Wednesday 16 July 2014

Misi Mencari Pengantin Lelaki [Bab 11]



ZACK.
            Sampai sekarang aku masih tak boleh terima yang nama bos Mail tu Zack! Sungguh!
            Tak ke nama tu nama-nama hero Melayu zaman 80-90an dulu? Dah tu kenapa zaman sekarang orang nama Zack ni jadi penjahat?
            Heh.
            Drama Queen sungguh aku ni.
            Zack… zack…
            “Lambat lagi ke?”
            Mangkuk yang berisi ayam kunyit hampir tercampak ke dalam sinki. Aku menggeleng laju melihat Zack yang hanya berbaju pagoda putih dan kain pelikat. Kalau tengok gaya dia sekarang, memang tak ada rupa penculik langsung!
            Mana pisau Rambo dia?
            Mana jaket kulit dia?
            Dan yang paling penting, mana seluar jeans koyak rabak dia?
            “Kejaplah…” aku menjawab juga soalannya. Balik dari pasaraya tadi, terus aku dikerah untuk memasak.
            Dan benda pertama yang terlintas dalam kepala aku, ayam goreng kunyit. Itu aje pun yang aku tahu buat.
            “Dah sejam lebih dalam dapur ni, tak siap-siap lagi?”
            Aku mencebik lebar, kembali meratakan kunyit pada ayam yang sudah siap dipotong dekat pasaraya tadi.
            “Cepat sikit…”
            Belum sempat aku membalas, dia sudahpun keluar ke ruang tamu. Mail sudah lama terbongkang tidur di atas kerusi kayu sejak tadi. mengalahkan gaya orang berpuasa! Rasanya sarapan tadi dialah yang paling banyak melantak pun.
            Aku melepas nafas perlahan. tak tahu apa yang aku buat dekat sini sebenarnya. Bukan ke sepatutnya aku fikirkan idea untuk melarikan diri?
            Bukan ke sepatutnya aku menangis mengurungkan diri sepanjang hari?
            Sekali lagi aku mengeluh. Tangan yang sudah bertukar warna aku basuh dengan air pili. Sisa-sisa kunyit masih lagi melekat pada jari, meninggalkan kesan berwarna kuning.
            Entahlah… mungkin sebab Zack dan Mail tak buat aku macam mangsa culik yang lain. Mungkin juga sebabZack dan Mail tak pernah berkasar dengan aku.
            Entahlah…
             “Dah siap ke belum?”
            Aku hampir melompat ke depan bila mendengar suara menegur dari belakang. Mail!
            Bila masa pulak dia bangun ni?
            “Lambat lagi ke…?” sebelah tangannya menekup mulut yang menguap. Laju aku menggeleng.
            Dah rupa anak-anak tunggu mak masak dah.
            “Tunggu ajelah.” Aku mencurahkan minyak ke dalam kuali sebelum menghidupkan api gas. “Dah siap nanti saya bagitahu la.”
            “Menjawab. Orang dah tak kurung pun dah kira nasib baik. Eii!” tangan Mail melayang ke udara, tapi hanya separuh jalan. Aku tahu dia takkan berani nak pukul aku.
Dengan omelan yang sikitpun aku tak faham, dia terus berlalu dari dapur. Aku mula menyambung kerja yang tergendala.
Nasi putih dan ayam goreng kunyit. Okay la dari tak ada.


DUA PASANG MATA merenun aku dengan wajah mencuka. Selama aje aku tarik kerusi di meja makan, duduk di situ.
“Ini aje?” kening Zack terangkat tinggi.
“Kalau ini aku pun boleh masak!” Mail pula menyampuk.
“Kau tak reti nak google resepi lain ke?”
“Saya masih ada handphone ke nak online?” cantas aku pulak. Berani-berani takur sebenarnya. Dibuatnya Zack tengking aku macam tadi, haru je.
            Akhirnya mereka terdiam sambil mengambil tempat masing-masing. Ya, dengan terpaksa.
Tak sampai sepuluh minit menjamah nasi, pinggan Mail dan Zack sudah licin tanpa sisa. Aku tersenyum lebar. Habis!
            Mungkin sebab mereka lapar.
            Atau mungkin juga sebab ayam goreng kunyit aku sedap. Heh. Minta maaflah nak masak yang pelik-pelik, dah culik aku, ada hati nak aku ‘hiburkan’ perut dia.
            Lagi pula, manalah aku pandai nak masak yang pelik-pelik segala.
            Tak sia-sia aku memekakkan telinga sewaktu hidangan ringkas ini diletakkan di atas meja tadi.
Senyum lebar aku terus mati bila melihat kedua-duanya bangun dan terus ke dapur tanpa mengangkat pinggan masing-masing.
Indah sungguh hidup mereka. Culik aku tanpa sebab, lepas tu naikkan taraf jadikan aku kuli tanpa gaji!
Dengan hati yang bengkak, aku kutip juga sisa makanan yang ditinggal mereka ke dapur.
Berbakul juga sumpah seranah aku hadiahkan. Itu ajelah yang aku mampu. Nak melawan, aku sendiri tak tahu apa nasib aku lepas ni.
Lebih-lebih lagi bila mengingatkan pandangan tajam Zack pagi tadi.
Seram!


KEESOKAN HARINYA, pagi-pagi lagi aku dikerah untuk bersiap. Sungguhlah, duduk dengan dua orang lelaki membuatkan aku terbiasa bersiap cepat. Gosok gigi, basuh muka tanpa pencuci, mandi ala kadar dan siap.
            Tak ada pencuci muka Olay yang selalu aku pakai sebelum ni. Tak ada sabun Antabax biru yang takkan pernah hilang dari bilik air aku tu.
            Dan, tak ada toner Clean&Clear yang selalu aku pakai lepas cuci muka. Tak ada. Nasib baiklah dia belikan aku ubat gigi. Kalau tak, memang la aku buat mogok tak nak keluar bilik.
            Gila nak keluar tak gosok gigi? Dahlah bagi sabun ‘buku’ je. Heh.
            “Kau ni, lembab sungguh!”
            Aku menjeling Mail, geram. Tengok. Sepantas mana pun aku bersiap, tetap dia orang kata aku lembab. Macam siput kena sedut la. Macam kura-kura patah kaki la.
            Nak cepat macam mana lagi entah.
            “Nak pergi mana ni? culik budak tu lagi ke?”
            Mail angkat bahu tanda tak tahu. Dia berpaling ke arah Zack yang mengisi sesuatu ke dalam beg besar. Dahi aku automatik berkerut melihat beberapa kotak sederhana besar yang diisi dalam beg. Janganlah kata dia pengedar dadah jugak…
            “Kalau korang tak kerja culik menculik ni tak boleh ke?” soalan itu terkeluar tanpa sedar. Laju aje aku menutup mulut. Tangan Zack yang sibuk mengemaskan beberapa beg tadi terhenti kaku. Anak matanya tepat pada wajah aku yang serba salah.
            Naurah…Naurah. Dia orang tak ikat dan tutup mulut kau pun dah dikira baik. Apahal buat perangai complaint itu ini ni?
            “Kau jaga hal sendiri, boleh? Aku tak kerat kau jadi lapan belas keping pun dah cukup baik.” Zack bersuara tanpa perasaan.
            Padan muka kau, Naurah! Lain kali, cakaplah sesuka hati lagi…
            “Dah siap belum?!”
            Aku mengangguk laju. Mail juga mengangguk, turut terkena tempias amarah Zack yang tiba-tiba menyerang.
            “Kau, pergi hidupkan kereta.”
            Mail terus keluar sambil membawa gugusan kunci bersamanya. Aku melepas nafas perlahan. Masih mencuri pandang ke arah Zack yang sibuk menyusun baju, dan barang-barang lain ke dalam beg. Kepala mula menyimpulkan sesuatu yang buruk.
            Takkanlah Zack pengedar dadah jugak?
            Ataupun, dia jual pil-pil khayal?
            Tak pun, ganja?
            “Kau ada bawak baju lebih tak?” Zack tiba-tiba mengangkat kepala.
            “Tak.” Laju aku menjawab.
Baju lebih. Baju aku dekat sini hanya ada tiga pasang. Satu, baju waktu dia orang culik aku. Dua, baju tidur yang Zack belikan dulu. Dan tiga, baju yang aku pakai sekarang. Tshirt lengan pendek labuh dengan jeans hitam.
            Zack yang belikan waktu dekat Giant malam tadi.
            “Kenapa?” oh em gee, takkan dia nak bawa aku lari ke luar negara pulak? Masuk negara lain secara haram? Ataupun, dia nak jual aku dekat peniaga organ? Penjahat? Samurai? Yakuza?
            “Apahal muka macam tu? Aku takkan bunuh kau sekarang, jangan risau. Pergi ambil baju lebih. Kita bermalam dekat luar malam ni.”
            Okay, dia bukan nak jual aku. tapi…bermalam dekat luar? Kenapa macam menyeramkan aje bunyinya?
            “Cepatlah! Orang cakap lembab karang, marah.”
            Aku sengih tanpa sedar. Bukan sebab suka kena marah, tapi sebab aku tahu yang aku takkan dijual malam ni.
            Lagipun, kali ni dia orang tak ikat aku pun. Jadi, aku masih akan selamat setakat hari ni.

            Ya. For now.

6 comments:

Anonymous said...

Dh lama tnggu entries ni..best..keep it up..

Anonymous said...

Zack: Sakit sgt ker?
Naurah : Tak... sedap...
Hahahaha....

missone hazel said...

Alaaaaa.. sian naurah

Nana Mohd Yasin said...

Lama tunggu
Best tp ckit sgt. Tq.

Unknown said...

Citer cam ni la best..yg kn colek ngan pencolek ada feeling..tp tak diluahkan secara lisan tp ngan perbuatan..cam faham2 sendiri je la..romantik cara tersendiri..

Ezza Mysara said...

whoaaaaa.... cepat2 sambung kak illa