Showing posts with label Jeju. Show all posts
Showing posts with label Jeju. Show all posts

Monday, 9 October 2017

AirAsia X Terbang Terus Ke Jeju Dari Kuala Lumpur!


OMG!

Excitednya! Baru je beberapa hari (atau minggu) post pasal kenangan dekat Jeju, sekarang ni Air Asia X pulak umumkan yang route ke JEJU akan dibuka dan tiket boleh mula dibeli esok!

Apa yang lagi best, sempena pembukaan route baru ni, Air Asia X menawarkan promosi best giler iaitu harga tiket sehala ke Jeju bermula RM199 sahaja!!!

Mr Benyamin Ismail (CEO of Air Asia X)





Wei, RM199 je! Memang kena berebut dan cepat-cepat booking tiket sebelum terlepas.

Untuk harga PROMO ni, tiket akan dijual mulai esok, 10 Oktober sehingga 15 Oktober 2017 untuk travel dari 12 Disember 2017 hingga 25 Mac 2018.



Kenapa kena beli tiket Air Asia terus ke Jeju?

Kenapa Jeju?

Ha... kalau nak tahu, Jeju ni tersangatlah cantik permandangan dia. Boleh kata, setiap musim di Jeju, ada keunikannya yang tersendiri. Kalau musim salji, suasana di sekitar Gunung Hallasan tak ubah macam suasana dalam cerita Narnia tu. 

Kalau musim bunga, cherry blossom dan bunga canolla yang kekuningan tu memenuhi hampir setiap ruang di Pulau Jeju. 

Musim luruh pula, daun-daun oren merah kuning berselang-seli disepanjang jalan. Huiii. Kalau tak percaya memang kena tengok sendiri =)

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai destinasi pilihan bagi penggambaran drama dan filem Korea adalah sebuah pulau gunung berapi yang indah terletak kira-kira 64 km di selatan semenanjung Korea. 
Pulau Jeju juga dikenali sebagai  Hawaii Korea Selatan".

Nak tengok macam mana rupa Jeju ni? Jom, tengok post illa sebelum ni 




<3

Monday, 2 October 2017

Cuti-Cuti Jeju-Seoul Day 5

Alhamdulillah.

Trip dengan Jeju Muslim Travel hari tu memang awesome gila. Tambah-tambah pulak, group yang daku join tu memang awesome jugak. Family Kak Izzat dengan family Ella. 

Kina, tokay JMT dan juga yang jadi tourguide kami pun memang peramah gila. Sembang dalam van macam dah kenal sepuluh tahun!



Thanks sangat korang sebab membuatkan trip Jeju daku dan kak AK berjaya dengan kenangan manis. <3

Okay. habis pasal Jeju, kami gerak ke Seoul pulak. 




Memang berdebar habis sebab dua-dua first time sampai Seoul dan sama-sama tak pandai sangat cakap Korea. hihihi. Tapi daku beruntung sangat sebab Kak AK buat research power gila untuk ke sana ke mari sepanjang dekat sini. Jadi, Alhamdulillah,banyak urusan kami dekat sana dipermudahkan.

Thanks Kak AK!




Oleh sebab kami dari Jeju, flight akan mendarat dekat Gimpo Airport. Jadi kami kena cari bas terus ke Seoul City. Tanya dekat kaunter diorang, pekerja tu cakap, naik Airport Limousine Bus nombor 6021. (Banyak sebenarnya boleh pilih route mana yang dia orang lalu, tapi ikut pekerja kaunter tadi, kitorang naiklah bas ni, turun dekat stesen Eujiro 3 ga (rasanya). Then dari sana, kami naik teksi ke Jongnowon Hostel. 

Tak jauh mana dah.

Kena naik teksi sebab dekat Jongnowon Hostel tu macam kena lalu laluan kecik. So kami mintak teksi je yang tolong carikan. Hohoho.

Dan, yeay! Alhamdulillah. Selamat sampai hostel dengan jayanya!



Bilik di Jongnowon Hostel

Bilik dia selesa untuk 2 orang dan apa yang best, hostel ni mesra pelanggan Muslim. Dekat dapur dia memang asingkan siap-siap makanan muslim dengan non muslim. Dah asingkan siap-siap pinggan mangkuk.

Dan yang paling best, ada juga traveller dari Malaysia yang tinggalkan makanan untuk next customer Jongnowon hostel ni. Siap satu bakul besar lagi. Tak nak bawa balik katanya.



Best!

Merasa jugalah Brahims Rendang Ayam dekat Seoul ni. hihihi. Siapa yang tinggal tu, terima kasih banyak-banyak!!

Letak beg, mandi solat, terus gerak ke Ewha Universiti. Daku pun tak tahu kenapa semua orang pergi uni ni, tapi disebabkan ada dalam list Kak AK, aku ikutkan je. 

Dari hostel, kami naik tren dari Anguk station (yang paling dekat sengan hostel ada dua. Anguk station dengan Jongno 3 ga. Naik dari stesen mana-mana dua tu pun boleh), kami stop dekat Ewha Woman Universiti. Keluar Exit 2, dan terus jalan sikit untuk ke uni tu.

Dah sampai tu baru tau, lawanya uni dia. Jeles daku. Muahahaha. 

Sebelum sampai Ewha uni tu, sempatlah juga daku jumpa kawan dekat sini. Jae Min nama dia. Aku jumpa dia dulu masa dia sorang-sorang travel pergi Krabi. Memang Traveller kental jugaklah si Jae Min ni. 


Jae Min cakap dia ada exam apa entah, jadi memang tak boleh nak bawa aku jalan. sebagai tanda maaf, dia belanja aku minum kopi dekat kedai kopi betul-betul depan Ewha uni tu. Best weh kopi dekat sini. Keee sebab sini sejuk so, kopi jadi lagi sedap?



Banyak jugaklah borak dengan Jae Min sebelum kami masuk dalam Ewha Uni. Memang ramai rakyat Malaysia dekat sini. Penuh dengan pelancong. Dan Uni dia memang lawa nak-nak pulak dekat sini, yang jadi trademark Ewha Uni ni.







Lama jugak bersejuk beku dekat sini. Sebelum gelap, kitorang cepat-cepat balik ke subway, nak ke Yeouido Park pulak. Nak cari tempat yang ada I SEOUL YOU tu....

Kitorang naik tren ke Yeouinaru dan keluar exit 2.. Bila keluar je, terus nampar letter tu. Misi berjaya!

Dinasihatkan pegi waktu sianglah. Sebab kalau pergi malam macam kitaorang, sejuk dia bukan main-main dah. Serius punya sejuk. Beku!!!!



Okey. Cukuplah untuk hari ni. Kita orang pun dah penat dari subuh-subuh adam dari Jeju ke Seoul. Habis ke pusing Yeouido Park yang sejuk nak mati ni, kitaorang terus ke balik ke hostel. 

Esoknya, plan ke Nami Island. Tak sabar! Selalunya duk tengok post-post kawan-kawan je, sekarang diri sendiri pula yang bakal merasa.

Yeay!

Bye for now and thank you!!

Friday, 15 September 2017

Cuti-Cuti Jeju-Seoul Day 4

Assalamualaikum dan hai!

Melampau gila kan. Bulan 5 update pasal hari ke 3 dekat Jeju, empat bulan kemudian baru gigih nak update hari ke empat. Muahaha. Ampunkan saya.

Oke.

Jom nak cerita pasal hari ke4 pulak.



***


Hari ke empat dekat Jeju, kami breakfast dekat hotel. Oleh sebab kepantasan pihak Jeju Muslim Travel, pihak hotel dah sediakan pelbagai jenis roti dan telur untuk sarapan.

Dah kenyang breakfast, barulah Kina datang untuk bawa kitorang ke tempat menarik seterusnya.



Kina ni hebat betul drive van besar, stereng belah kiri. Walaupun dah 4 hari tengok dia bawa van muatan 12 orang ni, still rasa kagum. Dekat jalan kecil, jalan besar semua dia power. InsyaAllah selamat.

Okeh. Lokasi pertama kami hari ni, Gimyeong Seonsegi Beach.

 Bayang kanlah pagi-pagi dekat pantai, angin late autumn dia perghhhhh. Sejuk oi. Kalau ikutkan hati, nak letak je tangan dalam poket tak  nak keluarkan sebab tangan dan rasa kebas gila, sejuk! Tapi bila terkenangkan permandangan yang cantik dan rugi wei kalau tak snap gambar dekat sini, daku gagahkan juga ambil gambar sebanyak mungkin. Hohoho

Nak tengok view macam mana yang boleh buat aku mengalah dengan suhu? View ni.....

.
.











.

MasyaAllah. Lawa betul permandangan dekat pantai ni. Kalau tak tahan sejuk sangat, boleh masuk coffee house dekat sebelah ni. Minum kopi, panaskan diri dulu sebelum sambung perjalanan.

Kami pun singgah minum jugak, tapi bukan dekat coffe house tu, dekat kedai serbaneka je. Bancuh sendiri.

=)



Okey, dah puas tengok pantai, kitaorang gerak ke tempat yang jadi trademark Jeju, iaitu Seongsang Ilchulbong. Sampai dekat sini memang rasa tak nak balik sebab view dekat sini pun memang lawa gilaaaaa.

Dekat sini kena bayar ticket. Tapi lupa berapa won sebab Kina yang bayarkan. Nanti korang search lah mana-mana ya =)

Kak AK dengan Kina



 Nak naik sampai atas, korang kena tarik nafas dalam-dalam dulu. Hahahaha. Orang Korea takpe, dia dah biasa naik turun tangga. Naik turun bukit jadi SeongSang Ilchulbong ni takde hal bagi dorang. Kita pulak, yang jarang-jarang sekali exercise ni memang kena pikir dua kali.

Aku pulak, memang tak nak lepaskan peluang untuk tengok apa yang ada dekat atas tu jadi, pejam mata je la naik. Sempatlah semput dua tiga kali sebelum sampai puncak tu. Hahaha. Lama gila tak panjat bukit tup-tup sampai sini kena hiking pulak.

Tapi tak menyesal weh! Serius, lawa. Korang dah sampai sini, sila rajinkan diri panjat sampai atas.




Sepanjang perjalanan naik ke puncak, korang memang tak sempat boring sebab view masa naik tu pun MasyaAllah, lawa.... 

Setelah hampir setengah jam memanjat, akhirnya daku sampai juga!!! Yeay!!! Tahniah untuk diri sendiri walaupun ketinggian dia 180M ke weii

Apahal aku rasa penat sangat masa naik tadi? Hahaha





Boleh nampak kawah gunung berapi yang terbentuk bertahun-tahun dulu. Sekarang dah diselaputi rumput rumout  hijau.

Cantik!






Okey. Naik track lain, turun track lain. Nak turun pun korang takkan boring sebab permandangan memang tak bagi can korang bosan.

Setiap pelusuk pun cantik. 






Okey, lupa nak bagitahu. Sebelum naik tadi, kitorang dah melantak burger udang dekat Lotteria bawah tu. Dengann minum air bergasnya. Patutlah sempot oi!





Last before balik hotel, kami singgah pulak dekat Soepjikoji. Katanya banyak drama dan filem yang pernah shoot dekat sini. Yang daku ingat, Running Man je lah. Ada episod yang dorang datang Jeju dan main-main dekat sini. 

Seopjikoji ni pun tak kalah lawa dia. Boleh kata semua tempat hari ni semua lawa. 




Oke dah. Hari ni memang penat gila jalan sampai nak malam. Nasib baik sebelum balik hotel tu kami makan sedap. Lupa apa. Ingat makan sedap je. Hahaha. Padan muka. Update lagi post setahun sekali. Memang lupa la jawab dia.

Kalau nak dikira, ini hari terakhir kami pusing-pusing Jeju. Esok nak balik Seoul dan jalan dekat Seoul sendiri tanpa guide pulak. Awal awal tu risau juga takut sesat ke apa, tapi dah sampai sana, Alhamdulillah. Boleh rupanya daku dan Kak AK jalan sendiri. HOhoho

Tunggu post seterusnya dekat Seoul pulak ya. 

Bye!

Wednesday, 24 May 2017

Cuti-Cuti Jeju-Seoul Day 3

Assalamualaikum dan hai!


Masuk hari ketiga, Jeju gloomy sikit. Dalam forecast pun memang cakap akan hujan. Dorang kat sini memang sangat pentingkan ramalan cuaca sebab kebanyakan kerja bergantung dengan cuaca macam makcik-makcik yang akan menyelam dekat laut tu.

Jadi, sepanjang hari ketiga, bergloomy je lah kami. Tapi Alhamdulillah, dah dekat malam baru hujan turun jadi siang hari tu kami masih boleh ke tempat-tempat menarik dekat sini.

Lokasi pertama untuk hari ketiga adalah Mystery Road. 


Starting Point


Mystery Road ni Wak Doyok pernah datang cover dulu dan apa yang menariknya dekat sini, adalah asal usul nama 'mystery' tu. 

Kalau nak diikutkan cerita orang dekat sini, dulu ada seorang pakcik dekat sini melalui jalan ni dengan menolak troli yang berisi barang ladang dia. Tapi bila tiba dekat jalan ni, troli dia bergerak sendiri sehinggalah ke satu point. 

End point

Jadi, sebab itulah jalan ni dipanggil Mystery Road. Mula-mula tak percaya jugak, tapi bila Kina matikan enjin dekat jalan ni, automatik kereta akan bergerak sendiri walaupun menaiki bukit. Makin berat, makin laju dan makin cepat kereta bergerak. 






Okay. Dah habis bermisteri dekat Mystery Road, kami gerak ke Sangumburi pulak. Sangumburi adalah bukit kecil yang dipeuhi dengan lalang-lalang yang berwarna perak dan keemasan pada waktu musim luruh. 



Lalang dekat sini bukan sebarang lalang sebab lalang dekat Jeju ni pun lawa. Hihihi. 

Kata Kina, Sangumburi ini adalah tempat rakyat Jeju ni buang hantu, ada satu masa, bukit kecil ini akan dibakar keseluruhannya dan lepas tu, lalang yang baru akan tumbuh balik. Macam tulah kitarannya sampai habis. Hehehe.








Tampat ni boleh tahan lawa. Boleh agak makin lawa kalau hari tu cerah terang benderang. Oleh sebab gloomy je, kamera ku pun tak dapat snap yang lawa-lawa. Tapi kalau dengan dengan pandangan mata, memang lawa. Itulah dia, nak ambil gambar pun tak terbanding dengan pandangan mata yang Allah ciptakan. Huhuhu

Kina sempat berhenti dekat sini sekejap sebelum ke lokasi seterusnya. Ladang yang terbiar tapi lawa wei! Sempat lah ambil gambar sini dan rehat-rehat kejap sebelum sambung perjalanan.




Habis pusing dan posing dekat Sangumburi dan ladang terbiar tu, kami gerak pulak ke universiti Kina. National University. Dekat sini adalah baki-baki pokok Ginko yang belum botak. Merasa la jugak akhirnya tengok pokok ginko yang kekuningan tu, kalau tak memang kempunan.






Kami gerak ke Underground Mall dan Dongmun Market bila dah hampir malam. Cuaca pun dan mula hujan renyai, jadi sesuailah kalau nak pusing dekat Underground Mall dan Dongmun Market tu. Dekat sini banyak jugak barang yang ada. Boleh dikatakan semua ada dari makanan, pakaian, cenderahati sehinggalah kosmetik.

Tapi daku tak beli pun sebab mahal. Hahahaha. Cenderahari sikit tu ada la beli sikit. Yang lain-lain pandang je. Keh keh keh. Lagipun barang kosmetik dah aim nak beli dekat Myeongdong nanti. 





Jumpa kedai yang pernah jadi lokasi Running Man <3



Hujan dekat luar. Sejuk pulak tu. Sekali Kina cakap, benda ni boleh makan, jadi lajuuuuu je semua beli. Sedap oi. Hotteok nama dia. Pancake korea yang memang jadi street food yang popular dekat sini. Yang ini inti dia gula perang je. Makan panas-panas masa sejuk macam ni memang nikmat!


Okay. Habis dah trip hari ni. Walaupun cuaca gloomy je, tapi masih happy. Hari keempat, hari terakhir kami ada perluang untuk pusing Jeju dan hari keempat, kami akan ke Seongsang Ilchulbung yang jadi mercu tanda Jeju.

Tak sabar!

Bye! untuk kali ni <3