Wednesday 24 May 2017

Cuti-Cuti Jeju-Seoul Day 3

Assalamualaikum dan hai!


Masuk hari ketiga, Jeju gloomy sikit. Dalam forecast pun memang cakap akan hujan. Dorang kat sini memang sangat pentingkan ramalan cuaca sebab kebanyakan kerja bergantung dengan cuaca macam makcik-makcik yang akan menyelam dekat laut tu.

Jadi, sepanjang hari ketiga, bergloomy je lah kami. Tapi Alhamdulillah, dah dekat malam baru hujan turun jadi siang hari tu kami masih boleh ke tempat-tempat menarik dekat sini.

Lokasi pertama untuk hari ketiga adalah Mystery Road. 


Starting Point


Mystery Road ni Wak Doyok pernah datang cover dulu dan apa yang menariknya dekat sini, adalah asal usul nama 'mystery' tu. 

Kalau nak diikutkan cerita orang dekat sini, dulu ada seorang pakcik dekat sini melalui jalan ni dengan menolak troli yang berisi barang ladang dia. Tapi bila tiba dekat jalan ni, troli dia bergerak sendiri sehinggalah ke satu point. 

End point

Jadi, sebab itulah jalan ni dipanggil Mystery Road. Mula-mula tak percaya jugak, tapi bila Kina matikan enjin dekat jalan ni, automatik kereta akan bergerak sendiri walaupun menaiki bukit. Makin berat, makin laju dan makin cepat kereta bergerak. 






Okay. Dah habis bermisteri dekat Mystery Road, kami gerak ke Sangumburi pulak. Sangumburi adalah bukit kecil yang dipeuhi dengan lalang-lalang yang berwarna perak dan keemasan pada waktu musim luruh. 



Lalang dekat sini bukan sebarang lalang sebab lalang dekat Jeju ni pun lawa. Hihihi. 

Kata Kina, Sangumburi ini adalah tempat rakyat Jeju ni buang hantu, ada satu masa, bukit kecil ini akan dibakar keseluruhannya dan lepas tu, lalang yang baru akan tumbuh balik. Macam tulah kitarannya sampai habis. Hehehe.








Tampat ni boleh tahan lawa. Boleh agak makin lawa kalau hari tu cerah terang benderang. Oleh sebab gloomy je, kamera ku pun tak dapat snap yang lawa-lawa. Tapi kalau dengan dengan pandangan mata, memang lawa. Itulah dia, nak ambil gambar pun tak terbanding dengan pandangan mata yang Allah ciptakan. Huhuhu

Kina sempat berhenti dekat sini sekejap sebelum ke lokasi seterusnya. Ladang yang terbiar tapi lawa wei! Sempat lah ambil gambar sini dan rehat-rehat kejap sebelum sambung perjalanan.




Habis pusing dan posing dekat Sangumburi dan ladang terbiar tu, kami gerak pulak ke universiti Kina. National University. Dekat sini adalah baki-baki pokok Ginko yang belum botak. Merasa la jugak akhirnya tengok pokok ginko yang kekuningan tu, kalau tak memang kempunan.






Kami gerak ke Underground Mall dan Dongmun Market bila dah hampir malam. Cuaca pun dan mula hujan renyai, jadi sesuailah kalau nak pusing dekat Underground Mall dan Dongmun Market tu. Dekat sini banyak jugak barang yang ada. Boleh dikatakan semua ada dari makanan, pakaian, cenderahati sehinggalah kosmetik.

Tapi daku tak beli pun sebab mahal. Hahahaha. Cenderahari sikit tu ada la beli sikit. Yang lain-lain pandang je. Keh keh keh. Lagipun barang kosmetik dah aim nak beli dekat Myeongdong nanti. 





Jumpa kedai yang pernah jadi lokasi Running Man <3



Hujan dekat luar. Sejuk pulak tu. Sekali Kina cakap, benda ni boleh makan, jadi lajuuuuu je semua beli. Sedap oi. Hotteok nama dia. Pancake korea yang memang jadi street food yang popular dekat sini. Yang ini inti dia gula perang je. Makan panas-panas masa sejuk macam ni memang nikmat!


Okay. Habis dah trip hari ni. Walaupun cuaca gloomy je, tapi masih happy. Hari keempat, hari terakhir kami ada perluang untuk pusing Jeju dan hari keempat, kami akan ke Seongsang Ilchulbung yang jadi mercu tanda Jeju.

Tak sabar!

Bye! untuk kali ni <3