Thursday, 29 October 2015

Perth Trip Hari Kedua

Assalamualaikum dan hai!


Hari kedua dekat Perth bangun awal pagi sebab eksaited punya pasal. Subuh dekat sana pukul empat dah masuk, jadi lepas subuh paksa tidur sekejap (suhu sejuk ooo), then pukul 8 dah siap-siap untuk ke Caversham Wildlife Park nak pegang kanggaroo!

Lepas breakfast megi dan biskut cicah teh O dekat kitchen, Kami gerak ke stesen tren untuk naik tren ke Midland dan stop di Bassendean (ikut research dekat blog orang yang pergi sebelum ni). Selesai aje beli tiket AUD4.50 untuk Zone 2, kami nak turun ke platform untuk ke Midland tak ada. (Ditutup)

Last-last guard dekat stesen tadi tanya nak pergi mana. Lepas bagitahu nak naik tren di Bassendean, dia cakap tren ke Midland dihentikan sementara atas kerja-kerja pengubahsuaian. Tapi dia tutup seminggu aje. Nasib kitorang tak baik masa tu.

Guard tadi suruh kami pergi stesen bas luar stesen tren dan naik bas Tren Transfer dekat sana. Boleh guna tiket yang sama sebab sama-sama syarikat TransPerth.

Kiri tiket pergi (dari mesin tiket stesen) kanan tiket balik (dari mesin dalam bas)

Stesen Bas dan tren Bassendean


Dari stesen bas tadi, kitorang ambik bas nombor 905 untuk ke Bassendean. Sampai di stesen Bassendean, naik pulak bas 955 ke EllenBrook untuk ke Wildlife Park tadi. Kena alert stop mana untuk korang berhenti ataupun minta driver bas bagitahu bila nak sampai sebab kami terlepas beberapa meter baru turun T_T.


Kena jalan 300meter T_T


Oleh sebab hari  tu hari sabtu, weekend, jadi diorang sediakan shuttle bus untuk pengunjung yang nak masuk ke dalam sebab kalau nak jalan kaki, ada la lebih kurang 2kilometer gak. Tak sanggup.

Paling kanan tu telefon untuk kita minta bas dari sana ambilkan. Tapi kalau hujung minggu, kena naik shuttle bus yang tak jauh dari pintu masuk


Shuttle Bus


Harga untuk naik shuttlebus AUD2 dan harga tiket masuk ke Wildlife Park AUD27 (dah naik harga sebab diorang pun dah mulakan gst.)




Bagi illa berbaloi jugaklah masuk sini sebab boleh pegang sendiri kangaru yang ada dekat sini. Boleh bagi makan, dan bergambar sampai lebam. Kangaru dekat sini pulak semua mesra pengunjung.

Kalau masuk zoo tak sure boleh pegang ke tak.


Kemain dia posing





Lagi satu binatang trademark Australia adalah Koala. Koala pun korang boleh sentuh dan bergambar sampai lebam. Tapi yang tak syoknya asyik tidur je benda alah ni. Hey, aku datang dari jauh semata-mata nak tengok engko, engko tido je yek? Heh!






Kalau nak tengok show yang ada dekat Caversham Wildlife Park ni, korang dinasihatkan datang awal-awal pagi sebab show pertama, iaitu Farm Show akan mula pada jam 10 pagi.

Antara program yang ada dekat sini adalah:-

Feed kangaroos – 9.00am to 5.15pm
Visit Molly’s Farm – 9.30am to 4.30pm
Meet koalas – 10.00am to 1.00pm and 2.30pm to 4.30pm

10.00am – Farm Show
11.00am – Meet a Wombat and Friends
11.30am – Fox and Dingo Keeper Talk
1.00 pm – Farm Show
2.00pm – Meet a Wombat and Friends
2.30pm – wedge-Tailed Eagle Keeper Talk
3.00pm – Farm Show
3.45pm – Meet a Wombat and Friends
4.15pm – Tasmanian Devil Keeper Talk

Farm Show

Show cukur bulu biri-biri

First time tengok cemana rupa bulu biri-biri sebenonya


Kami sampai dalam pukul 10 lebih jalan-jalan, lunch biskut tuna (yang dibawa dari Malaysia)  dan lepas aje Farm Show pukul 1.00pm tu, kami terus balik sebab nak pergi Kings Park pulak takut gelap.

Untuk balik, kami naik shuttle bas yang sama, tunggu di perhentian bas seberang jalan besar, naik bas 955 ke Bassendean, naik bas 905 ke Perth City dan sampai ke stesen bas sama pagi tadi. Perjalanan tak sampai sejam pun. Dalam 45 minit macam tu. Tapi sebab bas selesa dan tak ramai orang, kami tak ada rasa susah pun ulang alik  naik bas =)

Dari stesen bas, kami naik Red Cat berhenti di Havelock St dan jalan sikit untuk ke Kings Park. Balik pun naik Red Cat jugak sebab kalau naik bas nombor 37 untuk ke Perth City, korang ken bayar lagi AUD4.50. Jadi, nak jimat punya pasal, kami rela jalan sikit ke jalan besar untuk tunggu Red Cat.








Member sibuk dari style untuk posing >_<

Memang cantik dekat Kings Park ni. Duduk lama-lama pun tak apa.





Balik dari Kings Park, rehat kejap, solat dan dinner megi lagi. Lepas maghrib kami jalan-jalan lagi di sekitar hostel. Oleh sebab malam minggu lagi, jadi suasana memang bising dengan pub dan kelab ditepi-tepi jalan.



Makin malam, makin sejuk. Perut pun lapar sebab tak cukup kenyang makan megi. Lalu je kedai kebab halal yang berhampiran, illa beli jugak Burger Ayam dekat sana. Bayar je AUD8. Sila jangan convert. Nanti nangis! T_T




Itu aje aktiviti hari kedua. Balik, tidur dan sedia untuk aktiviti esok pulak. Oke bai!


Total loss hari kedua

Tiket bas 905 ke Bassendean = AUD 4.50
Tiket bas 955 ke Caversham = (guna tiket sama sehingga 2 jam) free
Shuttle bus =AUD 2 (return)
Tiket masuk Wildlife Park = AUD 27
Tiket balik balik = AUD 4.50
Red cat ke KingsPark = free
Red at balik ke Perth City = free
Burger di kedai halal =AUD8

=AUD46


2 comments:

Suria Amanda said...

comelnya koala tu...tak sabar SA nak pi Perth next year insyaallah.....

Illa Shanahila said...

Amanda Suria

comel sngat! InsyaAllah. happy holiday nanti! =)