[Bab 20]
GILA.
Kenapa semua orang nak
jadikan aku patung cubaan mencari kekasih ni? Hari tu, Paan yang ajak
bertunang. Last-last, berbaik dengan
Ana dan bertunang dengan Ana jugak.
Kali ni mat Tri four five ni pulak.
Apa, ingat senang-senang
je nak usik hati aku dengan perkataan macam tu dan blah macam tu je?
Aku mendekati kaunter
kopi sambil menopang dagu dengan sebelah tangan. Ajim kelihatan serius mencuci
bekas-bekas yang sudah digunakan sebelum dia memulakan bancuhan lain.
Petang ni pelanggan tak
ramai mana pun. Dan Tri jugak hanya pandang aje bila aku buat cafe ni macam
kedai sendiri
“Ajim, kau free tak minggu depan?”
Ajim tersengih-sengih
sambil menghidupkan coffee grinder
sederhana besar di sudut kaunter. Aku tahu dia dah dengar seluruh perbualan aku
dengan Tri di meja paling depan tadi. Bukannya aku tak perasan kepala yang dia
terjenguk-jenguk nak curi dengar tu.
“Ada apa? Nak belanja
aku makan?”
“Kalau nak belanja kau
kena tunggu duit PTPTN masuk dulu.” Aku sengih. “Free ke tidak?”
Kopi yang dah
dihancurkan tadi dimasukkan ke dalam bekas untuk dibancuh dengan lain-lain
bahan.
“Kau pun tahu aku
hari-hari kerja jadi kuli dekat cafe ni.” Ajim angkat kening.
Perkataan ‘kuli’ tadi
diperlahankan sambil memuncungkan mulut kepada Tri yang diam memerhati. Serta
merta ketawa aku pecah.
“Tak best lah kau ni. Baru aje nak minta
tolong.” Aku kembali ke meja paling tepi tanpa menghiraukan Tri yang masih
memandang. Pernyataan dia tadi masih membuatkan kepala aku ligat berfikir.
Aku pandang jam pada
dinding cafe sesaat. Awal lagi kalau nak balik rumah pun. Dan rancangan untuk
bawa ‘kekasih hati’ aku berjumpa dengan Ana masih lagi tak berjaya.
Aku menyeluk poket seluar
dan mengeluarkan telefon pintar yang dari pagi tadi tak dibuka.
Bila melihat icon Facebook, kepala terus teringatkan
permintaan Tri waktu dia dekat kampung dulu.
Macam manalah aku boleh
lupa nak bagi dia nama Facebook aku?
“Awak,” panggil aku
perlahan. Dia yang dah kembali fokus kepada Majalah LIBUR ditangan mengangkat
kepala.
Aku bangun dari kerusi
dan beralih tempat ke meja dia.
“Ni ha nama Facebook saya.”
Skrin Xiaomi disua ke depan. Dia menjeling sesaat sambil mengangguk.
“Hmm.
Okay.”
Kening aku automatik
bertaut. “Hmm je? Itu hari bukan main lagi minta sampai telefon segala.” Aku
tarik balik telefon yang disua tadi.
Hmm aje? Macam aku pulak
yang sibuk nak bagi dia nama Facebook
aku tu. Takkan dia boleh hafal kut bila tengok satu saat macam tu je. Nama aku
dekat situ dahlah panjang.
“Handphone dekat dapur. Malas nak ambik.”
Aku mencebik. “Dah tu
ingat ke tak nama ni.”
“Ingat.”
Mata dipicingkan ke arah
dia yang masih selamba dengan majalah di tangan. Ye ke boleh ingat?
Nur Hannani Muhammad
Jamil.
Tak ke panjang tu?
“Dah tahu sebenarnya.
Dah add pun. Dah mintak dengan Ajim
dulu.”
Eh?
Dengar aje penjelasan
dia, aku terus memeriksa senarai friend
request. Selama ni aku memang jarang nak tengok siapa yang request.
Ada!
Bulat mata aku membaca
apa yang tertulis pada skrin telefon.
Friend Request
Habib Fitri
2 mutual friends
“Bila awak add ni?” aku pandang dia.
“Tiga minggu lepas.”
Kening aku bertaut
pelik. Tu macam sebelum dia call aku
dekat kampung. “Dah tu yang call tanya
lagi tu kenapa. Tunggu ajela saya approve.”
Aku nampak dia sengih
nipis di sebalik majalah sebelum menjawab, “Saja.”
SELEPAS KEJADIAN Tri nak
jadi ‘real boyfriend’ aku tempoh hari
(sebut perkataan itu pun dah buat tekak aku kembang), hari ni dah masuk
seminggu aku tak jejakkan kaki ke Iris Cake House.
Sebab kedua, duit PTPTN
tak masuk lagi, jadi takkanlah aku nak habiskan ringgit-ringgit aku yang
terakhir hanya untuk segelas kopi?
Esok bermulalah semester
baru untuk semua pelajar degree.
Semester terakhir aku (harapnya). Dan esok juga Paan ajak aku bertemu dengan
Ana untuk selesaikan masalah kami bertiga.
Masalah Ana aje
sebenarnya.
Jadi nak tak nak,
selepas habis kuliah esok aku kena juga hadap Ana untuk terangkan segala apa
yang terbuku dalam hati.
“Kau dah mengorat abang
cafe tu ke, belum? Jangan lupa ajak dia sama petang ni.” Paan sempat berpesan
sebelum aku menghidupkan enjin Ego untuk balik ke rumah.
Hari pertama. Macam
biasa, tak ramai pun pensyarah yang buat kelas. Elok aje kelas tengah hari itu cancel, aku dan Paan terus ke tempat
parkir motosikal. Nak balik rumah masing-masing.
“Alah, aku pergi sorang
pun okay je, kan?” Helmet disarung ke
kepala.
“Kalau kau ada teman,
percayalah sikit tunang aku tu.”
Aku mencebik. Masih tak
puas hati kenapa aku kena bawak ‘teman’ untuk selesaikan masalah tu.
“Petang ni. Lepas asar.
Dekat cafe.” Paan mencipta janji.
Dahi aku spontan
berkerut bila mendengar nama tempat yang disebut Paan. “Kenapa dekat cafe
pulak? Tak ada tempat lain ke?”
“Cafe. Lepas Asar.” Paan
sengih. Dalam sesaat masa, helmet dia sarungkan ke kepala sebelum menghidupkan
enjin motosikal.
Dia dah pun meluncur
laju sebelum sempat aku menahan. Sengaja la Paan ni. Nasib baik PTPTN dah masuk
hari ni. Boleh jugaklah aku minum americano
yang dah lama sangat aku tak rasa tu.
Starter ditekan bersama brek. Sempat aku
mengeluh perlahan sebelum meluncur keluar ke jalan besar.
Tapi kalau Tri ada dekat
cafe tu nanti macam mana?
EGO DIPARKIR di tempat
biasa. Sempat aku menoleh ke kiri dan kanan kalau-kalau ada motosikal Tri di
situ.
Senyuman terus ditarik
selebar yang mungkin bila yakin motosikal dia tak ada. Dengan senyuman yang
masih berbaki, aku melangkah ke arah pintu cafe. Perlahan-lahan aku tolak
sebelum permandangan cafe menyapa mata.
Bunyi ‘ting’ yang
terhasil setelah pintu ditolak membuatkan Khalisha yang berada di kaunter
bayaran mengangkat kepala. Spontan dia mencipta senyum bila nampak aku.
Dan aku membalas.
“Tri ada?” soal aku
perlahan.
Khalisha menggeleng.
“Tadi dia keluar.”
“Tau tak dia balik sini
bila?”
Khalisha angkat bahu.
“Selalunya kalau dia
keluar waktu ni, malam baru dia balik.” Dia kemudiannya berjalan ke arah meja
paling depan dan mengemas cawan yang baru ditinggalkan pelanggan.
Aku tayang gigi. Happy.
Dan beberapa saat
kemudian, senyuman aku mati. Ini bermakna aku sendiri kena hadap Ana dan Paan.
Tapi apa nak kisah, aku cakap ajelah yang aku dan Paan kawan dan aku dah ada
kekasih hati.
Senang, kan?
Elok aje aku berpaling
untuk ke meja, Paan dan Ana masuk bersama-sama. Aku sempat pandang wajah Ana
dan sikitpun aku tak dapat nak baca apa yang bermain di dalam kepala dia.
Aku duduk di meja biasa
dan memesan minuman biasa. Kali ini, aku memilih kerusi mengadap pintu masuk
manakala Ana dan Paan duduk bertentangan dengan aku.
Tiba-tiba perut terasa
sebu dek nervous yang teramat
walaupun bibir sedaya upaya mencipta senyum. Paan bangun menuju ke kaunter
untuk membuat pesanan. Aku tarik nafas dalam dalam sambil membalas renungan Ana
di depan.
“Sorry.” Entah kenapa perkataan itu terkeluar tiba-tiba.
Kening dia terangkat
tinggi. “Sebab?”
“Sebab rapat dengan Paan
walaupun kau dan bagi amaran.” Aku sengih. “Tapi percayalah, aku dengan Paan bestfriend je.” Aku ulang pernyataan
yang sama. Yang aku sendiri tak pasti entah berapa kali aku sebut ayat tu.
“Susahlah aku nak percaya,
Nani.” Kata-kata Ana bersulam keluhan. Dia pandang Paan yang berjalan menyertai
kami di meja.
“Aku tahu.” Memang umum
dah letak dalam kepala. Lelaki dan perempuan tak ada istilah kawan baik. “Tapi
kes aku dan Paan kau tak perlu risau. Aku pun dah ada orang yang aku sayang.”
Aku cuba berlagak se‘cool’ yang
boleh. Ana tak boleh tahu yang aku tipu.
“Kan I dah cakap.” Paan
angkat kening. Dia berhenti seketika, memberi ruang kepada Khalisha meletakkan
air dan kek yang dipesan.
Dan saat itu, barulah
aku perasan yang Tri tercegat di depan pintu masuk sambil memandang ke arah
kami. Dia yang bersandar pada dinding sebelah pintu sambil melipat kedua-dua
tangan ke dada merenung aku tanpa riak.
Memerhati.
“I sayang you je, bukan
orang lain.” Paan menyambung sebaik sahaja Khalisha berlalu dari situ. Tumpuan
aku kembali kepada Paan di depan.
“Sebab tu I pinang you, bukan Nani.”
“Sebab tu I pinang you, bukan Nani.”
Ana buat muka terharu.
Dan aku cuma mengangguk
dengan perasaan berbaur. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa kecil di mata Paan.
Seolah-olah aku langsung
tak layak untuk Paan. Apatah lagi untuk orang lain.
Mungkinkah betul selama
ni aku jadi orang ketiga?
“Hei, sorry. Saya lambat ke?” Saat air mata
hampir jatuh, suara Tri tiba-tiba menyampuk. Bulat mata aku bila dia terus
duduk di sebelah aku selepas bersalam dengan Paan.
Aku nampak dahi Ana
berkerut nipis sambil memandang aku dan Tri bersilih ganti.
“Abang ni lah buah hati
Nani.” Paan menerangkan dengan sengihan. Riak wajah Ana jelas terkejut. Mungkin
dia tak pernah jangka yang aku ada kawan lelaki selain Paan.
Dan sekali lagi, aku
hanya mampu mengangguk mengiakan.
HAMPIR SEJAM juga kami
bersembang sehinggalah Paan dan Ana meminta diri. Langsung aku tak sangka yang
Tri boleh jadi seperamah tadi. Mungkin kepala Paan dengan dia dari jenis yang
sama ataupun bakat lakonan dia memang tiptop.
“Kenapa tiba-tiba datang
menyampuk tadi?” soal aku bila dia tak ada tanda-tanda untuk bangun
meninggalkan meja.
“Ingat aku tak nampak ke
muka kau waktu tu?” Dia menjawab tanpa memandang.
Anak matanya jauh
merentasi cermin tembus pandang ke keluar cafe, di mana Ana dan Paan
bercakap-cakap sebelum menaiki kereta yang diparkir betul-betul di depan pintu.
“Kalau aku tak menyampuk
tadi, entah-entah kau dah menangis sambil nyanyi lagi Pelamin Anganku Musnah
agaknya.”
Aku buat muka. Tri dan
lagu 90-an tak dapat dipisahkan.
“Saya boleh handlelah. Tak perlu pun awak nak masuk
campur tadi. Sekarang ni, Ana dengan Paan dah ingat awak dengan saya memang
betul-betul bercinta.” Aku memandang kereta Paan keluar dari petak parkir
sehingga hilang dari pandangan.
“Bukan itu ke niat kau
waktu minta aku teman dulu?”
“Dulu.”Sebelum kau buat
kerja gila nak jadi boyfriend aku.
“So?”
Aku berpaling ke kiri,
mencari makna ‘so’ pada wajah dia.
“Apa?”
“Kira dah selesai la ni,
kan? Tak ada lagi orang ketiga?” Dia senyum segaris.
“Mungkin. Asalkan Ana
percaya yang saya dah ada buah hati.” Cepat-cepat aku habiskan americano ais yang dipesan tadi. Rezeki
aku hari ni. Paan yang belanja semua.
“What
about me, then?”
Kopi tersasar ke esofagus
membuatkan aku terbatuk perlahan. Tangan menggagau mencari tisu yang ada di
atas meja sebelum aku mengelap mulut sendiri. Tri yang tersengih di depan aku
pandang lama.
“Kenapa pulak?”
“Kalau nak suruh aku
jadi buah hati sampai bila-bila pun, tak ada hal.”
Sikit lagi aku nak tepuk
dahi. Dia mula dah.
“Look,
I’m not looking for any terms of ‘boyfriend’, okey?”
Dia senyum. “Okay.”
“And
I’m not looking for a relationship.”
“Faham.” Dia senyum
lagi. Matanya melirik nakal.
“So?” Dengan bengangnya aku balas renungan
dia.
“Apa?” Dia simpan
senyum. Sebelah tangan menopang dagu di atas meja.
Kalau kaki aku sampai
dekat muka dia ni, memang dah lama aku libas. Nasib baiklah aku tak mampu nak
libas sampai muka dia tu.
“Jangan buat perangai
macam ni boleh tak?” Aku ketap gigi. Geram!
“Nani... Nani...” Tri
ketawa perlahan sambil menggeleng kepala. “Why
not you,” jari telunjuknya melurus ke arah aku. “...and me,” kemudian tepat pada dadanya sebelum menyambung, “Buat
cerita sendiri dan tak payah masuk cerita Ana dan Paan lagi. Jumpa, jatuh cinta
dan terus ke jinjang pelamin. And live
happily ever after.”
Rahang aku terbuka luas
bila dengar cerita dongeng dia. Ada hati nak jadi putera cerita dongeng pulak.
Ingat wujud ke happily ever after tu?
Orang yang kahwin sebab cinta bertahun-tahun pun ramai yang bercerai, tahu?
“I’m
an engineering student.
I don’t believe in fairytales.”
“Well, I do. Aku percaya yang aku ada ciri-ciri prince charming. Tak ke?” Dia angkat kening berkali-kali.
Ini Habib Fitri ke alien
zaman cerita Cinderella? Apahal lain macam sungguh perangai dia hari ni? Kena
sampuk? Kena santau? Kena minyak pengasih?
“Who
are you, seriously?”
Aku pandang tepat pada anak mata dia. “And
what have you done with Tri?”
Sekali lagi dia
menghambur tawa.
No comments:
Post a Comment