Assalamualaikum dan hai!
Untuk post ni, kita skip dulu hari-hari di Seoul, dan illa nak cerita tentang trip ke Johor bermula 12 Oktober lepas. FAM Trip ke Johor kali ini memang illa tunggu- tunggu sebab apa, bila tengok je itinerary dia, terus je setuju nak ikut. Bila dah sampai sana, apa lagi, memang teruja habis!
Dengan rasminya, lawatan ke Johor tamat semalam. Alhamdulillah, walaupun sedikit kepenatan, tapi rasa teruja untuk pergi ke semua tempat yang dirancang mematikan segala penat yang ada.
Untuk trip ni, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Johor terutama En Ahmad Nizam, Fify, Eika dan Kak Rose, Tourist Guide terbaik, Pak Sheikh, Blooggers Media, rakan media dan bloggers yang turut sama sertai trip yang awesome ni.
Okeh.
Antara tempat menarik di Johor
yang kami sempat pergi adalah
-
-
-
-
-
-
Kampung Sungai Melayu, Johor Bharu
Di sini, kami sempat dibawa
menyusuri sungai yang menempatkan kawasan paya bakau, tempat penanaman kupang
yang terbaik di Malaysia dan juga aktiviti menangkap ketam. Best!
Expo Johor Berkemajuan
Expo yang bermula pada 6 sehingga
14 Oktober 2017. Expo ni banyak menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang
dicapai oleh kerajaan Johor dan rakyat-rakyat di negeri Johor.
Sanrio Hello Kitty Town
Kalau ke JB, memang sayang sangat kalau tak singgah ke Hello Kitty town ni. Banyak benda menarik yang menanti
korang dekat sana =)
Nama Legoland Malaysia dah tak
asing lagi. Jika ke Johor, wajib singgah ke Legoland untuk rasai sendiri
pengalaman di taman tema yang bertaraf dunia ini.
Lawatan sepanjang hari diserikan
lagi dengan hidangan ala-ala kampung di Restoran Laman Seni Warisan. Apa yang
paling menarik, sambil makan, pengunjung akan dihidangkan juga dengan
persembahan tarian tradisional dari pihak restoran.
Pasar Karat dan JB memang tidak
boleh dipisahkan. Tak lengkap kunjungan korang ke Johor Bharu jika tak membeli
belah di pasar ini. Semua benda pun ada!
Bertuah rasanya bila diberi
peluang untuk menginap di Hotel Amari ini walaupun hanya untuk semalaman.
Layanan dari pihak hotel membuatkan hari-hari yang letih menjadi tenang.
-
-
-
-
-
-
-
Hari kedua pula, kami gerak ke
Desaru untuk ke
Seronok betul bila dapat dengar
dan belajar tentang tumbuhan, herba dan sayuran dari pihak Desaru Fruit Farm.
Sambil belajar, sambil makan buah-buahan yang segar dari ladang!
Makan tengah hari kami menjadi
yang paling enak di Johor bila disajikan dengan makanan tradisional Johor
dengan berlatarkan rumah kampung dan orang-orangnya yang peramah.
Jika selama ini hanya perumpaan ‘macam
belangkas’ saja yang sering didengar, kali ini kami ditunjukkan rupa belangkas
yang sebenar. Teruja!
Hari beransur petang, kami tiba
ke kawasan rumput hijau yang saujana mata memandang. Bangga juga bila di Johor
terdapat kawasan padang golf yang bertaraf dunia seperti di The Els Club ini.
Makan malam di Restoran Nelayan
Bila ada di kawasan pinggiran
pantai, tak sah kalau tak rasa makanan laut di kawasan tempatan. Di Restoran
Nelayan, kami disajikan dengan makanan laut yang segar dan enak!
-
-
-
-
Hari ketiga
Sebagai peminat kopi, mengunjungi
kilang kopi di Kluang Coffee memang akan membuatkan diri teruja!
Zenxin Farm sangat sesuai untuk
keluarga yang ingin mengabiskan masa dengan sesuatu yang berfaedah bersama
anak-anak. Banyak aktiviti yang disediakan di sini termasuklah cara berkebun.
UK Farm berasal dari Un Keng
Farm, iaitu nama pemilik ladang ini. Pengalaman mengikut farm trip dan bermalam di sini memang
takkan dapat dilupakan.
4 HARI 3 MALAM yang menyeronokkan
bila illa dapat pergi ke antara tempat perlancongan yang terbaik di Johor ni.
Itu saja? Mestilah tak! Untuk
details dan gambar tempat yang illa pergi tu, kita tunggu post seterusnya ya.
Bye!
*****
No comments:
Post a Comment