Thursday 19 December 2013

Terhad 3 Buah Sahaja =)

Assalamualaikum! 

Siapa yang masih belum ada lagi Nick Dollah dan Wan Senah? Atau siapa yang belum lagi order dengan siapa-siapa? 

Illa ada 3 buah sahaja untuk dijual. Sebab terlebih beli =)

Jadi, sapa nak boleh PM  dekat page IllaShanahila atau FB illa,  Illa Shanahila.


oh ya.

Akan ada ini sekali


<3


Wednesday 18 December 2013

300 Down!

Assalamualaikum!

Selalu pergi ofis KS tengok Kakak Kakak penulis sign buku. Harini giliran illa pulak menyain. Haha

Tak banyak pun

300 buah je.

Je.



TT_TT

Tapi, demi yang memesan, saya gagahkan juga (poyoooo!) Hahaha




Budak susun buku sampai tersepit


Oke, illa tak ada benda special pun nak kasi. Ini aje yang termampooo. Jadi, selamat membeli di atas talian! =)

\

Oke, dah habis sign. Jom balik.



Tuesday 17 December 2013

Order Online Dibuka!

Assalamualaikum!

Bagi sesiapa yang belum dapatkan DHAD dan juga novel-novel lain Penulisan2u dan Karyaseni keluaran Disember, korang boleh order online sekarang.


****


MENARIK DISEMBER : 4 Novel terbaru, 2 dari karyaseni dan 2 dari Penulisan2u kini boleh di langgan secara online.

KARYASENI : 
CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA - Ania Malna
PABILA ROMEO vs JULIET - E-man Sufi

untuk order online layari di www.karyaseni.my
-----------------

PENULISAN2U:
DALAM HATI ADA DIA - Illa Shanahila
HATI PEREMPUAN - Nur Ain al-Abbas

untuk order online layari di www.p2u.my


Selamat membeli belah!

Monday 16 December 2013

Dalam Hati Ada Kamu!

Assalamualaikum!

Homai! Pengsan! - (Over==')


15 hb 12 2013, tamatlah ekspo buku 1 malaysia tahun ni. Nak dijadikan cerita, inilah kali pertama illa jejak atas stage, buat muka tak malu sign buku korang. Haha. Kalau nampak illa macam ter renyih melampau ataupun kaku tak ada perasaan tu maafkanlah.

Itu semua bahana segan terlampau. Haha

Apa-apa pun, bagi yang datang, korang memang best! Yang belum dapatkan, boleh tunggu Penulisan2u dan Karyaseni buka order nanti. Sabar, ya =)

Apa-apa pun, pengalaman ini memang sangat-sangat buat bibir nak sengih aje sepanjang minggu. Nak-nak pulak bila tengok post-post orang yang pergi pesta buku tu. Nak tahu post apa? Ini dia....








Credit: Untuk semua pemilik gambo ini (Friends Fb Illa Shanahila)

Dan terima kasih jugak kepada akak dua orang ni yang sudi pegang DHAD sampaikan Nick Dollah dan Wanda boleh masuk surat khabar!

Surat Khabar Berita Harian


Rasa kembang pulak bila tengok rata-rata kawan-kawan dekat FB dah beli DHAD. Tapi cuak pun ada jugak sebab tak tahu macam mana penerimaan keseluruhan cerita tu nanti. Huhu. Jadi awal-awal illa nak susun jari minta maaf atas segala kekurangan.

Apa-apa pun, terima kasih untuk kenangan ni =) You are awesome! Dalam hati ada kamu semua!




Saturday 14 December 2013

PWTC Sabtu dan Saya

Assalamualaikum!

Bagi yang datang ke pwtc esok, illa ada benda ni untuk 50 orang pertama.


Jempotlah datang. =)

Oh ya, sesi illa pukul 2-4petang

<3

Wednesday 11 December 2013

Wordless Wednesday (Rabu lagi, kan? =)

Asssalamualaikum! 

....dan akhirnya!

Senyum. Tak perlu kata apa-apa




Siapa tak dapat lagi? Jom serbu PWTC jom! =)



Big Bad Wolf Book Sale Kembali lagi!

Assalamualaikum!

Malam tadi illa berpeluang jenguk keadaan Big Bad Wolf di Mines sebab nak balas dendam tahun lepas tak sempat nak pergi pasal kuliah  plus kerja sekolah banyak. Jadi, dengan terujanya, kami melangkah masuk dalam Mines dengan berbekalkan poket yang penuh. Heh.



Kami sampai dekat sana dalam pukul 12 tengah malam dengan harapan tempat tu akan lengang pasal dah larut malam. Tapi totally kami salah. Dari jauh lagu jalan dah sesak. Ramai yang ambil peluang shopping buku malam tadi pasal Selangor cuti keesokan harinya. Jadi, dengan paksa rela, kami kena harungi jugak lautan manusia.

Masuk aje pintu utama mata dah bersinar. Buku!!!


Katanya ada lebih kurang 3 juta buku dekat sana. Hah, apa lagi, korang boleh borong novel-novel fiksyen atau bukan fiksyen dengan harga serendah RM8!


Bagi yang jenis macam illa, tak boleh tengok buku cerita, jom terjah BBW. Baik cepat sebelum buku-buku yang korang nak @ cari habis. Sebab apa? Sebab semua yang datang bawa bagasi sendiri. Borong sehabis dan sebanyak yang mungkin.





Ini aje yang illa sempat rembat. Buku Sophie Kinsella pun dah tinggal 2,3 kerat je. Sedih seminit. Tapi apa-apa pun, BBW memang best!


*Okeh, kena simpan duit untuk Pesta Buku 1Malaysia pulak =)

Tuesday 10 December 2013

Thor Limited Edition!

Korang pernah ke Tecso? Ada nampak iklan ni?



dan ini?


Nak tahu apa tu, boleh baca post illa dulu dekat SINI

Okay, Dah? =)

Sekarang, umum dah tahu pasal promosi Heroes And Friends yang dah dilancarkan oleh Tecso itu hari kan? And the best part is, since the launch of Tesco’s Heroes and Friends the figures have been a big hit !! Jadi, dengan rasa gumbiranya, Tesco umumkan keluaran figura terbaru iaitu THOR! Figura ataupun kartun Thor ini akan keluar 150 buah sahaja. Limited Edition gitu. Jadi, apa lagi. Jom shopping banyak2 dekat Tesco dan bawak balik Thor!

Comei gila Thor! @_@



*p/s: Dan, tengok video ni! The Journey of Hulk. Homai, comel gila Hulk!
(Respect dekat orang yang buat video ni. Kreatif sungguh!)




(Tak keluar pulak dia punya video dekat sini. Boleh klik je kalau nak tengok. Meaningful =))



Sesi Turun Ke Bendang Di Homestay Hj Dorani!

Assalamualaikum!

Masih di Sekinchan. Tapi kali ni kami bergerak ke Homestay Haji Dorani pulak. Akak Tourism Selangor tu bagitahu, homestay ni pernah jadi tempat untuk shooting video klip Anak Kampung yang dinyanyikan oleh One Nation Emcees dan Jimmy Palikat tu.

Dan sungguh, memang suasana kampung!











Antara aktviti yang boleh dibuat dekat sini adalah termasuklah mencanting batik, bakar bahulu, dan juga menggagau ikan keli di bendang.

Kay AF9 dan Talha Harith pun tak lepaskan peluang untuk conteng-conteng dekat batik dan bakar bahulu. Illa sendiri pun inilah pengalaman pertama.



Kay tetibe jadi pakar bakar bahulu. Hah ha



Tu tangan Talha. Tak terambik pulak gambo wajah beliau.


Ini pulak grup kami. Ni conteng bukan canting. Hoh ho.


Waktu nak turun ke bendang awal-awal tu memanglah segan-segan kucing. Masuk pun main cak-cak je dengan selut. Tapi sekali dah nampak ikan keli, ambik.... Masa 30 minit dah tamat pun masih lagi duk menggagau cari ikan.

Seronok weh!

Bila semua dah mandi selut, lumpur semua, kami gerak ke hujung sawah, mandi dekat tali air dekat sana. Memang pecah rekod la. Tak pernah hayat mandi dekat sini. Terfikir jugak cemana kalo ada pacat ataupun lintah. Tapi Alhamdulillah, seekor pun tak ada =)







Itu aje peluang yang ada. Rasa tak cukup setengah hari aje dekat sini. Dah senja, barulah bas kami bergerak balik ke pangkal jalan. Heh heh heh.

Nak rasa suasana yang betul-betul kampung, dan tak jauh dari KL, jom lah bermalam di Homestay Hj Dorani, Sekinchan. Tak akan rugi punya. Percayalah. Hoh ho.



* Okey. Habis cuti. Rabu nanti jumpa dekat pwtc eh. Eh, bukan sabtu ke? >_<. Sebenarnya illa nak singgah kejap Rabu tu. Nak pegang DHAD. Macam sedih pulak kalau korang dulu yang pegang. Hehehe. Jom serbu 1Book Expo nanti!

Monday 9 December 2013

Tourism Selangor Bersama Media Dan Selebriti ke Sekinchan!

Assalamualaikum! 

Nak dijadikan cerita, hujung minggu lepas illa berpeluang ikut Tourism Selangor ke Sekinchan bersama media dan selebriti. Gila tak teruja! Artis yang ada adalah Talha Harith dan Kay AF9. Percayalah, diorang dua ni sangat sempoi! Dan apa yang lagi sempoi, YB Sekinchan pun turut sama! Semua orang tak leh lawan sempoi YB Ng Suee Lim ni. Huhuhu



Okay, apa yang ada dekat Sekinchan? Banyakkkkk!

Sebelum ni pun illa tak pernah tahu yang Sekinchan juga dikenali dengan Jelapang Padi Selangor. Dan sangat terbukti bila illa tengok dengan mata sendiri. Cantik! Walaupun kampung illa sendiri pun ada jelapang padi, tapi tak sama dengan di Sekinchan ni. Tak Percaya? Meh tengok ni.

Tapi.. Tapi.. Tapi... Sebelum kami ke jelapang padi, kami singgah dulu dekat Pantai Redang yang ada dekat Sekinchan ni. Pantai ni tak besar mana tapi cukup cantik. Uniknya, ada rumah atas pokok, ataupun boleh panggil jugak bangsal. 

Tempat rehat nelayan lepas tangkap ikan.

Media dan selebriti yang hadir (of course termasuk YB Ng Suee Lim)




Cantik, kan? Pantai ni tak besar mana pun. Tapi pengunjung tak putus - putus. Kalau untuk berkelah dengan keluarga ataupun kawan-kawan memang terbaiklah. Justttttt nice =)

Dah tengok pantai, kami gerak pula ke kilang beras di sekinchan. Ini dia sawah padi yang illa cerita tadi. Cantik, kan?

Permandangan dari jalan raya

Waktu ni dah musim menuai. Jadi memang separuh dah dituai.

=)



Dah musim menuai~


 Dekat sini ada satu kilang memproses padi dan beras keluaran Sekinchan, iaitu Sekinchan Best ni hanya dijual di 99 Speedmart. Esklusif yuu. Sapa yang tak nak beli dekat Speedmart, boleh datang sendiri ke sini untuk beli terus dari ladang. Hohoho.

Kami singgah dekat kilang dan muzuim padi dekat situ. Boleh tengok segala jenis barang yang orang dulu-dulu guna untuk proses padi jadi beras.

Kilang memproses padi

Antara produk yang dijual.


Pelbagai jenis beras yang terhasil. Beras ini hanya boleh didapati di PLS Marketing Sdn Bhd. Jadi barulah korang boleh rasa sendiri suasana dan eksaited dia. =)



Muzium padi  

Dalam muzium padi

Cenderahati (ini beras oke) =)

Bukan sahaja ada sawah padi, dekat Sekinchan ada jugak banyak kebun buah dan buah-buahan disini boleh dibeli dengan harga yang  lebih muuurahhhh. Itu yang best! =)

Okay. Lepas tu kami singgah isi perut dekat Restoran Lembah Bernam , cuba makanan eksotik yang ada dekat sini. Nak tahu apa?

Rendang Landak + Gulai Rusa +Udang Galah + Ayam kampung + Ikan Keli. Perghhh! Sepanjang 20++++ tahun hidup ni illa tak pernah rasa Rendang Landak! huhuhu.

Bagi yang suka cari makanan unik + sedap + tak jauh dari bandar, bolehlah ke Restoran Lembah Bernam ni.





Okay, pantai dah, kilang proses padi dah, jom ke Homestay Haji Dorani pulak. Kalau nak tahu, Homestay Haji Dorani ni adalah tempat dimana One Nation Emcees dan Jimmy Palikat buat video klip Anak Kampung. Teruja gila nak tengok macam mana rupa dia.

Oh, itu dekat next entry!

=)