Thursday 31 October 2013

PROMOSI Abang-Abang Hero Dan Rakan-Rakan

Assalamualaikum

Okeh. Ingat lagi tak pasal benda kiut yang Illa post sebelum ni. Benda comel berupa abang-abang hero dunia dan rakan-rakan tu. Macam mana nak dapat? Meh, hari ni Illa nak bagitahu macam mana caranya korang nak dapatkan kartun-kartun tu.

Untuk peminat kartun atau cerita Marvel dan Disney, ya, ini berita baik untuk korang.

Sebenarnya Tesco ada buat promosi bermula 29 Oktober itu  hari (dah terlambat sebenarnya, tapi baik lambat dari tak ada, kan?=) ) dimana setiap pembelian RM50, dia akan bagi satu sticker. Kumpul je 10 keping sticker sepanjang promosi Tesco Heroes & Friends, korang boleh pilih salah satu kartun yang ada mengikut terma dan syarat....

Mudah je, kan?

Homai, kalau illa, mula-mula sekali illa pilih Iron Man! Kiut gila kalau nak buat hiasan. Boleh gantung dekat kereta, boleh letak dalam almari kaca, boleh jugak bungkus, bagi dekat anak-anak sedara. Heh

Jom kumpul kesemuanya. Bila lagi nak bagi anak-anak (sedara) happy, kan? Sambil-sambil shopping beli barang dapur tu. Ada Woody, Buzz, Mike, Sully, Captain America, Iron Man, Spiderman dan jugak Hulk. 

Illa tak apa. Illa dah cukup semua. Hahaha.

=)

Saturday 26 October 2013

Suamiku Pencuri Kelas Satu [Bab Baru, Cerita Lama]

Assalamualaikum, dan selamat malam everibadeh. 

Siapa perasan Illa dan buka semua bab cerita SPKS dalam ni? (Sampai bab 41). 

Siapa? siapa? 

(Cerita zaman bila SPKS ni? 

SPKS? 

Tahun bila pulak ada SPKS?) 

Heh, memang dah berzaman pun ceritanya. Awal bulan satu tahun 2012. Dah dekat dua tahun (beberapa bulan lagi) Jadi, siapa yang nak baca, jom!

(Boleh klik tajuk SPKS dekat sebelah kanan ni)

<3

Tuesday 22 October 2013

Sayang Awak, Janji! [4]

[4]

LAMA.
            Lama aku meneliti setiap inci wajah yang terpapar pada ruang retina mata. Anak mata dia yang sepet gaya Nomad penyanyi tu membuatkan jantung aku terhenti sesaat.
No, dua saat sebenarnya…
            Aku pernah berangan nak dapat suami macam dia dulu. Waktu zaman belajar dekat universiti (zaman belajar pun duk beragan tak habis). Jenis yang ada janggut dejemput dekat dagu. Dan mata sepet gaya ada genetik cina. Satu je yang potong. Apa la yang dia fikir waktu nak botakkan kepala.
            Gaya macam budak PLKN pun ada. Cuma dalam versi tua sikit.
Tapi yang sedihnya, sampai habis belajar pun aku tak jumpa. Kalau ada pun, semua dah pegang title teman lelaki orang ataupun tunang orang.
            Waktu itu baru aku sedar sendiri. Orang yang ada rupa semua dah jadi orang punyalah.
            Mana ada yang single lagi.
            Eh.
            Diyan! Bangun!. Apa kau buat ni?
            Yang kau selamba bomba renung anak teruna orang ni dah kenapa! Oh no…
            Automatik aku berdehem beberapa kali sebelum mengalihkan pandangan ke kedai gambar. Cover Diyan, cover! Malulah kalau dia tahu kau renung dia…
            …dan anak mata aku tanpa sedar kembali semula pada wajah di hadapan. memandang tanpa perasaan. “Apa pulak saya?” soal aku laju.
            Kenapa entah tiba-tiba nak sound aku. Yang pakai kasut tumit tinggi, aku. Yang jatuh, aku.
            Yang kena buat salinan senarai ni, aku!
            “Otak dalam poket tu, sila letak sini wahai adik manis,”
            Aku menurut jari telunjuknya bergerak dari poket slack hitam aku sampailah ke kepala dia. kejap.
            Apa maksud dia?
            Nak cakap aku tak ada otak? Ini dah nama kurang ajar…
            “Okay, dah letak? Then, fikir sendiri!” dia mencebik sesaat sebelum berpusing ke belakang. Lelaki di sebelahnya dipandang sekilas sebelum dia membuka langkah. “Jom pak ngah. Lambat pulak nak jenguk mak nanti.”
            “Ali…” sekali lagi keras amaran dari pakngah dia.
            Mungkin pakngah dia malu dapat anak buah yang kurang tatasusila agaknya. Kalau aku ni ‘makcik’ dia pun aku malu. Sia-sia je hantar sekolah tadika kecik-kecik dulu. dah besar boleh pulak lupa tatasusila. Heh.
            “Encik Ali, sekarang ni awak cakap aje. Apa sebenarnya masalah awak ni? apa pulak kena mengena dengan saya?” sungguhlah aku tak puas hati. Tiba-tiba je dia nak…
            Langkah dia terhenti sebelum berpaling ke belakang. Memandang tepat ke arah anak mata aku. “Adik manis, dekat sekolah dulu ada ajar tak pasal janji? Ataupun nak saya ajarkan?”
            …dan terus aku terdiam.
            Mulut yang ternganga hanya mampu memandang dua susuk tubuk yang meninggalkan aku yang masih tegak berdiri di situ. Satu pun perkataan tak mampu keluar dari kerongkong walaupun hati nak aje jerit ‘Saya minta maaf banyak-banyak berjuta-juta kali.’
Air liur yang ditelan terasa kelat kemain. Ya. Aku tahu aku salah. Aku tahu…

AKHIRNYA, selesai jugak kerja aku untuk hari ni. Dah selamat pun setiap senarai nama aku buat salinan. Sungguhlah. Lain kali peka sikit wahai Diyan. Peka. Macam mana boleh senarai tu hilang dari meja?
            “Diyan!”
            Baru aje aku melangkah turun dari anak tanggan pertama, suara garau dari belakang menegur perlahan. Fadzril Hakim.
            “Wait,” laju dia menuruni anak tangga, menyaing. “I hantar…”
            “Tak payahlah.” Ayat biasa. Cliché. Ya, aku tahu dia bakal tunang aku. BAKAL. Itu bukan bermakna dia boleh buat aku suka-suka hati.  Baru bakal tunang. Bukan bakal suami.
            Dan, ya. Aku tahu. aku tahu aku nampak macam terpaksa terima dia.
            Hakikatnya memang aku terpaksa. Sebab mama.
            Apalah yang dia sogok mama agaknya. Minat sangat mama dengan dia. Kalah artis lelaki dalam TV tu.
            “I insist. Kita pergi beli  cincin sekali.” dia menyambung.
            Spontan mulut aku ternganga tanpa dipinta. Beli. Cincin?
            “I taknak tunggu ataupun tangguh lagi,” dia mencipta senyum segaris sebelum melangkah turun ke tempat petak parkir. “Jom.”
            Macam mana ni? serius dia nak beli cincin sekarang? Oh no. dan, lepas kami dah bertunang, sampai bila pun aku tak boleh nak putuskan pertunangan dengan dia! (Okay, okay. aku tahu aku salah).
            Mama mesti kejar aku dengan parang kalau dia tahu aku ada niat macam ni. Aduhai…fikir Diyan, fikir!
            “Kejap!” suara aku terlepas juga. Kuat. Kaki Fadzril terus terhenti sebelum berpusing ke belakang, memandang tepat ke arah anak mata aku.
            Aku menarik nafas beberapa kali, mengumpul kekuatan (lebih pada mencari idea sebenarnya).
            Apa alasan aku nak bagi ni?
            “Kita beli lain kali la. Tak cepat sangat ke. Lagipun nanti kalau jari saya tiba-tiba jadi gemuk ke, ha. Tak muat cincin tu nanti.”
            Okay, aku tahu itu alasan tak logik.
            Tapi apa yang aku boleh buat? Itu aje idea yang ‘pop out’ dalam kepala.
            Dan, seperti yang aku agak, dahi Fadzril berkerut lebat. aku tahu dia sendiri pun tak boleh terima alasan aku.
            Please Fadz, please. Buy it. Please….
            “Takkan dalam masa dua minggu jari you boleh jadi gemuk?”
            …what?
            “Kita beli sekarang, dua minggu lagi I dah janji dengan mama you nak bawa ibu I, masuk meminang.”
            …oh no!
            “Kenapa?”
            Rahang kembali ditarik ke tempat sepatutnya. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum cuba mencipta senyum kepada Fadzri yang masih memandang. Perlahan-lahan aku melangkah turun mendekati dia yang sudahpun berasa tak jauh dari petak parkir. “Macam ni,”
            Dan mata Fadzril masuk memaku pada aku. menunggu ayat seterusnya.
            “I kena balik awal hari ni. Dah janji dengan nak keluar dengan Murni malam ni. Hari ni harijadi dia.” aku mendengar diri sendiri menyusun perkataan. Sikit lagi tangan kanan aku nak naik ke kepala. Ketuk diri sendiri sebab menipu.
            Aku terpaksa! Aku perlu masa. Takkan dah nak tunang? Hati budi dia pun aku belum kenal lagi.
            “La, cakaplah awal-awal.”
            …dan terus aku menarik nafas lega. Segala yang terbuku dalam kepala dah terlerai satu persatu.
            “Mati-mati I ingatkan you nak lambatkan pertunangan kita.” Fadzril menyambung lagi sebelum menekan kunci kereta. Bunyi ‘tit’ kedengaran sebelum dia membuka pintu tempat duduk pemandu.
            Aku hanya mampu tersenyum bersalah. Air liur yang ditelan terasa sungguh pahit. Sepahit kebenaran yang diteka Fadzril tadi. Kalaulah dia tahu…
            “Kalau macam tu jom, I hantarkan. You jangan nak buat alasan takut I penat.”
            Pulak dah…“Eh, it’s okay. I boleh balik sendiri, macam biasa.”
            “Kata nak balik awal. Kalau you balik sendiri entah pukul berapa baru sampai rumah.”
            Kali ni aku terasa nak cubit paha sendiri kuat-kuat. Padan muka. alasan dah termakan diri sendiri. “Okay.” Nak tak nak, aku gagahkan juga kaki untuk melangkah masuk ke dalam kereta dia.
            Tak banyak benda pun yang jadi topik perbualan. Fadzril sebenarnya lebih senang fokus pada jalan raya. Hanya kadang-kadang dia bertanya itu-ini. Macam biasa.
            Tak sampai pun 45 minit, kereta Fadzril sudahpun selamat masuk ke dalam kawasan flat aku. Dia melakar senyum sesaat sebelum membuka kunci.
            “Thanks.”
            “Tak ada hal pun. Sungguh ni. kalau you nak I hantar tiap-tiap hari pun I tak kisah.”
            “Fadz…” sebenarnya dah banyak kali aku jawab persoalan dia ni.
            Aku nampak dia mengeluh nipis sebelum membuka mulut, “Iyalah. I tahu.”
            Pintu yang tak berkunci aku tolak keluar. belum sempat pintu kereta aku tutup, wajah Murni terjengul di muka pintu lif.
            “Eh Diyan! Fadz!”
            Aduhai. Budak Murni ni nak kemana pulak. Bukan ke selalu waktu-waktu macam ni dia terlekat dekat sofa? Tengok TV?
            “Uni…” antara keluar tak terkeluar suara aku. terkejut sebenarnya.
            “Hai Murni!” Fadzril menegur dari dalam kereta. Perlahan-lahan aku menutup pintu di sebelah penumpang dan menuju ke arah Murni yang semakin mendekat. “Keluar elok-elok nanti.” Fadzril memandang aku sekilas.
            “Okay.” aku menjawab pendek.
“By the way, Murni,”
Wahai Fadzril Hakim, janganlah you nak ucap….
            “Happy birthday!”
            …selamat hari jadi.
            Kening Murni terangkat tinggi dengan senyuman yang masih berbaki. “Hah?”
            Aku terus mencapai lengan Murni kemas. “Thanks again Fadz.”
            Murni memandang aku dan Fadz bersilih ganti dengan penuh tanda soal dalam kepala. Aku masih macam biasa, buat tak faham dan masih kekal tersenyum sehingga kereta Fadzril keluar dari kawasan flat.
            “Oookay. Jadi, hari ni birthday aku?”
            “Sorry…”
            “Kau buat apa ni Diyan?” Mata Murni yang bulat dirias dengan eyeliner coklat tua memandang tepat ke arah aku.
            “Kau nak pergi mana ni?” Murni yang lengkap dengan blouse pendek dan palazo ungu tua aku pandang lama.
            “Jumpa Payed.”
            Payed. Farid. Adik dia yang baru aje sampai KL untuk cari kerja.
            “Aku tanya ni, kau buat apa? kenapa tipu dia harini birthday aku pulak?”
            Nafas aku tarik perlahan sebelum memberanikan diri memandang wajah Murni. “Dia ajak beli cincin tunang.”
            “He what?!” wajah teruja Murni aku pandang sesaat sebelum beralih pandang ke arah sepasang suami isteri yang baru keluar dari kereta. waktu orang balik kerja, memang ramailah manusia dekat tempat parkir bawah ni…
            “Kejap. Dan kau bagi alasan?”
            Aku mengangguk laju. Pandai betul budak Murni ni buat serkap jarang.
            “Aku tak sedia lagi la Uni…”
            Murni mengeluh perlahan sambil menggeleng beberapa kali. Handbagnya yang hampir terjatuh disangkut pula ke bahu kanan. “Sampai bila nak jadi macam ni? kesian dia tu, tahu?”
            “Aku tahu…”
            Tapi aku masih belum bersedia, macam mana?
            “Aku janji akan cuba suka dia,”
            Murni memandang aku lama. Aku tahu dia tak puas hati.
            “Janji…”

MURNI KELUAR, tinggalkan aku melangut seorang diri dalam rumah. Waktu-waktu macam inilah aku rasa kehadiran Murni dalam rumah amat berharga. Mana taknya, bila dia tak ada, terus rumah sunyi sepi.
            Dahlah rumah sebelah aku ni kosong.
            Rumah depan pun kosong.
            Murni….cepatlah balik oi!
“Oh mak kau!”
            Mata aku terus terpaku pada handphone di atas meja. Kacau sungguh. Baru aje aku nak feeling-feeling seram. Remote TV aku capai dari atas sofa sebelum menurunkan volume suara.
Melihatkan nama ‘Murni’ di dada skrin telefon, bibir aku terus mencipta senyum lebar. Inilah orang kata telepati (ye ke?). Aku ingat dekat dia, dia pun ingat dekat aku.
Heh, dah macam lesbian pulak kau ni Diyan!
            “Bila nak balik ni, Uni? Dah dekat pukul sebelas pun.” tanpa salam, tanpa kata-kata aluan, aku terus menerjah. Alah, bukan nak kena ikut prosedur pun kalau nak cakap dengan housemate sendiri (tapi salam tu harus, tahu?).
            “Kak Diyanah, kami kat hospital ni. Kak Uni pengsan!”
            Hah?
            “Kak Diyanah!”
            Aku tersedar dari terkejut. Hampeh betul budak Payed ni main jerit-jerit. Tapi, salah aku jugak tak bagi respond tadi. “Hospital mana ni?”
            “Pusrawi.”
            “Tunggu situ, akak datang sekarang.” Aku terus mematikan talian. Aku hanya bersiap ala kadar sebelum bergegas turun ke tingkat bawah untuk mencari teksi. Harap-haraplah masih ada teksi yang lalu depan ni.
            Teksi bukan boleh nak kira. Waktu aku tak nak, mulalah berduyun-duyun lalu depan mata gaya buat perarakan teksi.
            Kalau nak, selang sejam baru ada sebuah teksi yang lalu. Selalunya macam tu, kan?
            Dan malam ni nasib aku baik. Tak sampai lima minit pun aku menunggu, sebuah teksi berhenti tepat di hadapan aku. “Hospital Pusrawi, pakcik.”
            Aku melihat pakcik tadi mengangguk kecil dan terus memecut membelah jalan.
            Hampir sepuluh minit perjalanan, Hospital Pusrawi dahpun tersergam di hadapan mata. Aku terus menjeling meter di hadapan sebelum membuka dompet. RM15.20.
            Eh?
            Mana pergi duit aku?
            “Lima belas ringgit dik.”
            Aku menelan air liur. Pakcik dah bagi diskaun dua puluh sen. Tapi… “Pakcik tunggu sini kejap, boleh?”
            Pakcik teksi tadi memandang aku pelik.
“Saya kena keluarkan duit dulu.” dengan muka setebal 40 inci, aku membuka pintu.
“Macam mana kalau awak lari?”
Ek elaa pakcik ni. aku bukan tak nak bayar. Tapi memang tinggal dua ringgit je dalam purse ni. kau pun satu Diyan, duit dah kering macam ni baru sibuk nak ambil duit dari ATM.
“Saya nak pergi ambil duit dekat dalam sana kalau-kalau ada ATM. Pakcik boleh ikut saya kalau tak percaya.”
“Saya tunggu dekat sini.”
Aku menarik nafas lega sebelum keluar dari teksi dan berlari ke muka pintu hospital. Great. Sekarang ni, mana pulak aku nak cari mesin ATM?!
“Kak, sini ada ATM?” tanpa menunggu, aku terus memegang lengan baju nurse yang melepasi aku dengan membawa beberapa keping fail. Dia terus memandang tangan aku yang memegang lengan uniform hijau dia.
“Sorry…” aku terus melepaskan lengan uniform dia. hei, tangan aku bersih, tahu? takkan tinggal kesan pun kalau aku pegang.
“Aras satu.” dan dia terus berlalu ke kaunter.
Perfect, sekarang, aku kena pusing satu aras ni? Macam tu?
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memicingkan mata ke setiap pelusuk hospital. Bunyi telefon terus mematikan pencarian aku. Murni.
“Akak dekat mana? Dah sampai ke?”
“Payed dekat mana?” aku membalas soalan Payed dengan soalan.
“Level 1. Dekat kooperasi,”
Mana pulak kooperasi? “Payed tunggu situ, akak datang sekarang.”
Kooperasi…kooperasi…
Sikit lagi aku nak sujud syukur bila melihat papan tanda yang menunjukkan di mana kooperasi berada. Laju aku menurut arah yang ditunjukkan papan tanda.
…dan itu dia ATM, tapi ‘Out of Service.’ Haih.
Terus aku melangkah masuk ke dalam kooperasi sebelum mencuit bahu Payed yang baru sahaja membuka peti ais. “Payed,”
“Akak, Kak Uni dekat…”
“Akak nak pinjam dua puluh ringgit.”
Mata Payed yang sama bulat dengan kakak dia buntang ke arah aku.
“Pinjamkan akak dua puluh ringgit. Teksi dekat luar tu.”
“Ayed ada ni je kak.” Dia menghulurkan sekeping not yang bernilai seratus ringgit kepada aku.
“Pergi bayar cepat,”
Bagaikan robot yang menurut perintah tuannya, Payed terus ke kaunter bayaran. Aku mengerling jam di tangan. mak ai. Dah hampir sepuluh minit. Mintak-mintaklah pakcik tadi tak panggil polis.
“Maaf bang, tak ada baki.”
Telinga aku menangkap suara lembut dari kaunter bayaran. Wajah gadis yang aku agak baru aje habis SPM aku pandang tak percaya. Jangan buat lawak dik. Takkanlah tak ada baki…
“Tolonglah dik. Takkan tak ada langsung?” aku terus melangkah ke kaunter. Berdiri di sebelah Payed.
“Tak ada kak. Hari ni semua orang guna duit besar. Duit abang ni besar sangat. Baki tak cukup. Maaf.”
Aduhai…
“Dua puluh ringgit ada? Saya pinjam dulu, boleh? Saya betul-betul perlukan duit tu!” terkeluar juga soalan itu tanpa sempat aku tapis. Bodohlah kau ni Diyan. Mana pernah dibuat orang berhutang dengan kooperasi?
Tapi mana aku nak cari dua puluh ringgit?!
“Maafkan. Tak boleh.” gadis tadi menjawab perlahan. dia mula memandang wajah aku dari atas ke bawah.
Baguslah. Sekarang ni kau dah nampak macam perempuan terdesak nak dapatkan RM20 untuk beli barang yang….
“Nak buat apa dengan dua puluh ringgit?”
…tak senonoh. Belum sempat aku meminta maaf pada adik tadi, suara lain menegur dari tepi. Aku menundukkan kepala, mencari kelibat yang berdiri di sebelah kiri Payed.
Er… abang?
“Teksi…” air liur yang aku telan terasa payau. Macam mana aku boleh tak perasan ada orang lain dekat sini? “Saya…nak bayar teksi…”
Mulut aku ternganga luas bila dia terus membuka dompet sebelum mengeluarkan dua keping not sepuluh ringgit dan terus diberikan kepada Payed disebelahnya.
…dan Payed terus menyuakan dua keping not tadi kepada aku, dengan senyuman yang tak tertafsir.
“Thanks.” Perkataan yang terkeluar hampir tersekat pada kerongkong. “Saya janji akan bayar balik. thanks!” aku terus berpusing ke pintu keluar. Pastinya pakcik tadi dah menyumpah seranah aku dua bakul sebab lambat.
Tolonglah pakcik, jangan panggil polis. Saya bukannya sengaja nak lari…
“Janji…”
            Kaki aku terhenti di muka pintu kooperasi sebelum melipat kepala memandang dia yang masih tercegat di kaunter bayaran. Aku nampak dia tersenyum sinis walaupun tidak memandang.
“Saya memang akan bayar.” Aku menjawab geram. “Payed, nanti ambil nombor telefon abang tu.” tanpa menunggu lama, aku terus berlari keluar kembali pada teksi.
Sia-sia je kalau masuk suratkhabar dengan berita ‘Gadis dicekup setelah cuba melarikan diri dari membayar teksi.’

Haih.

***BERSAMBUNG LAGI***

Friday 18 October 2013

Incoming!

Assalamualaikum!

Okay. Nak dipendekkan cerita, ada dua benda dalam status 'Incoming' neh.

Satu

Semestinya Nick Doll dan Wan Senah! (Homai!)
-InsyaALLAH hujung tahun ni. Tunggu....tunggu...tungguuu

Dua

Benda comel ni

Ghase nak menjerit bila dapat satu set for free! Nak tahu kenapa dan macam mana? 

Sabo, ceritanya....incoming...Kehkehkeh

Kbai

Monday 7 October 2013

Sayang Awak, Janji! [3]

Maafkan typo merata =)

[3]

PELUH MAKIN membasahi baju. Rimas, panas, kotor. Semua aku rasa. Asap-asap kenderaan mula menempek ke muka. habislah. Balik nanti mahunya aku pekena skrub aprikot satu inci ni.
            Heh.
            Bangunan tujuh tingkat yang sudah dijamah mata aku pandang kosong. Perlahan-lahan aku pejamkan mata beberapa saat dengan kaki yang masih melangkah dengan satu harapan.
            Harapan supaya pintu rumah aku muncul depan mata.
            …dan aku kembali membuka mata.
            Sama. Jarak rumah aku tetap sama. In fact, aku rasa lebih jauh dari biasa.
Kaki yang hanya berlapik kasut flat jenama X mula terasa lenguh. Aduhai. Kenapa terasa jauh sungguh rumah aku hari ni?
Ya, jauh.
Jauh macam rumah aku dah bergerak setengah kilometer jauh dari tempat asal.
Walaupun aku tahu itu semua tak mungkin melainkan aku sekarang duk dalam Twilight Zone (mentang-mentanglah dah nak masuk waktu maghrib).
Sebuah lori tiba-tiba menderum laju tepat di hadapan aku. asap kelabu+hitam mula terbebas ke udara.
Mana nak jaga muka elok-elok kalau macam ni? habis terkena kuman-kuman degil dan natijahnya, segala jerawat-jerawat kecil dah mula membiak beramai-ramai dekat muka.
Kalau aplikasi kertas pasir boleh diguna pakai pada wajah aku yang agak cun ini kan bagus.
Serta merta tangan menjalar ke muka…dahi…tempat banyak anak-anak jerawat yang baru nak merebak. Tapi tak lama. jari telunjuk yang mula gatal untuk melaksanakan kerja yang satu itu terus kembali ditarik kesisi.
Kuku kau tu punyalah banyak bakteria.
Jangan nak picit jerawat tu.
Jangan.
Tinggal parut nanti kau jugak yang susah.
Susah…
Abang tadi pun mesti susah, kan?
Ya, aku tahu aku salah. Tapi rasanya abang tu tak perlukan kot pertolongan aku, kan? Mungkin ramai je manusia yang lalulalang setelah aku berlari masuk ke dalam ofis pagi tadi.
            Mungkin juga abang tu dengan gagah perkasanya angkat mak dia dan branag-barang tu sekali masuk ke dalam kereta.
            Kan?
            Jadi pertolongan aku memang tak diperlukan la, kan?
            Aduhai. Mintak-mintaklah semua okay je. Memang sungguh aku lupa.
            Dan sedar tak sedar, kaki sudahpun melangkah masuk ke dalam rumah. akhirnya, habis juga azab aku dekat jalan raya melalui macam-macam benda sepanjang jalan.
            Kalau nak dikira, ini bukannya kali pertama aku jalan kaki dari LRT. Dah berzilion kali dah rasanya. tapi entah kenapa baru kali ini aku terasa azab dia.
            Ataupun mungkin sebab aku dah buat salah dekat ‘abang’ tadi?
            “Aih, monyok?”
            Kasut pada kaki kiri yang masih belum di buka aku tolak keluar menggunakan kaki kanan. sesaat masa, kasut tadi terus tersadai di hadapan pintu. Tak terasa nak angkat ke rak. Malas. “Hmm,” aku menjawab malas tanpa memandang. Murni yang hanya berbaju kelawar santai di hadapan TV menunggu drama Love You Mr. Arrogant.
            Tak ada benda lain, tunggu Azlee Khairi la tu. heh. (betul ke tu nama dia?)
            “Kenapa? Customer buat hal?” tanya Murni lagi tanpa berpaling. Mug Upin Ipin dibawa ke mulut. Nescafe. Tak syak lagi.
            Aku menarik nafas perlahan sebelum menutup rapat pintu utama. “Tak, harini tak ada masalah.” Beg tangan yang dah terasa berat gila gaya ada setongkol batu bata aku letakkan ke atas meja kopi. Sesaat kemudian, punggung pula mencecah sofa, sebelah Murni. Fuhh. Hilang terus lenguh.
            “Dah tu?” mug diletakkan ke atas meja. Bau aroma nescafe mula menjamah hidung. “Jangan cakap kau jalan kaki lagi?” Murni berpaling, tak percaya.
            Mata dia yang mula seperto biji guli aku padang sesaat.
            “Fadz tak hantar kau ke? Tak patut betul!”
            “Aku yang tak naklah.”
            Murni mencebik. Tak puas hati. Dia pun tahu rasa penatnya mengatur kaki jalan dari stesen LRT. Ya. Dia tahu. sangat. “Takkanlah kau tak nak dia tak berkeras. Takkanlah dia tak risau langsung kau jalan jauh macam ni.”
            Murni.
            Sebijik macam mama. Ya. Langsung tak ubah. Dah gaya macam kakak sulung aku.
            “Aku tak kisahlah. Lagipun jauh pulak dia nak patah balik rumah dia tu.” ya. Betul itu alasan kedua sebenarnya. Alasan pertama, aku taknak terhutang budi banyak sangat.
            Payah kalau dah berhutang bab-bab budi ni. Cara bayar balik dia payah sikit.
            Kadang-kadang boleh menyebabkan hati dan perasaan. Aku tak nak terhutang budi dengan sesiapa…walaupun dengan dia. Fadzril Hakim.
            Aku menarik nafas panjang sebelum bingkas dari sofa. Tubuh yang melekit membuatkan aku sikitpun rasa tak selesa walaupun untuk seminit masa. “Aku nak mandi,” beg tangan aku capai dari meja sebelum melangkah ke bilik sendiri. “Nanti kau cerita apa jadi dekat Zara tu.”
            “Tak nak tengok ke?” kening Murni terangkat tinggi tanda pelik. Iyalah. Selalunya memang setiap hati aku memang tak akan ghaib dari sofa bila cerita ni mula.
Tapi harini, sungguh. Badan melekit perlu discrub kasi mulus tulus. “I really need a shower.”

OKAY. AKU RASA aku dah terkena tulah.
            Ya.
            Tulah. Atau dalam bahasa mudahnya, perbuatan aku sebelum ni dah termakan diri sendiri.
            Aku agak, inilah balasannya bila aku lupa nak tolong makcik semalam.
            Ini.
            Kes baru yang membuatkan jantung aku hampir luruh jatuh bergolek ke lantai. Macam mana boleh jadi macam ni sebenarnya? Bukan ke segala senarai nama pembeli yang ada masalah semalam elok aje ada dekat atas meja aku. kan?
            “Kau bawak balik, tak?” soal Hada. Untuk ke seratus kali. padahal aku dah cakap yang aku dengan pastinya tinggal dekat atas meja semalam.
            Ya, pasti sangat.
            Tapi dia masih ulang soalan yang sama dengan harapan aku akan jawab, ‘Oh ya! Aku lupa. Senarai nama tu ada dalam bilik aku!’
            Tapi tak.
            Memang aku tinggal dekat pejabat.
            …dan aku hanya mampu menggeleng, menjawab soalan Hada.
            “Macam mana ni? duit semua dah kasi. Senarai nama pulak hilang. Kau ada simpan dalam excel, tak?”
            Sekali lagi aku menggeleng. Seingat aku, memang aku buat dan simpan dalam folder komputer. Tapi, tak ada.
            Ataupun aku memang terlupa nak tekan butang ‘save’ tak? Haish Diyan, bila lah penyakit pelupa kau ni nak hilang? “Macam mana ni, Hada?” berkali-kali aku menelan air liur.
            Wajah Hada turut sama pucat. Tak tahu nak jawab apa dekat orang atasan sebenarnya. Macam mana senarai nama yang sangat penting tu boleh hilang? Dahlah duit semua dah kembalikan.
            “Report semalam mana? Kan ada letak senarai nama dekat situ?”
            “Hah!” aku tepuk dahi sendiri. Betullah. Report semalam! Nasib baik. Nasib baik!
            Kalau tak entah apalah yang akan jadi pada aku nanti. Mahunya aku kena ganti semua duit yang dah syarikat keluarkan untuk bayar balik tu.
            “Ada dekat Team Manager, kan?”
            “Encik Ganesh?” soalan Hada aku jawab dengan soalan. Kenapa dah sampai ke tangan En. Ganesh pulak? Bukan ke semalam report tu masih elok dekat tangan Fadz?
            “Iya. Aku nampak dia yang bawa balik habis mesyuarat semalam.”
            Hadui. Kena minta dengan En. Ganesh pulak dah. Apa alasan yang aku nak bagi? Lupa nak save? Pendrive hilang? Kena virus? Ataupun senarai nama saya tertinggal dekat rumah?
            Kalau aku ni masih pegang gelaran budak uni, bolehlah aku goreng lecturer dengan alasan tu.
            Tapi sekarang ni…
            Haih, mana hilang senarai nama tu sebenarnya!
            “Aku ke yang kena mintak?” aku pandang Hada dengan segunung harapan. Harapan supaya dia melangkah ke hadapan, memegang bahu aku sambil berkata, ‘It’s okay. aku akan buat demi kau.’
            Heh.
            Mimpi je.
            …dan betullah sangkaan aku. Hada mengangguk berkali-kali tanda ‘ya’.
            “Kau tahu kan, aku dengan En Ganesh macam mana?”
            Aku mengeluh lagi. Hada dengan En. Ganesh pun satu. Kisah zaman Tuk Kaduk tu biarlah berlalu jadi sejarah. Ini nak campur tolak bahagi masuk dalam pejabat kenapa.
            En Ganesh pun kenalah faham, Hada dah ada pilihan hati sendiri pun waktu dia tiba-tiba melamar dulu.
            Mahunya Hada tak tolak mentah-mentah.
            “Aku takutlah Hada…” baru aje berangan nak dinaikkan pangkat. Kalau En Ganesh tahu aku dah hilangkan benda penting ni, 90 peratus aku yakin dia takkan offer aku apa-apa jawatan pun.
            Sampai ke tualah kerja aku menjawab panggilan.
            “You have to. Baik kau minta cepat sebelum dia campak report tu entah kemana-mana. Kau bukan tak tahu bilik dia tu dah penuh dengan segala jenis report.”
Spontan aku menjeling ke arah pintu bilik En Ganesh yang kami panggil akuarium tu. apa taknya, depan belakang kiri kanan, berdindingkan cermin kaca.
“Wish you luck!”
            Haish Hada. Kalaulah betul tuah tu wujud…

AIR LIUR AKU telan beberapa kali. sikitpun aku tak berani memandang wajah hitam manis di hadapan. takut. Malu. Semua ada.
Benda kecil macam ni pun aku boleh buat silap. Memang patut pun aku jadi kuli sepanjang hayat.
Dalam takut-takut, aku beranikan juga mencuri pandang ke arah En Ganesh yang mencerun memandang anak mata aku. apa yang dia nak marah sangat entah.
Ya, ini salah aku. dah rasanya tak ada sikitpun effect pada dia pun. aku Cuma nak pinjam report semalam, pergi fotostat dan bagi dia balik.
Itu aje.
Takkanlah pasal aku ni kawan Hada, dia nak boikot aku sama. Tak patutlah macam tu.
“macam mana boleh hilang?”
            Aku kembali tunduk mencari jari disebalik kasut yang aku pakai. Tapi tak jumpa. Sebab aku pakai kasut tertutup.
            Heh.
            “I dah lupa I taruk mana itu report.” Suara En. Ganesh menurun satu tangga. “You cari sana. Cari sampai jumpa if you are lucky.” Jari telunjuknya tepat pada timbunan report di dalam empat kotak berasingan.
            Mati aku.
            Takkanlah aku kena habiskan waktu rehat aku semata-mata nak cari laporan yang dia ambil semalam? Encik Ganeshwaran, report tu baru aje semalam you ambil dari kami. Takkanlah you dah humban dalam gunung kertas ni?
            Haish.
            “I tak tau macam mana you buat kerja. Itu senarai penting pun you boleh kasi hilang.”
            Tangan kanan mula mencari laporan setebal setengah inci yang aku buat semalam sambil telinga menjaman suara garau En. Ganesh. Paku dulang paku serpih la encik.
            Senarai tu memang sah-sah aku letak atas meja sebelum balik semalam. Yang encik ni pergi lempar laporan tu masih dalam timbunan segala jadah report ni, tak apa pulak?
            “Kalau macam ini kerja you, I pun tak tahu nak kata apa. You kena ikut itu Fadzril punya kerja. Teratur. Baik punya budak.” En. Ganesh masih lagi membebel, tanpa memandang. Dua tangannya sibuk menekan kekunci komputer. Menaip sesuatu.
            Aku yang terbongkok-bongkok mula bertinggung. Sakit pinggang mencari laporan yang satu tu. sudah…masuk bab Fadzril pulak dah…
            “Diyan, you ada jumpa ka?”
            Aku mengangkat kepala, berpaling ke belakang memandang dia yang bertanya sebelum menggeleng beberapa kali. patutnya aku kena tampal poster 5S besar-besar dekat bilik En. Ganesh ni. biar dia tahu apa makna 5S tu.
            “Belum lagi.” sedaya upaya aku mencipta senyum.
            “You cari lagi. sampai jumpa. Aiyoo, you tak patut kasi hilang itu nama.” Aku melihat En. Ganesh menggeleng beberapa kali sebelum kembali menatap skrin komputer.
            Wahai encik, saya punya hilang encik nampak. Encik punya hilang, tutup mata pulak?
            Haish.
            Hampir lima belas minit, pencarian aku berakhir juga. Terus aku bingkas berdiri sambil memegang report tadi dengan tangan kiri. Belakang tangan kanan aku bawa ke pinggang. Lenguh!
            “Encik, I pinjam ini. Nanti I hantar balik.”
            “Ya…ya…you can go. Jangan kasi hilang pulak itu report.”
            Aku sengih sesaat sebelum menutup pintu bilik dia, rapat. Ya, I takkan kasi hilang. Tapi encik, boleh bagitahu tak bila birthday you? I nak kasi poster 5S besar-besar. Heh.

MASA INILAH KAU nak rosak, wahai mesin fotostat!
            Aduhai.
Siapa? Siapa yang nak kenakan aku hari ni sebenarnya? Aku patut tepuk bahu dia kuat-kuat sambil jerit, ‘Ya, kau dah berjaya susahkah hari aku!’
Tak pasal-pasal aku terpaksa turun pergi kedai gambar depan pejabat. sebesar-besar bangunan pejabat ni, takkan tingkat aku aje yang ada mesin fotostat?
            Eh?
            Betul jugak! Kenapalah aku tak terfikir nak naik tingkat atas, guna mesin dekat sana.
            Sikit lagi aku nak tepuk dahi sendiri. Kedai gambar yang berwarna kuning jingga itu aku pandang dengan setinggi harapan. Janganlah pekedai tu cakap yang mesin fotostat dia pun rosak hari ni.
            It can’t be…
            “Oh mak kau!”
            Tak sampai seratus meter pun dari pintu masuk kedai gambar, aku sudahpun terjelopok jatuh di atas jalan tar. Laporan yang aku pegang tadi sudahpun terlepas dari genggaman, jatuh ke dalam lopak air tak jauh dari tempat aku terduduk.
            “Dik, okay ke?”
            Aku mengangkat muka dengan wajah berkerut, menahan sakit. Kenapa waktu ini jugak aku nak terpeleot? Kenapa waktu ini jugak ada lopak air dekat tengah-tengah jalan ni…
            “Okay ke?” sekali lagi pakcik yang aku agak sebaya dengan Paksu Shah menyoal. Wajahnya turut berkerut, gaya macam dia juga merasa sakit yang aku rasa.
            Sungguhlah aku terkena tulah. mana boleh segala benda malang terjadi pada waktu yang sama?
            Perlahan-lahan aku cuba berdiri sebelum mencapai kertas yang dah separuh basah. Aku kena cepat…
            “Pakai lagi kasut tinggi melangit,”
            …nanti tak sempat makan pulak. Eh?
            “Biar aje pakngah. Diorang ni ingat cantik agaknya pakai kasut tinggi, jalan macam tu.”
            Aku terdiam mendengar ayat pertama tadi. sekali lagi aku mengangkat muka. ini…
            “Abang…”
            Abang!
            “Apa pulak kata macam tu. Orang jatuh tu…” lelaki seusia paksu tadi mula berubah nada. Gaya ayah marah anak pun ada. Aku hanya diam memerhati. ‘Abang’ yang berkemeja merah gelap memandang aku tanpa berkelip. Pakcik di sebelahnya pun sama. Apa?
Diorang tak pernah nampak perempuan ayu macam aku jatuh ke?
Dan, apa pulak ‘Abang’ tu buat dekat sini?
            “Tak reti pakai, jangan pakai. Tahu nak cantik aje, jalan macam robot tak kira. Dah jatuh tu, padan la dengan muka.”
            Eh eh. Sempat pulak dia buat pantun tiga kerat.
            Ini kira nak balas dendam pasal aku lupa janji aku semalam ke apa? tak patut betul nak ungkit pun, tunggulah waktu aku elok sikit. Lutut aku tengah sakit bahana jatuh tadi masih mencengkam jiwa, tahu?
            “Abang…” sekali lagi pakcik tadi menegur sambil menggeleng.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum berusaha untuk berdiri tegak. Kasut yang aku agak dah rosak dek jalan tar yang hitam kelabu itu aku buat tak endah. Perlahan-lahan aku sapu debu pada seluar.
            Report yang dikutip dari lopak air tadi aku pegang kemas. Sabar Diyan, sabar. kau pekakkan aje telinga, masuk kedai, fotostat, naik ofis. Done.
            Yes, done!
            Abaikan sahaja suara-suara…
            “Dah tahu nak pergi kerja kena jalan sana-sini, pakai jugak kasut yang menyiksa diri.”
            …sumbang yang menegur…
Telinga yang tersembunyi elok di sebalik tudung tiba-tiba terasa panas. Aku memberanikan diri memandang dia yang tersenyum sinis di sebelah pakcik tadi. report di tangan aku genggam kemas sehingga berkedut.
            “Ali Naim…” sekali lagi pakcik tadi memberi amaran. Okay. nama dia Ali Naim. Bukan Abang.
            Aku nampak pakngah dia memandang kami bersilih ganti. Ya, aku tahu dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk bertenang. “Apa masalah sebenarnya ni?”

            “Masalah saya, awak!”[3]

            “Ali Naim…” sekali lagi pakcik tadi memberi amaran. Okay. Nama dia Ali Naim. Bukan Abang.
            Aku nampak pakngah dia memandang kami bersilih ganti. Ya, aku tahu dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk bertenang. “Apa masalah sebenarnya ni?”
            “Masalah saya, awak!”