Fuh! Dah berapa bulan trip ke Bandung tempoh hari berlalu, baru sekarang aku ada ilham untuk tuliskan full itinerary sepanjang kami dekat sana.
Okay, trip ni sebenarnya trip berani mati berdua dengan kakak aku. Dua dua tak pernah ke Bandung dan dua-dua tak pernah tahu apa yang nak dibuat di Bandung nanti. Yang aku selalu dengar, pergi Bandung, SHOPPING!
Tapi trip kami kali ni memang semata-mata nak tengok keindahan alam dan untuk tengok tempat orang.
Jadi, lepas study itu dan ini pasal Bandung, ini lah perjalanan kami selama lima hari dekat sana. Oh kejap, dekat sana, aku cuma sewa kereta siap dengan supir. Jadi, hotel dan itinerary, aku sendiri yang buat. Tapi mestilah dengan nasihat driver tu sebab dia lebih tahu.
Hari Pertama
Touch down Bandung
- Pasar Baru
- Sekitar bandar Bandung
-Cihampelas Walk
Hari Kedua
-The Lodge Maribaya
-Floating Market
-Farm House Lembang
-Rumah Hobbit
Hari Ketiga
-Glamping Lakeside
- Ladang teh
-Kawah Putih
Hari Keempat
- Dusun Bambu
-Grafika Cikole
Hari Kelima
-Monumen Api Bandung
-Sekitar Bandar Bandung
-Airport
Flight kami pagi, jadi sampai di Bandung dalam waktu tengah hari macam tu. Tak banyak masa pun untuk terus ke tempat lawatan jadi kami ambil keputusan, terus ke Pasar Baru.
Disebabkan fokus utama kami bukan untuk shopping, jadi tak lama pun kami dekat sini. Lama tak lama pun, berpinar mata jugaklah pilih kain dan cenderamata untuk bawa balik Malaysia. Kakak aku lagi lah, pening pulak dia bila seller duk ribu-ribu rupiah, juta juta rupiah. Tengok banyak nombor dekat note Indonesia, dia lagi pening.
Dah selamat beli apa yang patut, (Cis betul awal awal dah shopping, macam mana la kami nak duk sini lagi empat hari. hah ha!)
Kami gerak terus ke hotel.
Hotel yang kami duduk sepanjang dekat sana adalah The Regia Hotel. Hotel ni area Cihampelas. Dekat bawah hotel tu ada kedai serbaneka dan dekat jugak dengan kedai runcit lain.
Gambar dari Traveloka |
Bilik dia selesa lah untuk dua orang. Breakfast yang disediakan pun okay. Boleh masuk dengan tekak orang Malaysia. Staff hotel ini pun peramah juga. Untuk hotel ni, aku dapat harga RM 278 untuk empat malam. Murah sangat, kan?
![]() |
Gambar dari Traveloka |
Selepas Maghrib, aku minta supir bawa ke kawasan Jalan Cihampelas. Kawasan ni penuh dengan kedai-kedai baju, kedai cenderahati, dan macam-macam lagilah.
![]() |
Cantik pulak cup Chartime kat sini |
Hari kedua, kami gerak ke kawasan Lembang.
Sebenarnya, banyak gambar yang aku ambil waktu dekat Lembang ni tapi malangnya, simcard problem, jadi gambar untuk tiga hari aku dekat sana hancusssss.. Ini kali pertama aku dapat pengalaman macam ni. Selalunya aku dengar je cerita kawan-kawan hilang gambar travel. Sedih dia memang tak boleh nak ungkap wuuu. Tapi nasib baiklah aku ada juga transfer gambar dari camera ke phone bila aku nak update dalam IG atau FB. Kira adalah juga back up walaupun tak seberapa.
Sedih!
Okeh. Jom tengok gambar kami di hari kedua.!
The Lodge Maribaya
Gambar di atas adalah dari photographer sana. Setiap aktiviti yang korang buat, akan ada photographer yang akan ambil gambar, dan macam biasalah, kalau nak, kena bayar.
Harga satu gambar adalah Rp 10,000
Ini rupanya kawasan itu bila kau masuk dari atas. |
Nampak tak ada orang, kan? Betul! Memang tak ramai orang pun waktu ni sebab kami masuk sini awal-awal pagi, pagar buka je terus masuk! Dan yang paling best, hari tu bukan hari minggu atau hari cuti. Jadi memang seronoklah buat aktiviti tak perlu beratur!
Harga masuk The Lodge Maribaya Lembang:
Hari biasa (Isnin - Khamis) - Rp 20,000
Jumaat, Sabtu dan Ahad dan juga hari cuti umum - Rp 25,000
Itu harga masuk sahaja. Harga untuk setiap aktiviti pula di cas berlainan. Setiap aktiviti, lain-lain harga dalam lingkungan Rp 15,000 hingga Rp 30,000.
Kalau banyak aktiviti yang korang naik, banyaklah yang korang kena bayar.
Floating Market
Floating market ni terbahagi kepada banyak bahagian. Ada kawasan Floating Market, Rainbow Garden, Kampung Jepang, Miniatur Kereta Api, Kota Mini Lembang dan juga Hijab Swimming Pool. Jangan terlepas untuk singgah di semua tempat yang ada di sini sebab memang berbaloi!
![]() |
Kota Mini |
![]() |
Floating Market |
The only gambar dekat market terapung yang aku ada. Masa ni gastrik, tak larat nak ambil gambar dah.
![]() |
Boleh redeem dengan tiket masuk |
Taman Jepang |
OTW ke Rainbow Garden |
Rainbow Garden |
Kota Mini |
Kota Mini |
Harga masuk dan parkir Floating Market Lembang
Hari Biasa (Isnin- Jumaat) - Rp 20,000 Buka 09.00 - 19.00
Hari Minggu (Sabtu Ahad) - Rp 20,000 Buka 08.00 - 20.00
Parkir kenderaan Rp 30,000
Untuk parkir kenderaan, kami yang bayar sebab tak termasuk dalam bayaran sewa kereta.
Farmhouse Lembang
Farmhouse ini pula terbahagi kepada dua bahagian. Farmhouse dan Rumah Hobbit. Bayaran masuk untuk ke Rumah Hobbit tidak termasuk dengan bayaran masuk ke Farmhouse. Jadi, kalau nak masuk Rumah Hobbit, kena bayar lain.
Aku suka sangat dekat sini sebab permandangan sini macam aku ada dekat dunia lain. Pandai betul dia orang hias tempat ni. Dan ya, memang tak berebut pun nak ambil gambar sebab orang tak ramai. Best gila!
Bayaran masuk Farmhouse Lembang
Masuk - Rp 25,000
Parkir - Rp 10,000
Rumah Hobbit - Rp 20,000
Hari Ketiga
Glamping Lakeside
Hari ketiga di Bandung, kami minta Pak Anda, supir kami terus ke Glamping Lakeside. Fokus utama aku dekat sini adalah untuk tengok kapal besar di tengah-tengah ladang teh tu. Permandangan dekat sini memang nyaman sangat dengan sejuknya, hijaunya. Sesuai sangat untuk rilaks2.
Dekat sini pun, gambar aku banyak hilang. Kalau nak dikira, banyak juga shot yang aku nak tunjuk, tapi itulah, disebabkan gambar hilang, ini ajelah yang sempat diselamatkan.
Di Glamping Lakeside ada banyak tempat yang korang boleh masuk dan semua tempat tu akan ada bayarannya. Memang dekat sini, nak masuk dekat mana pun kena bayar. Bak kata supir kat sini, toiletnya saja udah 2000 rupiah. Hehe..
Bayaran masuk:
Tiket umum/gerbang masuk Rp 20.000
Teras bintang Rp 20.000
Taman kelinci Rp 15.000
Taman angsa Rp 15.000
Jembatan pinisi Rp 15.000
Jembatan danau Rp 15.000
Strawberry farm Rp 15.000
Tea plantation Rp 15.000
Patenggang lakeside Rp 20.000
Batu cinta Rp 10.000
Kawah rengganis Rp 20.000
Mandi lumpur Rp 10.000
Berkeliling dengan Perahu Rp 25.000
Wahana Kano Rp 20.000
Ladang Teh Rancabali
Masuk sini free je sebab ladang teh sini memang penuh di kanan dan kiri jalan. Laluan ke Glamping Lakeside memang laluan ladang teh jadi bolehlah turun bergambar dari kereta sesuka hati
Gambar dah Innalillah bersama memory card yang rusakkkk
Kawah Putih
Sini tempat wajib orang pergi bila dah sampai di Bandung. Iyalah, dekat Malaysia mana ada bekas kawah gunung berapi jadi dekat sinilah boleh tengok.
Sampai sini, sebaiknya korang bersedia dengan satu mask muka sebab bau belerang kadang-kadang boleh buat pening kepala. Kalau yang ada penyakit lelah pun memang disarankan untuk beli medical mask.
Kalau tak bawak, jangan risau sebab dekat sana akan ada yang jual medical mask ni. Harga Rp 5000 satu mask.
Mahal? Memang mahal.
Harga masuk Kawah Putih
Bagi Pelancong Bukan Warganegara (Setiap Hari) - Rp 50,000
Harga Parkir atas - Rp 150,000
Waktu ni kitaorang macam terkejut sikit sebab kena bayar harga parking atas mahal namateyyyy.
Hari Keempat
Kampung Daun
Kampung Daun ni sebenarnya kawasan restoran yang dihias cantik macam kampung. Siap ada air terjun, kebun, sungai, rumah kayu dan macam-macam lagilah. Masa kami sampai, tempat ni tak buka lagi. Tapi diorang cakap bolehlah kalau nak jalan-jalan ambil gambar. So, apalagi....
Dusun Bambu
Banyak kawasan menarik dekat Dusun Bambu ni. Waktu kami sampai, waktu dah nak dekat tengah hari jadi panas jugaklah dekat sini. Kawasan Dusun Bambu ni macam sebuah taman yang besar. Ada pilihan nak jalan kaki sendiri atau naik buggy yang disediakan. Kita orang jalan sendiri je. Senang nak berhenti mana-mana untuk ambil gambar.
Lagi satu, selalunya Dusun Bambu ni dimasukkan sekali dengan hari pergi ke Lodge Maribaya sebab sama-sama kawasan Lembang. Aku pilih untuk asingkan hari sebab dekat Lembang ni banyak sangat tempat nak cover. Tak naklah rushing, kan.
Harga Tiket Masuk Dusun Bambu
Hari Biasa - Rp 20.000
Hari Minggu - Rp 25.000
Parkir keret - Rp 15.000
Parkir keret - Rp 15.000
Grafika Cikole
Grarika Cikole adalah tempat perkhemahan atau pun tempat dia orang buat aktiviti kem bina diri, kem kepimpinan dan macam-macam kem lagi lah. Apa yang menarik, dekat sini memang menarik!. Hah ha.
Aku paling suka cottage dalam hutan yang diaorang sediakan untuk penginap dekat sini. Cantik gila. Bayangkan bangun pagi-pagi dengan suasana hutan pine yang sejuk, bunyi burung segala... pergh..
Jangan risau, kawasan ni memang tak ada binatang buas.
Harga tiket masuk - Rp 10,000 (Tidak temasuk setiap permainan yang ada di sini)
Paris Van Java Mall
Okay, datang sini semata mata nak pergi dekat taman bunga matahari je. Haha. Alhamdulillah, jumpa juga. Ada dekat sky level Paris Van Java.
Harga tiket masuk
Rp 5,000
Hari Kelima
Sementara menunggu flight malam, kami minta supir bawa pusing-pusing bandar Bandung, sempatlah juga singgah di Monumen Api Tegallega. Tak menarik sangat pun. Tapi bergambar memang wajib.
Itu saja tempat yang aku sempat singgah masa di Bandung. Banyak lagi tempat yang aku tak pegi so insyaAllah kalau ada rezeki aku nak jejak sini lagi. =)
****************************************
Untuk trip kami ke Hua Hin , boleh klik sini -> Trip Ke Hua Hin
*****************************************
20 comments:
Sukanya trip Bandung korang.. hijau je hari-hari. Tq for sharing! 😘
Ckynnurul
Memang kami mencari hijau je waktu kat Bandung ni sis😊 cantik sgt
Salam. Agak-agak duit Malaysia berapa dah spend?
Boleh share no fon supir x?
Wah, sekarang Farm House nya udh bagus ya kak. setahun beberapa tahun lalu masih sedikit spot foto nya :D
ichwan.id
iyaaa. cantik sekaliii
Tqvm.Info yg bermanfaat.Minggu hadapan kami pergi kali ke 3.Tp no.hp supir lost contact
Tqvm.Info yg bermanfaat.Minggu hadapan kami pergi kali ke 3.Tp no.hp supir lost contact
Salam sis. Bole pm sy bajet dan kos keseluruhan ke Bandung? 0193756026 (Fyra)
Untuk Supir, boleh direct DM
IG @Emirtours
FB : Emirtours
Untuk WhatsApp, link direct Whatsapp ada di post =)
kalau kita nak sewa motor, kita kena ada lesen memandu dorang ke?
assalam sis.. baju kat sane berbaloi x beli? cantik2 x?
blh share bajet keseluruhan sepanjang di sana...
Wow...
Such a nice place you guys visiting... Thank you for the info.
Saya dan family akan ke bandung on Jan 2020.
Ira
Tak pasti sebab kami tak sewa. Rasanya untuk selamat kena buat lesen memandu antarabangsa
Hida
Berbaloi juga. Tapi baju perempuan tak banyak pilihan. Kemeja lelaki atau tshirt banyak cantik cantik
Jemari Kurus
Kami habis dalam 1800 untuk dua orang.
Unknown
Selamat bercuti!
nice place.. nice info..thank helping bg info.. just adakah tempat semua berdekatan
..
Ainienasirkassim
Tak semua dekat.
Tapi untuk satu hari dalam tentatif, semua kawasan berdekatan.
Assalamualaikum Wr Wb. Tuan / Puan, Abang / Akak
Mohon izin ya promo sikit
Kami dari Primera Trans Bandung, penyedia layanan Transportasi Wilayah Bandung - Jakarta dan sekitarnya
Jom cuti2 Bandung,
284 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉
sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon
Minat dapat hubungi kami
Thank u sis, Last trip ke Bandung saya ikut itinerary dari blogpost ni .. nasib baik dapat local ejen yang support trip ke Bandung kami 4 hari 3 malam, rekomended ni, korang boleh direct local ejen Bandung >>
Emirtour Bandung
Post a Comment