Thursday, 26 October 2017

Menginap di Hotel Amari Johor Bharu

Assalamualaikum dan hai!

Waktu mengikuti Kembara Bloggers ke Johor Bharu tempoh hari, daku dan rakan-rakan media yang lain berpeluang merasai sendiri kemewahan menginap di hotel 5 bintang yang baru saja dibuka di Johor Bharu.



Terima Kasih Hotel Amari dan Tourism Johor.


Masuk saja ke lobi Hotel Amari, memang daku terus rasa kagum. Aura mewah dan 'lima bintang' tu terus terpapar di mata. Nak pula, Puan Bobby, Director, PR & Communication Amari Hotel yang menyambut pihak media dan bloggers begitu ramah dan baik hati.






Hotel Amari terletak di tengah-tengah bandar berdekatan dengan Komtar JBCC, City Square Shopping Mall dan Persada Convention Centre. Kalau menginap dekat sini, nak pergi Pasar Karat pun boleh jalan kaki je. City Square pun bertentangan saja dengan hotel. Senang!




Di lobi hotel



Lobi Amari Hotel yang memukau

Breeze Spa

Breeze Spa

Breeze Spa





Gym yang disediakan


Apa yang membezakan Amari Hotel dengan hotel yang lain, dekat sini ada Amaya Food Gallery yang daku boleh jamin semua pengujung hotel pasti sangat berpuas hati dengan semua makanan yang disediakan. 













Cara persembahan setiap kaunter dan bahagian makanan yang unik dan menarik membuatkan perut yang lapar pasti berkeroncong kembali. Tengok saja setiap hidangan dari pelbagai jenis menu di Amaya Food Gallery, daku sendiri rasa tak nak bangun dari meja makan. 

Best!


Jom tengok bilik superior, bilik yang menjadi best selling di Amari Hotel Johor Bharu ni.















(Gambar dari Amari.com)



Sebenarnya banyak lagi bilik-bilik yang disediakan untuk pelbagai jenis tetamu. Yang terus link dengan kolam renang pun ada. Kalau nak tahu apa lagi yang menarik di Amari Johor Bharu, jom terjah link ni:-





'" A short walk to Singapore Immigration CIQ, the Johor Bahru Heritage Trail, Bazar Karat Night Market, Sultan Abu Bakar Mosque, Johor Premium Outlets (JPO), LEGOLAND Malaysia and Hello Kitty Town are all less than 25 minutes away while both Senai International Airport and Changi Airport Singapore can easily be reached."

-Amari Hotel Johor Bharu-





Jika ke Johor Bharu, jangan lupa masukkan Amari Hotel dalam senarai hotel korang. Selamat bercuti!





No.82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia 
T +60 (7) 266 8888 

No comments: