Wednesday 28 August 2019

Cara ke Genting Highland Dari KL Sentral



Ramai yang belum tahu yang sebenarnya senang sangat kalau nak ke Genting Highland tanpa menaiki kereta sendiri.

Dari KL Sentral, korang boleh naik bas Go Genting dengan hanya RM 4.90!! Tak percaya? Percayalah...


Tiket bas dari KL Sentral ke GentingTerminal


Caranya, korang kena turun ke tingkat bawah (pintu keluar ada di sebelah escalator ke Nu Sentral) dan cari kaunter tiket Go Genting.

Bas ke Genting Highland ada setiap setengah jam atau setiap jam bergantung pada pelancong yang ada ketika itu.

Tapi korang kena cepat sebabnya, tiket bas cepat je habis walaupun korang dah datang awal. Jadi, kalau nak selamat, beli je awal-awal sebab setahu aku, seminggu sebelum perjalanan, korang dah boleh beli tiket bas tu.

Untuk naik cable Skyway, naik ke tingkat atas dan beratur untuk beli tiket. Kalau korang nak jimat, boleh beli terus tiket pakej bas di Kaunter tiket KL Sentral tadi.

Harga dia seperti di bawah.
  


Harga yang tertera tu untuk one way tau. Jadi, untuk tiket balik, harganya double.

Selain dari KL Sentral, korang boleh juga naik dari 1Utama, LRT Gombak dan Pudu Sentral.

Perjalanan ke Genting Highland?

Dari Kl Sentral hanya 45 minit je!





Sedar-sedar korang dah sampai ke terminal. Terminal bas Genting sebelah Genting Highland Premium Outlet  je. Jadi, korang boleh pilih untuk jalan-jalan di Genting Highland Premium Outlet dahulu atau naik ke atas terus.

Tarikan di Genting Highland?

Dalam Cable Car boleh muat sehingga 6 atau 8 orang


Outdoor masih dalam renovation



Seperti yang semua tahu, bahagian outdoor Genting Highland sekarang tengah renovation untuk sesuatu yang lebih best. Masih belum siap sepenuhnya. Jadi sekarang, tarikan utama Genting Highland adalah permainan indoor di SKYTROPOLIS.

Tiket all day pass hanya RM60. Korang boleh naik semua permainan dan berapa kali pun tak apa. Bukan saja untuk dewasa, permainan di Skytropolis juga sesuai untuk semua kanak-kanak.

Jom tengok apa lagi yang best di Genting Highland.




Skytropolis

Pertunjukan 

Permandangan Skytropolis dari atas

Antara ride yang aku naik

Tarikan lain di Genting Highland


Sky Avenue










Jadi, walaupun masih belum siap sepenuhnya, Genting Highland masih sesuai untuk jadi tempat untuk habiskan masa di hujung minggu kalau korang dah bosan dengan KL.

Selamat bercuti!

***










Day Trip Pulau Perhentian



Kali ketiga ke Pulau Perhentian, aku cuba untuk buat kerja gila untuk buat day trip je.  Sebenarnya, untuk sesiapa yang tinggal area Kelantan dan Terengganu, nak buat day trip ke Pulau Perhentian ni boleh sangat. 

Cuma iyalah, mungkin akan penat sikit. Tapi untuk trip aku kali ni, trip lek-lek je. 


Permandangan dari Kincir Angin Pulau Perhentian


Bermula awal pagi, pukul 8 lagi kami dah terpacak di Jeti Kuala Besut. Pekej satu hari ini adik aku yang cari. Harga, RM 90 seorang. Itu kira standard harga termasuk harga bot pergi dan balik, snorkeling 5 tempat, kincir angin, jaket keselamatan dan juga goggle untuk snorkeling.

Bayaran masuk ke taman laut (RM5 seorang) dan makan minum, tidak termasuk. 



Jeti Kuala Besut

Nampak ramai, kan? Tapi sekejap je. Dah hantar ke jeti, group yang ikut pergi snorkeling tak ramai mana pun

Mula-mula, kami akan dibawa terus ke Jeti Long Beach. Dekat sini, free and easy activity yang mana kami pilih untuk panjat ke Kincir Angin. Nak memanjat ke atas, adalah memakan masa 20 - 30 minit macam tu. Bagi yang biasa hiking, tak susah mana pun. 

Kawasan tangga kincir angin ni dah uzur dan rosak. Katanya, tempat ini bukan untuk pelancong namun, disebabkan kawasannya yang cantik, secara tak langsung, tempat ini jadi fokus utama pelancong yang datang ke Pulau Perhentian. 

Sekarang katanya kawasan ini dah ditutup dan dilarang masuk. 


Kincir Angin 


    

Turun dari kincir angin, kitorang terus buka bungkusan makanan yang kitorang bawa dari jeti. Beli dekat Jeti Kuala Besut je, senang. Macam-macam nasi bungkus ada. 

Kitorang singgah dekat salah satu kedai yang ada di Long Beach ni, tumpang makan dan order air kat sana. Nasib baiklah bawa bekal awal awal. Teh O ais pun RM8 oiii...

Kenyang makan, rehat-rehat kejap lepas tu jalan sekitar long beach sementara tunggu abang bot datang ambil. 












Tepat jam 2 petang, abang bot datang dan bermulalah sesi snorkeling pulak. Snorkeling kat Perhentian ni memang takkan pernah jemu. 

Air dia jernih, ikan cantik, coral cantik. Nak pulak, penyu pun peramah je siap timbul ke atas bila bot sampai. 

Lama jugaklah sesi snorkeling sehinggakan yang tempat last sekali tu aku sendiri pun dah penat berenang. 












Trip habis pukul 6.00 petang. Waktu tu pun, langit dah gelap, nak hujan. Abang bot terus panggil semua naik dan yang bermalam, abang bot hantar dulu kat jeti masing-masing, yang day trip macam aku, terus balik ke Jeti Kuala Besut.

Sampai kat jeti, pakaian yang basah pun boleh kering sebab angin kuat sangat. 

Overall, best jugak day trip ni. Tapi kalau dari jauh, memang kena bermalam lah at least dua malam. Barulah puas hati. 


Tips: 
Cara paling senang untuk ke Pulau Perhentian dari KL
       - Naik bas malam dari TBS, berhenti di Kuala Besut. Jeti tak jauh dari stesen bas. Boleh jalan kaki sahaja. 

        - Naik flight awal pagi ke Kota Bharu. Jika korang dah tempah di mana-mana pakej, boleh minta van ambilkan di airport dengan bayaran tambahan.

***



Monday 19 August 2019

Chew Jetty, Penang






Sebenarnya, kali pertama aku tengok gambar Chew Jetty dekat Penang ni, terus aku teringatkan Blue Boat House kat Perth.

Lawa.

Jadi, waktu aku buat trip gamble ke Penang hari tu, destinasi yang aku nak sangat pergi adalah Chew Jetty ni.







Bila sampai sana, memang tak salah pilihan aku. Lawa wei!

Chew Jetty ni sebenarnya sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Georgetown yang kini sudah menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi jika korang ke Penang. 

Tengok sahaja view di sini, memang seronok betul berlama-lama sambil bergambar. Nak gambar terbaik, datanglah waktu senja dan juga waktu tengah hari. Bila cuaca panas, warna langit dan warna laut juga akan bertambah cantik. 







Katanya penduduk di kampung ini ada juga menjual cenderahati, tapi masa aku pergi, tak ada pula nampak. Mungkin aku terlepas pandang atau waktu aku pergi sana, kedai dah tutup.

Jadi, kalau korang ke Penang, memang wajib singgah sini. Berbaloi! 

Tak tahu mana nak cari? Senang je, Google Maps kan ada! =)