Monday, 16 October 2017

Kampung Sungai Melayu, Eco Tourism Village

      
Assalamualaikum dan hai!

Ha... ingat tak pasal trip ke Johor tempoh hari?
Harini daku nak cerita pasal tempat pertama yang kami singgah sebaik saja sampai di Johor.



Hampir jam 12 tengah hari, peserta kembara bloggers sampai di Kampung Sungai Melayu, Johor Bharu dari Kuala Lumpur. Setelah kepenatan di dalam bas berjam-jam di highway, kita orang disambut meriah dengan paluan kompang dan senyuman manis dari penduduk kampung. Terus je penat tu hilang!

Kampung Sungai Melayu merupakan sebuah kampung kecil yang terletak di sepanjang kawasan paya bakau dan sungai yang memisahkan Johor dan Singapura.


Sungai di Kg Sungai Melayu menyimpan banyak khazanah termasuklah menjadi tempat penternakan kupang yang rasanya terbaik di Malaysia, ketam bunga dan pelbagai jenis ikan. Sebaik saja tiba di kampung ini, kami diberi peluang untuk menyusuri sungai dengan menaiki bot kecil sepanjang paya bakau dan juga ke tempat pembiakan kupang. Teruja betul bila tengok sendiri macam mana penduduk kampung menternak kupang di sini.

Jeti untuk ke bot-bot kecil

Menyusuri sungai

Melalui kawasan paya bakau

Jeti di Kampung Sungai Melayu



Kupang terbaik di Malaysia

Kawasan penternakan kupang di Kg Sungai Melayu

Rupanya  ada cara untuk membezakan kupang betina dan juga kupang jantan. Selama ni main makan je tak kira jantan atau betina. Datang ke sini, barulah daku tahu yang mana satu jantan, yang mana satu betina. Selama ni main makan je!
Yang warna pekat sikit tu betina. Yang kecil sikit tu jantan =)

Pengunjung yang datang ke kampung ni boleh merasai sendiri pengalaman menghayati permandangan di sepanjang sungai, melihat pelbagai jenis burung migrasi, menangkap ketam dan memancing.

Kalau nak tahu, kampung ni juga terkenal dengan lokasi migrasi pelbagai jenis burung. Waktu ke sini, kita orang bernasib baik sebab sempat menyaksikan pelbagai jenis burung migrasi kerana musim sejuk di luar negara sudah bermula dan pelbagai jenis burung datang ke sini untuk membuat penempatan sementara.

Antara jenis bakap yang ada di pesisir sungai




Kami sempat juga cuba menangkap ketam tapi malangnya, tak ada hasil yang kita orang dapat disebabkan masa yang dihabiskan dekat sana tak panjang.



Selesai membuat lawatan dengan bot, kami dihidangkan dengan makanan tempatan yang sangat menyelerakan. Yang paling menyerlah, kupang dari tempat penternakan tadi juga turut dihidangkan.

Kupang terbaik di Malaysia ada di Johor tau!


Makanan tengah hari yang awesome!

Tak dapat dinafikan lagi, dalam banyak- banyak kupang yang daku makan, kupang di Kg Sungai Melayu inilah yang paling terbaik. 

Dekat sini juga ada rakithouse yang disediakan untuk kumpulan-kumpulan yang ingin bermalam di atas rakit sambil membuat pelbagai aktiviti yang disediakan di sini. 


Antara aktiviti yang disediakan di sini adalah:-

-Boat Tour                    -Local Product
-Bird Watching           - Fisherman Lifestyle
-Crab Catching            - Malay Traditional Lifestyle
-Traditional Game
-Seafood

PAKEJ-PAKEJ YANG DISEDIAKAN

 1- Boat Tour Package (RM35 seorang)
*Menyusuri paya bakau
*Menangkap ketam
*Melawat kawasan penternakan kupang
*Melawat kawasan sejarah (Tentera Jepun menjadikan kampung ini sebagai kubu untuk menyerang Singapura sewaktu Perang Dunia Kedua.

2- Learning Package (RM25 seorang)
*Menangkap ketam
*Menjala
*Pertunjukan produk tempatan
*Membuat kraftangan

3- Malay Kampung Trail (RM30 seorang)
*Melawat rumah tradisional
*Melawat petting zoo
*Pertunjukan kain sarung dan kain batik
*Permainan tradisional
*Pertunjukan produk tempatan

4- Fishing Package 
8.00am to 5.00pm (RM25 seorang)
8.00 am to 9.00 pm (RM 30 seorang)
7.00pm to 8.00am (overnight) -Termasuk 2 bilik @ rakithouse dan barbeque kitchen (RM50 seorang

5- Bird Watching
*Melihat burung migrasi dari November hingga March setiap tahun

Lain-lain aktiviti yang akan datang adalah kayak dan tempat perkhemahan.

-
-


Alamat
Kampung Sungai Melayu, Nusajaya (Iskandar Puteri),
80200 Johor Bharu,
Johor Malaysia.
Pn. Sharifah (019-7045904
FB: SUNGAI MELAYU ECO TOURISM
Emel: sungaimelayuecotourism@gmail.com

Terima Kasih: 
Tourism Johor
MITA
Penduduk Kampung Sungai Melayu

No comments: