Bila dah ready study semua pasal
Perth, kitorang yang sepatutnya bertujuh, hanya tiga orang aje yang boleh pegi
sebab yang lain-lain ada hal yang tak dapat dielakkan. Flight pukul 8.50 pagi
jadi subuh-subuh adam lagi kitorang dah tunggu dekat klia2.
Lepas timbang beg semua,
kitaorang proceed ke kaunter untuk document check dan terus ke gate.
6 jam dalam flight, pukul 3
petang waktu tempatan (tak ada beza waktu antara Australia dan Malaysia),
kitorang selamat sampai di International Airport, Perth. Rasa teruja memang tak
boleh dibendung lagik. Setahun menunggu kot!
Waktu di imigresen, pastikan
korang cabut passport cover tu. Sebab diorang tak suka passport yang ada cover
>_< .
Oh ya, dalam flight tadi ada
diberi arrival form, korang jangan lupa tick bahagian yang perlu di declare supaya
tak timbul masalah nanti. Kalau yang tak sure korang ada ke tak pun, tick je
yes. Biar diorang check. Tapi pengalaman illa itu hari, disebabkan kami orang
paling last, pakcik tukang check tu siap boleh bergurau lagi tanya
‘So, what do you want to declare? Nasi lemak? Maggi?”
Jadi, masa tu debaran dada tengok
anjing pengesan yang tak jauh dari situ terus hilang. Bila cakap ada instant noodle tuna dan
sebagainya, pakcik tu just suruh letak beg dekat tempat scanner dia. then.
Siap.
Alhamdulillah senang kerja.
Keluar aje, ke arrival hall, kami
ke kedai simcard, nak beli prepaid supaya senang nak dapat internet bila dekat
sini. Kitorang pilih Vodafone, 3G untuk AUD40. Kongsi 3 orang pakai hotspot.
Jimat =)
Ada beberapa cara untuk ke bandar
Perth dari airport. Kalau ramai, korang boleh share naik teksi, ataupun naik Shuttle
bus terus ke bandar dengan harga AUD15 atau pilihan terakhir, yang paling
jimat, korang boleh naik Inter-Airport Transfer (ada depan pintu keluar
airport) ke domestic Airport (T3/T4) dan turun situ, tunggu bas 37 atau bas 40
untuk ke bandar Perth dengan harga AUD 4.50 sahaja.
Kalau tak pasti dekat mana nak
turun, korang boleh tanya driver bas tu stesen mana yang terdekat dengan hotel.
Dah sampai Perth City, kitorang
kena jalan sikit untuk ke Britannia On William yang berada di William Street.
Walaupun penat, tapi enjoy jugaklah tengok permandangan yang terang cerah dan
lain dari Malaysia yang sedang jerebu sekarang T_T.
Sampai aje di hostel, kami check
in, bayar harga hostel untuk 4 malam, letak barang, solat kejap, dan masak megi
dekat kitchen yang disediakan.
Oleh sebab sampai hostel dah dekat maghrib, jadi kami rehat kejap, dan lepas maghrib terus keluar
pusing-pusing sekitar hostel jalan kaki je. masa itulah jumpa stesen keretapi
Perth, jumpa kedai makanan halal dan banyak lagi.
Okey, habis hari pertama. Balik
tidur dan simpan tenaga untuk jumpa kangaru esok pulak >_<
Bai!
Total Loss Hari pertama
Simcard Vodafone – AUD40/3orang =
AUD13.33
Inter-Airport Transfer = free
Bas 40 ke Perth City = AUD4.50
Katil dorm untuk seorang = AUD112
5 comments:
waktu ke sini 1AUD = berapa RM Illa?
seronoknya ila.. bole tengok kanggaroo n koala bear
Sis JM, waktu ni dalam 3.1 to 3.3 . Sebab tukar duit dua tempat. Huhuu
Ain rahman,
Seronokkk. Hehe. ;)
seronoknyaa..6ti blg x share iti.. nooraisyahton@yahoo.com
Post a Comment