “Ain, masuk bilik I…..” pintu bilik tiba-tiba terbuka dengan muka Edward terjengul di muka pintu. Matanya tepat memandang anak mata aku. Nampak sangat dia terkejut melihat aku dalam ‘uniform’ baru ni.
            “Masuk bilik I sekejap.” Dia menyambung. Aku mengangguk sambil mencapai buku hitam kecil yang bercop logo syarikat. Sempat aku mengerling Kak Ina yang senyum simpul di mejanya.
            “Hati-hati Ain.”
            “Buat kerjalah kak!” aku menutup pintu bilik. Aku mengikut langkah Edward sampai ke biliknya. Sengaja aku biarkan pintu biliknya terbuka. “Kenapa bos?”
            “Duduklah dulu.”
            Aku memandangnya pelik. Apa kena ni? Macam serius je gayanya. Takkan terkejut nampak aku dengan baju baru sampai jadi macam ni?
            “Ain,” matanya tidak lari dari skrin laptop. Aku menunggu bait-bait kata yang bakal terucap. Pen sudah tersedia di tangan. Kot-kot lah ada benda penting yang perlu aku buat. “You benci I ya?”
            Kening aku terangkat mendengar soalan darinya. Ada ke aku cakap macam tu. Rasanya tak ada pun. Kut ya pun ada, aku Cuma cakap tak suka. Tak suka dan benci, lain kan?
            “Tak bos. Saya tak benci bos pun. Kenapa?”
            “You macam tak suka I.” terangnya. Aku menarik nafas dalam-dalam.
            “Saya tak pernah pun benci bos.” Aku ulang jawapan aku tadi. Harap-haraplah bos aku ni faham sebelum aku keluar lidah mat salleh.
            “Jadi you suka I?”
            Sekali lagi kening aku terangkat. Apa kena dengan bos aku pagi ni? Keluar soalan pelik-pelik. “Saya tak faham soalan bos.” Sungguh. Memang pun aku tak faham.
            “Macam nilah. I nak terus terang dengan you. I suka you. You suka I tak?”
            Hampir terjatuh rahang aku sampai ke lantai yang berkarpet itu. biar benar bos aku ni. Main tanya soalan level sepuluh macam tanya soalan satu tambah satu je. “Bos?”
            “Ain?”
            “Ya.”
            “You suka I tak?”
            Aku terdiam mendengar soalannya. Suka? Memang aku suka sebab bos sangatlah baik. Setiap apa yang dia buat sangat jujur. Sebabkan dialah aku terbuka hati untuk pakai macam yang aku pakai sekarang ni. Sebabkan soalan dia tempoh hari. soalan yang ibarat menembak aku terus ke jantung. Tapi, aku tak boleh suka dia. Memang tak boleh.
            “Saya..”
            Edward memandang tepat pada anak mata aku. Menunggu jawapan.
            “Saya tak boleh suka pada bos!” senafas aku menjawab.
            “Kenapa?”
“Sebab bos sangat kacak!” aku mengangkat kaki dari bilik Edward meninggalkan dia dalam tanda tanya.
Sungguh aku tak boleh suka dia. Sebab dia sangat kacak….

***
“APA DAH JADI sebenarnya ni?”
            Kak Ayu garu kepala melihat kebisuan aku. Kak Ina mengangkat bahu tanda tak tahu. Begitu juga dengan Maya.
            “Ain?” Kak Ina memegang bahu aku. “Sakit ke? Tadi elok je?”
            Aku menggelengkan kepala. “Tak ada apa-apa kak.”
            “Tipulah.” Maya mencelah. “Muka macam ni, mana boleh tak ada apa-apa.”
            Aku mengeluh kuat. “Bos…”
            Belum sempat aku menyambung ayat, Kak Ina sudah senyum meleret. “Bos say I love you ke?”
            “Hahhh??!! Biar benar Ain?” Maya menjerit.
            Mata Kak Ayu bulat memandang muka aku. “Kau orang biar betul??”
            “Kau jawab apa dik?” soal Kak Ina.
            Aku hanya mampu menggelengkan kepala. “Saya tak boleh suka dialah kak…”
            “Sebab dia handsome?” Maya menyampuk. Laju aje aku mengangguk.
            “Itulah yang aku pening. Kau dah kenapa dik? Orang kacak sukakan kau, boleh kau tolak mentah-mentah. Bukan setakat kacak, baik siap. Kenapa sebenarnya?” Kak Ina menarik kerusi dah duduk di hadapan aku. Maya juga bangun dari mejanya. Masing-masing pasang telinga untuk mendengar jawapan aku.
            “Saya tak boleh..”
            “Kenapa?” serentak mereka bertanya. Semua buat muka tak puas hati. Aku senyum dalam hati. Kelakar pulak bila tengok muka ingin tahu dia orang. Serius sungguh!
            “Akak-akak semua bayangkan, kalau ditakdirkan suami saya sangat kacak, saya akan bersaing dengan wanita-wanita lain yang mungkin suka dekat suami saya. Dan, apa sangatlah kudrat wanita yang tak berapa cantik macam saya ni, untuk bersama dengan lelaki kacak. Saya tak boleh terima kak kalau ada perempuan lain yang suka dekat suami saya. Jadi, biarlah bakal suami saya tu tak kacak. Biarlah saya seorang je yang minat dia. Saya takut saya tak mampu nak jadi yang terbaik untuk lelaki kacak kak. Walaupun dia suka saya, tapi, macam mana kalau ada perempuan yang lebih cantik dan lebih baik sukakan dia? Mesti saya akan tewas. Saya takut untuk bersama dengan lelaki kacak sebab saya takut ditinggalkan.”
            Kak Ayu, Kak Ina dan Maya terlopong mendengar alasan aku yang panjang lebar. Aku menarik nafas berat. Betul. Itulah yang selalu menganggu fikiran aku. Aku tak cantik mana pun untuk berada di sisi si kacak. Aku tak layak.
            “Macam mana kalau I cakap, I nak you je. I tak nak pun wanita-wanita yang lebih canti, dan baik dari you.”
            Jantung aku hampir tercabut dari dada. Itu suara Edward! Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi?
            “Ain, you tak perlu risau pasal tu sebab bila I pilih you untuk jadi isteri I, selamanya I akan mengayangi you dengan izin Allah.”
            Aku terlopong mendengar kata-katanya. Sungguh ke ni? Aku tak mimpi, kan?
            “Ain?” sekali lagi dia memanggil nama aku. Yang lain-lain sudahpun tersengih tak cukup gigi. Hish, nak buat aksi macam mana ni? Senyum? Ketawa? Menangis? “Bukan salah I kan kalau I kacak?”
            Soalannya membuatkan kami satu bilik ketawa. Bos, bos. Aku sukakan bos!

***
“SIAPA TU?”
            Dia senyum memandangku. Handphone yang dipengangnya tadi diletakkan di atas meja sebelum menyertai aku di meja makan. “Janet.”
            Kening aku terangkat seinci mendengar nama itu. “Dia nak apa?” nasi yang sudah disenduk ke dalam pinggan aku susun di atas meja. Bila-bila masa je mama dan abah akan turun untuk makan tengah hari.
            “Dia tanya fasal fail pekerja baru untuk semakan gaji.”
            “Itu pun nak kena call awak ke?”
            Edward senyum segaris mendengar aku membebel. “Salah ke dia call saya?”
            Aku mencebik. Periuk nasi aku letak tepi. “Tak pun.”
            “Ain,”
            “Hmm?”
            “Awak sayang saya eh?”
            “Apa tanya soalan macam tu?” boleh rasa darah menyerbu ke muka aku. Apalah dia ni. Bagi soalan cepu platinum tengah-tengah hari minggu macam ni. Janet pun satu, nak tanya pasal kerja, tanya ajalan hari lain. Ini hari minggu pun nak kacau ke?
            “Untung saya dapat awak, tahu?” dia memuji. “Cemburu awak tu tanda awak sanyangkan saya, kan?”
            “Saya aje lah yang tak untung.” Aku buat-buat mengeluh.
            “Kenapa?”
            “Sebab awak kacak sangat. Saya terpaksa berebut dengan perempuan-perempuan lain.”
Edward ketawa kuat mendengar jawapan aku. “Ada pulak macam tu.”
“Iyalah.”
“Ain,”
            “Iya?” pinggan nasi aku hulurkan kepadanya. Laju je dia menyambut.
            “Saya hanya perlukan awak je sebagai isteri. Awak tak perlu berebut dengan sesiapa pun sebab yang ada hati saya, cuma awak. Tak ada dekat perempuan-perempuan lain.”
            Kembang hati aku mendengar pengakuannya. Sungguh! Kalau ada sayap, memang aku dah terbang sampai ke atap rumah!
            Bagi aku, untuk mendapatkan suami soleh, itu sangat penting. Tapi jika sudah ditakdirkan suami aku seorang yang soleh dan kacak, aku tak mampu untuk menolak. Kerja mengubah hati manusia adalah kerja Allah. Sekuat mana pun kita cuba untuk menafikan, tapi Allah yang menentukan segalanya.
            Dan aku sangat bertuah kerana ditemukan dengan seorang lelaki yang soleh dan kacak. Lelaki yang bernama Edward Lee atau Edwan Lee. Aku akan sayang dia sampai bila-bila kerana dia adalah suami aku dan kerana dia sangat kacak!

           
           ***** Maaf Atas Segala Kekurangan. Thanks****** 


8/4/2012
3.28am

Comments

sayaBudakBaek said…
nicely written :)
ain79 said…
adoi..cpt nye jtuh ati tp da jdoh bgs la dpt 2 in 1 kcak n soleh ag..
Rehan Makhtar said…
waaaaaaaa mmg santai n layann..tapi pendek..kena tambah sikit kot kasik pnjang..hehe
Cik Finss said…
best best! agak2, bleh smbg jd novel tak... heee~~~~~~
Anonymous said…
waaaaaaa, bestnya !!!! =DDD

-cik ubi-
bai said…
waaa...sweet la si edward tuh.. best2.. tapi mcm tak puas bca, mcm ringkas skit..hee.. anyway cite nih best..:)keep it up!
ainulrida said…
cute!
nni said…
comey je ain ni, ore lain brlimba nk ada husband kacak dia x nak plak.. hee
klu dah jodoh x kira kacak ke tak, pasti akn kawin jgk
Anonymous said…
..best citer ni... kalau buat dalam bentuk novel pun best.. boleh baca lama skit... heheheh...
sarinor jka said…
memang kacak gila citer ni...layanzzz
Kunang Kunang said…
Bestnyer citer I terbayang Risteena Munim & Fattah Amin dlm citer you nih..Congrats..harap byk2 lg karya menarik dr saudari yer..
Anonymous said…
aah la aq pun rse mcm ko jgak kunang2 apepun intetest gak karya ni ... gud job
-cik rara naimah-
Hany C.H.L said…
Cite die saye suke sgt^_^!
Saye pon fikir mcm 'Ain' jgk....
#cikraranaimah
Anonymous said…
best gk bro,lain dr yg lain...truskn brkrya...-iezahtakuya
Anonymous said…
Saya suka gaya penulisan akak. Sempoi je. Not all boleh menulis mcm akak. Some writter(not all) try hard nk letak eleman lawak dlm penulisan dia. Akak switch ayat sikit je saya dh rasa kelakar. Keep it up akak.

Suka baca cerpen ni. Comel je edward =)