Thursday 29 October 2015

Perth Trip Hari Kedua

Assalamualaikum dan hai!


Hari kedua dekat Perth bangun awal pagi sebab eksaited punya pasal. Subuh dekat sana pukul empat dah masuk, jadi lepas subuh paksa tidur sekejap (suhu sejuk ooo), then pukul 8 dah siap-siap untuk ke Caversham Wildlife Park nak pegang kanggaroo!

Lepas breakfast megi dan biskut cicah teh O dekat kitchen, Kami gerak ke stesen tren untuk naik tren ke Midland dan stop di Bassendean (ikut research dekat blog orang yang pergi sebelum ni). Selesai aje beli tiket AUD4.50 untuk Zone 2, kami nak turun ke platform untuk ke Midland tak ada. (Ditutup)

Last-last guard dekat stesen tadi tanya nak pergi mana. Lepas bagitahu nak naik tren di Bassendean, dia cakap tren ke Midland dihentikan sementara atas kerja-kerja pengubahsuaian. Tapi dia tutup seminggu aje. Nasib kitorang tak baik masa tu.

Guard tadi suruh kami pergi stesen bas luar stesen tren dan naik bas Tren Transfer dekat sana. Boleh guna tiket yang sama sebab sama-sama syarikat TransPerth.

Kiri tiket pergi (dari mesin tiket stesen) kanan tiket balik (dari mesin dalam bas)

Stesen Bas dan tren Bassendean


Dari stesen bas tadi, kitorang ambik bas nombor 905 untuk ke Bassendean. Sampai di stesen Bassendean, naik pulak bas 955 ke EllenBrook untuk ke Wildlife Park tadi. Kena alert stop mana untuk korang berhenti ataupun minta driver bas bagitahu bila nak sampai sebab kami terlepas beberapa meter baru turun T_T.


Kena jalan 300meter T_T


Oleh sebab hari  tu hari sabtu, weekend, jadi diorang sediakan shuttle bus untuk pengunjung yang nak masuk ke dalam sebab kalau nak jalan kaki, ada la lebih kurang 2kilometer gak. Tak sanggup.

Paling kanan tu telefon untuk kita minta bas dari sana ambilkan. Tapi kalau hujung minggu, kena naik shuttle bus yang tak jauh dari pintu masuk


Shuttle Bus


Harga untuk naik shuttlebus AUD2 dan harga tiket masuk ke Wildlife Park AUD27 (dah naik harga sebab diorang pun dah mulakan gst.)




Bagi illa berbaloi jugaklah masuk sini sebab boleh pegang sendiri kangaru yang ada dekat sini. Boleh bagi makan, dan bergambar sampai lebam. Kangaru dekat sini pulak semua mesra pengunjung.

Kalau masuk zoo tak sure boleh pegang ke tak.


Kemain dia posing





Lagi satu binatang trademark Australia adalah Koala. Koala pun korang boleh sentuh dan bergambar sampai lebam. Tapi yang tak syoknya asyik tidur je benda alah ni. Hey, aku datang dari jauh semata-mata nak tengok engko, engko tido je yek? Heh!






Kalau nak tengok show yang ada dekat Caversham Wildlife Park ni, korang dinasihatkan datang awal-awal pagi sebab show pertama, iaitu Farm Show akan mula pada jam 10 pagi.

Antara program yang ada dekat sini adalah:-

Feed kangaroos – 9.00am to 5.15pm
Visit Molly’s Farm – 9.30am to 4.30pm
Meet koalas – 10.00am to 1.00pm and 2.30pm to 4.30pm

10.00am – Farm Show
11.00am – Meet a Wombat and Friends
11.30am – Fox and Dingo Keeper Talk
1.00 pm – Farm Show
2.00pm – Meet a Wombat and Friends
2.30pm – wedge-Tailed Eagle Keeper Talk
3.00pm – Farm Show
3.45pm – Meet a Wombat and Friends
4.15pm – Tasmanian Devil Keeper Talk

Farm Show

Show cukur bulu biri-biri

First time tengok cemana rupa bulu biri-biri sebenonya


Kami sampai dalam pukul 10 lebih jalan-jalan, lunch biskut tuna (yang dibawa dari Malaysia)  dan lepas aje Farm Show pukul 1.00pm tu, kami terus balik sebab nak pergi Kings Park pulak takut gelap.

Untuk balik, kami naik shuttle bas yang sama, tunggu di perhentian bas seberang jalan besar, naik bas 955 ke Bassendean, naik bas 905 ke Perth City dan sampai ke stesen bas sama pagi tadi. Perjalanan tak sampai sejam pun. Dalam 45 minit macam tu. Tapi sebab bas selesa dan tak ramai orang, kami tak ada rasa susah pun ulang alik  naik bas =)

Dari stesen bas, kami naik Red Cat berhenti di Havelock St dan jalan sikit untuk ke Kings Park. Balik pun naik Red Cat jugak sebab kalau naik bas nombor 37 untuk ke Perth City, korang ken bayar lagi AUD4.50. Jadi, nak jimat punya pasal, kami rela jalan sikit ke jalan besar untuk tunggu Red Cat.








Member sibuk dari style untuk posing >_<

Memang cantik dekat Kings Park ni. Duduk lama-lama pun tak apa.





Balik dari Kings Park, rehat kejap, solat dan dinner megi lagi. Lepas maghrib kami jalan-jalan lagi di sekitar hostel. Oleh sebab malam minggu lagi, jadi suasana memang bising dengan pub dan kelab ditepi-tepi jalan.



Makin malam, makin sejuk. Perut pun lapar sebab tak cukup kenyang makan megi. Lalu je kedai kebab halal yang berhampiran, illa beli jugak Burger Ayam dekat sana. Bayar je AUD8. Sila jangan convert. Nanti nangis! T_T




Itu aje aktiviti hari kedua. Balik, tidur dan sedia untuk aktiviti esok pulak. Oke bai!


Total loss hari kedua

Tiket bas 905 ke Bassendean = AUD 4.50
Tiket bas 955 ke Caversham = (guna tiket sama sehingga 2 jam) free
Shuttle bus =AUD 2 (return)
Tiket masuk Wildlife Park = AUD 27
Tiket balik balik = AUD 4.50
Red cat ke KingsPark = free
Red at balik ke Perth City = free
Burger di kedai halal =AUD8

=AUD46


Tuesday 27 October 2015

Perth Trip Hari Pertama

Bila dah ready study semua pasal Perth, kitorang yang sepatutnya bertujuh, hanya tiga orang aje yang boleh pegi sebab yang lain-lain ada hal yang tak dapat dielakkan. Flight pukul 8.50 pagi jadi subuh-subuh adam lagi kitorang dah tunggu dekat klia2.

Lepas timbang beg semua, kitaorang proceed ke kaunter untuk document check dan terus ke gate.



6 jam dalam flight, pukul 3 petang waktu tempatan (tak ada beza waktu antara Australia dan Malaysia), kitorang selamat sampai di International Airport, Perth. Rasa teruja memang tak boleh dibendung lagik. Setahun menunggu kot!



Waktu di imigresen, pastikan korang cabut passport cover tu. Sebab diorang tak suka passport yang ada cover >_< . 

Oh ya, dalam flight tadi ada diberi arrival form, korang jangan lupa tick bahagian yang perlu di declare supaya tak timbul masalah nanti. Kalau yang tak sure korang ada ke tak pun, tick je yes. Biar diorang check. Tapi pengalaman illa itu hari, disebabkan kami orang paling last, pakcik tukang check tu siap boleh bergurau lagi tanya

‘So, what do you want to declare? Nasi lemak? Maggi?”

Jadi, masa tu debaran dada tengok anjing pengesan yang tak jauh dari situ terus hilang.  Bila cakap ada instant noodle tuna dan sebagainya, pakcik tu just suruh letak beg dekat tempat scanner dia. then. Siap.

Alhamdulillah senang kerja.

Keluar aje, ke arrival hall, kami ke kedai simcard, nak beli prepaid supaya senang nak dapat internet bila dekat sini. Kitorang pilih Vodafone, 3G untuk AUD40. Kongsi 3 orang pakai hotspot. Jimat =)

Ada beberapa cara untuk ke bandar Perth dari airport. Kalau ramai, korang boleh share naik teksi, ataupun naik Shuttle bus terus ke bandar dengan harga AUD15 atau pilihan terakhir, yang paling jimat, korang boleh naik Inter-Airport Transfer (ada depan pintu keluar airport) ke domestic Airport (T3/T4) dan turun situ, tunggu bas 37 atau bas 40 untuk ke bandar Perth dengan harga AUD 4.50 sahaja.




Kalau tak pasti dekat mana nak turun, korang boleh tanya driver bas tu stesen mana yang terdekat dengan hotel.

Dah sampai Perth City, kitorang kena jalan sikit untuk ke Britannia On William yang berada di William Street. Walaupun penat, tapi enjoy jugaklah tengok permandangan yang terang cerah dan lain dari Malaysia yang sedang jerebu sekarang T_T.




Sampai aje di hostel, kami check in, bayar harga hostel untuk 4 malam, letak barang, solat kejap, dan masak megi dekat kitchen yang disediakan.

Oleh sebab sampai hostel dah dekat maghrib, jadi kami rehat kejap, dan lepas maghrib terus keluar pusing-pusing sekitar hostel jalan kaki je. masa itulah jumpa stesen keretapi Perth, jumpa kedai makanan halal dan banyak lagi.





Okey, habis hari pertama. Balik tidur dan simpan tenaga untuk jumpa kangaru esok pulak >_<
Bai!

Total Loss Hari pertama
Simcard Vodafone – AUD40/3orang = AUD13.33
Inter-Airport Transfer = free
Bas 40 ke Perth City = AUD4.50
Katil dorm untuk seorang = AUD112

=AUD129.83

Persediaan Sebelum Ke Australia (Perth)

Assalamualaikum dan hai!

Lama bersawang blog ni. Kali ni illa nak cerita pasal Trip ke Perth minggu lepas. Tapiiii, sebelum cerita hari pertama di Perth, meh nak cerita persediaan yang perlu sebelum ke Australia.

Tempah Tiket
Kitorang sebenarnya booked tiket AirAsia untuk ke Perth ni dah setahun sebab nak dapat tiket murah punya pasal. Kira okay la kan dapat RM590++ return kan? Kan? Kan? (Sedapkan hati sendiri)



Booking Hotel
Illa guna booking.com untuk tempat hostel dekat sana. Dan hostel yang illa pilih, Britannia On William (di William Street) memang betul-betul di tengah-tengah bandar, dekat dengan kedai makanan halal, dekat dengan masjid Perth dan juga dekat dengan stesen bas dan stesen kereta api Perth Station.

Booking.com tak perlu bayar guna kad kredit. Hanya perlu tempah bilik dan hotel yang and suka, dan bayar waktu nak check in nanti. Senang, kan?



Visa
Buat visa ni, harga dia dalam lingkungan RM20-RM50 je. Kalau lebih dari tu mungkin keterlaluan. Korang boleh buat VISA dekat sini untuk harga RM20 je. Sehari boleh siap. Tapi janganlah esok nak pergi, harini baru buat.



Tukar Duit
Orang kata, tukar duit dekat Mid Valley dan Jalan TAR dapat rate paling murah. Illa tukar dekat Mid Valley je. Gigih nak dapat rate murah walaupun kena beratur panjangggggg

Pakaian
Masa illa pergi, musim spring. Siang dia tak sejuk mana. Tapi malam boleh cecah 7 degree celcius. Jadi, pakaian tebal, sweater pada waktu-waktu begini amat diperlukan.

Makanan
Korang dinasihatkan study dulu barang-barang atau makanan yang boleh dibawa masuk ke negara tu sebelum sia-sia je kena buang nanti.

Apa yang kitorang bawak aritu temasuk, maggi pelbagai perisa, bubur nasi instant, tuna dalam tin, sardin dalam tin semua lepas.
(Bagi yang bawak handcarry, makanan dalam tin korang mungkin akan kena ambil jadi kalau nak selamat bawak sikit ataupun kalau banyak, letak dalam luggage.)

Lepas dah selidik dari banyak blog, konklusi yang boleh dibuat tentang makanan yang boleh dibawa masuk adalah:-

-Mi segera/megi/bubur nasi instant
-Tuna/sardin dalam tin
-Rencah tumis,kari ayam, barangan jenama Brahims, Aliff dan lain-lain (yang ini pastikan tiada bunga cengkih dalam kandungan dia)
-kiub ayam/tomyam
-ikan bilis paket
-beras,bihun,spageti (yang tak ada unsur telur)
-nescafe 3 in 1
-susu formula bayi/budak-budak
-ubat-ubatan yang dibenarkan


Print Tiket
Dah siap semua? Jangan lupa print tiket korang dan tempah makanan dalam flight. Perjalanan 6 jam dekat atas sana memang boleh buat korang laparrrrr.


Okey, selamat melancong!