[Bab
3]
OKAY, SEKARANG NI aku tak tahu nak
ketawa atau menangis. Entah berapa lama mata dipaku pada skrin Xiaomi Note di tangan merenung skrin
yang menunjukkan laman Facebook tu.
Patutlah tak boleh nak tag dia, aku dah kena removed rupanya.
Ketawa aku lepas juga. Tak sangka
langsung kali ini aku sendiri yang kena. Bukannya aku tak tahu yang selama ni
dia memang suka block atau remove orang dekat Facebook kalau dia tak suka.
Kalau gaduh ke, kalau tak puas hati
ke dan sekarang, aku pulak yang kena.
Aduhai.
Tangan kanan laju aje menekan butang
close. Terus saja paparan wall dia hilang dari skrin. Dah tak
jadi terus nak tag nama dia dalam status.
Boleh pulak kau main aci kawan tak nak kawan macam budak
sekolah darjah dua wahai Ana.
“Hoih, belajar. Kau sengih depan
telefon ni kenapa?”
Bahu aku dicuit dari tepi. Jiha
sengih dengan pen ditangan.
“Kau salinlah. Nanti aku tiru.”
Cepat aje aku masukkan kembali telefon bimbit ke dalam beg dan mencapai pen
yang dah lama tersadai di atas meja. Kuliah Dr. Rajesh ni memang mampu buat
fikiran aku melayang.
Itu yang terasa nak buat status tengok wayang tu.
Tapi terbantut pulak. Sebab dah kena
remove dek kawan sendiri.
Haih. Kelakar.
“Sengih lagi...” Jiha bersuara tanpa
memandang. Aku cuma tayang gigi. Pen hitam menyentuh dada buku nota yang hanya
bertulis tarikh hari ini. Nota yang dah hampir separuh slide ditayangkan aku salin dengan rasa malas.
Namun, sesaat kemudian tulisan aku
terhenti kaku.
Hari ni Isnin. Macam ada je benda
yang kena hantar hari Isnin.
Alamak!
“Weh, Assigment kau dah siap?”
Anggukan Jiha membuatkan dada aku
yang sesak terasa lega. Bolehlah tiru dia lepas ni, kan?
“Tapi aku dah hantar pagi tadi. Masa
lalu depan pejabat fakulti.” Laju aje Jiha menambah.
Alahai Jiha ni. Kenapa rajin sangat
nak hantar awal. Dateline pukul lima
kot. Sekarang baru pukul... aku pandang jam di tangan.
Dekat pukul satu!
Mati aku. Macam mana aku nak jawab
soalan berupa masalah negara tu dengan hanya empat jam?
“Tak siap lagi ek?”
Laju aku mengangguk. Mata kembali
pada slide Dr. Rajesh di depan walau
hati dah terasa galau.
“Banyak lagi?”
“Langsung tak buat.” Aku menjawab
perlahan.
Jiha terus ternganga bila dengar
jawapan aku.
“Aku tak reti la...” Sempat aku bela
diri sendiri.
“Ajar aku weh. Macam tak sempat je
nak buat sendiri.”
Lepas kelas Dr. Rajesh ni, sepanjang
petang free, tak ada kelas. Bolehlah
belanja Jiha teh o ais ke, milo tabur ke, sambil-sambil tu boleh ajarkan aku
soalan Mechi ni.
“Tengah hari ni aku ada hal. Sorry sangat,” Jiha pulak yang tayang
gigi. “Bukan tak nak tolong kau. Aku memang nak kena pergi KL petang ni. Sebab
tu aku hantar awal tadi.”
La... pulak dah. Dah tu siapa nak
tolong aku siapkan assignment ni?
Hadoi, siapalah yang cipta subject ni
hah? Siapa?
Kelas Dr. Rajesh dihabiskan dengan
perasaan berbaur. Marahkan diri sendiri + menyesal tak buat awal-awal + padan
muka aku + takut.
Macam mana kalau aku tak dapat nak
siapkan? Sudahlah markah test pun tak
lulus. Kalau assignment aku tak bagi
kesan untuk carrymarks aku, macam
mana?
Aku tak nak gagal final nanti. Letihlah
kalau kena ambil kelas repeat.
Aku keluar dari dewan kuliah dengan langkah
longlai. Sikit pun tak ada tenaga walau nak berjalan pun. Nak tak nak aku kena
buat jugak sendiri, tak kisahlah dapat markah ‘sa’ pun.
Buat ikut apa yang aku mampu, kan? Kurang-kurang
ada jugak markah dari kosong aje.
Aku mengeluh perlahan. Semua orang
dah berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah dan Jiha pulak awal-awal dah cabut.
Pintu kelas ditolak dengan sebelah
tangan dan mata mula melilau mencari sesuatu di lantai dengan harapan kertas assignment sesiapa tercicir depan pintu
dan aku boleh tiru, tapi hampa.
Nafas dihela perlahan sebelum mata
menangkap susuk tubuh yang dikenali.
Itu bukan ke...
Bibir aku terus tersenyum lebar.
Penyelamat aku!
“Paannnnn...!” Mata terus bersinar
bila aku nampak Paan disitu. Beberapa orang pelajar yang berjalan di sekitar
fakulti mencuri pandang. Laju aje aku mencebik.
Macamlah nama diorang semua ni Paan.
Aku panggil Paan, biar Paan ajelah pandang.
Heh.
Aku nampak Paan angkat kepala dari
kertas di atas meja. Bibir aku masih lagi dengan sengihan. Dah agak dah! Tengah
buat assignment la tu.
“Weh!” Aku kuatkan suara. Telinga
tak pernah nak kosong dari headphone!
“Kau dah kenapa?” Buku rujukan Hibbeler ditarik ketepi, memberi ruang
pada beg kuning aku. Tanpa menjawab soalan dia, aku terus rentap pen yang
dipegang. Laju aje kertas assignment
dia jadi mangsa contengan tulisan comel aku.
‘Kot ya pun, buka lah headphone dekat telinga tu. Semua orang
pandang aku tau. MALU!’
Dia sengih bersalah sambil
menurunkan headphone tadi ke leher.
“Hah, aku dah buka. Kau nak apa?”
“Kau buat assignment kan?” Kertas yang dihadapnya dari tadi aku jeling
sesaat. Sekali pandang pun aku dah tahu dia buat assignment mechanics.
“Haah, kenapa?” Kening dia terangkat
seinci.
Aku melebarkan sengihan. Tangan mula
laju keluarkan kotak pensil dan kertas kajang dari beg.
“Kau dah siap ke weh?”
“Nama aku Muhammad Farhan bin Rosli,
bukan Weh.”
Aku ketap bibir sendiri, geram, Nasiblah
kaulah Nani dapat kawan macam ni.
“Dah siap ke?” Aku menjengah ke
dapan tanpa mempedulikan perlian Paan.
“Huish, apa dekat-dekat ni? Aku tak biasa
dekat-dekat dengan perempuan ni.”
Elleh, poyo je lebih! Muka sengih
Paan aku pandang dengan rasa menyampah. Kalau bukan sebab nak tiru assignment dia, tak adanya aku nak
relakan telinga ni makan perlian demi perlian Paan nih. Menyengat!
“Tinggal satu soalan je lagi. Last. Kalau kau nak tengok yang lain
ambil je lah. Tak payah nak sopan sangat dengan aku.” Paan menjawab tanpa nada.
Oh Paan, kaulah penyelamat aku!
Sengihan yang masih mekar
berkembang, aku susun kertas kajang, pen pembaris, pensil, pemadam di atas
meja. Sedia untuk membuat assignment.
Iyalah. Takkan nak keluarkan megi
goreng pulak waktu-waktu macam ni.
Mata pen mula berlari pada dada
kertas. Sesekali aku angkat kepala, pandang Paan yang asyik mengira itu, ini.
Menulis itu, ini. Robot ke apa dia ni? Main buat macam tu je? Buka buku pakcik
Hibbeler pun tidak. Biar betul?
“Yang kau tenung aku lama-lama ni
kenapa?”
Kantoi mati anak itik tenung anak
teruna orang. Huh, malu weh!
“Kau buat macam tu je?” Terkeluar
jugak soalan yang satu tu.
Mana taknya, kalau aku, satu buku
rujukan tu aku akan belek. Tak cukup dengan tu, aku akan telefon Jiha atau
Sofia kalau ada yang aku tak tahu.
Si Paan ni pulak boleh jawab soalan
ni macam makan kacang?
Hebat. Hebat.
“Kenapa?” Dia pandang aku dengan
hujung mata.
“Senang ke soalan ni? Aku tengok tak
faham apa pun.”
“Sebab itulah mak ayah hantar pergi
sekolah suruh belajar dalam kelas. Bukan guna handphone untuk main Facebook
dalam kelas.”
Aku tarik muka. Perli. Perli.
Menusuk betul. Mesti dia nampak status aku pagi tadi. “Elleh, kau pun tadi
ponteng.”
“Itu kira darurat. Nak kena siapkan assignment untuk kasi dekat budak tu
tiru.”
Ceh, kena lagi!
“Paan,”
“Apa?”
“Kau diam kejap boleh tak? Aku kena concentrate buat ni. Tak sempat siap
karang mati aku kena ketuk dengan Dr. Amin.”
“Huh, ambil balik kertas aku
karang.”
“Janganlah, aku nak buat rujukan.”
Cepat-cepat aku pegang kertas assignment
Paan yang ada di atas meja.
Paan sua buku Mechanics of Material tulisan pakcik Hibbeler ke depan. Sikit
lagi nak kena batang hidung aku yang tak berapa mancung ni.
“Nah, ini baru betul rujukan. Yang
kau pegang tu, ‘tiruan’.”
Main ayat perisa perli je dia ni.
“Aku tak retilah. Lagipun, mana
sempat nak buat sendiri dah. Kalau aku
buat sendiri, mahunya makan berminggu-minggu.”
“Tak reti, tanya. Bukan tiru.”
“Bosanlah kau ni. Macam cikgu besar!
Kalau reti, aku dah buat sendiri dah.”
“Kau nak buat sendiri tak?” Dia
meletakkan pensel di atas helaian soalan yang terakhir. Lama aku pandang wajah selamba dia. Tak
faham.
“Hah?”
“Kau buat, aku ajar.”
Tekak terus terasa kering. Dah lama
aku hilang semangat belajar. Hilang sejak hilangnya ‘pakcik’.
Waktu itu, di tahun Akhir Diploma.
han_nani: Assalamualaikum.
M_K : waalaikumussalam. Siapa ya?
han_nani: one of your blog follower
Itulah permulaan perkenalan aku
dengan ‘pakcik’. Dari hanya jadi pembaca blog Pahlawan Dari Timur, sehinggalah
aku beranikan diri YM dia. Blog dia memang lain.
Bukan hanya fasal kehidupan
peribadi, tapi penuh dengan pengajaran yang diselitkan dengan cerita yang
kelakar dan bermakna.
Akhirnya, pakcik jadi pembakar
semangat aku.
M_K: BUZZ
M_K: Belajarlah budak. Asyik online je pakcik tengok.
M_K: Dah final sem, kan. Lupakan semua benda lagho untuk grad
bermaruah.
No comments:
Post a Comment