Thursday, 17 March 2016

Memori Tri + Nani [Bab 24]

[Bab 24]



HARI TU, HABIS aje kelas Safety Pn Zainun, aku dan Sofia bergegas ke bilik Dr. Kamariah, supervisor untuk research project kami yang terletak beberapa meter dari dewan kuliah. Baru pukul 10 pagi dan itulah satu-satunya kuliah untuk hari ini.
Memang menjadi lumrah pelajar semester akhir, Tak banyak kelas yang perlu dihadiri, tapi assignment, report dan segala kerja final year project aje yang berlambak- lambat membuatkan kami tak menang tangan.
Elok sahaja masuk ke dalam bilik Dr. Kamariah, mata aku hampir terjojol keluar melihat susuk badan yang dikenali duduk bertentangan Dr. Kamariah dan membelakangi aku dan Sofia.
“Ha. Hannani, Sofia.” Dr. Kamariah senyum selapis. “Saya ada bagitahu kan yang saya akan cuti nanti?”
Aku dan Sofia mengangguk serentak.
“Ni Fitri, pelajar masters bawah saya. Research dia lebih kurang kamu punya. Nanti kamu berdua rujuk dengan dia, ya?”
‘Fitri’ yang diperkenalkan oleh Dr. Kamariah tadi berpaling dan mencipta senyum.
Betul telahan aku tadi. Itu Tri!
“Nanti ambil contact Fitri, ya?”
“Baik Dr. Kamariah.” Aku dah Sofia jawab serentak. Tapi suara Sofialah yang laing kuat. Kotak suara aku bagai digam terus kelu.
Tri tengah buat master? Tak masuk akal!
“Itula doc. Ingat dah sambung masters ni nak nikahlah. Ada jugak yang boleh tolong sediakan makan minum.” Ada sengih dihujung kata. Sempat dia menjeling ke arah aku yang masih berdiri. Hanya Sofia yang mengisi kerusi kosong sebelah Tri tadi.
“Eloklah tu. Jangan lupa jemput saya.”
Sofia yang mendengar turut tersenyum, cuma aku aje yang terasa seperti rama-rama menari-nari di dalam perut.
Serius betul dia sampaikan rancangan gila dia tu dia bagitahu dekat Dr. Kamariah.
Jap.
Tapi, calon isteri dia tu, aku ke?
Confident aje kau ni Nani!
“Hah, itu aje saya nak bagitahu kamu. Esok saya mula cuti. Dua minggu lagi baru saya mula kerja balik.” Dr. Kamariah menutup fail yang terbuka di atas meja.
“Nak pergi bercuti dekat mana doc?”
Dr. Kamariah senyum segaris sebelum menjawab, “Kami sekeluarga nak buat umrah.”
“Oh...” Tri habis kata. “Moga dipermudahkan, doc.”
“Amin. Terima kasih. Nanti kamu bantu dua orang ni elok-elok.”
Takde hal.” Dia tayang gigi.
Reactor baru dah sampai, kan?” Tumpuan Dr. Kamariah beralih kepada aku dan Sofia. Serta merta kami mengangguk. Baru semalam En. Kamal, ketua pembantu makmal telefon untuk bagitahu benda ni. Dan Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu. Terlepas satu masalah!
Makin lama tertangguh research aku, makin susahlah nak buat report dan tesis nanti. Silap haribulan, aku boleh extend lagi satu semester sebab tak ada equipment untuk experiment.
Seram!
Ok good. Sambung balik apa yang terhenti dan boleh tanya Fitri pasal writing atau set up experiment.”
Sekali lagi kami mengangguk.
“Kalau tak ada apa-apa, itu saja. All the best.”
“Terima kasih Dr.” Serentak aku dan Sofia menuturkan. Sofia bangun dari kerusi. Diikuti dengan Tri. Setelah bersalaman, kami keluar dari bilik Dr. Kamariah.
“Bang, nak mintak contact number?” Sofia dah buka password telefon pintar dia. Aku pandang Tri. Tri pandang aku. sesaat kemudian, dia berpaling ke arah Sofia yang masih menunggu.
“Mintak dengan Nani. Dia ada.”
Laju aje Sofia berpaling ke arah aku. Aku boleh nampak dia ternganga, terkejut.
“Alah, awak bagi ajelah dekat Sofia.” Aku mencebik.
Spontan dia ketawa perlahan.
Ingatkan nak buat-buat tak kenal lagi. Pandai betul dia simpan rahsia. Macam mana entah dia boleh jadi student Dr. Kamariah tiba-tiba. Dahlah tak pernah nampak pun dia dekat fakulti.
“Jadi nak mula bila ni?”Dia tukar topik.
“Abang busy ke sekarang? Kalau tak, sekarang pun boleh. Kan, Nani?”
Aku angguk, mengiakan.
“Okay. Jom. Saya tunjuk macam mana nak set up.” Tri dah bersedia untuk  bergerak ke makmal penyelidikan. Sofia pun.
Aku aje yang masih tercegat memerhatikan kedua-duanya.
“Sudah-sudahlah terkejut tu. Impressed, huh?” Tri menegur perlahan. “Tahula yang kita ni baker cabuk je dekat cake house tu.”
Nak tak nak aku tergelak juga.
Sofia hanya diam, tak faham apa yang sedang berlaku.
Baker yang tahu bakar satu benda je.” Ketawa aku masih bersisa.
“Congo bars.” Sambung kami serentak.
Dan ketawa pecah lagi.


DARI PEJABAT DR. KAMARIAH, kami terus ke Makmal Penyelidikan 1 di mana reactor yang baru itu ditempatkan. Sebenarnya reactor yang sebelum ini dah rosak waktu cuti semester lepas. Lama menunggu, hampir sebulan baru diganti yang baru. Itupun setelah Dr. Kamariah membuat laporan.
Lama juga Tri menerangkan segala fungsi butang yang ada. Fasih betul gayanya.
Aku yang dengar pun rasa macam dengar buku manual yang bersuara. Tapi memang patut pun dia tahu sebab Dr. Kamariah cakap Tri pun guna set up  yang sama waktu dia buat reaserch dulu.
Dan aku pernah cakap dia tak tahu apa-apa fasal engineering!
Hish, malunya!
Habis aje beri penerangan, Tri tunjuk pulak cara-cara nak mulakan experiment dan segala senarai apparatus yang kena guna.
“Korang dah faham kan waktu buat methodology semester lepas? Inilah simple catalytic cracking sistem yang ada dalam journal tu. Cara simple nak dapatkan biofuel daripada palm oil tu.”
Aku dan Sofia mengangguk-angguk faham. Mata pen tidak lepas dari dada kertas, mencatat apa yang penting.
“Korang guna catalyst apa?” catalyst. Benda yang menjadi pemangkin kepada experiment. Yang mencepatkan prosess.
“Granite.” Jawab Sofia sepatah.
“Sama?” soalan itu ditujukan kepada aku. Terus aje aku mengangguk. “Jadi, apa yang lain dalam experiment korang?” soal dia lagi.
“Saya guna palm olein. Sofia guna palm stearin.” Kalau ikutkan apa yang ditugaskan oleh Dr. Kamariah pada semester lepas, beza antara kami hanyalah dalam penggunaan jenis minyak kepala sawit. Catalyst yang digunakan adalah sama, granite. Ataupun batu jalan.
“Tahu tak mana nak dapat batu tu?”
Geleng.
“Ada dekat kedai hardware. Cakap aje nak batu jalan. Nanti diorang bagi.”
“Oh. Mahal tak?” soal Sofia. Aku sebenarnya banyak diam dari menyampuk. Masih kaget dengan apa yang jadi hari ni.
Tri menggeleng. “Tak sampai sepuluh ringgit pun satu guni. Dulu la. Sekarang saya tak sure.”
Okay.”
“Nak beli tu jangan pergi dengan motosikal pulak. Susah nak angkut satu guni tu.” Tri tergelak di hujung kata. Nak perli aku ke apa?
“Tak apa. Saya ada kereta.” Sofia turut tersenyum. “Kita pergi sama eh, nanti?”
Sekali lagi aku mengangguk.
“Okay. Itu ajelah kot. Kalau nak tahu lagi, call je. And, saya ada je dekat bilik sana tu.” Jari telunjuknya tepat pada bilik study yang disediakan oleh pihak makmal. Memang dikhaskan untuk pelajar-pelajar masters dan Ph.D.
“Alright.”
“Kalau tak ada dekat sana, Nani tahu mana nak cari saya.”
Sofia tersengih-sengih memandang aku.
“Apa pulak? Ingat saya ni PA awak ke nak tahu mana awak pergi?”
Tri senyum selapis. “Bakal, kan?”
Aku hampir tepuk dahi.
“Kan? kan?”
Aku buat muka. Bukan main lagi dia sekarang.  Depan kawan aku pulak tu. Ni tak lain tak bukan, mesti belajar dari Adi, kawan kasanova dia tu.
“Dah habis, kan? Sofia jom. Kita cari granite.” Aku tarik lengan Sofia untuk keluar dari makmal. “By the way, mister. Thank you.”
Tri angkat bahu dengan senyuman. “Anytime, miss.”
Hish. Bodohlah! Kenapa senyuman dia nampak handsome sangat hari ni?!
“Terima kasih, bang.” Sofia pula membuka mulut. Sedaya upaya dia menahan tarikan aku. “Jangan risau, kami akan pastikan kami selalu kacau masa abang nanti!” Sempat dia menjerit sebelum tiba di pintu makmal.
“My pleasure.” Aku dengar Tri menjawab. Dan, mungkin dengan sengihan.
“Mana kau kenal dia?” Sofia buka mulut sebaik sahaja pintu makmal ditutup. Dari senyuman penuh makna dia, aku yakin Sofia dah simpulkan sesuatu.
“Kebetulan.” Aku menjawab sepatah. Memang pun aku kenal Tri secara kebetulan. Kebetulan dia adik Kak Hasya.
Tapi, dalam dunia ni ada ke kebetulan? Sebenarnya semua dah ditentukan oleh Allah. Pencipta segala-galanya.
“And?” soal dia lagi. Inginkan karangan panjang daripada aku.
And, he is our mentor now, i guess.” Aku sengih. Serta merta hinggap satu cubitan pada lengan aku. berbisa betul! “Sakitlah!”
“Padan muka. Aku tanya betul-betul ni.”
“Betullah tu. Tak ada yang salah pun.”
Sofia senyum penuh makna. “Ada sesuatu yang terjadi, kan? Kuch Kuch Hota Hai.”
Aku tepuk dahi. Cerita hindustan pun dia masukkan dalam topik ni.
“Entah-entah, yang dia nak kahwin lepas habis master tu, kau!” Sofia sedikit menjerit. Teruja agaknya. “Betul, kan?”
“Kau jangan cipta kisah novel sekarang, boleh?”
Oh my god! Aku dah excited ni. Kau pun pandai simpan rahsia. Konon tak ada siapa-siapa. Aku ingatkan kau duk tunggu si Paan tu.”
Hati aku sedikit terusik bila mendengar komen Sofia.
“Bila pulak aku tunggu Paan?”
“Entah. Aku nampak macam tu. Tapi, bila dah tahu calon kau ni bukan calang-calang, aku pun sama excited!”
“Abang tu bukan siapa-siapalah.” Dalih aku lagi.
“Bla... bla...” Kami dah pun sampai di tempat parkir. Sofia mengeluarkan kunci keretanya dari dalam beg tangan. “Macamlah aku tak nampak korang main mata macam mana.”
“Pandailah kau.” Aku buka pintu di sebelah tempat duduk penumpang sebaik sahaja kunci kereta dibuka.
“Ceritalah weh. Aku nak dengar details!”
Pintu kereta ditutup. Aku tarik tali pinggang keledar dengan tangan kanan dan Sofia mula menghidupkan enjin kereta.
“Nak dengar cerita aku?”
Yup.”
“Okay. Ceritanya, jom cari granite.”
Satu lagi cubitan hinggap di lengan. “Adoi!”
“Padan!”
Ketawa Sofia tidak langsung menenangkan debaran hati aku. Kenapa tiba-tiba Tri boleh jadi pelajar Dr. Kamariah ni?


SELESAI beli batu, Sofia hantar aku balik ke fakulti untuk mengambil motosikal. Aku terus memecut ke arah Iris Cake House dengan harapan Tri belum sampai di cafe.
Aku kena cari Ajim.
“Ajim!” panggil aku sebaik sahaja pintu kaca ditolak. “Bos kau ada?”
“Assalamualaikum, wahai Nani. Kau dah kenapa masuk-masuk sini cari bos aku? Buang tebiat?” Ajim membalas soalan aku dengan soalan. Tak masuk dalam skima jawapan sungguh.
Beberapa orang pelanggan yang ada disitu memandang ke arah aku yang telah memecah sunyi cafe. Baru aku perasan yang suara aku tadi boleh tahan kuat. Dan radio tak dipasang.
Selalunya kalau tak ada lagu, tak adalah Tri dalam cafe ni.
“Ada ke tidak?” soal aku perlahan sambil mendekati kaunter kopi. Pelanggan-pelanggan tadi kembali tunduk menghadap kerja masing-masing. Ada yang membelek telefon pintar, ada yang bersembang dengan pasangan masing-masing. Ada juga yang diam membaca buku yang aku tak nampak apa tajuknya.
“Tak ada. Hari ni dia tak masuk lagi. Kenapa?”
Jawapan Ajim membuatkan aku tarik nafas lega. “Kau tak bagitahu pun yang Tri tu belajar dekat UiTM jugak!” Suara aku naik satu nada. Itu motif utama aku.
Macam manalah aku boleh terlepas satu benda besar macam tu.
Patutlah Tri macam dah biasa je dengan selok belok UiTM waktu kami sertai Karnival Makan-Makan dulu.
Waktu tu aku tak ambil pusing pun.
“La, kau jugak yang tak nak tahu dulu, kan? jadi aku diam ajelah.” Ajim menjawab tanpa nada. Tangannya lincah mengisi kopi yang sudah siap dibuat ke dalam cawan.
Bakat membuat latte art dipersembahkan beberapa saat dan terciptalah corak rosetta yang menjadi penghias kopi.
“Bila pulak aku cakap macam tu?” Kening terangkat seinci. Ada ke aku cakap macam tu?
“Kau tak nak aku cerita biografi dia dulu, remember?” Ajim sengih senget sambil meletakkan cawan kopi ke atas kaunter. Loceng di atas meja diitekan perlahan dan sesaat masa, Khalisha keluar dari pintu dapur.
“Hai kak,” tegur dia dengan senyuman.
Aku balas senyuman dia sambil perhatikan langkah dia yang membawa kopi kepada pelanggan yang membaca buku tadi.
“Sejak bila kau berminat dengan cerita biografi dia ni? Haritu kemain kau tak bagi aku cerita.” Ajim pandang aku. Kali ini dia menopang dagu, menanti jawapan aku.
Barulah aku teringat yang Ajim pernah nak buka cerita waktu awal-awal aku jumpa Tri dulu. Tapi waktu tu, aku yang malas nak ambil tahu. Sikit lagi aku nak tepuk kepala sendiri.
Aku mengeluh berat sambil meletakkan kedua-dua tangan ke atas kaunter. Bertentangan dengan Ajim dan membalas pandangan Ajim tanpa suara.
“Apahal? Apa dah jadi?”
Aku mengeluh lagi. “Entah macam mana dia boleh jadi mentor aku dekat lab pulak.”
Ajim ketawa kuat. Tapi tak lama. Melihatkan pelanggan-pelanggan tadi angkat kepala pandang kami, ketawa Ajim makin mengendur. Namun senyuman masih menghiasi bibirnya.
“Jodoh kuat betul korang ni.”
“Jodoh la sangat. Aku macam orang bodoh adalah.” Aku mencebik. “Kenapa dia tak pernah ada rupa orang sambung masters pun? Rilax sepanjang masa je aku tengok.”
“Dia buat kerja dalam ofis bos tu, bukan dekat luar ni.”
Ohhh... patutlah.
But still, tak nampak macam orang buat masters pun!” Aku masih tak puas hati. Selalu sangat dia nampak Tri rilax baca majalah dekat luar ni. Tak pun, bakar kek dekat dapur.
Tak pernah pun nampak dia serius taip tesis.
Tapi betullah kata Ajim, aku bukannya jumpa dia 24 jam pun, kan?
“Tak semua orang yang sambung belajar mengadap laptop 24 jam,”
Kepala menoleh ke belakang bila mendengar suara asing yang menyampuk. Ajim mengekek-ngekek menahan tawa. Kurang asam sungguh Ajim ni.
Bukan nak cakap yang Tri ada dekat belakang!
“Tak adalah, selama ni tak nampak macam orang sambung belajar pun.” Aku membela diri. Bukan aku aje. Kalau orang lain tengok pun, memang tak ada rupa orang sambung masters.
Rupa baker tak bertauliah adalah.
“Habistu nak suruh aku sikat rambut belah tepi, pakai spek tebal bingkai hitam dan pikul beg komputer riba hari-hari baru nak percaya?”
Aku sengih nipis. “Tak adalah sampai macam tu...”
“Kau yang bawak laptop hari-hari tu pun, berapa kerat je yang kau belajar, kan? Online benda lain je.”
Aku buat muka. Sempat lagi dia mengata aku! Tapi memang betul pun! Kalau ada internet, memang kelautlah kerja aku. Jari laju je bukan laman web lain. Cuci mata dekat Zalora la, buka Facebook la, blog gosip artis la...
Dia senyum selapis. “So...” Ayatnya sengaja dihentikan.
“So? Apa?” Aku angkat kening.
“So, markah aku naik, tak? Dah boleh jadi calon suami kau?”
Aku ternganga dengan soalan yang langsung aku tak jangka daripada dia. Sempat aku jeling Ajim di dalam kaunter yang tersenyum-senyum mengusik.
Tri ni pun, takkan sepanjang masa dia nak buat perangai macam ni. Sekarang ni depan Ajim kot!












No comments: