Assalamualaikum dan hai!
Selepas melawat
Kampung Sungai Melayu, kembara blogger diteruskan ke Iskandar Puteri untuk ke
Sanrio Hello Kitty Town.
Pintu Masuk Hello Kitty Town |
Bersama Rakan Media dan Blogger |
Siapa yang tak
kenal Hello Kitty? Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia kenal Hello
Kitty yang comel tu dan apa yang paling best, di Puteri Harbour, Iskandar
Puteri, Johor, semua orang boleh merasai keseronokan bermain-main di Hello
Kitty Town!
Banyak aktiviti
menarik yang boleh dilakukan di Hello Kitty town ini dan pada peminat Hello
Kitty, Sanrio Hello Kitty town adalah tempat yang wajib dikunjungi jika anda ke
Johor.
Hello Kitty Town |
Bermula dengan bandar Hello Kitty yang dihias cantik berwarna merah jambu, hinggalah ke setiap permainan yang disediakan, Red Bow Cafe, Cinnamaroll Cafe, dan kedai cenderamata, Hello Kitty Town pasti tak akan mengecewakan setiap pengunjung yang datang.
Red Bow Cafe |
Red Bow Cafe |
Kedai Cenderahati |
Illa sendiri pun
rasa nak je beli semua pastries dan kek yang ada di cafe tu. Semuanya dengan
corak Hello Kitty yang comel!
Cakes and pastries |
Tepat jam 4.30
petang, kami dihiburkan dengan persembahan Candy Parade. Rasa teruja waktu ni
memang tak terbendung lagi. Teruja betul bila nampak Hello Kitty, Daniel dan
beberapa lagi maskot yang comel di pentas persembahan.
Candy Parade |
Nak tahu apa lagi hiburan yang ada di Hello Kitty Town? Ha... ini dia!
-
-
-
-
WEEKDAY
Meet & Greet
Hello Kitty
Dream Photo Garden, Level 1
11.30 am and
2.00 pm
My Melody
Dream Photo Garden, Level 1
12.00 pm and
3.00 pm
Bad Badtz-Maru
Dream Photo Garden, Level 1
12.00 pm and
3.30 pm
Mini Show with Meet & Greet
Purrfect Stage Performance
Purrfect Stage, Level 1
1.00 pm
Candy Parade
Parade Route, Level 1
4.30 pm
WEEKEND/SCHOOL
HOLIDAY/PUBLIC HOLIDAY
Meet & Greet
My Melody
Dream Photo Garden, Level 1
11.00 am
Bad Badtz- Maru
Dream Photo Garden, Level 1
11.00 am and
3.00 PM
Hello Kitty
Dream Photo Garden, Level 1
11.30am, 1.00pm
and 4.00pm
Mini Show With Meet & Greet
Purrfect Stage Performance
Purrfect Stage, Level 1
12.30 pm and
3.30 pm
Candy Parade
Parade route, Level 1
2.00pm and 5.00
pm
Selain Sanrio Hello
Kitty Town di tingkat 1, ada juga pelbagai lagi watak-watak kartun yang ada di
sini termasuklah Angelina Bellerina, Pingu, Bob The Builder dan Barney di
tingkat 2 dan Thomas Town di tingkat tiga.
With barney! |
Pingu Igloo |
Bob The Builder |
Masing-masing mempunyai keseronokan yang berbeza dan percayalah, sekali masuk sini memang susah nak keluar! Syurga juga buat semua kanak-kanak terutama untuk yang tak gemar bermain outdoor sebab dekat sini, semua permainan dan aktiviti dilakukan indoor.
Kita orang yang dah tua bangka ni pun sempat cuba naik Harold’s Helitour, Bertie the Bus dan juga Bumping Buffers Steamies & Diesels bumper car! Serius seronok!
Bertie The Bus |
Bumper Car |
Harold's Helitour |
Mc Bun Cafe |
Jadi jom, tak rugi bawa family ke sini!
Alamat:
Sanrio Hello
Kitty Town
Persiaran Puteri
Selatan, Puteri Harbour
79000 Iskandar
Puteri
Johor, Malaysia.
1300-88-326459
Ticketing: www.puteriharbour.com
FB: Sanrio Hello Kitty Town
IG: santiohellokittytown
*Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.*
*Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.*
Terima kasih:
Tourism Johor
Sanrio Hello Kitty Town
*****
*****
2 comments:
syoknya...macam nak repeat pegi lagi
syok kan kak. =)
Post a Comment