DUA JAM BERLALU.
Bayang
budak yang ditunggu Mail dan bosnya tidak muncul juga. Berkali-kali aku
mendengar keluhan dari tempat duduk hadapan. Sesekali radio dikuatkan untuk
menghalau rasa sunyi yang bertandang. Mail pula sekejap buka pintu belakang,
sekejap berdiri di luar kereta. masing-masing mencuka. Bosan.
Aku
hanya mampu diam di tempat duduk belakang. Selepas kejadian tadi, bos Mail
langsung tidak menoleh. Marah sangat agaknya.
Perut
aku mula bergendang, minta diisi. Tekak terasa perit dek dahaga yang amat. Roti
gardenia yang entah bila tercampak ke bawah dipandang dengan perasaan berbaur.
Pandangan jatuh pula pada kedua-dua belah tangan dan kaki yang diikat kemas.
Mulut
aku dah lama ditutup dengan kain hitam.
Perfect, tadi elok-elok aje dia orang
lepaskan untuk makan kau buat hal. Heh.
“Bos, macam tak
nampak bayang pun.” Mail tiba-tiba membuka pintu tempat duduk belakang. Jantung
aku hampir terloncat keluar, terkejut. Bosnya terus berpaling ke belakang,
memandang.
“Kau
dah tengok betul-betul?”
Mail
mengangguk laju. “Tak ada bos. Kali ni saya pasti.”
Aku
mendengar bos dia mengeluh keras sebelum menjatuhkan pandangannya ke arah aku.
spontan aku menunduk, tak berani melawan.
Bunyi
lantang dari telefon bimbit menyelamatkan aku dari terus menjadi jamuan anak
mata bos Mail. Tanpa menunggu lama, butang answer
ditekan.
“Ada
apa?”
“Masalah!”
Aku mendengar suara kasar dari hujung talian. Walaupun bos Mail tidak membuat loud speaker, jarak kami yang dekat dan
keadaan sunyi cukup untuk membuatkan aku mendengar suara di pemanggil.
“Apahal?”
bos Mail menjeling ke arah aku sekilas dengan telefon bimbit masih melekat pada
telinga.“Shit!” tangannya menghentak
stereng kereta kuat. “Macam orang bodoh je aku tunggu depan ofis dia
pagi-pagi!” dia menjerit tiba-tiba.
Cepat-cepat
aku melarikan anak mata, buat-buat tak dengar walaupun dah sah-sah segala
carutan yang keluar dari mulut dia masuk ke dalam telinga aku.
“Apahal
bos?” Mail tiba-tiba membuka pintu tempat duduk belakang. Luas. Dia pun
terkejut agaknya.
“Masuk,
jom balik.” tangannya cekap menghidupkan enjin kereta. kening Mail terangkat
tingi ke arah aku tanda ‘kenapa’. Laju aku menggeleng.
“Apahal
bos?” kakinya melangkah juga ke dalam kereta.
Bos Mail
tidak menjawab. Kereta dikeluarkan dari tempat parkir dengan berhati-hati. Mail
mula menolak aku ke bawah, memastikan tiada sesiapa dapat melihat aku dalam
keadaan kemas teringat begini.
“Megat
suruh tunda. Budak tu tak ada dekat Malaysia.”
“Habis
tu, sia-sia ajelah kita tunggu macam orang bodoh dekat sini?” suara Mail naik
satu nada. Aku boleh bayangkan kemarahan kedua-duanya. Mana taknya, sejak awal
pagi kita orang bertapak dekat sini tunggu budak tu. hampir tengah hari pun.
Susah
juga kerja culik menculik ni rupanya.
Tapi
culik aku senang pulak. Heh.
“Kita
makan dulu bos. Saya lapar.”
Bos
Mail masih mendiamkan diri. Aku tahu dia tengah mengumpul amarah. Kereta
dipandu laju membelah jalan raya. Beberapa minit kemudian, dia memberhentikan
kereta jauh dari gerai makan yang terletak betul-betul di tepi jalan raya. Mail
terus mencipta senyum lebar.
“Nah,
kau bungkus je. Makan dekat rumah.” satu keping not bernilai RM50 dicampak
kepada Mail.
“Nak
beli berapa ni bos?”
“Kita
ada berapa orang?”
“Tiga.” Dia sengih senget.
“Dah
tu?”
Mail
membuka pintu dengan sengihan yang masih berbaki. “Ingatkan nak kasi dia mati
kebulur. Senang sikit kerja kita. Ini nak kena angkut pergi sana sini. Leceh la
bos.”
“Mail…”
“Iya…iya.
Saya tahu saya yang salah culik orang. Saya tahu perempuan ni tak salah…” Mail
memotong sebelum sempat bosnya mengeluarkan syarahan. Dia terus keluar, menutup
rapat pintu kereta dan berlari-lari anak ke kedai makan tadi. suasana kembali
sunyi. Bos Mail menjeling aku sekilas sebelum melepas nafas perlahan.
“Kau
jangan cuba-cuba nak lari lagi…” dia bersandar pada kerusi. Kedua-dua belah
tangan dibawa ke belakang kepala. “Kalau tak aku tak akan teragak-agak buat
macam apa yang Mail cakap tadi.”
Aku diam,
tidak menjawab. Itu ajepun yang mampu aku buat. Mulut dan tangan aku masih
diikat kemas.
“Kau
faham tak?”
“Hmm…”
“Kalau
kau nak balik rumah cepat, nak balik dekat mak ayah kau cepat, nak jumpa
boyfriend kau cepat, kau ikut je cakap aku.”
Hah?
Lagi sekali? Boyfriend? Bila masa pulak…?
“Ni…
tak habis, habis mesej.” Dia mengangkat Lenovo aku tinggi. Nama Benjamin
memenuhi peti mesej Inbox. Mata aku
terbuka luas, tak percaya.
Macam
tu sekali Benjamin cari aku?
Oh
Benjamin, kalau bukan sebab si Mail tu salah culik, rasanya sekarang kita dah
bincang hal-hal majlis kahwin!
“So, behave.” Dia menarik nafas kuat. “Selagi
aku tak percayakan kau, selagi itulah kau kena tinggal dengan kami.
HARI KETIGA. Walaupun tak lena, tapi tidur aku masih
boleh merehatkan badan dan minda. Aku pandang bungkusan makanan yang diletakkan
di sudut bilik. Masih lagi disitu sejak semalam.
Entah kenapa
nafsu makan aku terus mati mengingatkan kejadian semalam. Kali pertama bos Mail
berkasar. Kali pertama aku terasa sangat takut bila dijadikan tebusan.
Bunyi ketukan dari luar terus membuatkan aku
terbangun sendiri. Pagi pagi lagi aku diarah keluar untuk ke suatu tempat yang aku sendiri tak
tahu.
Selesai
memberus gigi dan mandi ala kadar, aku terus menunggu bos Mail di ruang tamu
yang hanya diletakkan kerusi kayu dan meja kopi usang.
“Mail,
kita nak pergi mana ni? culik budak semalam ke?”
Mail terus
tergelak mendengar soalan aku. Dia menggeleng beberapa kali sebelum menjawab, “Soalan
kau dah macam kau ni salah seorang dari kitaorang pulak. Kau ikut je. Jangan banyak
soal.”
Aku
melipat tangan ke badan. Diam. Jam pada dinding kayu menunjukkan tepat jam 10
pagi. Pintu bilik bos Mail yang sedikit terbuka aku intai lama.
Lama sungguh
dia bersiap.
Mengalahkan
aku!
“Mail,”
“Apalagi
kau ni?” Mail menjawab kasar.
Spontan
aku tersengih melihat wajahnya yang mencuka. Aku boleh agak yang Mail ni
berumur awal 20-an. Muda lagi. Perangai pun kebudak-budakan. Gaya aje yang
lebih konon-konon penculik handalan.
Salah culik
aku pulak tu.
Heh.
“Bos
kau tu nama apa eh?”
“Kenapa
nak tahu?”
Aku
angkat bahu. “Saja. Senang nak tulis dalam diari yang aku kena culik dengan kau
dan bos kau tu.”
“Kalau
kau sempat tulis…”sinis Mail menjawab.
Belum sempat
aku membalas, bos Mail sudahpun terpacak di hadapan pintu biliknya. Masing-masing
terdiam tidak bersuara. Aku sendiri takut untuk membuka mulut bila memikirkan
apa yang bakal bos Mail buat bila aku melawan nanti.
“Jom.”
Tanpa banyak
soal, aku dan Mail terus bingkas dari kerusi dan menuju ke kereta. Aku tahu
waktu inilah waktu terbaik untuk larikan diri.
Tapi bila
memikirkan kudrat aku berbanding Mail dan bos dia, niat aku terus terkubur. Aku
tahu aku takkan larat berlari sehingga ke jalan besar. Aku tahu larian aku yang
dah hampir sepuluh tahun tak bersenam ini senang aje untuk dipintas oleh
mereka.
Ya,
aku tahu.
Dan, mana
ada mangsa culik bersiap elok-elok dan keluar dengan penculik dia? Gila?
Tapi
aku tak sanggup nak bayangkan apa yang akan mereka buat bila aku cuba lari
nanti.
Tak sanggup!
Kereta
berhenti juga akhirnya di tempat parking pasaraya. Aku memandang ke arah bos
Mail, tak percaya.
Tanpa banyak
soal, Mail dan bosnya terus keluar dari kereta. Aku teragak-agak membuka pintu
kereta, turut sama keluar. Jelingan dari bos Mail terus membuatkan aku
tertunduk ke bawah. Aku faham makna jelingan itu. Faham sangat. ‘Jangan cuba-cuba nak larikan diri, kalau
tak, nahas.’
“Hei Zack! Lama tak
nampak!”
Tiga
kepala berpusing ke belakang, memandang suara yang menegur. Kening aku
terangkat tinggi memandang seorang lelaki yang beruniform pasaraya tersenyum
dari jauh.
Lelaki
yang sedikit gempal itu makin mendekat. “Wah, kau dah kahwin ke?”
“Senyum!”
bos Mail berbisik tegas sebelum mencipta senyum lebar kepada lelaki gempal
tadi.“Tak adalah…kawan aku. Kau kerja pagi harini Din?”
Lelaki
gempal yang dipanggil Din tadi mengangguk. Matanya masih tidak lepas memandang
aku yang masih kaku di sebelah Mail.
“Amboi
Zack, pandai kau sekarang eh? Dulu mana pernah aku nampak kau dengan mana-mana
perempuan pun.” Din ketawa perlahan.
“Kawan
aku la…” bos Mail berpaling ke arah aku sesaat sebelum kembali memandang Din di
hadapannya. “OK Din, aku masuk dulu. nak cepat ni.”
“Hah,
OK. OK.” Dia sengih lagi. “Zack, kalau jadi dengan ‘kawan’ kau ni, jangan lupa
jemput aku makan nasi minyak!”
Bos Mail ketawa lepas
sambil menggeleng. “Kita orang masuk dulu Din.”
Din terus mengangkat
tangan tanda ‘OK’.
Aku mula mengatur langkah
mengikut bos Mail ke pintu masuk pasaraya. Din yang masih tersengih-sengih
berhampiran motosikal kapcainya aku pandang sekilas.
Hilang aje kelibat Din
dari pandangan mata, bos Mail terus bersuara. “Jangan cuba nak lari.” Matanya melilau
ke sekeliling. Hanya ada beberapa orang sahaja yang baru sampai di tempat
parkir. Kereta pun masih tak banyak.
Baru pukul 10.30 pagi. Awal
lagi kalau nak beli belah pun. hari minggu pulak tu.
“Saya tahulah.” Laju aku
menjawab. Dah faham sangat peraturan dia.Sselagi tak percaya, tak nak lepaskan
aku. bla..bla.. “Tapi kan…” spontan aku tersenyum bila teringatkan sesuatu.
“Apa dia?”
Aku memandang wajahnya
yang mencuka dengan cermin mata hitam gelap dengan perasaan berbaur. Nak ketawa
ke tak ni? kang kalah aku belasah ketawa dekat sini, lain pulak jadinya. Akhirnya
aku sedaya upaya menyimpan senyum.
Jadi…nama dia Zack?
Like…Zack,
nama hero Melayu?
HAHAHA
“Kau dah kenapa sengih
tiba-tiba ni?”
Laju aku menggeleng. Angin
‘Zack’ si hero Melayu ni bukan boleh dibuat main. Kejap elok. Kejap berangin. “Tak
ada apa-apa.”
“Kau beli barang untuk
masak dekat rumah.” Zack menolak pintu kaca, membenarkan aku dan Mail masuk. Angin
pendingin hawa terus terasa menyetuh badan. Sejuk!
Aku berpaling
ke arah Zack, tak percaya. Takkan dia nak suruh aku masak dekat rumah tu?
Aku? Masak?
“Leceh
nak bungkus hari-hari
“Bukan selama ni pun kita
bungkus je ke?” Mail menyampuk tiba-tiba.
Hah! Kan!
“Bungkus ajelah macam selalu, tak boleh?”
Muka Zack
berubah mencuka. “Kau dekat rumah tu bukan buat apa pun...”
Aku melepas
nafas perlahan. Nak tak nak, kena ikut juga sebab dia ‘bos’. Pandangan aku mula berlari ke setiap pelusuk
pasaraya. “Apa je yang ada dekat dapur rumah tu?”
Dia menggeleng
perlahan. “Tak ada apa-apa.”
“Gas
dengan dapur adalah.” Mail pula menyampuk.
Aku
hampir menepuk dahi sendiri. Mail dah pun tersengih di sebelah aku. “Habis tu
awak nak suruh saya beli apa sekarang ni?”
Mak ai…takkan
aku yang kena masak? Aku masuk dapur dekat rumah aku tu pun jarang-jarang aje. Nak
masak untuk dua orang ni pulak…
Aduhai…
“Saya tak
tahu masakla… awak beli ajelah bungkus macam biasa. Ini nak beli barang masak
apa pun saya tak tahu…”
Aku
nampak dia tersenyum nipis sebelum membuka mulut, “Let us start with…beras.”
***
Sorry sebab lama tunggu dan TQ! =)
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya! eh?
9 comments:
Dah siap ucap selamat hari raya tu...mcm nak kasik hint lambat lg je nak sambung hihihi selamat berpuasa!
Hahahha tak tau tak tau =)
makin best cite ni .x saba nk tunggu next bab :) btw selamat berpuasa
Selamat berpuasa juga...
like this story jgn lupa sambung nnt2 ye
Ayat last tu mcm x best dengar. mcm next entry pas raye je? plssss..hehe
Alaa..lepas raya ke.. ehehe..ok tkpelah..janji ada kan.. selamat berpuasa illa...
Seronok pulak kena culik hahahha
Nk lg sis....best jln cerita ni....
want more... want more... heee
suka sangat ngan citer ni :) berdebar!
Post a Comment