[Bab
21]
AKU PANDANG DIA, dia
pandang aku. Sesekali dia tersengih sendiri seolah-olah aku tengah buat muka
kelakar. Ataupun, raut wajah pelik aku sekarang ni kelakar bagi dia?
Apa-apa pun, sungguhlah
aku tak tahu apa yang jadi pada Tri sekarang. Mana boleh dia yang macam angin
sepoi-sepoi bahasa kutub utara buat muka manis perisa caramel macchiato ni?
“Dah, saya nak balik.”
Aku bangun dari kerusi. Lama-lama dekat sini boleh buat kepala aku fikir
macam-macam.
Happily
ever after konon.
“Let him go, Nani. Aku tahu kau berkawan dengan dia dari kecil,” Tri
bersuara perlahan. “No matter how much we
want things to stay the same, life is all about change. Not all people in your life are meant to stay.”
Aku diam. Walaupun hati
aku geram nak menjerit, ‘Aku Bukan Orang Ketiga La Oi!’ kuat-kuat, tapi aku
tahu setiap apa yang dia cakap tu ada betulnya.
Aku sayang Paan sebagai
kawan aku. Dan kadang-kadang, aku tak boleh terima bila perempuan lain lebih
rapat dengan Paan (mungkin termasuk Ana sama).
Sebab itu aku kena belajar
lepaskan Paan. Lepaskan perasaan aku yang tak patut tu.
Aku sendiri dengar dari
mulut Paan tadi yang dia dah pilih Ana, bukan aku, kan?
Wake
up lah Nani!
Akhirnya aku melepas
nafas perlahan.
Okay. Baiklah. Aku akan
lepaskan Paan. Biarkan dia dengan Ana dengan bahagia. Biarkan dia dan Ana cipta
cerita mereka jauh daripada orang ketiga, yakni aku.
“The right people who belong in your life will stay. Macam aku ni.”
Aku buat muka bosan. Baru
aje aku nak mengiakan semua kata-kata dia tadi. Sekarang terus tak jadi.
“Bye, Habib Fitri. You are
sweet enough.”
“Okay. Jangan lupa buka Facebook.” Tri angkat kening. “And...
if you love me, let me know.”
“You
wish!”
Dan ketawanya mengiringi
langkah aku keluar dari cafe.
Aku melepas nafas
perlahan sebaik sahaja pintu cafe ditutup. Habib Fitri. Kekasih Semulajadi.
Padan sangatlah tu.
AKU TERUS KE rumah sewa
selepas keluar dari cafe. Walaupun semester baru dah mula, semua budak rumah
aku masih membisu, pulaukan aku. Anis buat-buat tak nampak. Sirah dan Zati pun buat
macam aku tak wujud.
Entah apa cerita yang
mereka dengar dari mulut Mila.
Aku sendiri tak tahu
dari mana aku nak mula jelaskan apa yang sebenar-benarnya yang jadi.
Kalau dah masing-masing
diam dan buat-buat tak nampak aku setiap kali aku jejakkan kaki ke dalam rumah,
bilanya aku nak cerita benda betul?
Aku rebahkan badan ke
atas katil sebelum meleraikan tudung dari kepala. Sekali lagi keluhan keluar
tanpa dipaksa. Besar rupanya kuasa buah mulut orang ni. Sama macam kes
printscreen WhatsApp tu jugak.
Belumpun sahih salah,
dah dihukum. Belum pun sempat diterangkan, dah di anggap macam-macam.
Oh dunia. Betullah kau
makin tua.
Aku capai telefon dari
dalam beg sandang bila teringatkan pesanan Tri tadi. Cepat-cepat aku tekan icon notification yang sudah berzaman
ditinggalkan.
‘Habib Fitri mentioned you
in a comment’
Aku pandang tarikh yang
tertera. Dah lama. Dah hampir sebulan pun. Sempat aku tarik nafas perlahan
sebelum menekan ke page seterusnya.
“KISAH SEBENAR ONLINESHOP
NANI MINI SHOP”
Baca tajuknya saja mampu
membuatkan jantung aku berdebar laju. Rupanya Tri ada buat status pasal kes aku
dekat Facebook dia dan entah macam
mana sampai tersiar di Laman Facebook Page SiakapSenohong.
Semua screenshot whatsapp asal terpampang
dengan jelas. Sikit lagi aku nak ternganga. Biar betul?
Membaca satu persatu
komen yang ada menjadikan segala beban yang aku rasa terlepas lerai.
Akhirnya semua dah tahu
kisah sebetulnya yang jadi. Dan ya, ada juga yang masih tak puas hati bila aku
marah customer, tapi itulah.
Aku pun manusia.
Dan aku dah minta maaf
pun.
Melihatkan jumlah share yang ada, aku bersyukur sangat.
Aku haraplah benda ni boleh pulihkan balik nama perniagaan aku. Aku haraplah
benda ini sampai ke semua pelanggan aku. Sampai ke semua company yang gunakan khidmat aku.
Dan yang paling penting,
sampai ke pelanggan yang dah edit WhatsApp
dan screenshot tu.
Biar dia ingat sikit
yang benda jahat tu, lama-lama akan terbongkar juga.
Aku tutup laman Facebook dengan perasaan berbaur.
Rupanya dah lama Tri buat benda ni. Tapi kenapa dia tak pernah nak bagitahu
aku?
‘Tri,’
Taip aku sepatah. Tak sampai
seminit pun menunggu, WhatsApp baru
diterima.
‘Yes, anak rusa Nani...’
Aku senyum tawar.
‘Thank you.’
‘What for?’
‘You know why’
‘Apa yang aku dah buat?’
Aku tahu yang kes aku tu
tak adalah sebesar masalah negara, tapi Tri sanggup juga nak tegakkan cerita betul
untuk aku.
Walau hal tu tak ada
kena mengena dengan hidup dia pun.
‘Okay. Saya mengaku awak
baik. Cakap je nak apa esok, saya belanja.’
‘Aku tak nak apa-apa. Aku nak kau belanja hantaran
lima dulang je =)’
Nafas ditarik panjang.
Sekali lagi aku membaca WhatsApp dia
tu. Badan direbahkan ke atas katil dengan keluhan berat. Kipas yang berpusing
pada siling aku pandang tanpa tujuan. Habib Fitri, kau tahu tak yang benda
tiba-tiba ni aku susah nak hadam?
Knock knock... dah takde orang ke?
Ada... why?
Na Ni.. If you love me, let me know
No comments:
Post a Comment