Thursday, 17 March 2016

Memori Tri + Nani [Bab 17]

[Bab 17]


BEG YANG TELAH diisi pakaian dan beberapa barang lain diletakkan di sebelah pintu. Kalau nak dikira, hari ini adalah hari Paan bertunang. Mama dan abah Paan dah bertolak ke Pahang selepas subuh tadi. Mak yang bagitahu.
Aku hanya mengangguk perlahan bila mak sampaikan berita tu tadi. Tak berminat untuk panjangkan cerita.
Hari ini, walaupun masih tinggal seminggu sebelum kuliah dibuka, aku dah pun nekad untuk kembali ke rumah sewa. Entah kenapa aku masih tak mampu nak terima hakikat yang satu ini.
Hakikat yang Paan akan bertunang.
 “Duit PTPTN dah masuk ke?”
Aku balas soalan mak dengan gelengan. Tudung di kepala aku betulkan dengan kedua-dua belah tangan. Tiket bas aku pukul 10 malam. Lagi setengah jam lebih kurang. Sempat lagi kalau nak suruh sepupu aku hantarkan ke bandar.
Mak menghulurkan RM100 ke arah aku. Nafas dihela perlahan sebelum aku menyambut huluran tadi. Aku faham sangat yang mak pun tak mampu. Tapi, aku memang perlukan duit ni.
“Terima kasih mak. Dah sampai nanti orang bagitahu.”
“Hmm.”
Tangan mak aku salam sebelum melangkah keluar dari rumah. Perasaan aku ketika ini mula berkecamuk. Sepanjang perjalan ke Shah Alam aku pejamkan mata. Tidur dan cuba tidur.
Waktu bas berhenti di hentian RnR pun aku tak sedar. Tiba di Shah Alam, aku sempat membuka data untuk internet sementara menunggu teksi. Terketar-ketar jari bila laman web student portal dibuka. Sebenarnya dari semalam Paan tanya keputusan peperiksaan aku, tapi disebabkan dekat rumah memang tak ada line internet, aku diam kan saja.
Dada mula berdebar saat nombor matrik dan password dimasukkan.
Benda yang paling aku benci. Perasaan bila nak tengok result!
Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum membuka laman yang menunjukkan keputusan peperiksaan akhir tempoh hari.

Financial And Cost Accounting B
Particle TechnologyC-
Mechanical Design And Process EquipmentC
Design Project 1A-
Research Project 1A
Advance Differential Equations D
Ethnic Relation A-
Production ManagementB-


Dua subjek gagal.
Subjek yang aku repeat gagal lagi.
Boleh ke aku tamatkan ijazah ni semester depan?


TEKSI YANG TIBA di kawasan rumah kedai aku dilencongkan ke kedai Iris Cake House. Aku membayar tambang sebaik sahaja melangkah turun sebelum teksi tadi memecut ke jalan besar.
Aku tarik nafas panjang sambil memandang papan tanda kedai Kak Hasya tu. Baru pukul enam pagi. Keadaan di sekeliling masih sunyi. Tak ramai pun manusia yang lalu-lalang. Nak pulak semester belum bermula. Rata-rata pelajar masih di kampung masing-masing.
Keluhan terlepas tanpa sedar. Hajatnya tadi aku nak balik rumah terus. Tapi bila fikirkan yang Mila dan Anis yang mungkin masih ada dekat rumah, niat tadi aku lupakan.
Mila, pelajar masters yang asyik sibuk di makmal dan Anis pula buat kerja sambilan.
Waktu sampai di kawasan rumah kedai tadi, entah kenapa ringan saja mulut menyebut Iris Cake House kepada pakcik teksi tadi.
+Kak Hasya dah tak nak khidmat kau, Nani. Kenapa kau datang sini lagi?
-Tapi Tri bela aku. Tri berpihak pada aku.
Aku mencipta senyum tawar bila sedar hati mula bertekak sesama sendiri. Pathetic sangat jalan hidup kau ni Nani.
Sedang aku termenung memerhatikan kedai seberang jalan yang masih tertutup rapat itu, kelibat Tri muncul tiba-tiba dari van mini kedai. Aku hanya memerhatikan gelagat dia yang sibuk mengeluarkan kotak gandum dan beberapa lagi barang kek yang lain.
Sampai sekarang aku lupa janji aku untuk bagi dia nama Facebook aku.
Perlahan-lahan aku merapati dia di muka pintu kedai sambil membimbit beg baju.
“Eh, kau buat apa dekat sini?” Riak muka dia jelas terkejut. Anak matanya naik turun memandang aku dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Tak terlepas beg besar yang aku genggam dari tadi.
Belum sempat aku menjawab, bunyi mesej yang baru telinga mengalihkan perhatian aku. Laju aje aku membuka applikasi WhatsApp sebelum keluhan terkeluar tanpa sedar.
Ana.
Dia hantar gambar cincin.
Dia hantar gambar dia dan Paan di atas pelamin tunang.
Dan juga...
Mesej ringkas, padat dan tajam.
Betullah kata Tri sebelum ni. Selama ini, akulah yang menjadi orang ketiga.

Nani, aku bukanlah nak jadi kejam. Tapi aku harap kau faham. Paan sekarang dah jadi tunang aku. Dan aku tak percaya kalau tunang aku boleh berkawan dengan perempuan tanpa ada rasa yang satu tu. Aku tak percaya lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik. Aku harap kau faham.’

“Kau ni kenapa? Pagi-pagi datang sini dengan beg besar. Bukan kau sepatutnya ada dekat kampung ke?” Kunci pintu depan dibuka. Berkerut-kerut dahi dia pandang aku dan beg besar di tangan.
“Saya nak tumpang duduk dekat sini sekejap, boleh?” Antara keluar dan tidak suara aku meminta. Sungguh aku tak tahu nak pergi pada siapa lagi.
“Mana boleh. Kedai tak bukak lagi.”
“Saya tahu,” keluh aku perlahan.
“Dah, pergi balik. Staf je boleh masuk waktu-waktu macam ni.”
Aku tarik nafas dalam. Wajah Tri yang berkerut seribu aku pandang lama. entah kenapa lutut terasa lemah tiba-tiba. Serta merta aku terduduk mencangkung di depan pintu.
“Hidup aku dah musnah...” Suara yang terkeluar hampir tesekat di kerongkong. Lebih pada cakap dengan diri sendiri.
“Aku dah maki customer sendiri sampaikan perniagaan aku lingkup. Aku mungkin gagal grad pada masanya sebab aku banyak main. Bestfriend yang paling rapat dah nak nikah dan aku takkan ada peluang nak bercerita semua masalah pada dia macam dulu sebab bakal isteri dia garang dan kawan serumah aku mungkin tunggu masa aje nak tendang aku keluar sekarang ni.” Air mata yang dari malam tadi aku tahan terkeluar juga.
Tri terdiam. Aku mendengar dia mengeluh perlahan sambil menolak daun pintu ke depan. Luas.
“Masuklah.”


AKU MASIH DIAM di atas kerusi tempat biasa aku duduk sementara Tri ke sana ke mari membuat kerja. Aku hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa. Aku bangun dari kerusi dan mendekati kaunter sebelum mundar mandir di situ.
Sebenarnya lenguh duduk berjam-jam dalam bas tadi belum lagi hilang. Kalaulah boleh baring dekat atas katil bestnya!
Tri tiba-tiba muncul dari pintu dapur. Dia menjeling aku lama sebelum aku tersedar sesuatu.
Okay. Sorry. STAFF ONLY.” Aku mencebik. Kaki dibawa kembali ke meja tadi.
Tri tersengih kemenangan.
“Aku dah cakap jangan jadi orang ketiga.”
Aku yang baru sahaja ingin meletakkan kepala di atas meja tersentak. Sempat lagi dia perlu aku. dia tahu tak aku tengah sedih ni?
“Bila pulak saya jadi orang ketiga?”
“Kalau bukan, kenapa sedih sangat kalau dia nak kahwin pun?”
Aku terdiam bila mendengar soalan Tri. Lama aku fikir, cari jawapan. Tapi semuanya samar-samar. Aku bukan orang ketiga, kan? Aku bukan cemburukan Anag, kan?
Tapi kenapa tiba-tiba aku rasa kosong bila Paan nak kahwin?
“Sebab itulah orang cakap lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan. Dah berjuta-juta orang cakap benda ni, takkan kau tak faham lagi?” Tri menopang dagu di kaunter sambil memandang tepat ke arah aku.
“Habistu, dari kecil aku dengan Paan berkawan. Nak buat macam mana?” Nada suara aku naik tanpa sedar. Membela diri.
“Nak cakap kau memang suka dia la ni eh?”
“Memanglah aku suka dia. Dia kawan aku.” Aku buat-buat tak faham dengan soalan dia. Walhal aku tahu sangat apa makna ‘suka’ yang Tri maksudkan tadi.
“Patutnya kau happy la dia nak kahwin. Kau nak ke dia tahu yang kau tak suka isteri dia tu?”
“Bakal isteri.” Laju aku memotong.
Tri tergelak besar dari kaunter.
Look, kalau kau nak buktikan yang kau dengan dia hanya kawan dan kau nak buktikan yang lelaki dan perempuan boleh berkawan sampai bila-bila, kenapa kau nak lari dari kenyataan?”
Sekali lagi lidah aku kelu. Betul kata Tri. Kenapa aku kena lari?
Kenapa aku nak iakan kenyataan Ana yang aku dengan Paan tak boleh berkawan?
“Kau buat ajelah macam biasa. Sokong dan tetap jadi kawan. Senang, kan?”
Sekali lagi aku terpaksa setuju dengan kenyataan Tri. Betul jugak. Kalau aku lari, maknanya aku iakan saja fakta yang lelaki n perempuan tak boleh jadi kawan tu.
“Melainkan, kau memang betul-betul suka dia dan selama ni kau orang ketiga.” Tri sengih dihujung kata.
Laju aku menarik muka. Suka sangat nak jadikan aku orang ketiga!
 “Saya bukan orang ketigalah. Kenapa payah sangat nak faham?”
“Let me ask you something. Straight to the point.” Dia pandang anak mata aku tajam. “Kau cintakan budak lelaki tu ke tidak?” Suara dia berubah serius. Tangan dilipat ke dada sambil menanti jawapan dari mulut aku.
Aku diam sesaat. Kepala laju membuat kerja. Cinta? Rasanya tak.
Lebih pada rasa kehilangan.
Akhirnya teragak-agak aku menggeleng.
“Tak.”
So? Kenapa sampai nak berduka lara tarik beg macam orang kena cerai pulak?”
Nak tak nak, aku terpaksa setuju juga. Bodoh kau Nani. Sebab Paan nak bertunang aje pun dah bawak diri sampai Shah Alam ni.
Lagipun, bila difikirkan balik aku bukannya cintakan Paan pun. Aku cuma takut hilang dia bila dia dah beristerikan Ana. Tahulah Ana tu macam mana. Baru sehari jadi tunang Paan pun dah mesej aku macam-macam.
Tipikal betul!
Make sense?”
Aku membalas pandangan Tri yang jauh di kaunter. Fitri. Lelaki yang sebelum ni langsung tak pernah sekepala dengan aku. Langsung tak pernah kenal aku. Dan masih, dia saja yang jadi tempat aku tuju.
Satu keluhan terkeluar juga tanpa dipinta.
“Thanks.”
“No biggie.” Dia angkat bahu sambil mencapai apron yang tersangkut tidak jauh dari pintu dapur. “Jom, ikut aku.”
Dahi aku berkerut mendengar arahan dia. Ikut dia pergi mana pulak? Bukan dekat situ kawasan larangan ke?
“Daripada kau muncung monyok macam orang hilang pedoman ni, baik kau tolong aku bakar kek.” Topi hitam disarungkan ke kepala.
“Bukan situ staff only aje ke?” Sengaja aku tekankan perkataan Staff Only tadi. Biar dia ingat sikit.
“Kau nak masuk ke tidak?”
Aku sengih selebar-lebarnya. “Mestilah nak!” Sebelum dia ubah fikiran, cepat-cepat aku bangun dari kerusi sebelum terus mendekati dia di pintu dapur. Lamanya tak bau kek dibakar!
“Awak nak buat kek apa ni?”
Dia membuka pintu dapur. Bahan-bahan yang dah tersedia di atas meja dipandang dengan senyuman.
“Congo bars.”





No comments: