[Bab
11]
BAIKLAH. Dengan ini aku
isytiharkan yang aku akan kurangkan kehadiran aku ke Iris Cake House berkuat
kuasa bermula dari hari ini
Satu,
sebab aku memang dah tak ada motif untuk ke sana sebab mulai sekarang aku akan
dengar nasihat Paan. Kurangkan berniaga. Jadi, tak perlulah aku nak tumpang
WiFi kedai tu, kan?
Dua,
sebab malaun tu.
Habis.
Aku
boleh je hidup kalau tak pergi cafe tu sehari, kan? Lagi pulak, dekat rumah pun
aku boleh minum kopi. Satu bungkus white
coffee yang aku beli entah bila dekat dapur tu pun banyak lagi.
Kopi 3 in 1. Walaupun tak senikmat kopi yang
Ajim buat tu, tapi bolehlah.
Dan
sekarang, aku mengeluh untuk entah ke berapa kali. Mata masih memandang tepat
pada papan putih yang diconteng pelbagai formula dari tadi tanpa sikitpun
beralih. Cuma fikiran saja yang melambung jauh keluar dari dewan kuliah.
Sepanjang
dalam kelas Dr. Mahmud, sikit pun aku tak boleh tumpukan perhatian. Sesekali
tangan aku sibuk mengeluarkan telefon bimbit dari bawah meja. Dan bila aku
terpandang Paan yang berada tak jauh dari meja, laju saja tangan menyimpan
kembali telefon pintar tadi.
Jelingan
Paan boleh membawa maut betul!
Tumpuan
aku akhirnya kembali pada lecture Dr.
Mahmud di depan. Gerak geri Dr. Mahmud yang menerangkan itu dan ini hanya masuk
ke telinga aku bagai angin lalu.
Minggu
ini, aku lalui hidup seperti biasa. Kelas, tutorial dan assignment bersilih ganti. Beberapa WhatsApp yang masuk untuk
order barang terpaksa aku balas hampir lewat malam.
Dan
ada jugak yang aku terpaksa cakap stok habis walaupun aku boleh saja ambil stok
baru daripada pengedar.
Bulan
ni aku ada misi. Misi untuk lulus semua subject
untuk semester ni dan habiskan degree
dengan jayanya semester depan.
Aku hanya ada setahun
untuk habiskan semua carry paper aku.
Bukan satu. Tapi tiga.
Ya, ya. Aku tahu tiga carry paper tu memang teruk. Tapi bak
kata lecturer aku, ‘tak engineeringlah kalau tak repeat’,
kan?
Hah
ha.
Okay, tamat topik repeat. Yang penting untuk semester ni, aku akan selesaikan semua repeat paper yang ada.
Semua.
Barulah aku boleh konvo
sama dengan Paan.
Dengan Jiha, Sofia,
Anis, Zati dan Sirah.
Dan jugak dengan semua
kawan-kawan kelas aku yang lain.
“Aku tak tahu pulak
belajar dengan termenung tu sama makna.”
Kepala berpusing ke
belakang. Entah bila Paan beralih tempat ke kerusi belakang aku.
“Bosan...” spontan aku
menjawab.
“Cuba kau buat belajar
ni macam berniaga. Masuk lecture hall
macam cari modal. Lulus exam dan
habiskan degree macam untung
berjuta-juta. Amacam?”
Paan ni la... belajar,
belajar la. Berniaga tu, berniaga. Apa nak disamakan pulak.
Sama ke?
“Cubala kau fikir balik
apa motif kau sambung degree ni.
Kalau nak berniaga baiklah kau berhenti terus lepas habis diploma dulu.” Paan
masih lagi tak berhenti membebel.
Motif?
Aku tarik nafas bila
peristiwa itu diungkit.
Memang pun aku tak nak
sambung ijazah lepas habis diploma dulu.
Memang pun aku dah
kurang minat nak belajar.
Tapi...
“Dah. Diam. Dr. Mahmud
bagi lecture dekat depan tu, kau
membebel kat belakang.” Cepat-cepat aku memotong bebelan Paan sebelum merebak
sampai ke topik lain.
“Ceh, aku pulak yang
kena.” Sempat dia mencebik.
Aku melepas nafas
perlahan dalam sengihan. Nota yang diubah ke dalam bentuk slideshow itu aku pandang tanpa tujuan.
Cepatlah habis degree!
“Nani, sebenarnya aku
nak tanya kau satu benda.” Sekali lagi dia menegur dari belakang.
Aku kerut dahi. Sekali
lagi aku berpusing kebelakang, tidak menghiraukan pandangan Dr. Mahmud yang
menjeling-jeling dari tadi.
Mestilah dia perasan
yang aku tengah bersembang dengan Paan. Dewan ni pun bukannya besar mana.
“Apa lagi?”
“Kau ada buka Facebook tak hari ni?”
“Kenapa?” Kening aku
terangkat tinggi. “Kau jugak yang suruh aku kurangkan semua benda tu, kan?”
Dia cuma sengih
mendengar jawapan aku. Akhirnya dia menggeleng laju sebelum memandang ke depan.
“Yeah, I know.” jawab dia perlahan.
“Kenapa tiba-tiba keluar
fasal Facebook pulak?” soal aku lagi.
Pelik sebenarnya.
“Nothing.” Paan menjawab tanpa memandang. “Nothing much.” ulang dia lagi.
Aku tarik nafas
dalam-dalam sambil kembali ke posisi asal. Kenapa aku rasa ‘nothing’ dia tu ada something?
HABIS WAKTU KULIAH, aku
mengikut Paan dan Sofia ke perpustakaan. Selesaikan assignment. Macam biasa, Sofia dan Paan yang banyak selesaikan
semua. Aku cuma pandang dari jauh dan soal itu ini bila ada soalan yang aku tak
faham.
Yang aku rasa, semua
soalan aku tak faham.
“Kau dah kira bubble dengan dew point? Nak tengok.”
“Nak tengok details bottom column jap.”
“Apahal stage distillation column ni sikit
sangat aku dapat? Kau dapat berapa?”
Aku pandang kertas aku
yang masih tidak berconteng macam Paan dan Sofia. Soalan mereka bersilih ganti
menyapa anak telinga aku. Dia orang dah buat sampai stage column. Aku cari bubble
dengan dew point pun belum.
“Serius aku tak faham
kenapa kau tak faham.” Paan menggeleng. Automatik aku mencebik. Ini perlian ke
apa?
“Kau tu bijak. Memanglah
tak faham perasaan orang kurang bijak macam aku ni.”
“Bijak tu tidaklah. Kau
lupa ke darjah enam dulu siapa yang dapat 5A? Kau, kan? Aku budak 3A je pun.”
Paan tergelak perlahan. Sofia hanya sengih tanpa memandang.
“Kau cerita zaman Jepun
kenapa. Masa tu mana ada subjek payah nak faham macam ni.”
“SPM dulu pun kau yang
dapat banyak A dari aku, kan? Jadi, siapa yang bijak sekarang?”
Aku buat muka.
“Sekarang je kau kalah
dengan aku pasal kau tu tak ada minat nak habiskan course ni. Otak fikir benda lain.” Sambung Paan lagi. “Aku memang
nak jadi engineer. Kalau aku tak faham,
hancurlah cita-citaku ini.” Dia sengih dihujung ayat.
Engineer.
Sampai sekarang aku rasa
aku tak ada cita-cita.
Yang aku tahu, aku nak
habiskan degree ni cepat. Lepas tu
aku nak buka kedai. Kedai realiti.
Yeah.
All the best Nani!
“Kau perempuan, tak
apalah. Habis degree nanti aku suruh
mak kau carikan calon gaji besar sikit. Kahwin. Lepas tu bolehlah goyang kaki
je.”
“Apahal aku pulak. Kau
tu la. Dah baik balik dengan Ana pun tak nak bagitahu aku. Iyalah, aku ni pacal
yang hina.”
Paan ketawa kuat.
Dah lupa agaknya yang
dia tu ada dalam perpustakaan.
“Tukar topik pulak,” Ketawanya
masih bersisa. “Aku cakap pasal kau. Kenapa payah sangat nak masuk perkataan
kahwin dalam kamus hidup kau ni hah?”
“Aku muda lagi.”
“So
what?”
“Degree pon tunggang langgang lagi.”
“Bukan syarat nikah pun
semua tu.” Paan sengih.
“Plus, aku bukannya macam kau. Tak ada
calon lagi.”
“Itulah kau. Aku nak
pinang, tak nak.”
Sofia yang asyik mengira
itu ini pada kalkulator saintifik angkat kepala, memandang Paan dan aku
bersilih ganti.
Paan ni pun. Nak
bergurau tak kena tempat! Dia tahu tak benda ajak bertunang ni sensitif?
“Bodoh la kau ni.” Ambik
kau. Tak pasal-pasal dapat perkataan tu.
Paan masih ketawa cuma
tumpuannya kembali pada soalan tutorial di atas meja. “Dia minta maaf, dan aku
maafkan dia. So, settle.” Dia bersuara
perlahan, menjawab soalan aku tadi.
Aku menarik nafas
dalam-dalam. Untunglah kau Ana. Buat salah, minta maaf. Dah.
Untunglah Paan sayang
kau.
Untunglah...
“Hai Nani,”
Lamunan aku tersasar
jauh ke realiti bila satu suara asing menegur.
“Hai you.” Ana terus duduk di atas kerusi
kosong sebelah Paan.
Aku sengih. Baru saja
sebut, muncul pulak dia. Panjang umur sungguh kau, wahai Ana. “Ada kelas ke?”
soal aku berbahasa. Entahlah. Sejak dua menjak ni, entah kenapa aku rasa tak
senang pulak dengan Ana ni. Dulu tak penah pulak macam ni.
“Haah. Kejap lagi.
Singgah sini kejap sebab Paan cakap dia ada dekat sini.”
“Oooo.” Aku pandang Paan
yang khusyuk menyelesaikan kira-kira tadi. Tak kan tak boleh berenggang kot.
“You dah bagitahu dia
belum?” Ana menoleh ke arah Paan. Perlahan dia mencuit bahu Paan di sebelah.
Tulisan Paan terhenti. Laju dia angkat kepala, memandang aku dengan wajah serba
salah.
Apahal pulak ni?
“Macam belum je...” Ana
merilik ke arah aku.
“Bagi tahu apa?”
“Nantilah I bagitahu.
Kelas you pukul tiga kan. Pergilah sekarang, karang lambat.” Paan menjawab soalan
Ana tanpa menghiraukan aku.
“Kejap, bagitahu apa ni?
Korang dah nak nikah ke apa?” Aku tarik sengih. Main tolak tali pulak dua orang
ni.
“Kau tak online ke hari ni?” Soalan Ana
membuatkan kening aku terangkat tinggi.
Tadi Paan. Sekarang Ana
pulak yang tanya soalan yang sama. Apa, dia orang invite pergi majlis kahwin pakai
Facebook ke apa?
Aku hanya menggeleng
menjawab soalan Ana.
“I
think you should.
Aku rasa kau kena tengok apa yang viral
hari ni.” Muka Ana sekarang sikit pun tak dapat aku tafsir.
Apa yang jadi?
Kenapa aku kena tengok
apa yang viral hari ni?
SEPANJANG KELAS TUTORIAL
Paan diam tidak memberikan jawapan. Penat aku tanya apa yang jadi dekat Facebook hari ni, tapi jawapan dia masih
sama.
‘Tak ada apa pun. Tak
payah tengoklah. Tak payah online la
sampai final exam.’
Jawapan Paan makin
membuatkan aku rasa tak senang duduk. Ringan saja tangan mencapai handphone sendiri untuk membuka aplikasi
Facebook tapi hampa. Tak ada bateri!
Inilah masalah telefon
pintar sekarang. Tak boleh nak duduk dekat fakulti lama sikit. Belum pun sampai
maghrib, bateri dah semput.
Nak tak nak, balik dari
fakulti aku melencong ke Iris Cake House. Nasib baiklah aku ada bawa laptop
untuk siapkan assigment pagi tadi.
Sampai saja, aku ambil
tempat duduk biasa dan pasangkan komputer riba tanpa menegur Ajim dan Khalisha
yang memandang.
“Apahal macam nampak
hantu ni?”
Aku sengih nipis. Tak
tahu apa perasaan yang ada sekarang. Yang penting, aku tersangatlah nak tahu apa
benda yang ada dekat Facebook sekarang.
Voucher buku pelajar dinaikkan sampai RM
500 ke?
Atau...
Entahlah. Sikit pun aku
tak dapat agak apa yang jadi.
“Kau nak minum apa ni?
Makan?”
“Bagi ajelah apa-apa.”
Aku menjawab soalan Ajim tanpa memandang. Skrin komputer riba yang masih dalam
keadaan ‘loading’ itu aku pandang
lama.
Waktu ni jugaklah dia
nak loading lama-lama pun!
“Sha, akak nak password hari ni.” Aku mengangkat kepala
memandang Khalisha yang baru saja meletakkan piring congo bar ke atas meja. “Eh, ni apa pulak?”
“Tadi kata kasi je apa-apa?”
Khalisha sengih.
“Tapi kenapa benda ni?”
“Last. Dah petang pun, tak ada orang kut yang nak beli. Alang-alang
tu, akak habiskan ajelah.”
Laju aku menggeleng. Nak
jimat aje kerja.
“Yelah. Cepat, akak nak password.”
“Kejap.” Dia hilang ke
kaunter. Tak sampai seminit, dia kembali dengan sekeping kertas segiempat tepat
dan terus menghulurkannya kepada aku.
“Thanks.”
“Kau ni kenapa?” Ajim
pula tiba dengan segelas americano ais.
Sekali lagi aku
menggeleng dengan sengihan sebelum menjawab, “Nothing.”
Ajim pandang aku pelik.
Ya, aku tahu. Aku tahu ‘nothing’ aku
tu bukan betul nothing.
Password
yang diberikan tadi
aku isi satu persatu. Tak sampai sesaat, laman web Google terpampang pada skrin.
Ajim sudahpun berlalu meninggalkan
aku sendiri bila ada beberapa pelanggan masuk dan membuat pesanan.
Aku terus membuka laman
Facebook sendiri. Mata cepat saja meneliti setiap status dan post yang ada.
Apa benda yang aku kena
tengok sebenarnya?
“Kau ni suka betul kan congo bars yang aku buat. Terharu betul
aku.”
Sedang asyik aku mencari
sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa, suara Tri pula menyapa telinga. Aku
angkat kepala dari skrin laptop. Tri sudahpun duduk di atas kerusi bertentangan
dengan sengihan.
“Mesti kau rindu sebab dah
lama tak rasa benda tu, kan?”
Dahi aku berkerut lebat.
Apahal tiba-tiba baik semacam ni? Suka congo
bars? Rindu?
“Awak cakap apa
sebenarnya ni?”
“Iyalah. Kau dah lama
tak singgah sini. Hari ni kau datang, kau order
congo bars lagi. Sedap kan, aku buat?” Tri tersengih sambil melipat
kedua-dua tangannya ke dada.
Kening aku terangkat
tinggi bila dengar pernyataan dia. Ada pulak macam tu!
Aku pandang pula
Khalisha yang sudah mengekek ketawa dari kaunter. Pandangan dia aku balas
dengan riak muka ‘manager kau ni
perasan betul.’
“Encik Tri four five, jangan nak masak masuk bakul
angkat sendiri, boleh tak?”
“Apa pulak? Bukan ke kau
datang sini semata-mata nak makan congo
bars aku tu?”
Aku menggeleng laju.
“Habistu?”
Aku sengih sesaat. Jari
telunjuk melurus pada sticker 30
sentimeter lebar dan 30 sentimeter panjang yang terlekat pada dinding cafe tak
jauh dari meja aku.
Tri mengikut arah jari
aku dengan dahi berkerut.
“Sebab ada WiFi free.” Jawab aku perlahan.
Dan muka Tri sekarang
membuatkan aku nak gelak tergolek sekarang jugak. Itulah, siapa suruh perasan
sangat!
No comments:
Post a Comment