Wednesday, 28 August 2019

Cara ke Genting Highland Dari KL Sentral



Ramai yang belum tahu yang sebenarnya senang sangat kalau nak ke Genting Highland tanpa menaiki kereta sendiri.

Dari KL Sentral, korang boleh naik bas Go Genting dengan hanya RM 4.90!! Tak percaya? Percayalah...


Tiket bas dari KL Sentral ke GentingTerminal


Caranya, korang kena turun ke tingkat bawah (pintu keluar ada di sebelah escalator ke Nu Sentral) dan cari kaunter tiket Go Genting.

Bas ke Genting Highland ada setiap setengah jam atau setiap jam bergantung pada pelancong yang ada ketika itu.

Tapi korang kena cepat sebabnya, tiket bas cepat je habis walaupun korang dah datang awal. Jadi, kalau nak selamat, beli je awal-awal sebab setahu aku, seminggu sebelum perjalanan, korang dah boleh beli tiket bas tu.

Untuk naik cable Skyway, naik ke tingkat atas dan beratur untuk beli tiket. Kalau korang nak jimat, boleh beli terus tiket pakej bas di Kaunter tiket KL Sentral tadi.

Harga dia seperti di bawah.
  


Harga yang tertera tu untuk one way tau. Jadi, untuk tiket balik, harganya double.

Selain dari KL Sentral, korang boleh juga naik dari 1Utama, LRT Gombak dan Pudu Sentral.

Perjalanan ke Genting Highland?

Dari Kl Sentral hanya 45 minit je!





Sedar-sedar korang dah sampai ke terminal. Terminal bas Genting sebelah Genting Highland Premium Outlet  je. Jadi, korang boleh pilih untuk jalan-jalan di Genting Highland Premium Outlet dahulu atau naik ke atas terus.

Tarikan di Genting Highland?

Dalam Cable Car boleh muat sehingga 6 atau 8 orang


Outdoor masih dalam renovation



Seperti yang semua tahu, bahagian outdoor Genting Highland sekarang tengah renovation untuk sesuatu yang lebih best. Masih belum siap sepenuhnya. Jadi sekarang, tarikan utama Genting Highland adalah permainan indoor di SKYTROPOLIS.

Tiket all day pass hanya RM60. Korang boleh naik semua permainan dan berapa kali pun tak apa. Bukan saja untuk dewasa, permainan di Skytropolis juga sesuai untuk semua kanak-kanak.

Jom tengok apa lagi yang best di Genting Highland.




Skytropolis

Pertunjukan 

Permandangan Skytropolis dari atas

Antara ride yang aku naik

Tarikan lain di Genting Highland


Sky Avenue










Jadi, walaupun masih belum siap sepenuhnya, Genting Highland masih sesuai untuk jadi tempat untuk habiskan masa di hujung minggu kalau korang dah bosan dengan KL.

Selamat bercuti!

***










6 comments:

Cik karmila said...

Awakk..nak tnye..tiket ke genting yg dari kl sentral tu bole beli online ke???? Or belu time kat kaunter dia je..

Illa Shanahila said...

Cik Kamila

Kalau Bas Go Genting, buat masa sekarang memang belum ada online. Kena beli di kaunter =)

shahirah said...

awakk nk tnya.. jalan nak naik ke genting naik bas bahaya tak jalan dia hee

Illa Shanahila said...

Shahirah

InsyaAllah selamat. Memang driver diorang dah biasa dengan jalan atas sana jadi selesa je. Kalau tidur pun, sedar sedar sampaišŸ˜‰

Bro It said...

Salam kak nak tanya, kalau naik bas boleh ke pergi balik hari. means pergi pagi balik petang? and last bas balik ke kl sentral pukul berapa???

Illa Shanahila said...

Bro It

Kadang2 pukul 9.30malam, kadang2 pukul 9.00 malam. Lebih elok kalau sampai saja di Stesen bas Genting Highland, terus beli tiket balik KL SentralšŸ˜Š