Melampau gila kan. Bulan 5 update pasal hari ke 3 dekat Jeju, empat bulan kemudian baru gigih nak update hari ke empat. Muahaha. Ampunkan saya.
Oke.
Jom nak cerita pasal hari ke4 pulak.
***
Hari ke empat dekat Jeju, kami breakfast dekat hotel. Oleh sebab kepantasan pihak Jeju Muslim Travel, pihak hotel dah sediakan pelbagai jenis roti dan telur untuk sarapan.
Dah kenyang breakfast, barulah Kina datang untuk bawa kitorang ke tempat menarik seterusnya.
Kina ni hebat betul drive van besar, stereng belah kiri. Walaupun dah 4 hari tengok dia bawa van muatan 12 orang ni, still rasa kagum. Dekat jalan kecil, jalan besar semua dia power. InsyaAllah selamat.
Okeh. Lokasi pertama kami hari ni, Gimyeong Seonsegi Beach.
Bayang kanlah pagi-pagi dekat pantai, angin late autumn dia perghhhhh. Sejuk oi. Kalau ikutkan hati, nak letak je tangan dalam poket tak nak keluarkan sebab tangan dan rasa kebas gila, sejuk! Tapi bila terkenangkan permandangan yang cantik dan rugi wei kalau tak snap gambar dekat sini, daku gagahkan juga ambil gambar sebanyak mungkin. Hohoho
Nak tengok view macam mana yang boleh buat aku mengalah dengan suhu? View ni.....
.
.
MasyaAllah. Lawa betul permandangan dekat pantai ni. Kalau tak tahan sejuk sangat, boleh masuk coffee house dekat sebelah ni. Minum kopi, panaskan diri dulu sebelum sambung perjalanan.
Kami pun singgah minum jugak, tapi bukan dekat coffe house tu, dekat kedai serbaneka je. Bancuh sendiri.
=)
Okey, dah puas tengok pantai, kitaorang gerak ke tempat yang jadi trademark Jeju, iaitu Seongsang Ilchulbong. Sampai dekat sini memang rasa tak nak balik sebab view dekat sini pun memang lawa gilaaaaa.
Dekat sini kena bayar ticket. Tapi lupa berapa won sebab Kina yang bayarkan. Nanti korang search lah mana-mana ya =)
Kak AK dengan Kina |
Aku pulak, memang tak nak lepaskan peluang untuk tengok apa yang ada dekat atas tu jadi, pejam mata je la naik. Sempatlah semput dua tiga kali sebelum sampai puncak tu. Hahaha. Lama gila tak panjat bukit tup-tup sampai sini kena hiking pulak.
Tapi tak menyesal weh! Serius, lawa. Korang dah sampai sini, sila rajinkan diri panjat sampai atas.
Sepanjang perjalanan naik ke puncak, korang memang tak sempat boring sebab view masa naik tu pun MasyaAllah, lawa....
Setelah hampir setengah jam memanjat, akhirnya daku sampai juga!!! Yeay!!! Tahniah untuk diri sendiri walaupun ketinggian dia 180M ke weii
Apahal aku rasa penat sangat masa naik tadi? Hahaha
Boleh nampak kawah gunung berapi yang terbentuk bertahun-tahun dulu. Sekarang dah diselaputi rumput rumout hijau.
Cantik!
Okey. Naik track lain, turun track lain. Nak turun pun korang takkan boring sebab permandangan memang tak bagi can korang bosan.
Setiap pelusuk pun cantik.
Okey, lupa nak bagitahu. Sebelum naik tadi, kitorang dah melantak burger udang dekat Lotteria bawah tu. Dengann minum air bergasnya. Patutlah sempot oi!
Last before balik hotel, kami singgah pulak dekat Soepjikoji. Katanya banyak drama dan filem yang pernah shoot dekat sini. Yang daku ingat, Running Man je lah. Ada episod yang dorang datang Jeju dan main-main dekat sini.
Seopjikoji ni pun tak kalah lawa dia. Boleh kata semua tempat hari ni semua lawa.
Oke dah. Hari ni memang penat gila jalan sampai nak malam. Nasib baik sebelum balik hotel tu kami makan sedap. Lupa apa. Ingat makan sedap je. Hahaha. Padan muka. Update lagi post setahun sekali. Memang lupa la jawab dia.
Kalau nak dikira, ini hari terakhir kami pusing-pusing Jeju. Esok nak balik Seoul dan jalan dekat Seoul sendiri tanpa guide pulak. Awal awal tu risau juga takut sesat ke apa, tapi dah sampai sana, Alhamdulillah. Boleh rupanya daku dan Kak AK jalan sendiri. HOhoho
Tunggu post seterusnya dekat Seoul pulak ya.
Bye!
No comments:
Post a Comment