Tahu tak yang sekarang ni Air Asia ada buka route baru ke Kalibo untuk sesiapa yang nak ke Boracay? Tahu tak ni? Hohoho.
Boracay ni sebenarnya salah satu pulau yang gileeee cantik dan alternatif untuk korang yang tak nak ke Krabi ataupun Bali ataupun Phuket.
Boleh naik flight AirAsia terus ke Kalibo (Perjalanan 3 jam 45 minit lebih kurang) dan sampai Kalibo, akan ada perkhidmatan Van untuk ke jeti.
Dah sampai dekat Airport Kalibo, jangan risau sebab memang dekat luar airport, kaunter-kaunter untuk sewa Van sekali dengan bot ke pulau memang dah tersedia terbuka tiap-tiap hari.
Perjalanan dalam van untuk ke jeti lebih kurang 2 jam dan bot untuk ke Boracay hanya 10-15 minit sahaja. Dalam van tu, kalau penat bolehlah sambung tidur! huhuhu.
![]() |
Ini dekat jeti yang nak ke Boracay. |
![]() |
Dekat Boracay, inilah bilik kitaorang. Illa duduk dekat Henann Garden Resort. Best gila sebab kalau nak ke kedai-kedai tepi pantai tu, boleh lalu belakang hotel je. |
Sangat banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat Boracay ni. SANGAT!! Yang paling best, kedai-kedai ccenderamata, makanan, restoran bla...blaa dan banyak lagi dibuka dari 10 pagi hingga ke 12 malam 8 kilometer sepanjang pantai!
Waktu illa ke sana, illa ada beli simcard Smart untuk internet (yela, kalau dekat hotel bolehlah guna wifi kalau kat luar mana nak cekau? hehehe)
Harganya murah je, 100 peso untuk sim, 50 peso untuk topup. Kalau tak reti cemana nak aktifkan internet, minta je akak jurujual tu buatkan. Jangan risau takut kena marah sebab orang Boracay ni baik gila! Nak-nak bila jumpa muslim dekat sana. Diorang excited habis! siap kasi diskaun baikkkk punya.
Hah, lagi satu, dah sampai sana, korang kena rasa jus mangga diorang. Sedap gila!
Meh tengok antara aktiviti yang kitaorang buat dekat sana.....
1- Island Hopping termasuk snorkeling, singgah ke Crystal Cove, Snorkeling dekat Crocodile Island dan juga buat Flying Fish. (Banyak lagi sebenarnya, tapi kalau sehari memanggggg tak cukup!)
![]() |
Pantai Boracay |
![]() |
Ariel's Point |
![]() |
Crystal Cove |
![]() |
Crystal Cove |
![]() |
Snorkeling |
2- Esoknya kami buat aktiviti atas darat termasuklah naik Zipline, ATV dan horseriding. Excited gila nak naik kuda dan feeling-feeling macam Ariana Rose!
![]() |
Zipline tepi laut! |
![]() |
ATV |
![]() |
HorseRiding |
![]() |
ATV ke Mt. Luho |
![]() |
Zipline tepi laut |
Untuk aktiviti ATV, korang akan dibawa terus ke atas Mt Luho (Gunung Luho) yang mana gunung ni merupakan gunung yang tertinggi dekat pulau ni. Bila dah namanya gunung tertinggi, pastinya korang boleh tengok keseluruhan pulau dari atas gunung! Sumpah, cantik gila!
Oke oke, risau pasal makan? Jangan risau sebab dekat sana, walaupun bilangan orang Islam adalah minoriti, tapi korang boleh jugak jumpa diorang dekat lorong kedai ni. Cari akak ni
atau abang ni.
Cakap je korang ni muslim, dan diorang pasti akan teruja gila jumpa korang! Kalau nak makan makanan 100 halal, dan kedai diorang dua ni, ada tingkat atas kedai- kedai ni. Senang je nak cari, sebab kedai ni ada di tepi pantai je.
Okeh. Jom tengok gambar Pulau Boracay. Kalau tak rasa cantik lagi tak taula. Kehkehkeh. Kbai <3
Dan... yang paling best,
![]() |
Semua ni tak sampai RM200 pun! |
Jadi, jom bercuti!
Lain INFO di sini ---> Pulau Boracay
14 comments:
menariks! boleh dipertimbangkan untuk bercuti di sini!
menraik! total budget untk trip ni brapa rm?
whoa...seronoknye dia pi bercuti sakan..
~noriatul~
berpa total sume ni?dri prgi ke balik
>>k<<
weee terujanya.. sy akan ke sana bulan 10 ni.. ade pape tips tak? hehehe
hi..boleh share budget utk xtviti di sana?
prgi pulau ni kene ade visa ke??
Arol rizal, xperlu :)
salam .. nak tanya .. .. sy nak pegi sana christmas ni .. nak tanya, kita pegi sana nak kena ada visa or tourist permit ke? ke kita just bawak pasport jek? thanks ye ..
menarikk sangat!!.. bole tau yg happening dari gambar2 cik illa ambil ni dekat dengan station 1 or 2 or 3?sbb bila cari hotel di bahagian ada tulis station2.. u nk tau tu.. prefer duduk station brape?
Hai. Y happening tu dekat station 2 =)
salam, pergi bulan berapa ye? worried about d weather. hehe
Bulan 5 dear. Panas terik. Tapi waktu ni air laut sangat biru n jernih.
Bajet brp eh sume ni???
Post a Comment