ZACK.
Sampai
sekarang aku masih tak boleh terima yang nama bos Mail tu Zack! Sungguh!
Tak ke
nama tu nama-nama hero Melayu zaman 80-90an dulu? Dah tu kenapa zaman sekarang
orang nama Zack ni jadi penjahat?
Heh.
Drama Queen sungguh aku ni.
Zack…
zack…
“Lambat
lagi ke?”
Mangkuk
yang berisi ayam kunyit hampir tercampak ke dalam sinki. Aku menggeleng laju
melihat Zack yang hanya berbaju pagoda putih dan kain pelikat. Kalau tengok
gaya dia sekarang, memang tak ada rupa penculik langsung!
Mana
pisau Rambo dia?
Mana
jaket kulit dia?
Dan
yang paling penting, mana seluar jeans koyak rabak dia?
“Kejaplah…”
aku menjawab juga soalannya. Balik dari pasaraya tadi, terus aku dikerah untuk
memasak.
Dan
benda pertama yang terlintas dalam kepala aku, ayam goreng kunyit. Itu aje pun
yang aku tahu buat.
“Dah
sejam lebih dalam dapur ni, tak siap-siap lagi?”
Aku
mencebik lebar, kembali meratakan kunyit pada ayam yang sudah siap dipotong
dekat pasaraya tadi.
“Cepat
sikit…”
Belum
sempat aku membalas, dia sudahpun keluar ke ruang tamu. Mail sudah lama
terbongkang tidur di atas kerusi kayu sejak tadi. mengalahkan gaya orang
berpuasa! Rasanya sarapan tadi dialah yang paling banyak melantak pun.
Aku
melepas nafas perlahan. tak tahu apa yang aku buat dekat sini sebenarnya. Bukan
ke sepatutnya aku fikirkan idea untuk melarikan diri?
Bukan
ke sepatutnya aku menangis mengurungkan diri sepanjang hari?
Sekali
lagi aku mengeluh. Tangan yang sudah bertukar warna aku basuh dengan air pili. Sisa-sisa
kunyit masih lagi melekat pada jari, meninggalkan kesan berwarna kuning.
Entahlah…
mungkin sebab Zack dan Mail tak buat aku macam mangsa culik yang lain. Mungkin
juga sebabZack dan Mail tak pernah berkasar dengan aku.
Entahlah…
“Dah siap ke belum?”
Aku
hampir melompat ke depan bila mendengar suara menegur dari belakang. Mail!
Bila
masa pulak dia bangun ni?
“Lambat
lagi ke…?” sebelah tangannya menekup mulut yang menguap. Laju aku menggeleng.
Dah
rupa anak-anak tunggu mak masak dah.
“Tunggu
ajelah.” Aku mencurahkan minyak ke dalam kuali sebelum menghidupkan api gas.
“Dah siap nanti saya bagitahu la.”
“Menjawab.
Orang dah tak kurung pun dah kira nasib baik. Eii!” tangan Mail melayang ke
udara, tapi hanya separuh jalan. Aku tahu dia takkan berani nak pukul aku.
Dengan omelan yang
sikitpun aku tak faham, dia terus berlalu dari dapur. Aku mula menyambung kerja
yang tergendala.
Nasi putih dan ayam goreng
kunyit. Okay la dari tak ada.
DUA PASANG MATA merenun aku dengan wajah mencuka. Selama
aje aku tarik kerusi di meja makan, duduk di situ.
“Ini aje?” kening Zack
terangkat tinggi.
“Kalau ini aku pun boleh
masak!” Mail pula menyampuk.
“Kau tak reti nak google resepi lain ke?”
“Saya masih ada handphone ke nak online?” cantas aku pulak. Berani-berani takur sebenarnya. Dibuatnya
Zack tengking aku macam tadi, haru je.
Akhirnya
mereka terdiam sambil mengambil tempat masing-masing. Ya, dengan terpaksa.
Tak sampai sepuluh minit
menjamah nasi, pinggan Mail dan Zack sudah licin tanpa sisa. Aku tersenyum
lebar. Habis!
Mungkin
sebab mereka lapar.
Atau
mungkin juga sebab ayam goreng kunyit aku sedap. Heh. Minta maaflah nak masak
yang pelik-pelik, dah culik aku, ada hati nak aku ‘hiburkan’ perut dia.
Lagi pula,
manalah aku pandai nak masak yang pelik-pelik segala.
Tak
sia-sia aku memekakkan telinga sewaktu hidangan ringkas ini diletakkan di atas
meja tadi.
Senyum lebar aku terus
mati bila melihat kedua-duanya bangun dan terus ke dapur tanpa mengangkat pinggan
masing-masing.
Indah sungguh hidup
mereka. Culik aku tanpa sebab, lepas tu naikkan taraf jadikan aku kuli tanpa
gaji!
Dengan hati yang bengkak,
aku kutip juga sisa makanan yang ditinggal mereka ke dapur.
Berbakul juga sumpah
seranah aku hadiahkan. Itu ajelah yang aku mampu. Nak melawan, aku sendiri tak
tahu apa nasib aku lepas ni.
Lebih-lebih lagi bila
mengingatkan pandangan tajam Zack pagi tadi.
Seram!
KEESOKAN HARINYA, pagi-pagi lagi aku dikerah untuk
bersiap. Sungguhlah, duduk dengan dua orang lelaki membuatkan aku terbiasa
bersiap cepat. Gosok gigi, basuh muka tanpa pencuci, mandi ala kadar dan siap.
Tak
ada pencuci muka Olay yang selalu aku
pakai sebelum ni. Tak ada sabun Antabax biru
yang takkan pernah hilang dari bilik air aku tu.
Dan,
tak ada toner Clean&Clear yang selalu aku pakai lepas cuci muka. Tak ada. Nasib
baiklah dia belikan aku ubat gigi. Kalau tak, memang la aku buat mogok tak nak
keluar bilik.
Gila
nak keluar tak gosok gigi? Dahlah bagi sabun ‘buku’ je. Heh.
“Kau
ni, lembab sungguh!”
Aku
menjeling Mail, geram. Tengok. Sepantas mana pun aku bersiap, tetap dia orang
kata aku lembab. Macam siput kena sedut la. Macam kura-kura patah kaki la.
Nak
cepat macam mana lagi entah.
“Nak
pergi mana ni? culik budak tu lagi ke?”
Mail
angkat bahu tanda tak tahu. Dia berpaling ke arah Zack yang mengisi sesuatu ke
dalam beg besar. Dahi aku automatik berkerut melihat beberapa kotak sederhana
besar yang diisi dalam beg. Janganlah kata dia pengedar dadah jugak…
“Kalau
korang tak kerja culik menculik ni tak boleh ke?” soalan itu terkeluar tanpa
sedar. Laju aje aku menutup mulut. Tangan Zack yang sibuk mengemaskan beberapa
beg tadi terhenti kaku. Anak matanya tepat pada wajah aku yang serba salah.
Naurah…Naurah.
Dia orang tak ikat dan tutup mulut kau pun dah dikira baik. Apahal buat
perangai complaint itu ini ni?
“Kau jaga hal
sendiri, boleh? Aku tak kerat kau jadi lapan belas keping pun dah cukup baik.”
Zack bersuara tanpa perasaan.
Padan
muka kau, Naurah! Lain kali, cakaplah sesuka hati lagi…
“Dah
siap belum?!”
Aku
mengangguk laju. Mail juga mengangguk, turut terkena tempias amarah Zack yang
tiba-tiba menyerang.
“Kau,
pergi hidupkan kereta.”
Mail
terus keluar sambil membawa gugusan kunci bersamanya. Aku melepas nafas
perlahan. Masih mencuri pandang ke arah Zack yang sibuk menyusun baju, dan barang-barang
lain ke dalam beg. Kepala mula menyimpulkan sesuatu yang buruk.
Takkanlah
Zack pengedar dadah jugak?
Ataupun,
dia jual pil-pil khayal?
Tak
pun, ganja?
“Kau
ada bawak baju lebih tak?” Zack tiba-tiba mengangkat kepala.
“Tak.”
Laju aku menjawab.
Baju lebih. Baju aku dekat
sini hanya ada tiga pasang. Satu, baju waktu dia orang culik aku. Dua, baju
tidur yang Zack belikan dulu. Dan tiga, baju yang aku pakai sekarang. Tshirt
lengan pendek labuh dengan jeans hitam.
Zack
yang belikan waktu dekat Giant malam tadi.
“Kenapa?”
oh em gee, takkan dia nak bawa aku
lari ke luar negara pulak? Masuk negara lain secara haram? Ataupun, dia nak
jual aku dekat peniaga organ? Penjahat? Samurai? Yakuza?
“Apahal
muka macam tu? Aku takkan bunuh kau sekarang, jangan risau. Pergi ambil baju
lebih. Kita bermalam dekat luar malam ni.”
Okay,
dia bukan nak jual aku. tapi…bermalam dekat luar? Kenapa macam menyeramkan aje
bunyinya?
“Cepatlah!
Orang cakap lembab karang, marah.”
Aku
sengih tanpa sedar. Bukan sebab suka kena marah, tapi sebab aku tahu yang aku
takkan dijual malam ni.
Lagipun,
kali ni dia orang tak ikat aku pun. Jadi, aku masih akan selamat setakat hari
ni.
Ya. For now.
6 comments:
Dh lama tnggu entries ni..best..keep it up..
Zack: Sakit sgt ker?
Naurah : Tak... sedap...
Hahahaha....
Alaaaaa.. sian naurah
Lama tunggu
Best tp ckit sgt. Tq.
Citer cam ni la best..yg kn colek ngan pencolek ada feeling..tp tak diluahkan secara lisan tp ngan perbuatan..cam faham2 sendiri je la..romantik cara tersendiri..
whoaaaaa.... cepat2 sambung kak illa
Post a Comment