BAB 7
WAJAH
DOKTOR Mahfuzah dipandang lama. Walaupun air muka lembut itu melemparkan senyum
manis, namun entah kenapa senyuman itu nampak lain benar gayanya.
Hampir
seminggu menunggu, barulah dia dapat panggilan dari pihak hospital. Terus saja
dia memandu sendiri ke sini. Nasib baiklah dia memang ada di butik hari tu,
jadi untuk ke hospital ini tak adalah jauh mana.
Bila
dia diarahkan untuk rujuk pada doktor lain, dia makin rasa tak sedap hati.
Berkali-kali
dia memandang wajah doktor dan dekstop
yang menunjukkan imej bahagian otak yang mungkin keputusan dari pemeriksaan
yang dia buat tempoh hari. Walaupun satu pun dia tak faham apa makna pada imej
yang terakam, namun jauh di sudut hatinya dia tahu, ada benda tak elok bakal
berlaku.
“Macam
mana, doktor? Saya penat sangat? Tak cukup rehat?” Wajah Doktor Mahfuzah direnung
lama meminta kepastian. Kali ini, senyumannya makin pudar dan terus hilang dari
wajah.
Dada
Najwa mula berdebar laju.
“Cik Najwa, I’m sorry to
tell you this, it’s cancer.”
Najwa
terkesima. Sebaik saja mendengar perkataan penyakit yang digeruni semua orang
tu, telinganya bagaikan gagal berfungsi.
“Tumor
yang ada di sini makin membesar...” Bibir Doktor Mahfuzah bergerak-gerak
berkata sesuatu sambil menunjuk pada imej pada dekstop. Namun satu pun tidak
melekat di telinga.
Kanser?
Kenapa
kanser?
Kenapa
sekarang?
Dia
mimpi, kan?
“Cik
Najwa kena datang hospital untuk regular
check up. Kalau boleh, bawa keluarga sekali, ya?”
Lidahnya
terkunci. Tak berkedip dia pandang wajah doktor yang masih menerangkan sesuatu
di kerusinya.
Kenapa
dia?
NAJWA
memberhentikan keretanya tepat di hadapan tasik Seksyen 2 yang terbentang luas.
Sengaja dia melencong ke sini lepas keluar dari hospital tadi. Di dalam kereta,
air mata yang ditahan-tahan dari bilik Doktor Mahfuzah tadi keluar tanpa
diseka.
Dengar
perkataan kanser saja dah buat dia gerun. Ini pulak bila tahu yang tumor di
otaknya makin membesar.
Najwa
meraung sendiri. Kedua-dua tangannya diletakkan pada stereng kereta sebelum
menyembamkan muka ke situ.
Air
mata mengalir semahunya sehingga membasahkan riba. Berkali-kali soalan yang
sama ditanya dalam hati. Kenapa dia? Macam mana dengan impian dia? Macam mana
dengan apa yang dia rancangkan selama ni?
Dengan
tumor di otak yang dia ada sekarang, sempat ke dia balas jasa mama dan abah
sebelum dia pergi? Sedih bila fikirkan dia yang sepatutnya jaga mama dan abah
tapi sebaliknya dia orang yang terpaksa tanggung sedih dan jaga dia nanti.
Memikirkan
masa yang dia ada dah tak lama di dunia ni membuatkan jiwa terasa tersiksa. Dia
takut.
Sungguh,
kalau nak dikira dia langsung tak sedia untuk hadap kematian.
Penat
meraung sendiri, Najwa bersandar lemah pada kerusi sambil melarikan pandangan
ke depan. Permandangan senja di hadapannya langsung tak membuatkan hati dia
tenang.
Dia
mengerling ke kerusi sebelah bila telefon pintarnya berbunyi nyaring. Nama Izzat
pada skrin dibaca sekilas. Bila panggilannya tak bersambut, WhatsApp pula dihantar berkali-kali.
Are you
okay? Kerap sangat awak pengsan dua tiga hari ni. Tolong jawab, Najwa. Saya
risau. - Izzat
Najwa
hampir gila. Sakit yang hidap sekarang pasti akan buat dia merana. Siapa nak
jaga dia? Takkan nak susahkan mama dengan abah? Apa akan jadi pada butik dia?
takkan nak harapkan Marisa saja?
Macam-macam
soalan yang keluar dalam kepala dia sekarang dan jawapan yang dia terima cuma
satu.
Masa
yang dia ada tak lama.
Dan
dia belum pun puas dengan pencapaian yang dia ada sekarang.
Satu-satu
lelaki yang dia cinta pula pernah curang dibelakangnya. Macam mana dia nak
harapkan Izzat untuk jaga dia nanti?
Berjam-jam
dia termenung sendiri sehinggalah kepala kembali terasa sakit. Akhirnya kereta
dibawa ke hotel Grand Blue Wave yang terletak tak jauh dari situ.
Selesai
solat Isyak, dia termenung lagi. Nasib baiklah dalam kereta memang tersedia
telekung yang dia bawa kemana sahaja. Walaupun tak ada persalinan untuk
bermalam di hotel, dia tetap juga ingin rehatkan diri disini.
Waktu
telefon mamanya tadi, sedaya upaya dia cuba kawal suara. Nasib baiklah Puan
Anisa tak banyak tanya bila dia cakap yang dia ingin bermalam di hotel beberapa
hari atas urusan kerja.
Dia
sendiri tak tahu berapa banyak dia menangis mengenang dugaan berat yang
terpaksa dia lalui.
Bila
sekali lagi nama Izzat keluar pada skrin OPPO, tangan laju saja menyambungkan
talian.
“Awak
betul-betul sayang saya?” Soalan itu laju saja meluncur keluar dari bibirnya
tanpa ditahan.
“Najwa,
kenapa ni?”
Soalan
Izzat membuatkan air matanya kembali bertakung.
“Datang
jumpa saya esok. Nanti saya bagtahu dekat mana.” Tanpa menunggu jawapan Izzat,
talian terus diputuskan dan segala isi hati diluahkan di atas tikar sejadah.
TEH
LEMON PANAS diteguk perlahan sebelum dia memberanikan diri melawan renungan
mata Izzat di hadapan. Dia tahu Izzat pelik bila dia tiba-tiba tanya soalan tu
semalam.
“Awak
betul nak kahwin dengan saya?”
Kening
Izzat terangkat tinggi mendengar soalan dia. Sekilas kemudian, dia mengangguk
laju.
“Awak tak marah
saya lagi?” soal Izzat. Sengaja dia menayangkan riak biasa walaupun dalam
hatinya penuh dengan soalan.
Mustahil Najwa
cepat sangat maafkan dia lepas apa yang jadi kali terakhir mereka jumpa.
“Awak betul-betul
boleh terima saya seadannya? Akan sayang saya sampai bila-bila?” Suara Najwa
berubah rentak. Entah kenapa, bayangan menakutkan datang setiap kali dia
teringatkan penyakit yang dihidapinya sekarang.
“I love you so much, Najwa. Saya tahu
saya pernah buat salah tapi please,
bagi saya peluang untuk buktikan yang saya betul-betul cintakan awak. Akan jaga
awak sampai bila-bila.” Panjang jawapan dari Izzat. Semua rasa pelik ditepis
dari hati.
Najwa tarik nafas
panjang. Anak mata Izzat direnung lama, mencari keikhlasan.
“Baiklah. Tapi
sebelum tu saya nak bagitahu awak satu benda.” Sedaya upaya dia kawal suara
sendiri. “Saya ada tumor, Izzat. Dan doktor cakap mungkin peluang saya hidup
dah tak lama.” Najwa tunduk, memandang riba. Nafas ditarik dalam-dalam, menahan
air mata dari jatuh ke pipi.
Dengar saja
pengakuan Najwa, Izzat ternganga. Sungguh, dia langsung tak jangka apa yang
keluar dari mulut Najwa sekarang ni.
“Dan saya faham
kalau awak tarik balik keputusan awak tadi.” Perlahan Najwa menggumam sendiri
namun cukup jelas pada telinga Izzat.
Izzat masih diam.
dia sendiri keliru dengan apa yang baru dia dengar.
“Tumor?”
Najwa angguk lemah.
Setiap kali dengar perkataan tu, setiap kali jugalah dia rasa perit di dada.
“Awak okey?”
“Buat masa
sekarang, okey. Tapi esok lusa, saya tak tahu.” Bibir digigit perlahan. cuba
membuat rasa sedih yang makin membuak. Entahlah. Walaupun dah semalaman
menangis meratapi, dia masih tak dapat terima kenyataan yang satu ini.
“Tak boleh buat
pembedahan?”
“Boleh. Tapi effect lepas pembedahan nanti boleh jadi
macam-macam. Saya takut...” Najwa hampir meraung lagi. Mujur saja dia ada di
restoran, kalau dalam butik sendiri rasanya dia dah meraung dekat situ juga.
“Saya takkan tarik
balik keputusan tadi, sayang. Saya akan nikah dengan awak.”
Jawapan Izzat
membuatkan kedua matanya bersinar terang. Tepat jangkaan dia, Izzat memang
benar-benar sayang dan sanggup terima dia walau apa keadaan sekali pun.
“Betul?”
Izzat senyum
mengangguk.
Hati dia bagaikan
kembali hidup bila nampak anggukan tunangnya.
“Walaupun nanti
awak akan jaga saya yang sakit dan tak mampu buat apa-apa?”
“Saya sanggup,
sayang.”
Najwa senyum pahit.
Air mata yang mengalir tadi dikesat dengan belakang tangan.
“Walaupun saya
hanya ada masa tak sampai setahun lagi untuk hidup?”
Izzat angguk lagi.
Nampak saja
anggukkan Izzat, Najwa menangis lagi. Sungguh dia tak kuat. Dia tak nak
susahkan mama dengan abah untuk jaga dia. Dia yang sepatutnya jaga mama abah
tapi apa yang bakal berlaku nanti adalah sebaliknya.
“Terima kasih, Izzat.
Terima kasih banyak-banyak. Saya baru saja rasa yang dunia ni tak adil bila
dapat tahu yang saya ada sakit ni...” Najwa gigit bibir menahan rasa. “Tapi
awak sanggup...”
“Saya sayang awak, Najwa.
Apa pun keadaan awak, saya terima. Sekarang ni satu je, kita percepatkan majlis
nikah. Cepat sikit saya boleh jaga awak.”
Sedih yang merajai
hati dia sepanjang malam makin tenang. Kesungguhan Izzat untuk terima dia walau
bagaimana keadaan dia nanti sedikit sebanyak sejukkan rajuknya.
Nasib baiklah dia
belum buat keputusan untuk putuskan pertunangan. Nampaknya kali ini Nasrin
salah. Izzat benar-benar sayang dia dan buktinya, Izzat masih sanggup ambil dia
sebagai isteri.
***
No comments:
Post a Comment