Showing posts with label Bangkok. Show all posts
Showing posts with label Bangkok. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

Bangkok Trip

Hai dan Assalamualaikum!

Walaupun dah lebih dua bulan Bangkok ditinggalkan, pengalaman sepanjang dekat sana pastinya tak mungkin daku lupakan. Gituu~




Post yang lepas, illa hanya sempat cerita pasal salah satu tempat perlancongan di Bangkok iaitu Madame Tussauds, sekarang illa nak cerita apa lagi yang menarik dekat Bangkok yang sempat illa terjah sepanjang illa dekat sana.

Menginap di Hotel Courtyard by Marriot, Bangkok yang sangat awesome, kami mulakan hari di Bangkok dengan makan malam dekat Asiatique The Riverfront yang merupakan open-air mall di Bangkok yang terletak di persisiran Sungai Chao Phraya.



Bilik yang tersangatlah selesa. Sesuai untuk yang melancong sambil bekerja



Perasaan dinner dekat sini? Semestinya awesome sebab dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan dikelilingi dengan banyak kedai yang menjual pelbagai barangan, satu malam dekat sini memang tak cukup!







Sebelum balik ke hotel, kami sempat menonton teater Muay Thai yang juga terletak di Asiatique. Teater ni sebenarnya menceritakan tentang asal usul seni mempertahankan diri Muay Thai ni dan banyak lagi aksi-aksi dan drama yang diceritakan melalui pelbagai gerak muay thai.



Dan teater disudahi dengan perlawanan muay thai. Sepanjang teater tu memang tak boleh ambik gambar atau rakam. Jadi, gambar waktu teater memang tak ada. T_T




Muay Thai Live: The Legend Lives

 ASIATIQUE THE RIVERFRONT
2194 Charoen Krung Rd, Bang Kho Laem, Bangkok 10120, Thailand
Phone:+66 2 108 5999


Hari kedua, selain ke muzium lilin Madame Tussauds, kami juga singgah ke Sea Life Bangkok Ocean World. Kalau nak tengok sendiri macam mana pekerja-pekerja dekat situ bagi makan dekat jerung (yang besar gila!) bolehlah datang ke sini. Tak jauh pun dari Madade Tussauds tu. Boleh jalan kaki je.

Jalan atas jerung 

Sesi bagi makan kat white shark

Terowong aquarium

SeaLife Bangkok Ocean World 

B1-B2 Floor, Siam Paragon, 991 Rama 1 Road, Pathumwan, Bangkok 10330, Thailand
Phone:+66 2 687 2000
http://www.sealifebangkok.com/


Habis menjenguk kehidupan laut, kami bergerak pulak ke Art In Paradise, Bangkok. Dekat sini terletaknya pelbagai lukisan 3D yang membolehkan korang bergambar habis-habisan di setiap pelusuk bangunan ni. Disebabkan ini kali pertama illa masuk muzium 3D macam ni, memang perasaan teruja tu tak boleh tutup. Semua lukisan illa nak tempek muka sendiri.

Best!



Art In Paradise Bangkok

Address: 99 Esplanade Shopping Mall, 4th Floor Ratchadapisek Road, Din Daeng, Din Daeng, Bangkok10400, Thailand
Phone: +66 2 660 9130


Hari ketiga, kami bergerak ke Ayutthaya, lebih kurang dua jam dari Bangkok untuk ke perkampungan muslim yang menetap di sini. Penduduk disini menjadikan kraf seni berbentuk ikan yang diperbuat dari daun kelapa sebagai produk cenderamata.

Salah seorang penduduk mengacar cara-cara menganyam

Dah jadi ikan!

Ikan yang dianyam tadi, diwarnakan dan dijual sebagai cenderahati



Ayutthaya juga memang banyak menyimpan sejarah dan struktur-struktur watt yang menarik contohnya di Historical Park ni.

Historical Park, Ayuthayya


Sebelum kembali ke Bangkok, kitorang sempat singgah di tempat pembuatan Roti Sai Mai yang femes dekat Thailand ni. Memang sedappp sampai menjilat jari.






Kami tiba di Bangkok tepat waktu untuk makan malam.Sesekali dapat peluang naik cruise menyusuri sungai Chao Phraya dan dinner dengan diiringi musik dari live band memang suatu pengalaman yang menakjubkan.



Satu lagi perkara yang korang tak boleh lepaskan bila berada di bangkok. Shopping!Bangkok memang terkenal dengan shopping mall yang banyak dan yang paling terbaru dan paling elegan di antaranya adalah EmQuartier Bangkok iaitu Luxury Shopping on Sukhumvit Road.

Menggunakan konsep 'All in One' di sini penduduk setempat dan pelancong boleh dapatkan apa sahaja termasuklah air terjun, taman permainan dan mini zoo! 

Mini zoo di pusat beli belah? percayalah!





Apalagi, nak shopping barangan berjenama dengan bijak, bolehlah ke Bangkok!


Terima Kasih Kak Noor Ashikin dan Apple from Tourism of Auhtority Thailand, Malaysia untuk trip kali ini.



Tourism Authority of Thailand, Malaysia

Suite 22.01, Level 22, Menara Citibank,
165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Tel: (603) 2162 3480 
Fax: (603) 2162 3486


Tuesday, 9 June 2015

Madame Tussauds Bangkok

Assalamualaikum!

Dengan jemputan Tourism Authority of Thailand, (Thank you K. Noor and Apple!), illa berpeluang pegi tengok sendiri muzium lilin yang tersangatlah femes iaitu Madame Tussauds Wax Museum.

Wax museum ini bukanlah muzium yang menempatkan perlbagai jenis lilin, tapi dekat sini terdapat banyak patung lilin menyerupai ahli sejarah, ahli sains, artis, ahli sukan dan banyakkkkk lagi. 

Nama Madame Tussauds ni sebenarnya berasal dari Marie Tussauds, iaitu seorang pematung lilin yang pertama kali mendirikan muzium lilin ni.



Dia Asia, Bangkok adalah salah satu tempat yang ada muzium terkemuka ni. Jadi, jom tengok apa benda yang ada dalam Madame Tussauds ni sebenarnya.



Madame Tussauds Bangkok terletak di Tingkat 6 Siam Discovery, Pathumwan. Harga masuk biasa untuk dewasa adalah 850 baht dan kanak-kanak 650baht. Tapi tapi tapi, kalau beli online boleh dapat harga laaaagi murah hingga 20%.

Jadi, kalau nak jimat, boleh beli online dekat laman web dia. Sini E-Ticket


Oke. Habis pasal tiket. 

 Apa yang penting, korang memang boleh sentuh ke, peluk ke nak bergambar ke. Memang dibenarkan. Jangan korang terajang patung tu dah le. 

Jom tengok gambar-gambar dalam Madame Tussauds ni.











Dalam tu jugak, macam biasa akan ada yang amik gambar kita, lepas tu nak keluar bleh claim gambar kalo nak. Dan, rege dia kalau yang macam ni 200baht saja. Jadi boleh la jadikan kenang-kenangan gittew.




Oke.

Jom ke Madame Tussauds Bangkok!




Address

Madame Tussauds, Siam Discovery, 6th Floor, 989 Rama 1 Road, Pathumwan, Bangkok 10330


By BTS SkyTrain

Madame Tussauds is a five minutes walk from BTS Siam station. BTS Siam station is right in the middle of the city and easy journey from anywhere in Bangkok.


By MRT

MRT Silom or Sukhumvit or Chatuchak Park station transfer to BTS Sky train; BTS Siam station (See By BTS)


By Bus

The following bus numbers travel to Madame Tussauds: 15, 16, 25 (Paknam-Thachang),40, ปอ.40, 48, 54, 73, 73ก, 79, 141, 159, 162, 183, 204, 501, 508.


By Car

Siam Center Car Park; Rama 1 Road, Siam Paragon entrance 2 and turn left to Siam Center car park.


By Taxi

Siam Discovery, 6th Floor, 989 Rama 1 Road, Pathumwan. Stopable in front of Siam Tower building.