Assalamualaikum dan hai!
Dah hampir sebulan trip Kembara Blogger ke Johor berlalu tapi pengalaman bermalam di UK Farm Kluang Johor ni memang aku tak boleh lupa.
UK Farm sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan United Kingdom. UK Farm diberi nama sempena nama owner iaitu Goh Un Keng, maka jadila UK Farm. Ini di Mr Goh. Dengar dia punya talk memang boleh kasi semangat naik betul.
Salah satu yang aku paling ingat, apa yang dia cakap adalah
"Kalau bodoh boleh belajar, kalau malas, tak ada ubat"
Ha... makan dalam tak? Jadi jangan malas-malas.
Salah satu yang aku paling ingat, apa yang dia cakap adalah
"Kalau bodoh boleh belajar, kalau malas, tak ada ubat"
Ha... makan dalam tak? Jadi jangan malas-malas.
Info dari UK Farm - UK Farming Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2003 bermula dengan hanya 2 hektar tanah yang terletak di Parit Yaani, Johor Malaysia. Kambing Jamnapari di sini adalah diimport dari Indonesia dan perniagaan awal kami melibatkan pengeluaran susu kambing segar, daging kambing dan produk peralatan mandi komersialisasi. UK Farm juga mempunyai reputasi sebagai ladang penternakan kambing yang terbesar di Malaysia, dengan 130 hektar tanah penggembalaan untuk 4000 kambing. Ia merupakan sebuah ladang yang menggunakan kaedah paling moden dalam penyelenggaraan kambing.
Apa yang menarik dekat sini sebenarnya?
Banyak! Salah satunya, kepada yang ingin belajar macam mana untuk memelihara kambing, UK Farm ada sediakan khidmat untuk belajar. Dekat sini juga pengunjung akan dibawa ke seluruh kawasan ladang.
Banyak benda yang boleh dilakukan di sini. Jom tengok gambar aktiviti kitorang dekat sana.
Kata Mr. Goh, nak dapat susu kambing dan daging kambing yang elok, kena jaga makanan dan tidur dia. Jadi dia akan pastikan makanan yang diberi pada kambing adalah yang terbaik dan kambing dia akan dapat tidur lena tanpa lalat atau nyamuk.
Tapi betul, memang tak ada lalat pun dekat kandang kambing tu. Hebat betul!
Turun dari 'rumah' kambing, kitaorang gerak ke tempat perah susu yang tak jauh dari situ. Sebelum ni aku ada pengalaman perah susu lembu dekat Taiwan, jadi nak tengok la juga macam mana dia orang ambil susu kambing dari kambing ni.
Macam ini rupanya cara moden untuk dapatkan susu kambing. Dah tak ada cara dulu-dulu perah pakai tangan. Lambat. Pakai mesin khas ni sekejap je dapat kuantiti yang dikehendaki.
Melawat kandang kambing.
Pengalaman baru buat aku sebab tak pernah pun masuk kandang kambing sebelum ni. Apa yang best, dekat luar je ada bau kambing sikit tapi bila dah naik dalam 'rumah' kambing tu, bau tahi kambing hilang! Magic tak?
Bas yang bawa kami pusing satu ladang |
Rumput khas untuk makanan kambing yang dibeli benih dia dari Thailand. |
Tapi betul, memang tak ada lalat pun dekat kandang kambing tu. Hebat betul!
Dalam 'rumah' kambing |
Ini la peluang nak selfie dengan kambing, kehkehkeh |
Turun dari 'rumah' kambing, kitaorang gerak ke tempat perah susu yang tak jauh dari situ. Sebelum ni aku ada pengalaman perah susu lembu dekat Taiwan, jadi nak tengok la juga macam mana dia orang ambil susu kambing dari kambing ni.
Sesi perah susu kambing |
Blogger Shiqin Sunshine dan Alja sempat posing waktu minum susu kambing fresh dari ladang =) |
Sesi merasa susu kambing |
Pengakuan jujur aku. Susu kambing dekay UK Farm ni langsung tak ada rasa hamis. Serius, minum banyak kali pun takpe. Susu kambing UK Farm ada dalam bentuk asli, chocolate dan juga yougurt. Semua aku suka!
Oke. Habis berkenaan kambing, kita orang dibawa pula ke tempat seterusnya.
Haaa rumput dekat belakang itulah rumput khas untuk makanan kambing dekat sini. Benih dia dari Thailand. |
Singgah ke taman rusa |
Kolam itik pun ada |
Letak makanan dalam tu dan zuppp. itik dapat makan! Jangan baling, karang kena dorang. |
Ayam pun ada |
Burung unta pun ada jugak |
Habis pusing dekat kandang haiwan yang ada, kami gerak pula ke satu perkampungan orang asli dekat sini iaitu perkampungan puak Jakun
Banyak sebenarnya tempat menarik yang ada di UK Farm ni, cuma sebabkan kekangan masa, tak sempatlah kami nak tengok semua benda yang ada. Sebelum aku undurkan diri, jomlah tengok gambar-gambar lain di sekitar UK Farm. Kami bermalam dekat sini juga satu malam tapi untuk tu, aku buat post lain lah. Dah panjang sangat ni. =)
Bai!!
Antara produk keluaran UK Farm |
Untuk info lanjut, korang boleh rujuk di bawah ni
-
-
-
UK AGRO RESORT
Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-759 7555
Fax : +607-759 7991
H/P : 013-778 7235 / 013 - 722 2299
Website: www.ukfarm.com.my
Email: info@ukfarm.com.my
No comments:
Post a Comment