Sunday 26 July 2015

Koleksi Beg Wanita

Hai dan Assalamualaikum!

Sempena bulan raya ni, rasanya masih tak terlewat kalau saya nak kenalkan jenis-jenis beg tangan yang tersangatlah menjadi pilihan di Zalora. Selain kasut dan barang kemas, beg tangan juga merupakan aksesori penting kan, kan? Ye la, untuk bawak pergi shopping ke, pergi ofis ke, pergi kenduri kendara rumah ex boipren  ke, mestilah kena ada beg tangan yang sesuai untuk meyakinkan lagi langkah kita, kan?

Siapa yang bernama wanita, pasti akan mengakuinya. Kehkehkeh.

Oleh sebab beg tangan ni penting dalam kehidupan kita sehari hari, jom tengok beberapa koleksi beg wanita yang paling popular dan digemari.


Clutch



Selalunya clutch mempunyai saiz yang kecil dan dibawa ke majlis-majlis formal yang disesuaikan dengan pakaian formal macam annual dinner ke, ball gowns ataupun evening dresses. Clutch jugak sesuai kalau nak bawa pergi kenduri. Nice and simple gitu.


Sling bag



Sling bag jugak selalunya bersaiz kecil Cuma ditambah dengan tali. Nama lain sling bag adalah beg silang. Remaja memang suka pakai sling bag ni sebab senang, kecil dan tak menonjol sangat. 

Tote Bag



Tote bag mempunyai rekaan pemegang yang tidak terlalu panjang dan mempunyai saiz yang agak besar. Bagi yang tak suka sangat nak sangkut tali beg pada bahu, tote bag sangatlah sesuai untuk sorang. 

Shoulder bag



Seterusnya adalah shoulder bag yang mempunyai saiz yang besar dan tali pemenang yang lebih panjang dari tote bag. Tali ini membolehkan si pemakai menyandang beg ini di bahagian bahu.


Kesimpulannya, setiap jenis beg mempunyai fungsi yang berbeza. Jadi, tak salah kalau kita ada semua jenis beg untuk disesuaikan dengan pelbagai acara, kan? Jadi, jom cari beg kegemaran anda sekarang!

Wednesday 1 July 2015

Sinopsis Pencuri Cinta Kelas Satu

Assalamualaikum! 

Seperti yang sedia maklum, SPKS dah ditukar tajuk menjadi Pencuri Cinta Kelas Satu. Mula tulis tahun 2011 dan siap tahun 2012. Jauh perjalanan dia sehinggalah dapat rezeki untuk diterbitkan tahun ni. Alhamdulillah ;)

Oleh sebab ini novel pertama yang illa siap tulis, jadi segala kesalahan,cliche, tak matang dan lain lain haraplah dimaafkan. 

Terima kasih daun keladi ;)


Tajuk: Pencuri Cinta Kelas Satu
Penulis: Illa Shanahila
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-78-5
Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak)

Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

“Jom kita kahwin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri orang anak satu.” – Amar Firzal
Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung – Aira

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

"Malam ni jangan pergi mana-mana.”
“Kenapa?”
“Nanti awak tak ada dalam mimpi abang.”

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?

*****

Nak order dengan KS/p2u boleh, nak order dengan illa pun boleh ;)