[Bab
26]
BARU JE MASUK sebulan
semester baru ni, dah banyak berita yang aku terima. Jiha dah bertunang waktu
cuti semester itu hari. Sofia pulak, habis aje final exam nanti dia akan nikah.
Mungkin minggu yang sama dengan Paan. Dan, yang paling mengejut, Imah yang
kecoh itu pun akan kahwin waktu cuti mid sem nanti!
Cuti mid sem kot! Tak
sampai berapa minggu pun lagi!
Dan rata-rata budak
kelas aku semua dah ada pasangan masing-masing. Iyelah, umur dah masuk 23 dan
24 tahun. Ada jugak yang dah 25 tahun. Memang kalau nak dikira, umur macam ni
dah sesuai sangat untuk bina keluarga sendiri.
Semua pun dah ‘chup’ pasangan masing-masing waktu di
universiti. Ada yang laing setia, ‘chup’
waktu zaman sekolah lagi.
Aku?
Aku sebenarnya tak kisah
pun lambat kahwin, tapi...
Bila dah sekeliling aku
penuh dengan cerita pelamin idaman, honeymoon
dekat mana, nak pengapit banyak mana dan macam-macam lagi, nak tak nak, aku pun
jadi terfikir sama.
Nak-nak pulak bila Paan
cerita kisah petik bunga dulu. Beruntung ke aku bila dah ada orang yang suka?
Memilih ke aku bila aku asyik tepis je ayat-ayat manis Tri?
Sofia di sebelah pula
asyik bercerita tentang pertemuan dia dengan Hadiy. Kawan satu sekolah yang
bertemu kembali baru-baru ni.
Aku hanya mampu senyum
aje dengar kesungguhan Hadiy untuk ikat tali pertunangan, tak bagi mereka
berpisah lagi sekali.
Perjalanan ke makmal
terasa sungguh jauh walaupun hanya beberapa meter dari fakulti aku.
Memang pun sejak dua
menjak ini cerita pasal jodoh, kahwin dan sewaktu dengannya menjadi topik
hangat bagi budak kelas aku.
Meja belakang, meja
depan. Bahkan, Dr Diana yang pemarah itu pun akan kahwin minggu depan.
Kahwin, bina keluarga
sendiri.
Jadi entah kenapa, bila
Tri bangkitkan hal ni semalam, hati aku macam terbuka.
Terbuka untuk kahwin.
“Kau masuk dulu, aku nak
pergi toilet.” Sofia meninggalkan aku
sendirian sebaik sahaja kami tiba di depan pintu makmal.
Aku tarik nafas
panjang-panjang. Dalam kepala aku penuh dengan pelbagai ayat yang aku akan
karang. Tri selalu cakap yang kalau aku suka dia, bagitahu dia. tapi masalah
sekarang, macam mana aku nak bagitahu?
Tri,
aku dah suka kau?
I
love you and i want let you know?
Ah, kusut!
Perlahan-lahan aku
menolak daun pintu dan...
“Anak
rusa Nani, baru kembang ekor...”
... dan wajah Tri yang
tersenyum lebar terus menyapa mata.
Aku cipta senyum bila
mendengar Tri menyanyi-nyanyi kecil sebaik sahaja dia nampak aku masuk ke dalam
makmal.
Lama aku pandang dia
yang hanya berbaju T lengan pendek dan jeans
lusuh. Jaket hitam disangkut pada kerusi yang didudukinya.
Apa lagi yang aku nak, kan?
Dah ada orang suka aku, kenapa aku tak sudi?
Dan Tri tu tak adalah
menyakitkan hati sangat sebenarnya.
“Miss
me damn much?” Kening
diangkat beberapa kali.
“Perasan!” Spontan aku
menjawab.
“Dah tu, kenapa lebar
sangat sengih tu bila nampak aku?”
Aku ketawa perlahan. Tak
tahu nak jawab apa. Langkah dibawa ke meja kosong bertentangan dengan dia.
Buku-buku yang aku pegang tadi terus diletakkan di atas meja.
“Tri,”panggil aku
sepatah. Perut dah mula bergelodak dengan pelbagai perasaan. Nak cakap ke...
tak?
Nak cakap sekarang ke...
nak simpan esok-esok?
“Apa?”
Lambat-lambat aku
pandang muka dia yang penuh dengan tanda soal. “Awak cakap, nanti bagitahu awak
kan?”
“Bagitahu apa?”
Aku diam. Rasa menyesal
pulak bila keluarkan topik ni. Lama aku pandang muka dia yang penuh dengan
soalan tu.
“Er...
if I love you?” Aku
gigit bibir. Malu oi!
Segala jenis journal di
atas meja tadi ditolak tepi. “So...” Aku nampak dia senyum segaris.
“Jangan ajak saya couple, ajak saya kahwin.” Aku berterus
terang.
“Okay.”
“Okay?”
“Yup.
Okay. Lepas awak
habis semester ni, kita kahwin.”
Hah? Macam tu je?
Senangnya nak ajak anak orang kahwin? Tapi aku ni pun, senangnya suruh dia ajak
kahwin terus. Takkan tak ada nak kenal-kenal dulu ke, kawan-kawan dulu ke.
Tapi, dia jugak yang
kata yang dia dah cukup hafal perangai aku. Kan?
“Tapi saya nak bagitahu
awak satu benda.”
“Apa dia?”
“I’m
such a jerk! Really am. Jadi
jangan menyesal kalau saya ni tak seperti yang awak fikirkan. ”
Dia ketawa lepas.
“Kenapa? Awak bertukar jadi pontianak ke bila tiba waktu malam? Atau... jadi
angsa putih yang jahit baju pakai bulu pelepah tu?”
“You
and your imagination!”
Aku buat muka stress.
Sekali lagi dia ketawa.
“The
turth is, saya tak
reti berdikari. Saya suka susahkan orang. Saya nampak je yakin, tapi kenyataannya, I’m bad at everything I do.”
“I
know.” Dia sengih
segaris. “But it’s okay, I love you
anyway.”
Rama-rama datang lagi!
Darah merah terus menyerbu ke muka. Terharu, malu, gembira semua dah bercampur
baur. You love me, I pun love you jugak!
Sengihan aku makin
lebar. Tri pun sama. Masing-masing dah mula bayangkan apa yang akan jadi
seterusnya.
Sofia yang tiba-tiba
masuk angkat kening seinci bila nampak aku dan Tri berbalas senyuman.
“Did I miss anything important?”
Serentak, aku dan Tri
berpaling ke arah Sofia. Masih dengan senyuman. Bagai mengerti apa yang dah
jadi, wajah Sofia meleret dengan senyuman.
“I knew it!” Dia hampir melompat.
“Congratulations both of you. Oh my,
aku happy gila ni!”
“Jangan over ye, makcik.” Aku sengih.
“Ah, suka hati lah.” Dia
cebik ke arah aku. “Abang, make it fast,
ya? Kami nak habis belajar dah ni...” Dia angkat kening pada Tri.
“I
will.” Tri kenyit
mata.
Aku cubit tangan
sendiri. Senyap senyap. Pastikan yang semua ni bukan mimpi.
Rasa sakit masih ada.
Jadi, aku bukan tengah tidur di siang hari.
Aku akan nikah dengan
Tri and I’m excited!
4 comments:
"Akak penulis, make it fast ya.. Saya pn dh x sabar ni?" (Copy ayat sofia)
"............." Jawab penulis
Buat illa.. Sila isikan tempat kosong hihi
Anon
InsyaAllah tak lama dah :)
Eh.. Lupa nk letak nama hahaha
Anon tu noriatul sebenarnye hehe
-noriatul-
Post a Comment