Tuesday 11 October 2022

Itinerary Penuh Trip Semporna 4 Hari 3 Malam

 


Okey, aku pergi Semporna sebenarnya dah lama. Gambar-gambar pun dah boleh masuk muzium agaknya. Haha! Tapi tak kira, disebabkan Semporna sangatlah cantik, aku kena post juga walaupun dah bertahun-tahun aku tinggalkan blog ni bersawang.


Bermula dengan plan untuk ke Semporna daripada kawan aku, dia terus hasut kami booking tiket flight ke Tawau selama 4 hari 3 malam hari itu juga. Iyalah, selalunya kalau rancang lebih-lebih, kelaut dalam jadinya. So... akhirnya, berjaya la juga booking tiket ke Tawau untuk 4 orang Disember lepas. 


Selesai booking tiket, kawan aku terus usha pakej-pakej trip Semporna yang sedia ada. Tengok-tengok review IG, tengok-tengok website... Dan akhirnya, kami pilih Pakej Pulau Semporna (Makatagih). Bagi aku, kita orang memang buat pilihan bijak sebab semua abang-abang yang bawa kami sepanjang 4 hari 3 malam dekat Semporna ni, memang awesome. 


Sebelum buat bayaran deposit, mereka akan bagi dulu chalet-chalet dekat laut yang korang prefer. Waktu aku pergi dulu, banyak yang dah full, jadi kami pilih Grand Dive Resort untuk chalet di laut dan untuk di pekan Semporna hari terakhir tu, kami tidur di JONO Place Hotel. 


Hari Pertama

Sampai di airport Tawau, driver datang pick up kami terus je jeti untuk ke Pulau Semporna. Sampai dekat jeti, kami beli dulu barang-barang makanan kering macam megi, biskut, air manis, roti, jajan. Segala mak nenek makanan keringlah. Kononnya nak buat makan-makan sambil sembang waktu malam dekat atas laut nanti. 

Lepas tu, kami diberikan makan tengah hari. Ini memang termasuk pakej. Makanan dia, of course lah seafood. Awal-awal lagi dah makan ketam wei. Mana tak seronok. Hahha!





Selesai makan, kita orang jalan-jalan dekat sekitar jeti, sebelum naik bot ke penginapan atas laut, Grand Dive Resort.

Perjalanan ambil masa dalam 30-40minit macam tu atas bot. Bot selesa, tak pack dengan orang. Sampai di Grand Dive Resort, masa ni semua dah jerit macam onggiler sebab permandangannya MasyaAllah... cantik gila! Rasa macam mimpi je akhirnya boleh jejak water chalet yang selama ni aku tengok dalam IG atau google je. 


Ni aku belanja permandangan dekat Grand Dive Resort. Lawaaaaaa






















Petang tu, tak ada aktiviti apa-apa, cuma rehat-rehat sikit, lepastu mandi laut depan chalet, main-main air dekat platform chalet sambil berangan jadi ikan duyong. Serius, tenang masa ni. Dan paling best, owner Grand Dive pun melayan kami empat ketul ni ambil gambar dan ambil video. Sporting gila. 






Mandi laut, makan, mandi laut, makan sampai muntah. Hahaha. Seronok!






Makan malam, juga termasuk pakej. Lagi sekali, seafood!!! Udang, ketam, sotong, semua ada. Ambil je banyak mana nak makan. 



Hari Kedua


Malam pertama, hujan lebat plus ribut. Masa tu kami dah risau tak dapat panjat bukit Bohey Dulang. Iyalah, kalau hujan nanti trek licin berselut bagai. Tapi bila abang pakej tu cakap on, memang happylah masing-masing.

Perjalanan pertama untuk hari kedua, ke Bohey Dulang. Nak naik sini, memang kena pakai kasut atau pakai sandal bertali sebab kena memanjat dalam 700 meter aras laut. Boleh tahan mencabar juga lah penat dia. Trek pulak, hampir 80 persen bertangga. Gigihlah semua panjat anak tangga nak tengok view lawa punya pasal. 








Dalam sejam menjadi, tibalah kami dekat puncak Bohey Dulang. Sekali lagi memang teruja dengan view dari atas ni. Memang sangat cantik dan sangat berbaloi panjat penat-penat untuk permandangan yang sangat awesome ni. 


Turun dari Bohey Dulang, kami lunch dekat platform jeti sebelum gerak ke lokasi seterusnya. 


Lokasi seterusnya ialah Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan. Pulau-pulau okey la, penuh dengan manusia, laut lawa dan tempat snorkeling pun sangat cantik. 








Selesai aktiviti laut, kami balik ke water chalet, sambung terjun depan bilik pulak. Heaven weh!! Malam pula, masa makan malam, owner dan penginap water chalet lain sempatlah berkaraoke, menari lagu Sabah dan berpesta sebelum tidur. Seronok jugalah tengok diaorang happy-happy dekat sini. 


Hari Ketiga


Pagi ni kitaorang dah kena check out selepas 2 malam tidur di Grand Dive. Beg-beg semua letak luar chalet dulu dan kitaorang gerak ke lokasi seterusnya. 

Aktiviti hari ketiga, masih snorkeling dan island hopping. Kali ini, pakej bawa kitaorang ke Timba-Timba, Mataking dan Pom-Pom. 

Dekat Pulau Timba-Timba, diaorang bagi lunch, lepak-lepak kejap, pastu ambil gambar sebelum mula aktiviti snorkeling di Mataking dan Pom-Pom. 

Dekat sini jadi tragedi sikit sebab laut punyalah bergelora, ombak kuat, sepanjang masa mual je nak muntah. Tak pernah-pernah mabuk laut, tapi dekat Mataking dan Pom-Pom, boleh pulak term*ntah. Bukan aku je, kawan-kawan aku pun sama. Abang yang bawa kitaorang tu pon sama loya sebab laut bergelora sangat. 

Tapi, aktiviti snorkeling masih diteruskan. Tapi last check point tu aku tak turun pun. 






Habis aktiviti, balik ke water chalet dan ambil beg sebelum kita orang dibawa balik ke jeti bandar Semporna untuk tidur di hotel dekat bandar pula. 

Lebih kurang jam 4 petang macam tu, kitaorang sampai ke JONO Place Hotel. Hotel ni berkonsepkan backpackers, bilik sangat selesa. Kemudahan pun selesa. Memang sesuailah bagi backpacker yang nak stay dekat bandar Semporna ni. 










Malam tu juga kami ambil peluang untuk jalan-jalan pusing sekitar bandar, dan cari restoran untuk makan malam. 


Hari Keempat

Check out dari JONO Place, tumpang letak beg di ofis tour agency.

Hari terakhir di Semporna, kami gerak pula ke lokasi terakhir, Mabul dan Kapalai. Okey, aku rasa sepanjang dekat sini, Dekat Mabullah tempat yang paling banyak aku ambil gambar selain di Bohey Dulang. Mabul Water Bungalow lawa giler weiiii..


Nak masuk tu kena bayar RM30 seorang. Yang ni tak termasuk pakej. Tapi percayalah aku cakap, memang berbaloi harga RM30 dengan apa yang bakal korang saksikan di Mabul Water Bungalow ni. Chalet dia terjaga, kemudahan pun banyak, tempat cantik untuk bergambar pun banyak disediakan. 


Dekat sini panas gila sampaikan memang dah burn teruk muka kitaorang. Tapi tu langsung tak menghalang kami ambil gambar beratus-ratus keping. Hahaha. Lagipulak, abang yang bawa kami tu memang suka melayan kami ambil gambar. Dia punya skil pun boleh tahan. Memang terbaik betul.

Disebabkan kitaorang semua bukan jenis nak berOOTD dengan baju lawa-lawa, datang sini pakai tshirt dengan tracksuit pun jadiiiiii>___<


Saksikanlah keindahan Mabul Water Bungalow ini. Memang serius cantik, tak tipu. 





















Kami lunch dekat sini, termasuk dalam pakej sebelum ke aktiviti snorkeling. 

Dekat Kapalai pulak, kitaorang hanya snorkeling dekat kawasan tu je, tak boleh naik atas chalet dia sebab memang private betul. Jadi, ambil gambar dari luar pon jadilah. 




Selesai bersnorkeling, tibalah masanya balik ke bandar Semporna, claim beg dekat ofis tour agency, tumpang mandi, dan lepas tu bersiap-siap untuk ke airport Tawau. 

Memang nampak rushing, tapi okey je sebab flight balik KL malam. Selepas driver hantar kami ke airport, maka tamatlah khidmat Pakej Pulau Semporna (Makatagih) yang kami guna selama di Semporna ni.

Tersangatlah recommended.


Puas hati betul empat hari di Semporna. Kalau ada rezeki lagi, aku akan repeat pulak dengan family. Pulau di Sabah thorbaikkkkkk.