ADA lebih kurang dua minggu
saja lagi untuk semua bertungkus lumus siapkan keluaran bulan depan. Keluaran
yang jadi penanda aras sama ada Oh My Travel akan kekal atau tak.
Dan masih, semua orang masih buat macam tak ada
apa-apa sebabnya semua tak tahu keadaan sebenar Oh My Travel sekarang.
Tepat jam 8.25 pagi, aku tolak pintu kaca besar yang
memisahkan department majalan percutian dan juga department majalah fesyen. Masuk
aje ke dalam, mata aku terpaku pada meja kerja Najmi dan Fakis yang berselerak.
Laju aje aku geleng kepala.
Beg komputer riba aku letakkan ke atas meja Najmi
sebelum menarik sehelai kertas kecil yang ada di situ.
Najmi
& Fakis,
Tolong
kemas meja anda. Sila jadi orang bertamadun sikit.
Aku tutup sharpie
hitam kasar sebelum langkah diteruskan ke bilik. Sekali lai aku menjeling pada
meja Najmi dan Fakis yang kosong tak bertuan.
Tengah breakfast
dekat restoran bawah agaknya.
“Morning
bos!”
“Morning,”
jawab aku perlahan sambil pandang Cheng Yee sekilas. “Ni, Nadia mana?”
Kening
aku terangkat sebelah memandang meja Nadia yang juga kosong. Jangan cakap yang
dia MC lagi hari ni...
“On the way
kut.”
Aku melepas nafas perlahan.
“Elis?”
Mata sepet Cheng Yee lama pada wajah aku. Aku tahu apa
yang dia fikir, ‘Saya tak jaga dia orang bos, manalah saya tahu’ tapi mulut dia
terkunci rapat.
“I di sini!”
Aku menoleh ke arah pintu besar bila mendengar suara
jeritan Elis. Elis yang tersengih-sengih membawa handbag dan komputer riba
berjalan mendekati aku di depan meja Cheng Yee.
“Rilaks la
bos. Ada lebih kurang...” Dia angkat tangan, pandang jam tangan. “Dua minit
lagi untuk punch card tukar warna.
Dia orang confirm sampai sebelum ni.”
Elis kenyit mata. “Pagi lagi bos, kita senyum!” Dia kemudiannya tarik sengih.
Lebar.
Automatik aku menggeleng
Kan aku dah cakap, si Elis ni tak makan saman. Dia aje
yang sanggup layan aku walaupun aku tahu perangai aku ni tak disukai semua.
Sebab itu jugalah aku perlukan dia.
“Morning!”
“Morning!”
“Assalamualaikum, selamat pagi!”
Baru aje aku melangkah masuk ke dalam bilik,
kedengaran sayup-sayup suara Najmi, Nadia dan Fakis dari luar. Aku melepas
nafas perlahan. Betul kata Elis.
Semua sampai sebelum punch card bertukar merah.
Elok aje aku duduk di atas kerusi, suasana di luar
bilik menjadi gamat dengan gelak tawa. Panas hati aku pandang semua seronok
ketawa bila Najmi melawak. Ditambah pula dengan cerita dari Nadia.
Semua pecah dengan ketawa. Termasuklah Elis.
Aku gigit bibir sendiri, geram. Lama aku menjeling ke
luar sehinggalah Cheng Yee perasan jelingan aku. Cepat-cepat dia mencuit Nadia
dan yang lain-lain. Beberapa minit kemudian, semua mereka kembali duduk di meja
sendiri.
Sunyi.
Dan mula fokus pada kerja.
Aku tarik nafas dalam-dalam.
Nak kena bagi jelingan dulu baru nak buat kerja? Mana
lah aku tak jadi ‘singa’ pada dia orang semua.
Haih.
“CIK BOS!”
Aku angkat mengalihkan pandangan dari skrin komputer
sekilas sebelum kembali fokus pada kerja. “Ya, Elis.”
“I dah buat research
pasal homestay semalam.” Elis tarik
kerusi depan meja dan terus duduk di situ. Tangannya laju meletakkan beberapa
keping gambar persekitaran Homestay Suka-Suka
yang di cetak dari laman web rumah inap tu. “Awesome, bos!” sambung dia lagi.
Aku jeling sekilas dan menamatkan perenggan terakhir
pada ruangan emel.
Regards,
Izaryn Ismail
Selesai menekan butang ‘send’, aku capai pula gambar-gambar rumah inap tadi.
“Garfield? Teddy bear?” Kening aku terangkat
seinci. Rumah-rumah kecil yang dicat cantik itu aku pandang lama.
Elis senyum lebar sebelum mengangguk beberapa kali.
Bersinar-sinar mata dia sambil cuba menerangkan satu persatu info yang dia
dapat dari laman web tu.
“Bukan itu je bos, ada Hello Kitty, Captain America,
Spiderman...”
Wah, unik juga. Selalunya aku dengar ada rumah yang
dicat rupa Hello Kitty dan setiap
hiasan dalaman dia berasaskan kartun tu. Tapi rumah inap ni penuh dengan karakter-karakter
lain.
Halaman rumah inap tu pula penuh dengan ciri-ciri
kampung yang mana sungguh ‘clash’
dengan hiasan rumah inap tu.
“Menarik...” komen aku perlahan.
“Kan, bos? I pun rasa ni boleh jadi benda baru untuk
orang yang nak bercuti. Lagi pun, tak jauh mana dengan KL. Senanglah nak pergi short gateway ke, habiskan weekend
ke...”
“Okay, kita boleh proceed.”
Senyum Elis makin lebar. “Satu lagi bos.”
Aku angkat kening tanda ‘apa?’
“Tuan Qamarul ada call I tadi. Dia cakap yang dia nak
jumpa bos lepas office hour nanti.”
“Kenapa dia tak call
I sendiri?” Tuan Qamarul, pengarah urusan syarikat percetakan ni. Bukan saja
cetak Majalah Oh My Travel, tapi ada juga beberapa majalah lain. Buku ilmiah
pun ada.
“Bos off
telefon.” Elis jeling smartphone aku
di atas meja. “Dan, telefon tu...” muncung dia beralih pula pada telefon
pejabat.
Aku senyum tawar sebelum menyambung kembali kabel yang
aku cabut. Memang itu la yang selalu aku buat bila aku nak fokus pada sesuatu
kerja. Cabut kabel telefon dan off smartphone.
Bukan apa, sebab aku tahu yang Elis mampu buat kerja
dia dengan baik. Segala apa info penting yang aku terlepas bila aku off semua tu, Elis akan sampaikan. Macam
situasi sekarang.
Sebab itulah aku memang perlukan Elis sebagai PA
walaupun kalau nak dikira, tak perlu
pun.
“Nak I ikut ke meeting
you nanti?”
“Yes,” jawab
aku sepatah.
“Tapi Tuan Qamarul kan ada cakap yang I tak perlu ada
pun bila dia meeting dengan bos.”
“You PA I ke, PA dia?”
Elis sengih lebar bila dengar jawapan aku.
“Tapi you free
ke lepas office hour nanti? Kalau you
ada kerja lain, tak apa. I pergi sendiri.”
“Tak ada pun bos. I free.”
Aku angguk perlahan. Ye lah, dah lebih office hour, tak boleh claim overtime pulak tu. Kalau aku paksa
jugak Elis ikut, dibuatnya Elis report dekat persatuan pekerja nanti, naya je
aku.
“Okay. Kalau macam tu, nanti you ingatkan I.”
Elis angguk sebelum bangun dari kerusi.
“Kereta I ke bos?”
“Yep. Macam biasa. I malas nak drive.”
“Okay bos.” Elis angkat tangan tinggi ke dahi sebelum
menghilang di sebalik pintu. Pintu bilik yang dibiarkan ternganga luas aku
pandang sekilas.
Memang dah jadi tabiat Elis, keluar tak tutup pintu.
Malas pulak aku nak bangun.
“Elis, you keluar bawa bos pakai kereta you, minyak
bos isi tak?”
Aku tak jadi bangun dari kerusi bila telinga menangkap
suara Nadia dari luar.
“I boleh claim
la...”
“Tapi you PA dia je, bukan driver. Menyampah pulak I tengok bila asyik you aje yang kena bawa
dia sana-sini.”
“La... I kan PA bos.” Elis tergelak kecil.
Kening aku terangkat tinggi bila dengar pernyataan
Nadia tadi. Salah ke kalau aku ajak Elis naik kereta dia dan suruh Elis drive?
“Elis... Elis... kesian you kena buli.”
Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembusnya perlahan. Cuba
bertenang. Tak ada gunanya aku nak terasa hati sangat dengan gosip-gosip dekat
ofis ni. Fokus aku cuma satu.
Oh My Travel kena masuk carta balik dan tak akan
dihentikan. Itu je. Yang lain-lain tu lantaklah dia orang nak cakap apa. Dan
bila mata terpandang Cheng Yee yang tersenyum-senyum bergayut dengan telefon,
darah aku makin menyirap.
“Cheng Yee! Kerja you dah siap ke? Banyak betul masa
you bergayut waktu ofis?” Aku melaung kuat dari dalam bilik. Terkulat-kulat
Cheng Yee pandang aku sebelum menamatkan panggilan.
Aku melepas nafas kasar. Belum sempat aku kembali pada
kerja yang tertangguh tadi, pintu bilik diketuk perlahan.
“Bos?” Najmi masuk tanpa dipinta. “Draf untuk artikel
Kathmandu tu I bagi lusa, boleh?”
Menggelegak terus darah aku bila dengar permintaan dia.
Masa yang aku beri pada dia bukannya sekejap. Dah hampir sebulan dia balik dari
assignment di Kathmandu. Takkanlah
tak siap lagi?
“No. By
today.”
“Tapi bos, semalam anak I sakit. Esok pulak I ingat
nak cuti sebab anak I tak sihat lagi.” Wajah Najmi berkerut-kerut minta
simpati. Aku tarik nafas panjang sebelum membalas pandangan dia.
“I don’t care, Najmi. I dah bagi masa lama
untuk you siapkan artikel tu. Bukan satu page,
tau. Empat. Empat page tu kalau you tak siapkan jugak, apa benda I nak
gantikan dekat ruangan tu? Muka you?”
Suara aku meninggi tanpa sedar. Memang pantang betul aku dengan orang yang suka
ambil mudah pasal kerja.
“I dah bagi masa pada you lama, Najmi takkan satu habuk pun you tak buat? Enjoy sangat dekat sana sampaikan you dah liat nak karang artikel? I tak
suka nak simpan jounalist banyak lemak macam ni. Dah buat assignment tu, kenalah siapkan!”
Muka Najmi sekarang dah biru kelabu pandang lantai.
Aku nampak bibir dia bergerak-gerak untuk membalas. Laju aje aku sambung.
“I tahu you nak jaga anak you sakit, tapi salah you
sebab you tak siapkan kerja waktu you
free sebelum ni. Habis tu free time
sebelum ni you buat apa? Bergosip?” Tajam anak mata aku menikam mata dia.
Najmi masih diam. Seisi pejabat juga diam. silaplah
Najmi buat permintaan macam tu lepas telinga aku panas dengar gosip Nadia tadi.
“I tak kira, I dah bagi masa cukup pada you so by today, Najmi, I nak draf tu.”
Aku tamatkan perbualan dan pura-pura tumpukan perhatian pada komputer di atas
meja. “You boleh keluar.”
Hilang saja kelibat Najmi di muka pintu, aku tarik
nafas panjang sebelum bersandar pada kerusi.
Kenapa semua orang kerja sambil lewa ni? Kenapa semua
orang tak serius nak majukan Oh My Travel? Sebab dia orang tak tahu yang Oh My
Travel akan dihentikan kalau tak perform?
Sebab dia orang tak tahu yang Oh My Travel sekarang ni
dalam keadaan bahaya dan dia orang semua take
it for granted? Asal buat? Asal ada?
Aduhai. Takkanlah sebab Oh My Travel ni bukan bapak dia orang punya, dia orang tak nak
jaga? Tak nak bertanggungjawab?
Tak kan lah kerja semata-mata untuk gaji je?
SUASANA di cafe itu. Lepas dengar aje arahan dari Tuan
Qamarul tadi, aku masih tak mampu bersuara. Elis di sebelah juga turut kaku tak
bergerak. Aku tahu dia terkejut.
Lebih terkejut dari aku.
“Takkan tak boleh tunggu sale bulan depan, tuan?” Aku cuba memujuk. “Benda ni drastik
sangat, tuan. Saya sendiri pun tak tahu nak bagitahu team macam mana...” Keluhan
terkeluar tanpa sedar.
“Sebenarnya dah lama I dapat report yang Oh My Travel tak dapat sambutan dan profit keuntungan
pun tak tinggi malah hampir rugi.” Tenang aje Tuan Qamarul menuturkan.
“Ryn,
you pun tahu kan keadaan ekonomi kita sekarang? I terpaksa hentikan pengeluaran
kalau itu tak boleh bagi syarikat keuntungan. Tolong faham.”
Aku gigit bibir perlahan. Aku ingat, kami masih ada
peluang hingga keluaran depan. Aku ingat, kami semua dapat diselamatkan.
Langsung aku tak percaya lepas 6 tahun uruskan Oh My Travel, akhirnya kena
hentikan juga.
“You jangan risau, Ryn. I ada jawatan lain untuk you
dekat syarikat ni.”
“Team I?”
Tuan Qamarul terdiam. Lama dia pandang anak mata aku
sebelum menjawab. “I akan bagi pampasan sebetulnya ikut kontrak.”
Itu tak penting. Yang penting, kerja. Jawatan.
Sekarang ni zaman syarikat buang orang. Nanti macam
mana dia orang nak cari kerja balik?
“Dia orang tak ada peluang untuk kerja dekat syarikat
ni lagi?”
“Syarikat kita sekarang ni pun dalam proses nak
hentikan perkhidmatan sesiapa yang tak perform,
Ryn. You know... ekonomi...”
Aku mengeluh panjang. Ya. Ekonomi. Ekonomi. Semua
tengah sesak tak kiralah syarikat kecil ke besar. Apatah lagi individu.
“I tak boleh buat apa-apa pasal ni, Ryn. Please tolong I untuk bagitahu semua team you.”
Senang je permintaan dia. Apa dia ingat, bila aku
bagitahu semua orang, kerja akan siap macam sepatutnya ke? Dia orang semua boleh
mogok tak nak siapkan keluaran bulan depan. Dia orang boleh report sebab tak bagi tahu awal-awal.
Dan... Macam-macam lagilah.
Aku pulak...
Aku pandang Elis yang masih membisu. Nampak sangat
wajah dia keruh bila dengar berita ni. Bukannya aku tak tahu yang Elis dah
banyak kali cari kerja sebelum kerja dengan aku.
Dan bila dapat kerja ni, berkali-kali dia berterima
kasih pada aku. Sebab bila dia dapat kerja, bolehlah dia tolong bagi belanja
dekat keluarga dekat kampung.
Dan, yang lain-lain? Dia orang semua pun ada komitmen
sendiri. Nadia nak bersalin, pastinya dia banyak nak pakai duit.
Najmi pulak, anak dah dua. Kalau dia berhenti, macam
mana nak sara anak-anak dia lagi?
Fakis dan Cheng Yee pulak, walaupun masing-masing single, macam mana dia orang nak hadap
hidup dekat KL ni bila dibuang kerja?
Haih, kusut!
“I harap you faham keadaan syarikat kita. Kamu semua
ada masa sehingga keluaran terakhir.” Walaupun nada suara Tuan Qamarul sangat
tenang, tapi tetap membuatkan jantung aku bagai dicincang lumat.
“Thanks,
Ryn. I memang perlukan khidmat you lagi dekat syarikat ni cuma Oh My Travel...”
Tuan Qamarul terhenti disitu. Sengaja membiarkan aku sambung ayatnya sendiri.
“Saya faham, tuan.” Lemah aku menjawab.
“So,” Dia bingkas bangun dari kerusi. “Apa-apa nanti I’ll call you back.”
Aku balas senyuman dia. Senyuman yang cukup plastik
aku rasa. Dan langkah dia keluar dari cafe aku hantar dengan pandangan mata.
Elok saja Tuan Qamarul hilang dari pandangan, Elis terus menoleh ke arah aku.
“Bos? Betul ke I tak mimpi?” Rendah saja suara dia. Masih
terkejut.
Aku hanya mampu angguk.
“Tapi kenapa bos? Kita elok je selama ni. Tak pernah
ada masalah pun?”
“You’ve heard
him, Elis.
Ekonomi. No profit. Bla... bla...”
Aku tongkat siku pada meja dan memegang kepala yang makin kusut. Tuan Qamarul
nak aku cakap pada the whole team?
Macam mana aku nak cakap? Takkan aku nak cakap yang ‘korang nak kena buang.
Tapi I tak kena buang’. Mahunya malam tu jugak tamat riwayat aku.
“Tapi bos...”
“Sebenarnya I dah kena warning last two months.” Aku bersuara tanpa mengangkat kepala.
“Tapi rasanya usaha I tak berhasil.”
“Sebab tu sejak dua menjak ni bos garang semacam?”
Aku angguk lagi. Garang ke? Aku rasa aku tegas je.
Sebab nak dapatkan hasil yang terbaik. Dan mungkin agak kasar sikit. Mungkin
agak bossy sikit.
Sikit...
“Tapi bos...”
“Tak ada tapi dah, Elis.” Aku angkat muka dan terus
berdiri. “Kunci kereta.” Aku tadah tangan pada Elis yang masih duduk di atas
kerusi. Terkulat-kulat dia pandang aku.
“Bos tak pegang kunci kereta sendiri ke?” Elis garu
kepala.
“Not mine,
yours.” Aku
sangkut beg tangan ke bahu.
“Hah?” Ternganga dia dengar jawapan aku. “Tapi...” Teragak-agak
dia buka beg sendiri dan hulurkan kunci kereta pada aku. “I nak balik nanti
macam mana bos?”
“Pakai kereta I.” Laju aje aku jawab.
“Kenapa bos tak pakai kereta bos je sekarang?” Elis
turut bangun, mengekori langkah aku keluar dari cafe. Berkerut-kerut kening dia
pandang aku.
“Sebab kereta I dekat ofis, Elis. You yang drivekan I ke sini, kan?”
“Oh... lupa.” Elis sengih. “Tapi bos, nanti saya nak
balik ofis macam mana?”
Aku keluarkan not RM50 dari purse sebelum meletakkannya ke atas tapak tangan Elis.
“Teksi.” Pendek aku menjawab.
“Tapi bos nak pergi mana? I nak ikut!”
Dan panggilan Elis selepas itu langsung aku tak
hiraukan. Langkah dipercepatkan ke arah Kelisa biru gelap milik Elis.
Elok saja aku duduk di tempat pemandu, pintu dikunci rapat
dan aku terus bersandar pada kerusi. Mata dipejam rapat. Automatik kata-kata
Tuan Qamarul tadi kembali berlegar di kepala.
Kusut. Aku kusut.
Macam mana aku nak berhentikan semua orang dan aku
akan dapat jawatan baru dekat syarikat tu?
Ya, aku bos yang buat anak buat menyampah, tapi
sanggup ke aku duduk dengan jawatan baru dan tengok aje yang lain-lain kena
buang?
Urgh! Kusut!
>>>Bersambung
http://illashanahila.blogspot.my/2017/04/teman-lelaki-cik-bos-bab-3.html
http://illashanahila.blogspot.my/2017/04/teman-lelaki-cik-bos-bab-3.html
1 comment:
Akak tak nak sambung ke ?? Hihi
Post a Comment