Tuesday, 27 October 2015

Persediaan Sebelum Ke Australia (Perth)

Assalamualaikum dan hai!

Lama bersawang blog ni. Kali ni illa nak cerita pasal Trip ke Perth minggu lepas. Tapiiii, sebelum cerita hari pertama di Perth, meh nak cerita persediaan yang perlu sebelum ke Australia.

Tempah Tiket
Kitorang sebenarnya booked tiket AirAsia untuk ke Perth ni dah setahun sebab nak dapat tiket murah punya pasal. Kira okay la kan dapat RM590++ return kan? Kan? Kan? (Sedapkan hati sendiri)



Booking Hotel
Illa guna booking.com untuk tempat hostel dekat sana. Dan hostel yang illa pilih, Britannia On William (di William Street) memang betul-betul di tengah-tengah bandar, dekat dengan kedai makanan halal, dekat dengan masjid Perth dan juga dekat dengan stesen bas dan stesen kereta api Perth Station.

Booking.com tak perlu bayar guna kad kredit. Hanya perlu tempah bilik dan hotel yang and suka, dan bayar waktu nak check in nanti. Senang, kan?



Visa
Buat visa ni, harga dia dalam lingkungan RM20-RM50 je. Kalau lebih dari tu mungkin keterlaluan. Korang boleh buat VISA dekat sini untuk harga RM20 je. Sehari boleh siap. Tapi janganlah esok nak pergi, harini baru buat.



Tukar Duit
Orang kata, tukar duit dekat Mid Valley dan Jalan TAR dapat rate paling murah. Illa tukar dekat Mid Valley je. Gigih nak dapat rate murah walaupun kena beratur panjangggggg

Pakaian
Masa illa pergi, musim spring. Siang dia tak sejuk mana. Tapi malam boleh cecah 7 degree celcius. Jadi, pakaian tebal, sweater pada waktu-waktu begini amat diperlukan.

Makanan
Korang dinasihatkan study dulu barang-barang atau makanan yang boleh dibawa masuk ke negara tu sebelum sia-sia je kena buang nanti.

Apa yang kitorang bawak aritu temasuk, maggi pelbagai perisa, bubur nasi instant, tuna dalam tin, sardin dalam tin semua lepas.
(Bagi yang bawak handcarry, makanan dalam tin korang mungkin akan kena ambil jadi kalau nak selamat bawak sikit ataupun kalau banyak, letak dalam luggage.)

Lepas dah selidik dari banyak blog, konklusi yang boleh dibuat tentang makanan yang boleh dibawa masuk adalah:-

-Mi segera/megi/bubur nasi instant
-Tuna/sardin dalam tin
-Rencah tumis,kari ayam, barangan jenama Brahims, Aliff dan lain-lain (yang ini pastikan tiada bunga cengkih dalam kandungan dia)
-kiub ayam/tomyam
-ikan bilis paket
-beras,bihun,spageti (yang tak ada unsur telur)
-nescafe 3 in 1
-susu formula bayi/budak-budak
-ubat-ubatan yang dibenarkan


Print Tiket
Dah siap semua? Jangan lupa print tiket korang dan tempah makanan dalam flight. Perjalanan 6 jam dekat atas sana memang boleh buat korang laparrrrr.


Okey, selamat melancong!

2 comments:

Jari Manis said...

kalau harga 590++ retun dah kira murah tu lebih kurang harga ke Korea :-)

bab booking hotel or hostel tu same ti sis, suka boking guna booking.com sbb? booking dulu bayar kemudian hihih...tapi berapa harga bilik hostel tu smlm ek

ahaaa menarik...guna WA je...boleh lah kalau nk ke Melbourne nanti WA je ke No ni

berapa hari eh Illa ke Perth hari tu...cam lama je, bila tgk gambar kat IG,,teruja tau

Unknown said...

Haa. Oke kan sis? Hehe.

Mmg dari dulu suka guna booking. Senang. Harga untuk 4malam aud112 je. Malam kelima x beli sebab tido kat airport je.

Haah. No wasap tu senang je. Mula2 ragu gak, tapi bila pegi itu hari lepas, alhamdulillah, boleh dipercayai. Huhu.

6hari je. Post gambar banyak macam lama je kan. Hehehe ;)