Hari pertama di Sabah, aku bermalam di Tabin Wildlife Resort yang terletak di Lahad Datu. Kalau nak dikira dari Airport Tawau, makan masa dekat 4 jam jugalah untuk ke kawasan Tabin ni. Memang jauh perjalanan luas permandangan betul.
Tabin Wildlife Resort ini ada di pantai timur Sabah, kira-kira 50 kilometer dari bandar Lahad Datu. Kawasan ini merupakan kawasan rizab hidupan liar yang telah diwartakan sebagai hutan simpan dan juga hutan simpan yang paling besar di Sabah.
Memang beruntung sungguh dapat bermalam di sini sebabnya, dalam hutan simpan ini, macam-macam pengalaman yang boleh kami korek dan rasai.
Dengan perjalanan yang agak mencabar, sampai juga kami di pintu masuk Tabin Wildlife Resort ni. Kenapa mencabar? Hampir separuh perjalanan, kami terpaksa meredah jalan yang hanya berbatu tanpa tar! Tapi dalam keadaan macam tu pun, aku boleh sambung tidur je sebab mengantuk sangat. Hiks.
Tiba di Tabin Wildlife Resort, kami disambut oleh semua kakitangan resort. Rasa macam YB pulak.
Banglo kayu |
Banglo yang disediakan untuk bermalam |
Thanks jurukameraku Kak Sunah =) |
Sebelum check in dan mulakan apa-apa aktiviti, kami dihendaki mengisi borang khas yang disediakan oleh pihak resort. Bukan apa, kawasan Tabin Wildlife Resort ini merupakan 'rumah' bagi hidupan liar jadi kenalah lebih berhati-hati.
Di sini, aku sebilik dengan Kak Sunah yang comel di bilik menghadap Sungai Lipad. Cantik giler kawasan bilik dia. Buka je pintu, terus aku terpegun. Memang sangat sesuai dengan konsep 'back to nature'. Nak pulak, dalam bilik memang tak ada rangkaian internet langsung (Untuk aku punya line je la. Orang lain punya line ada je. Haha)
Banglo kami yang awecome |
Selesai check in dan rehat sekejap, kami terus mulakan aktiviti pertama. Jalan-jalan di kawasan resort dan ke Tabin Visitor Centre. Banyak perkara yang aku belajar dekat sini terutamanya haiwan-haiwan yang ada di sekitar sini.
Orang utan, gajah, badak sumbu sumatera, leopard cat pun ada tau!
Terima Kasih Abg. Marusin |
Selesai makan malam di sini, kami dibawa pula ke night safari. Apa yang best di night safari ni adalah, guide kami, Mawi memang terer gila! Mata dia sangat cekap perhati benda bergerak yang ada di sepanjang perjalanan.
Antara haiwan yang kami jumpa malam tu adalah tupai terbang atau flying squirrel, leopard cat, burung hantu, burung helang, skunk dan juga musang. Yang paling best, boleh nampak tupai terbang depan mata. Jauh oii dia terbang!
Mawi suluh dengan sportlight dia |
Kata Mawi, tupai terbang boleh terbang sehingga sejauh 100 meter! Tak banyak gambar waktu malam yang boleh aku kongsikan. Tunggu beli kamera best sikitlah. >_<
Malam tu, kami tidur dengan tenang setelah kepenatan mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur (Ada juga yang dari Penang, Johor dan Singapura).
Tapi... Kak Sunah tak lena bila elektrik tiba-tiba blackout jam 12 tengah malam! Sebenarnya memang ada diberitahu yang bekalan elektrik akan dimatikan sekian-sekian masa untuk menjimatkan penggunaan. Jadi tengah malam tu, Kak Sunah saja yang terjaga bila bilik terasa panas.
Aku je yang masih lena tidur dek kepenatan.=)
Hari kedua di Tabin Wildlife Resort, seawal jam 5 pagi lagi kami dah sarapan dan berkumpul untuk teruskan aktiviti ke Mud Volcano.
I'm ready! |
Perjalanan ke Mud Volcano tak mengambil masa yang lama. Kami sempat juga jumpa beberapa ekor haiwan di sepanjang perjalanan untuk ke trek Mud Volcano.
Pokok Tualang |
Ya, cari saya ke? |
Madu Tualang |
Pintu masuk untuk trekking |
Untuk ke kawasan mud volcano, perjalanan trekking mengambil masa lebih kurang 20 minit. Teruja betul aku bila sampai di kawasan mud volcano. Pengalaman berharga bila nampak sendiri lumpur keluar dari perut bumi bagai letusan gunung berapi. Bezanya, cuma lumpur yang keluar tu tak adalah panas membakar. Suam-suam je.
Dah sampai! |
Semua dah mula ber'facemask' |
Macam volcano kan? |
Thanks Sis Lin untuk gambar ni =) |
Katanya, lumpur ni sesuai untuk rawatan kulit. Keberkesanannya belum diketahui. Tapi untuk menandakan yang kami dah sampai, apalagi, semua tak lepaskan peluang untuk ber'facemask mud volcano'.
Tapi kena ingat, korang kena pakai yang baru keluar dari 'volcano' tu tau. Jangan ambil yang dah hampir kering dan yang dah lama keluar. Risau kalau-kalau dah tercemar dengan benda asing yang tak sepatutnya. Nak muka muda sepuluh tahun, nanti jadi lain pulak.
Ada satu benda lagi yang menarik perhatian aku waktu ke mud volcano ni. Tapak kaki gajah! Nasib baiklah tak terserempak dengan dia tengah-tengah hutan ni. Walau ada la rasa nak tengok live, tapi memandangkan ia boleh datangkan bahaya jadi tengok tapak kaki pun jadi lah. =)
Kami dah sampai Lipad Mud Volcano. Anda bila lagi? |
Ada satu benda lagi yang menarik perhatian aku waktu ke mud volcano ni. Tapak kaki gajah! Nasib baiklah tak terserempak dengan dia tengah-tengah hutan ni. Walau ada la rasa nak tengok live, tapi memandangkan ia boleh datangkan bahaya jadi tengok tapak kaki pun jadi lah. =)
Kesan tapak kaki gajah |
Inilah Mawi, guide kami. |
Sebenarnya selepas ke mud volcano, kami akan ke air terjun Lipad. Tapi sebab masa tak mengizinkan (kami akan naik flight ke Sandakan jam 1.10 tengah hari), kami terus balik ke resort dan bersedia untuk check out.
Sekitar resort |
Jambatan gantung yang ada di resort |
Jambatan gantung |
Sebelum meninggalkan Tabin Wildlife Resort, semua yang ada tak lepaskan peluang untuk buat Mud Certificate masing-masing. Comel, kan? So yeah, daku dah jejak Mud Volcano Lipad oi!
Dah dapat sijil |
Sesi mud certificate |
Tibalah masa untuk berpisah. Sedih sebenarnya nak tinggalkan Tabin Wildlife Resort ni. Tak puas hanya satu malam di sini. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan jika korang menginap disini. Dan dengan guide yang sangat berpengalaman, banyak yang kita boleh belajar.
Dalam penerangan Mawi, dia banyak cerita tentang hidupan liar yang tersiksa dan macam-macam lagi cerita sedih yang menimpa hidupan liar. Bila ditanya kenapa asyik cerita yang sedih-sedih, jawapan Mawi terus menusuk hati.
Untuk buat manusia sedar betapa pentingnya untuk kita jaga hidupan liar.
Jadi, tugas kita untuk jaga alam sekitar sangat penting. Jangan pentingkan diri sebab bukan manusia saja yang berhak hidup di bumi ni. Haiwan juga ada hak.
=)
Jumpa lagi Tabin Wildlife Resort! |
Tabin Wildlife Holidays Sdn. Bhd.
HQ Office Address:
Lot 11-1, 1st Flr, Blk A, Damai Point, Jln Damai, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Lahad Datu Office Address:
Lot GL 02 Arrival Concourse, Lahad Datu Airport, 91108 Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Resort Location:
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
GPS Location:
5° 11' 15.35" N 118° 30' 8.47" E
Telephone:
+6 088 267266
Fax:
+6 088 258266
Emergency Contact Number:
+6 016 830 6392, +6 016 830 7392, +6 016 810 6490, +6 016 810 6493
General Email:
We're On Facebook:
***
Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association.
Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)
2 comments:
alhamdulillah...serius jatuh cinta dengan tabin....masa nak balik tu pun rasa sedih jak...pandang muka mawi pun nampak dia sedih...huhuhuhu..sekarang pun rasa nak nangis...sobssss
eh, clear gila ek gambar hornbills tu!!! syabasss! ni yang rasa nak beli kamera ni!
Sunah Sakura
Memang jatuh cinta dah. Kan, muka Mawi memang nampak sedih.
P/S saya pulak nak beli iphone macam sis lin! haha!
Post a Comment