Assalamualaikum dan hai!
Illa rasa semua orang tahu pasal Genting Highland, kan?
Siapa pernah sampai sana tentunya dapat rasai sendiri keseronokan di kota
keriangan yang terbesar di Malaysia ni. Kalau belum ke sana, apa tunggu lagi,
jom jadikan Genting Highland sebagai weekend gateway korang!
Umum tahu yang outdoor park ditutup sementara waktu untuk
proses transformasi yang bakal siap penghujung tahun 2016 nanti. Tapi jangan
risau, banyak lagi perkara yang korang boleh buat dekat sini tau.
Yang ni memang sangat tak sabar nak tunggu!
Penginapan
Dah sampai genting, tak sah kalau korang tak bermalam di
sini, kan? Jadi, demi keselesaan pengunjung, First World Hotel telah menambah bangunan baru untuk menampung
pelancong yang datang. Hebat, kan?
Untuk waktu sekarang, di bangunan baru sebanyak 412 bilik sudah
dibuka kepada umum dan lagi 874 akan dibuka tidak lama lagi dan menjadikan
keseluruhan bilik baru di bangunan baru ini adalah sebanyak1286 buah bilik
kesemuanya.
Bilik di bangunan baru yang diberi nama Tower 2 Annex ini lebih
moden, dan sesuai dengan zaman sekarang dengan warna yang lebih ceria dan
urban.
Kalau nak tahu, kesemua bilik di First World Hotel adalah
sebanyak 7351 dan menjadikan FWH hotel terbesar di dunia!
Dari First World Hotel ini, pelancong boleh berjalan kaki
sahaja untuk ke outdoor 20th Century Fox World Theme Park yang akan
dibuka pada 2016 nanti.
Untuk info yang lebih lanjut, sila ke www.rwgenting.com atau telefon +60327181118
Aktiviti
Behind The Scenes Tour
Walaupun theme park ditutup untuk sementara, korang boleh
cuba sesuatu yang baru di Genting Highlands iaitu tour disebalik tabir ataupun
Behind The Scene Tour (BHD).
Oke.nak tahu tak apa benda yang akan ditunjukkan dekat BHD
tour ni? Meh illa cerita. Bermula dari pukul 2.15 sehingga 5 petang, ada empat tempat
yang sangat best yang dihidangkan dalam tour ni termasuklah
1-
Genting International Showroom
Genting International ni dah diubah menjadi tempat state-of-the-art entertainment pada tahun 1998 yang menggunakan sistem bunyi dan lighting yang terbaru dan tercanggih. Dekat sini korang boleh tengok macam mana lampu-lampu pentas berfungsi, sistem audio dan segala kerja di belakang tabir yang tak ramai yang tahu.
2-
First World Hotel Laundry
Pelancong akan dibawa ke kawasan mencuci
tilam, tuala, selimut dan sebagainya di dobi hotel. Oleh sebab hotel ini
menjadi hotel terbesar, dobinya juga merupakan dobi hotel terbesar di Malaysia.
Memang teruja tengok setiap mesin dan alatan disini. Mesin lipat cadar pun ada!
3-
See, Do & Eat Workshop – Sushi bento Making
& Doughnut DIY
Yang ini ila suka sangat sebab
lepas je buat, korang boleh makan! Dekat sini, pengunjung akan ditunjukkan
dengan cara-cara untuk membuat sushi dan donut oleh chef profesional dan lepas
tu zasss, pengunjung pun boleh buat jugak. Lepas DIY asing-masing dah ada rupa, apa lagi, makan!
Boleh hias sendiri donut anda! |
Hasil seni daku =) |
4-
Horizon 50
Horizon 50 ini diwujudkan sempena
ulangtahun 50tahun Genting Highlands dibuka. Menceritakan detik-detik bermulanya impian yang
dicipta, berakhir dengan salah satu Family Resort yang terkemuka di Malaysia.
Nak cuba? Jom tengok available tour dates di http://www.rwgenting.com/themepark/attraction/behind-the-scenes/introduction/
Harga masuk untuk Behind The Scenes Tour:
For Genting Rewards Member RM 25 and
For Non-Member RM28
For Genting Rewards Member RM 25 and
For Non-Member RM28
Superstar Magic Show
Bagi sesiapa yang berminat dengan Magic Show, jangan
terlepas untuk saksikan Superstar Of Magic 4 bermula 10 Julai sehingga 25
October ini. Illa jamin, korang pun akan tertipu dengan helah magic kesemua
magician yang terlatih ni.
Sangat awesome!
(Post untuk superstar Magic Show akan bersambung.... =) )
Makan di mana?
Dah penat berjalan satu hari, korang boleh singgah ke
Seafood Restaurant yang terletak di Level 1, Resort Hotel. Dibuka setiap hari
untuk makan tengah hari (12.00pm- 2.30pm) dan makan malam (6.00pm – 10.00pm).
Restoran ini menawarkan menu set steamboat dari RM108nett
sehingga RM638nett (2-8orang).
Makanan yang disediakan? Tentunya segar dan fresh dari ladang!
Macam-macam jenis makanan laut, daging dan ayam yang disediakan. Sos pulak
terdiri dari 20 jenis sos yang pelbagai rasa dan yang penting, sedap!
Antara makanan yang ada |
***
Oke. cukup setakat ini, nanti illa sambung part Magic Show yang awesome tu. Apa tunggu lagi? Illa dah rasa, korang bila lagi >__<
Tata~
1 comment:
ye..sis JM pun dah rasa dan kalau boleh nak lagi heheheeh
Post a Comment