Thursday, 17 March 2016

Memori Tri + Nani [Bab 12]

[Bab 12]


PENCARIAN AKU BERAKHIR juga.
Sedang asyik scroll ke atas dan ke bawah, mata menangkap satu nama yang sangat familiar di dalam satu Page.
Mata terbuntang luas bila aku yakin yang nama itu memang aku kenal.
Nani Mini Shop!
Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa pahit. Melihat jumlah likes dan komen pada gambar itu membuatkan hati berombak laju.
Mati aku.
Yup. I’m so dead!
Entah berapa kali aku ulang baca caption yang berada di atas sekeping gambar yang di ‘screenshot’ dari ruangan WhatsApp yang terpapar jelas pada skrin laptop itu dengan satu harapan.
Berharap semua yang aku baca dan nampak tu salah.
Tapi bila akal kembali ke paras normal, aku tahu yang semua yang aku nampak sekarang tak tipu.
Nama kedai aku terpampang jelas pada laman page tadi.
Facebook Page popular yang ada 300 ribu lebih likers pulak tu!
Nafas aku turun naik tak senada. Mata hampir berpinar, tak percaya.
Macam mana boleh jadi macam ni?
Kenapa jadi macam ni?
Tangan terketar-ketar membuka ruangan komen. Baru saja membaca 10 komen dari beratus komen yang ada, air mata mula bertakung. Aku meraup muka yang terasa panas. Geram, marah, bercampur sendiri membuatkan dada aku berombak kuat.
Kenapa dalam banyak-banyak WhatsApp yang aku hantar, dia screenshot yang itu je?



 Jangan beli dengan seller kurang ajar macam ni. Tak reti hormat pelanggan. Jom boikot @naniminishop.”


Aku tersandar pada kerusi. Sungguhlah aku tak tahu nak buat apa sekarang. Macam mana aku nak pulihkan keadaan? Macam mana aku nak cakap yang budak tu delete full conversation dan ambil bahagian aku marah aje?
Tak adil!


‘Lempang laju-laju je seller macam ni. Berlagak. Tak tahan lama tu kalau nak berniaga macam tu’

‘Orang macam ni lah yang rosakkan nama seller yang lain. Satu buat tahi, semua kena.’

‘Kurang ajar betul jawapan dia. Geram pulak aku. Kalau aku jumpa minah ni memang aku terajang je masuk longkang.’


Sungguh aku tak boleh nak teruskan bacaan. Ada lebih 500 komen dekat situ. Dan aku tahu, semuanya kutuk aku.
 Sedaya upaya aku menahan air mata dari mengalir.
Jangan menangis Nani. Tahan. Tahan. Ramai orang ni. At least, tunggu kau dah sampai rumah sewa nanti.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Membetulkan riak muka yang sudah bertukar pucat dan cuba bertenang.
Perlahan-lahan aku bangun untuk ke kaunter bayaran. Belum sempat aku menyimpan laptop di atas meja, Tri muncul kembali di depan mata. Entah mana dia pergi lepas dapat panggilan telefon tadi.
 “Eh, nak balik dah?”
Aku cuma mampu mengangguk tanpa memandang.
“Kek tak habis lagi tu? Air pun tak sampai separuh.” Dia pandang aku pelik. Sempat dia menjeling ke arah laptop yang terbuka sebelum sempat aku menutupnya rapat.
“Nak bayar.” Ujar aku sepatah. Tri masih tercegat  di situ dengan wajah yang penuh tanda tanya. Aku buat-buat tak faham dan laptop terus disumbat ke dalam beg. Aku membawa kaki ke kaunter bayaran yang kosong tanpa Khalisha. “Ajim, nak bayar!” Aku menjerit pula kepada Ajim bila Tri masih tercegat tanpa reaksi.
Dia kemudiannya masuk ke dalam kaunter dan terus ke mesin duit. Mengadap aku dari sebelah dalam. Kawasan ‘staff only’ kata dia.
Aku berdehem beberapa kali, membetulkan suara. Jangan menangis dulu Nani. Tahan... Tahan...
Tapi, sampai hati Paan tak bagitahu aku. Ana pun dah tahu.
Dahlah kedai aku memang selalu ada dekat booth universiti.
“Sebelas ringgit.” Tri bersuara sebaik sahaja dia memasukkan kod makanan dan minuman aku. Terus saja aku hulurkan not RM20 ke depan tanpa memandang.
Baki bertukar tangan. Aku kembali ke meja sebelum mencapai beg dan beberapa buku yang aku letakkan di situ.
“Jim, kau tahu apa nama kedai dia?”
Walaupun perlahan, soalan Tri sampai juga ke telinga aku. Great. Sekarang semua orang tahu yang akulah penjual kurang ajar tu.
Aku.
“Er, Nani Mini Shop rasanya.”
Aku mendengar jawapan Ajim samar-samar sebelum pintu cafe aku tutup rapat.
Padan muka kau, Nani. Marah lagi customer macam tu. Padan muka!


AKU TAK TAHU entah berapa lama aku berkurung di dalam bilik sehinggalah perut berbunyi minta diisi.
Aku gagahkan kaki bangun dari katil dan terus ke dapur dengan tuala di kepala. Kononnya boleh melindungi muka sembab aku.
Walaupun aku tahu semua tu tak berkesan.
Tiba di dapur, aku nampak dengan jelas riak terkejut Zati bila memandang wajah aku. Aku tahu dia nampak aku menangis. Dan masih, aku buat biasa. Buka peti ais, ambil epal yang aku beli semalam dan tutup peti ais rapat.
Tanpa menunggu lama, aku kembali ke bilik sebelum mencapai botol air mineral yang berada di atas meja makan.
Nafas dihela perlahan.
Apa yang akan jadi pada aku lepas ni? Tutup FB? Delete Instagram?
Haih, bukannya senang nak kumpul follower sampai berpuluh ribu. Sayangnya kalau kena delete!
Tapi dah jelas terpapar nama kedai aku dekat gambar screenshot tadi. Dekat caption pun ada nama instagram aku.
Dan sekarang, aku tak berani pun nak buka IG kedai. Aku tahu segala komen negatif akan merebak ke situ.
Aku tak berani jugak nak buka Facebook Pages. Tak susah pun orang nak cari siapa pemilik Nani Mini Shop tu.
Tapi, kalau aku tak tengok, aku tak tahu apa yang dia orang cakap, kan? Aku kena buka jugak Instagram tu!
Terketar-ketar tangan aku mencapai handphone yang telah dimatikan dari tadi. Takut sebenarnya.
Berduyun WhatsApp dari pelbagai nombor yang masuk sebaik saja aku membuka packet data. Aku tarik nafas dalam-dalam. Segala notifikasi aku biarkan tidak berusik. Jari jemari mula menari di atas skrin, memasukkan nama dan password untuk Instagram kedai.
Dan...
Hampir terkeluar biji mata aku bila melihat hampir 200 komen baru yang aku terima!
Lama aku pejam mata, kumpul kekuatan. Satu persatu komen pada gambar terakhir itu aku baca. Gambar tiga hari lepas.

‘Banned je dia ni. Kurang ajar!’

‘Oi, nak berniaga buatla cara berniaga. Memalukan peniaga online! Huh!’

‘Saya tak faham kenapa ada banyak komen dekat sini. Ada sesiapa boleh bagitahu?’

‘Sebenarnya aku tak berapa nak percaya post dalam facebook tu. Aku regular customer Nani Mini Shop. Tak pernah pulak dia buat perangai macam tu dekat aku.’

‘Eh, macam bukan Nani Mini Shop je dekat post tu. Owner dia baik je.’

 ‘Eh, ini ke seller kurang ajar tu? Aku pernah beli dengan dia ni. Lepas ni jangan harap la aku nak beli lagi.’

‘Dont worry sis. I dah lama ikut kedai u. I tahu you OK je sebenarnya.’


Entah kenapa aku boleh tarik nafas lega. Walaupun komen yang menyokong hanya 1 dalam 50 orang, tapi entah kenapa dada terasa amat lega. Sekurang-kurangnya ada yang percayakan aku.
Dan, aku tak faham kenapa yang lain-lain terus serbu aku macam  ni.
Sepanjang aku buka kedai online ni, inilah kali pertama aku marahkan pelanggan. Itupun, ‘ter’marah. Dan aku dah minta maaf pun!
Tak adillah kalau dia nak buat aku macam ni.
Kenapa sebab satu benda yang dah diubah dan ditokok tambah, semua yang lain senang-senang nak judge aku?
Kenapa?
Bukan ke semua pelanggan aku sebelum ni suka berurusan dengan aku? Bukan ke dulu diorang jugak yang puji dengan layanan baik aku?
Dah tu kenapa bila ada seorang yang tabur pasir dia nak ikut tabur sama?
Entah kenapa air mata yang sudah berhenti tadi mengalir lagi. Sungguh aku tak faham.
Manusia, kenapa senang sangat nak hamburkan makian tanpa usul periksa?
Apa salah aku pada dia orang? Salah aku hanya pada budak kolej tu dan aku dah pun minta maaf!
Dan, aku tak boleh nak buat apa kalau dia tak maafkan aku sampaikan sanggup hancurkan perniagaan aku macam ni.
Dada mula berombak menahan marah. Aku takut kalau aku menjerit karang, satu rumah pelik.
Aku mengeluh lagi. Niat untuk membaca komen yang lain terbantut bila telefon berbunyi nyaring. Nama yang tertera pada skrin telefon membuatkan aku menarik nafas panjang.
Sampai hati dia tak bagitahu aku.
“Kau dekat rumah, kan? Turun sekarang.” Belum apa-apa, Paan keluarkan arahan sebaik sahaja talian bersambung.
“Aku dah nak tidur.”
“Jangan nak tipu aku. Sekarang baru pukul 10. Bila masa kau reti tidur awal.
Aku dah ada dekat bawah. Turun sekarang.”
Aku melepas nafas perlahan. Sedaya upaya aku membetulkan suara. Bagi hilang suara serak lepas menangis.
“Tak nak. Kau balik je la.”
“Kalau kau tak nak turun, aku naik ketuk pintu rumah kau sampai kau buka. Kalau kau tak buka jugak, tak payah panggil aku kawan lagi.” Talian diputuskan.
Aku mencebik sebaik sahaja Paan menghabiskan ayat. Lama aku pandang handphone dalam tangan. Laki bini sama je. Main aci nak kawan tak nak kawan.
Aku bangun juga dari katil dan terus ke bilik air. Segala kesan air mata aku cuci bersih. Bedak kompak di atas meja aku capai dengan sebelah tangan sebelum menutup kesan merah pada hidung.
Sekali lagi aku mengeluh di hadapan cermin. Bila dah puas hati, aku mengatur kaki ke bawah, tempat Paan menunggu.
“Apahal?”
Paan yang duduk di atas motosikal membelakangi aku berpaling ke belakang. Lama dia meneliti air muka aku yang berubah 100 peratus.
Dia mengeluh perlahan sebelum membuka mulut, “Kau dah tahu, kan?”
Aku diam tidak menjawab.
“Kau ni, kan aku dah cakap jangan tengok. Jangan buka.”
“Kau marahlah awek kau tu. Siapa suruh dia bagitahu.” Aku mendengar suara sendiri menjawab sebelum sempat aku tahan. Memang pun. Kalau Ana tak bagitahu, mungkin sekarang aku boleh makan malam dengan senyuman lebar!
“Dah, aku dah marah dia pun. Yang kau tu pergi bukak jugak kenapa. Tak ada kerja, pergi cari kerja.” Paan mula membebel.
“Lambat laun pun aku akan tahu jugak, kan?” Aku membela diri. Aku tengah sedih ni, kau jangan nak membebel lagi boleh tak?
“Yes exactly. Lambat laun. Biarlah lambat kau tahu. Biar sempat kau hadap final exam dulu. Kau ni betulla degil!”
“Tapi aku nak sangat tahu apa benda yang dah jadi.”
“Curiousity killed the cat, you know.”
Aku mengeluh perlahan. “I know. And I’m the dead cat.”
Paan senyum tawar.
“Bukan aku tak nak cakap, tapi tengok ni la,” Kata-katanya terhenti disitu.
“Sampai hati kau, kan. Aku ingat kau kawan aku. Ini tak. Ana tahu. Entah-entah semua kawan kelas kita tahu. Tapi kenapa kau taknak bagitahu aku?”
“Sebab aku tahu kau akan down. Aku tahu cyber bully tu kejam. Dan aku tak nak kau jadi macam sekarang ni.” Tenang Paan menjawab.
Aku diam lagi. Betul juga cakap paan. Ada baiknya aku tak tahu. Ada baiknya aku tak fikir benda ni semua sebelum aku exam.
Padan muka aku.
Nak tahu sangat.
Betullah orang cakap. Ignorance is a bliss.
Tapi sekarang, aku dah tahu. Dan mampu ke aku nak belajar dengan aman dengan keadaan macam ni?
“Kau baru lepas menangis, kan?”
Aku diam lagi. Sikitpun aku tak pandang muka Paan dari tadi.
Bukan baru lepas menangis, nak turun tadi  pun aku masih menangis. Dan sekarang pun aku rasa nak menangis balik.
“Tak adil!” Aku tak tahu apa yang merasuk aku sekarang. Ringan saja air mata turun ke pipi. Paan hanya diam, memberikan ruang.
“Kenapa dalam ramai-ramai seller yang ada, aku jugak yang kena? Baru sekali je aku marah customer. Aku dah minta maaf pun!”
“Sabarlah. Dah nama hidup, mesti ada ujian dia.”
“Tapi ni berat sangat, Paan. Semua tahu aku punya Facebook. Semua tahu aku punya Instagram. Semua maki aku dekat situ.”
“Yang maki kau tu semua tak kenal kau.” Paan memotong. Hakikatnya, betul kata Paan. Berapa kerat je pelanggan aku dekat situ. Yang lain semua entah siapa-siapa yang baru jumpa Instagram aku.
Memang tak adil!
“Aku rasa aku nak tutup je semua tu. Aku serik. Aku rasa aku tak mampu nak hadap semua makian tu lagi.”
“Kalau kau tutup maknanya kau betul salah. Musuh kau tepuk tangan. Kenapa nak lari kalau kau tak salah.”
“Tapi aku tak boleh hadap segala makian dia orang dekat situ. Aku tak tahu nak buktikan macam mana yang aku tak salah.” Aku hampir menengking. Bukan marahkan Paan, tapi entahlah.
Mungkin aku patut marahkan diri sendiri.
“Walaupun aku tak tahu apa yang jadi, tapi lepas ni kau hadkan ajelah sembang dengan customer. Sembang yang penting je.”
“Bukan salah aku!” Sekali lagi aku menjerit. “Okay, mungkin salah aku jugak sebab aku memang marah dia. Tapi budak tu screenshot bahagian yang aku marah je. Aku dah minta maaf pun!”
Kali ini Paan mengeluh panjang. Dada aku masih lagi berombak menahan marah. Geram.
Sungguh aku tak percaya budak tu boleh delete dan ubah perbualan asal! Oh dunia!
“Kau ada lagi conversation asal tu?
Aku mengangguk. Handphone ditangan diserahkan kepada Paan yang masih bertenggek di atas motosikal dia.
“Aku rasa nak post yang ni. Nak kasi semua orang tahu aku tak salah.”
Paan menghabiskan bacaan. Dia kemudiannya mengangkat kepala melihat aku yang masih menunduk memandang selipar di kaki. “Tak payahlah. Kau tak salah. Kau tak perlu nak buktikan apa-apa.”
“Habistu, macam mana aku nak cakap dengan semua orang yang aku tak salah?” soal aku tak puas hati. Mana boleh aku biarkan saja budak tu menang? Aku ada perbualan asal. Aku ada bukti!
“Biar je. Lambat laut benda ni akan orang lupa jugak. Kalau kau balas, makin panjang jadinya.”
Aku mengeluh berat. Dia senanglah cakap. Yang laluinya sekarang, aku.
“Setiap hari ada je benda mengarut dekat Facebook tu. Untuk sehari dua ni tahan je, okey?”
Aku diam lagi.
“Biarkan aje lah apa dia orang nak cakap. Kau tu, nak final exam. Paper kau banyak. Persetankan semua tu.”
Boleh ke aku abaikan semua tu walaupun aku, pemilik Nani Mini Shop dah viral satu Malaysia?
“Nani kawan aku, kuat. Dia takkan nak mengalah bila ada anasir-anasir jahat macam ni. Dan, dah lupa misi kau semester ni? Nak habiskan semua repeat paper, kan?” Senyuman Paan sedikit sebanyak melegakan aku. “Dah. Dengar cakap aku. Buat masa ni jangan online lagi. WhatsApp pun kau tutup. Siapa yang nak contact kau, biar je dia orang habiskan kredit, mesej. Faham?”
“Hmmm...”
“Tiga minggu je. Sabar. Lepas tu kau onlinelah 24 jam pun. Kau bacalah semua komen tu pun.” Dia sengih sendiri. “Sekarang ni, yang penting, jom makan dulu. Aku lapar.”
Ceh. Ingatkan apalah yang penting sangat.
“Kau makan ajelah. Aku tak nak masuk kedai muka sembab macam ni.”
“Tadi tak nak mengaku.” Paan ketawa kuat.
Kurang ajar sungguh budak Farhan ni. Dia ketawakan aku pulak? Dia tahu tak yang aku tengah bermuram durja sekarang ni?
“Jom ajelah. Tak ada orang nak pandang kau. Semua orang yang pergi kedai makan, nak makan. Faham?”
Aku mencebik.
“Jomlah. Aku belanja. Bukan senang aku nak tengok kau menangis macam ni. Kau jatuh pokok rambutan dulu pun kau belasah ketawa je walaupun kaki terseliuh.”
Nak tak nak aku ketawa juga. Paan... Paan. Boleh pulak dia ungkit kes panjat pokok rambutan Pakcik Kassim tu?
Dahlah lepas jatuh pokok, kaki terseliuh. Balik rumah kena rotan dengan abah depan rumah lagi.
Hish. Memalukan sungguh bila ingat balik.
“Dah, tak payah nak mengimbau kenangan dekat sini. Aku lapar ni.” Dia sengih lebar sebelum turun dari motosikal. “So, shall we?”
Thanks Paan.” Bibir aku menarik senyum tanpa dipaksa. Betullah. Waktu-waktu macam inilah kawan sangat diperlukan. Dan aku beruntung sebab ada Paan, kawan aku.
Dia angkat bahu sesaat sebelum membalas senyuman aku.
“Anytime.”



Tahun Akhir Diploma

han_nani: Pakcik, saya tak rasa nak sambung degree lepas ni :(
M_K: Kenapa pulak?
han_nani: Tak minat. Nak habiskan diploma ni pun merangkak.
M_K: Mak dengan ayah cakap apa?
han_nani: Diorang macam suruh sambung lagi...
M_K: Dah tu, sanggup hampakan diorang?

           


No comments: