Monday 23 June 2014

Pengalaman Bermalam Di Pagar Alam

Assalamualaikum!


Illa memang kalah dengan air sejuk. Nak nak kalau waktu pagi. Kalau tak ada heater, memang sanggup panaskan air dulu sebelum mandi! Hahaha.




Dekat Villa di Pagar Alam ni, air paip dia sebijik macam ais yang disejukkan. Nak basuh tangan sebelum dan selepas makan pun fikir empat lima kali inikan pulak nak buat mandi! Tapi nasib baik setiap bilik memang di sediakan heater. Kalau tak, memang tak mandi lah hari tu. 0_0

Disebabkan kami sampai dah malam, sampai aje dekat villa di Pagar Alam, semua terus membuta.

Bangun aje esoknya, rupanya..., dekat Indonesia ada juga kawasan tanah tinggi khas untuk menanam teh seperti Cameron Highlands (ila tak pernah sampai Cameron, budak-budak yang ikut ni yang cakap sama) cumanya, kebun teh di sini merupakan satu-satunya di dataran tinggi di lereng timur yang mana 100% menghadap  cahaya matahari pagi dan jauh dari pencemaran. 



Waktu keluar dari Villa terasa mulut tak boleh nak tutup. Cantik dan tenang gila!

Oleh sebab Ila jakun tak pernah jumpa ladang teh dengan berlatar belakangkan gunung, jadi memang terasa tersangatlah bahagia dengan sengihan berpanjangan. (Over sebenarnya). Jadi, jom tengok kenapa ila teruja sangat dengan Ladang Teh Pagar Alam ni =)





Rugilah kalau tak interprem dalam kebun teh tu kan?



Oke bai! =)

No comments: